ussopp posted on 20-11-2013 12:05 PM
\waalaikumussalam WBT....
biasanya memang ebnar org yg mencapai tahap wali Allah akan dapat kas ...
Oh jadi begitu.. terima kasih berkongsi ilmu.
Para sahabat tak ada karamah ke? Ataupun mereka tak tunjuk kecuali masa perang? Sebab saya ada terbaca / terdengar tentang sahabat yang mendapat gelaran Pedang Allah; Beliau mempunyai sebilang pedang yang dapat menghancurkan musuh sebaris hadapan libasan pedangnya. Dan setiap kali dia menjadi panglima perang, dia akan menang. Sehingga Khalifah Umar(kalau tak silap) memecat beliau dari jawatan itu kerana terdapat segelintir umat Islam yang mengangkat beliaulah menjadi penyebab kemenangan kepada suatu peperangan. wallahualam..
ussopp posted on 20-11-2013 12:34 PM
pernyataan yg saya bawa tidaklah menyebut sahabat tidak ada karamah....
tetapi dia sebut, tidak ...
Benar la tu, sesiapa sahaja mampu meraihnya jika dia berkehendak dengan cinta terhadap pencipta nya yang mendalam.
Semoga kita sama2 diredhai oleh Nya inshaAllah.
tuan @ussopp
" Supaya ladang dan sawah jangan ditinggalkan orang dan masjid-masjid jadi lengang kerana orang merasa tidak perlu shalat lagi supaya “wushul” (sampai) kepada Allah!. Beliau usulkan supaya orang belajar tauhid terlebih dahulu sampai matang, barulah dibolehkan belajar tarekat atau masuk suluk. Beliau usulkan supaya para ulama yang memegang teguh syariat diberi kesempatan terus mengarang buku-buku yang berguna bagi menuntun kepada jalan yang benar!."
"hakikatnya bukanlah ilmu, melainkan rasa (zauq) sehingga Al-Ghazali sendiri memesan berkali-kali supaya apa yang dirasai di dalam kasyaf jangan diajarkan kepada orang “awam”, tetapi simpanlah sendiri!"
pendapat saya... Allahyarham mengambil sifat neutral dalam perkara ini... tetapi lebih memberatkan untuk tidak bersetuju bagi menutup mudharat.
dan tentang kasyaf bagi saya secara peribadi... pengertian umum tentang kasyaf atau terbuka hijab ni adalah apabila sampai kepadanya sesuatu ilmu, maka apa yang mendinding ia dari faham telah terangkat.
contohnya: sebelum kita tahu mengenai kaedah pembedahan jantung... semua yang mengenainya adalah terhijab dari kita dan kita mungkin akan mengatakan perkara itu mustahil boleh dibuat sebab ilmu belum ada pada kita. setelah kita belajar mengenainya... terangkatlah hijab itu. dan, apabila kita bercerita pada masyarakat yang tidak tahu ilmu itu... boleh jadi mereka tersesat memahami penerangan yang kita beri.
oleh sebab kasyaf itu bahasa arab dan telah dilabelkan untuk sentiasa seiring dengan amalan agama maka beroleh kasyaf... apa yang selain dari agama orang terlupa atau mereka tidak sekali-kali mengaitkannya.
sama juga dengan ijtihad. ijtihad hanya dikaitkan dengan ulama. dan ulama yang berijtihad samada akan dapat 1 atau dapat 2. Tapi orang tidak mengaitkan ijtihad itu pada pemimpin negara yang perlu juga membuat keputusan penting demi negara... dan ianya secara langsung juga adalah demi agama apabila pemimpin itu beragama islam dan negaranya pun telah diistiharkan sebagai negara islam melalui tafsiran perlembagaan.
shahizul posted on 20-11-2013 12:24 PM
Oh jadi begitu.. terima kasih berkongsi ilmu.
Para sahabat tak ada karamah ke? Ataupun mereka t ...
Cerita yang tuan nukilkan itu adalah tentang khalid al walid. Khalid ni sebelum islam pun memang ahli strategis perang... dan Nabi SAW mengiktiraf itu. Makanya, kehebatan dia memang ada sebelum dia islam lagi. Dan... tentang pemecatan tu... ada pelbagai pendapat... dan sangat kontroversi. Saya suka apa yang ditulis tentang perisiwa pemecatan Khali Al-Walid dalam sebuah buku bertajuk: Kesalahan-kesalahan Terhadap Fakta-Fakta Sejarah Yang Perlu Diperbetulkan Semula (Rujukan:http://www.jahabersa.com.my/seerah/kesalahan-kesalahan-terhadap-fakta-fakta-sejarah-yang-perlu-diperbetulkan-semula)
Adalagi satu kisah yang saya jumpai dalam buku Sejarah Islam oleh Prof Dr HAMKA iaitu kisah kehebatan seorang ahli perang yang mempunyai pedang dengan gelarannya yang masyhur. Adat orang arab biasanya memberikan nama pada pedang-pedang mereka. Setelah orang itu memeluk islam di zaman Al-Farouk, dia berjumpa dengan Al-Farouk lantas dicubalah oleh Al-Farouk senjata tersebut. Setelah mencuba-cuba, Al-Farouk mengatakan dia tidak merasa ada apa-apa keistimewaan dengan pedang itu. Lantas orang itu menjawab bahawa Al-Farouk tidak mencubanya dengan tangan orang yang empunya pedang itu. Maksudnya di sini... kehebatan itu bukan pada pedang orang itu... tetapi adalah pada orangnya yang sangat ahli bermain pedang. Last edited by AwgSagi on 20-11-2013 01:11 PM
jasmani kalau dilatih akan mendatangkan hasil2 tertentu
jadi logiknya rohani kalau dilatih pun gitu jugak, akan mendatangkan hasil2 tertentu.
ntahlah.. saya macam percaya walau siapapun dia apapun agamanya kalau melalui latihan jasmani yg sama natijahnya akan sama
gitu jugak apapun kepercayaan dia kalau dia melalui latihan rohani tertentu natijahnya pun sama jugak
sebab itu kalau kita tengok para sufi dan ahli rohani apa agamapun suara dan ilmu mereka hampir sekata
pengalaman rohani mereka juga sama
pandangan mereka terhadap alam dan kewujudan pun macam sekata
dan oleh itu bukan sedikit ahli2 rohani pelbagai agama ini boleh berkumpul berbincang dan masing2 saling paham antara satu sama lain... makna kata bahasa mereka sama
sebab itu tak heran dakwaan bahawa sufi adalah asal hindu.. hehe
yg membezakan antara mereka akhirnya hanyalah akidah dan syariat.
saya rasa apa yg saya tulis ini menjawab soalan adakah kalau saya berzikir sebut guru yahya guru yahya guru yahya dgn khusyuk dan intense sebagi satu latihan rohani natijahnya sama saja dgn zikir mengingat Allah.
shahizul posted on 18-11-2013 02:41 PM
Kalau berlainan dengan diri tu bukan dengan teguran, tetapi dengan pertanyaan, supaya sebulat sehati ...
salam
Kalau dirasakan salah dihati, mungkin salah. Kalau dirasakan betul dihati mungkin betul.
Jadi siapakah yang betul dan siapa yang salah? bukankah Allah itu Maha Mengetahui.
Walau apa di dalam hati. Maka berbaliklah persoalan kepada Allah.
Betul ke aku ini?
Aqal yang dapat membezakan ..
baik
buruk
kerana Aqal mengenal akan ..
salah
benar
Hati yang dapat membezakan
muhadath
qadim
kerana Hati mengenal akan
haq
bathil
Pada Hikikat nya ada Ilmu ..
kerana makna Ilmu .. tau
shahizul posted on 19-11-2013 01:23 PM
Bismillahirahmannirahim,
Kasyaf itu bukan untuk dicari, tetapi kasyaf itu datang sendiri. Bila ...
salam
Kasyaf itu bukan untuk dicari, tetapi kasyaf itu datang sendiri. Bila mana di niatkan pada hati untuk mengenal Tuhan. Kasyaf itu bukan matlamat, tetapi suatu kelebihan dan kurniaan Tuhan kepada hambanya dapat merasa keWUJUDAN Dia Yang Mentadbir Makhluk2 Nya sekalian alam. Tetapi kasyaf itu bukan milik seorang guru atau sesiapa sahaja untuk membukanya. Jika kasyaf tiada maka mata hati tertutup.
yap kasyaf bukan matlamat ..
tetapi tanpa mukasyafah .. tidak akan dapat matlamat itu ..
maka musyahadah itu tidak akan berhasil .. manfaat dan faedah itu ..
Allah ghaib ..
malaikat ghaib ..
jin iblis syaithan pun ghaib ..
masuk lah kepada GhaibulAllah kalau tau ..
dan jangan kamu sekutukan bagi Nya ..
petola posted on 21-11-2013 12:37 PM
jasmani kalau dilatih akan mendatangkan hasil2 tertentu
jadi logiknya rohani kalau dilatih pun gitu ...
sebab itu sy kembali kepada Quran dan sunnah...kerana seandainya kebenaran diserahkan apda ahli rohani, jawapannya ada PLURALISM.....mungkin pantesim, mungkin agnostism, mungkin, atheist....
maka kebenaran tersangkut di wahyu, bukan falsafah....
AwgSagi posted on 20-11-2013 12:54 PM
tuan @ussopp
" Supaya ladang dan sawah jangan ditinggalkan orang dan masjid-masjid jadi lengang ker ...
Assalamualaikum,
Pendapat saya pun sama macam tuan, kasyaf itu terjadi bila sesorang itu mendapat ilmu atau hikmah disebalik sesuatu kejadian.. Ada perasaan "TERASA". Tapi kalau karomah itu kuasa dari Allah, sepertinya berjalan atas air dsb.
Jadikan, saya nak tanya satu la, ahli sufi ni menjalani hidup untuk mendapat keredhaan Allah bila Allah mengaku pada dirinya "Ana Al-Haq" atau seumpama itu. gitu?
shahizul posted on 22-11-2013 08:58 AM
Assalamualaikum,
Pendapat saya pun sama macam tuan, kasyaf itu terjadi bila sesorang itu mendap ...
Saya tak mendalami sangat sejarah dan kehidupan individu-individu yang bergelar golongan sufi ni. Minat pun tak banyak kesana. Yang saya ingat ada disebut dalam hadis Nabi SAW kalau tak silap saya hanyalah Uwais Al-Qarny, tapi tak pasti samada beliau adalah golongan sufi.
Perkataan 'Ana Al-Haq' kalau mengikut apa yang saya ketahui diluahkan dalam keadaan yang 'tidak sedar' atau 'khayal' yang digelar 'zauk'. Keadaan sebegini secara umumnya adalah keadaan orang mabuk. Orang mabuk boleh saja meluahkan apa-apa saja perkataan atau melakukan apa-apa perbuatan di bawah sadar yang boleh memeranjatkan orang ramai... samada mereka taajub atau keliru atau marah.
Maka itu... berbuat sesuatu sehingga mabuk (OVERDOSE), lebih2 lagi dihadapan khalayak ramai... samada mabuk zikir... mabuk arak... mabuk dadah... mabuk laut... mabuk rindu... mabuk kurang tidur... tidak ada yang memberi kesan yang baik... kebanyakkannya akan memberi kesan halusinasi yang terbit dari bisikan. Sedangkan dalam keadaan normal pun kita susah hendak menapis bisikan baik dan bisikan jahat apalagi dalam saat mabuk.
Perkataan-perkataan orang mabuk ini biasanya diluahkan penuh dengan bunga2 mengikut apa kecenderungan atau asas ilmu orang tersebut. Kalau kecenderungannya kepada hal-hal agama... maka hal agama juga yang akan keluar dari mulutnya... yang banyaknya terbit dari bisikan.
Maka yang normal itulah yang terbaik... iaitu berpada dengan ajaran-ajaran dari Nabi SAW... mengamalkan salawat yang di ENDORSE sendiri oleh Nabi SAW... berdoa seperti doanya Nabi SAW atau doa2 Nabi2 dan para solehin yang dirakamkan dalam ALQURAN.
Dalam keadaan mengamalkan amalan-amalan sunnah hatta membaca ayat-ayat ALQURAN, kita akan sentiasa mendapat kefahaman tambahan dengan syarat kita memuliakan semua ilmu dan bersikap neutral apabila ada sesuatu yang tidak sesuai dengan pengetahuan kita.
Sebagai contoh: setelah kita mengikuti kelas tafsir surah AL-FATIHAH... kita pun tahu terjemahannya. Untuk level asas kita telah maklum bahawa maksud golongan yang dimurkai itu adalah golongan yahudi dan yang sesat itu golongan nasrani. Tapi mungkin di tahun-tahun mendatang kefahaman kita meningkat satu level lagi bahawa apa yang sebenarnya dimaksudkan dengan golongan yang dimurkai dan sesat itu yang bukan hanyak sekadar yahudi dan nasrani. Dalam keadaan demikian, ia bagi saya adalah satu contoh 'TELAH NAMPAK' atau 'KASYAF' yang di atas sikit dari level asas.
Maka perkataan2 seperti KASYAF... LADUNNI dan sebagainya itu, pada pendapat saya, tidak perlu difahamkan sebagai satu MISTIK... tetapi lebih kepada level peningkatan kefahaman bagi orang-orang yang mahu mencari kefahaman... yang akan mendatangi setiap individu secara neutral.
Sekian saya catatkan, panjanglah pula saya merapu ni. Sekadar pendapat peribadi sahaja.
AwgSagi posted on 22-11-2013 03:12 PM
Saya tak mendalami sangat sejarah dan kehidupan individu-individu yang bergelar golongan sufi ni. ...
Betul2, pendapat saya pun sama macam anda..
satu pengajaran yg saya tahu, kita perlu mengisbatkan didalam hati Allah dan Rasul sahaja... tiada kebesaran makhluk, walaupun isteri, gf apetah lagi.. dan mak ayah.. tetapi jika di isbatkan di dalam hati Allah dan Rasul, pasti isteri dan mak ayah itu tidak diabaikan tanggungjawab kepada mereka... lagi satu yg saya belajar adalah, bila di isbatkan didalam hati Allah dan Rasul, jika ada mendengar lagu cinta, maksud nya pasti akan jadi berbeza.. maksud saya, lagu itu ditujukan kepada siapa... kecuali la lagu2 yg ada menyebut nama, spt isabella ke, atau sape2... hehehehe.. ni sy nk kongsi lagu favourite saya: