CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: along3746

Sukan SEA Ke-27 Myanmar 2013

[Copy link]
Post time 4-12-2013 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
hawaq posted on 4-12-2013 09:29 PM
tak ada

yang ada sukan silat gigit telinga

Lagi satu sukan buluh runcing...champion!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2013 09:47 PM | Show all posts
jengkoil posted on 4-12-2013 09:42 PM
Lagi satu sukan buluh runcing...champion!!

paling jaguh sukan susun bata


Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2013 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
hawaq posted on 4-12-2013 09:47 PM
paling jaguh sukan susun bata

Bukan calang2..para peserta terdiri daripada insinyur terbaik lulusan gajah mada
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 09:30 PM | Show all posts
Sukan SEA: Malaysia tokok dua lagi pingat gangsa


NAY PYI TAW 5 Dis. - Pasukan Chinlone terus menjadi penyumbang pingat pada hari kedua Sukan SEA Myanmar kali ke-27 apabila menokok dua lagi pingat gangsa dalam acara darjah kesukaran tahap dua menerusi skuad lelaki dan wanita.

Kejayaan itu menjadikan Malaysia kini mengutip empat pingat gangsa secara keseluruhan, setakat ini. - UTUSAN ONLINE



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... angsa#ixzz2mbgLAgUD
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 12:57 PM | Show all posts
All about Sea Games 2013 Myanmar.. Please Update Here
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 04:27 PM | Show all posts
hahahaa myanmar ni nak jd sukan sea mcm sukan rakyat pulak... cinlone la apa la...... tue semua dengan niat nak sapu emas la tue....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-12-2013 01:42 AM | Show all posts
oo thread dah ada yekk...azrain update sini jela
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2013 01:44 AM | Show all posts
Chinlone Terus Jadi Penyumbang Utama Pingat Negara

NAYPYITAW (Myanmar), 5 Dis (Bernama) -- Skuad Chinlone terus menjadi penyumbang utama kutipan pingat negara pada hari kedua Temasya Sukan SEA ke-27 menerusi dua lagi pingat gangsa dalam acara tahap dua kategori lelaki dan wanita.

Thailand merampas tempat pertama kedudukan pingat daripada tuan rumah Myanmar setelah berjaya menambah dua pingat emas Khamis menerusi acara Chinlone tahap dua kategori lelaki dan wanita.

Kontinjen 'Gajah Putih' itu secara keseluruhan kini mengumpul dua pingat emas dan dua perak.

Tiada acara melibatkan atlet Myanmar pada Khamis menyebabkan kontinjen tuan rumah jatuh di kedudukan kedua carta pingat dengan kutipan kekal dua pingat emas.

Kemboja mendahului Malaysia satu anak tangga selepas berjaya menambah satu pingat perak dengan kutipan keseluruhan satu pingat perak dan satu pingat gangsa.

Malaysia berada di tempat keempat carta kutipan pingat selepas mengumpul empat pingat gangsa.

Pada hari Jumaat, tumpuan kutipan pingat negara masih pada acara Chinlone apabila Malaysia meletakkan sasaran pingat perak untuk acara tahap 1 lelaki.

Juga beraksi pada hari ketiga kejohanan Jumaat ialah pasukan Chinlone wanita dan skuad polo air negara yang akan menentang Singapura pada perlawanan peringkat kumpulan.

source: TEAM MALAYSIA BLOGSPOT
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2013 01:44 AM | Show all posts
Chinlone tambah dua gangsa

Nay Pyi Taw: Chinlone terus menyumbang pingat gangsa buat kontinjen negara menerusi skuad lelaki dan wanita negara dalam acara Tahap 2 di Stadium Tertutup Wunna Theikdi B semalam.
Skuad lelaki negara menamatkan saingan di kedudukan keempat peringkat awal dengan mengumpul 188 mata di belakang Thailand (256 mata), Kemboja (246 mata), Laos (215 mata) selain Singapura yang sekadar meraih 109 mata.

Kedudukan keempat itu membolehkan skuad negara meraih gangsa, berkongsi bersama Laos manakala Thailand menewaskan Kemboja 256-236 di peringkat akhir untuk meraih emas.

“Saya sedikit terkilan kerana gagal memintas Laos untuk kedudukan ketiga namun pemain sudah memberikan yang terbaik. Esok (hari ini) saya harap kami mampu ke final dalam acara Tahap 1 untuk sekurang-kurangnya meraih perak,” kata jurulatih lelaki negara Nurudin Pawi.

Saingan kategori wanita pula menyaksikan hanya tiga pasukan bersaing dengan skuad negara kendalian Fikri Mohd Noor mengumpul 110 mata untuk meraih gangsa manakala Thailand meraih emas selepas menewaskan Laos di final.

Skuad negara menyumbang dua pingat gangsa menerusi acara Tahap 3 kelmarin dan saingan akan diteruskan hari ini dengan aksi peringkat awal Tahap 1 lelaki dan wanita dengan acara akhir berlangsung esok.

source: TEAM MALAYSIA BLOGSPOT
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2013 01:47 AM | Show all posts
Sinar perak floorball



Nay Pyi Taw: Skuad floorball negara meraih dua pingat perak apabila tewas di tangan Singapura pada perlawanan akhir dengan sukan pertunjukan itu berlangsung di Stadium Tertutup Wunna Theikdi C semalam.

Singapura terlalu unggul apabila membelasah skuad lelaki negara, 11-1 manakala skuad wanita kecundang 1-6 kepada lawan dari negara jiran itu.

Floorball yang mirip seperti ‘hoki ais’ berkemungkinan besar dipertandingkan di Sukan SEA Singapura 2015.



Arena - Harian Metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2013 01:48 AM | Show all posts
SENARAI SUKAN DIPERTANDINGKAN DI SUKAN SEA 2013 UNDANG KONTROVERSI

Sukan Sea 2013 Myanmar edisi ke 27 akan dilangsung di Myanmar penghujung tahun ini sebagai acara dwitahunan bagi Asean. Namun, kelebihan yang diberikan kepada Myanmar sebagai tuan rumah nampaknya lebih mengundang kontroversi negara yang bertanding.

Apa tidaknya, awal minggu ini Myanmar telah mengumumkan akan mengecualikan sukan tumpuan seperti badminton, hoki dan tenis dalam Sukan Sea 2013 nanti.

Keputusan ini mengejutkan ramai pihak terutamanya kem negara kerana sukan ini merupakan lubuk emas atlit negara sejak dahulu lagi. Tambahan pula, sukan ini merupakan antara acara utama sukan Olimpik.

Apa yang bertambah pelik adalah beberapa sukan yang lain seperti Pencak Silat dan Sepak Takraw berada dalam senarai yang dinyatakan. Ini mengundang kemarahan dan ketidakpuashati dikalangan negara-negara lain yang disifatkan tidak adil.

Namun, kementerian Myanmar telah mengkaji semula keputusan mereka dan difahamkan bahawa pegawai sukan kementerian rasmi Htay Aung telah menyenaraikan kembali tiga acara sukan iaitu hoki, ping-pong dan badminton dalam petandingan setelah melalui perbinccangan bersama wakil-wakil dari kesemua sebelas negara yang akan bertanding di Naypyidaw pada Sukan Sea 2013 ini.

    “Kami menerima terlalu banyak aduan untuk mengubah senarai acara sukan. Setelah mengadakan perbincangan, kami telah bersetuju untuk melakukan beberapa perubahan. Kami tetap akan menggunakan kelebihan kami untuk mengecualikan acara sukan yang tidak akan memanfaatkan kami,” tegas beliau.

Sememangnya setiap edisi tuan rumah pasti akan mempunyai kelebihan untuk melakukan apa sahaja untuk meraih lebih pingat berbanding negara lain. Tidak dapat dinafikan dan dapat diperhatikan dalam sejarah pertandingan bahawa negara tuan rumah akan selalu menguasai kedudukan pingat.

Berikut merupakan senarai acara sukan yang akan dipertandingkan dalam Sukan SEA 2013 nanti :Olahraga, Renang, Memanah, Badminton, Bola Keranjang, Biliard dan Snuker, Berkanu, Berbasikal, Tinju, Bola Sepak, Golf, Hoki, Judo, Karate, Sukan Mendayung, Sukan Perahu Layar, Sepak Takraw, Menembak, Ping Pong, Taekwando, Bola Tampar, Angkat Berat, Wushu, Tenis, Catur, Bina Badan, Petanque dan Perlumbaan Perahu Tradisional.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2013 01:50 AM | Show all posts
Thailand overpowered Myanmar and Singapore beats Malaysia in men waterpolo



Nay Pyi Taw,6 rd December

In the Games’ opening water polo match at the Zeyarthiri Swimming Pool, Thailand overpowered Myanmar 22-3.

In second match, Singapore, a two-time SEA Games defending champion, showed their continuing class with an 18-7 win over Malaysia.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2013 01:52 AM | Show all posts
Myanmar's Chinlone women have a chance at another gold medal



Nay Pyi Taw,6 rd December

Myanmar’s Chinlone women have a chance at another gold medal on Saturday by topping the field in Friday’s nonrepetition preliminaries with a 281 total.

First and foremost , Deputy Minister , made the discussion about the competition of Myanmar Chine Lone with MR-DATO ABDUL HALIM BIN KADER and responsible ;the Chin Lone Competition is the first chances for Myanmar to take part in Myanmar 27th SEA Games .Deputy Minister said that he thanked Asia Chine Lone Federation for the support of the competition.

Myanmar will meet Laos, 230, in the gold medal match.

Cambodia on 145 and Malaysia with 100 in the preliminaries took the bronze medals.

In the men’s non-repetition preliminaries, Myanmar finished with a 349 total and will meet Cambodia, 293, in the goldmedal match.

Malaysia on 259 and Singapore on 159 won the bronzes.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2013 01:55 AM | Show all posts
LIVE EVENTS

Wushu (Taolu - Men), Duilian will play 9:00 to 12:00.
Wushu (Taolu - Men), Taijuquan will play 9:00 to 12:00.
Wushu (Taolu - Men), Changquan will play 9:00 to 12:00.
Wushu (Taolu - Women), Taijuquan will play 9:00 to 12:00.
Wushu (Taolu - Women), Nanquan will play 9:00 to 12:00.
Wushu (Taolu - Women), Jianshu will play 9:00 to 12:00.
Waterpolo, Thailand Vs Malaysia will play at 10:00.
Chinlone, Myanmar Vs Laos will play at 10:00.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2013 01:59 AM | Show all posts
chinlone

Chinlone Mens Non-Repetition Preliminary Round result is out

Rank         Team         Total N.         Total         Remark
1                  MYA         349                 349          
2                  CAM         293                 293          
3                  MAS         259                 259          
4                  SIN                 159                 159          

Chinlone Womens Non-Repetition Preliminary Round

Rank         Team         Total N.         Total         Remark
1                  MYA          281         281          
2                  LAOS          230         230          
3                  CAM          145         145          
4                  MAS          100         100

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2013 02:02 AM | Show all posts
Competition Schedules

7 December 2013

Aquatics - Waterpolo
Chinlone
Floorball (Demo)

Malaysia target gold kat 3-3 games ni...so jgn lupa sokong
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2013 02:03 AM | Show all posts
@SulurBidar azrain update sini jela....
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2013 02:55 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2013 02:57 AM | Show all posts
azrain98 posted on 7-12-2013 02:03 AM
@SulurBidar azrain update sini jela....

Aku update sukan tempur (taekwondo, tinju, silat olahraga dan karate) dan hoki jek.


Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2013 02:57 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 07:27 AM GMT+8 , Processed in 0.206097 second(s), 42 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list