CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: miawpink

Jue Aziz Dah Ada Anak?

[Copy link]
Post time 12-9-2013 09:43 AM | Show all posts
novlin posted on 12-9-2013 09:35 AM
aku yg bujang ni kalo nak amik anak angkat, aku akan amik baby girl...

kan???aku pun akn amik baby girl cam ko..something berbau ikan di situ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2013 09:45 AM | Show all posts
jue cantik.............
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2013 09:47 AM | Show all posts
something fishy... betul ker anak angkat???
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2013 09:49 AM | Show all posts
teringin plak nak ambil anak angkat...

ramai artis ambil anak angkat..tp lepas kawin, jgn abaikan anak angkat tu
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2013 09:50 AM | Show all posts
novlin posted on 12-9-2013 09:35 AM
aku yg bujang ni kalo nak amik anak angkat, aku akan amik baby girl...

kalau aku, tak mo baby girl...nnt susah plak bila dah kawin nnt sbb nak kena pikir aurat dia ngan laki aku
so better ambik laki, jadikan dia anak susuan...kalau tak silap ada baca, pi jumpa Dr, dia akan bg cam suntikan kalau tak silap utk aktifkan hormon bg producekan susu..rasanya ramai jer yg buat gitu

Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2013 09:50 AM | Show all posts
puas nyusu macam
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-9-2013 09:51 AM | Show all posts
aku tak caya itu anak angkat. sekian wakakakah
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2013 09:51 AM | Show all posts
ayu_malaya posted on 12-9-2013 09:28 AM
Ibu susuan? Jue ni pakai hentam ckp ke? Ke takat bagi susu formula?
Seingat sy cuma Ras Adiba je (m ...

ziela jalil pon sama gak

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2013 09:51 AM | Show all posts
sungguhla x logik jue yg mengeletik mcm tu tetiba nak settle down ade anak angkat..muahaha...agak2 dah bape bulan dia xkuar tv?  cer kira..cer kiraaa
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2013 09:52 AM | Show all posts
if org amik anak angkat still boleh breastfeed anak angkat tersebut... skrg ni zaman moden, ada cara utk adakan susu tu...

1st situation

Ada sorang doktor pempuan kat ofis aku ni amik anak angkat pompuan... dia dh kawin berbelas tahun tp tak der anak....Dia ulang alik ke HKL coz buat treatment untuk susukan anaknya...
dia makan ubat, amik injection... Alhamdulillah dia berjaya menyusukan anaknye tu sampai skrg...
dan muka baby tu sebijik macam muka doktor tu... maybe sebab doktor tu yang jaga...

2nd situation

jiran aku amik anak angkat pompuan gak (baby ni anak tak sah taraf.. dia nak selamatkan baby ni).
buat treatment utk menyusukan anak dia coz akak ni ada anak lelaki.. if dia menyusukan baby girl ni, otomatik baby girl ni akan jd muhrim kpd anak lelaki dia.... dan muka baby girl ni pn sebijik cam muka akak tu...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2013 09:53 AM | Show all posts
x ngat la sape yg ada ank angkat tp susu kan anak
lupa lak
rasa nya ada selain dr jue aziz
masuk dalam paper

yg jue ni stakat tulis kat instgram aje
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2013 09:53 AM | Show all posts
teringin plak nak rasa susu jue..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2013 09:54 AM | Show all posts
oh ye
misha omar kan jd ibu susuan gak kan??
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2013 09:54 AM | Show all posts
kakilicious posted on 12-9-2013 09:45 AM
jue cantik.............

aha... dia santekkk... tak dinafikan...
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2013 09:54 AM | Show all posts
mcm muka jue la baby tu......agaknyer bila bela lama2,dia ikut org yg jaga dia...**bersangka baik....
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2013 09:55 AM | Show all posts
maxim posted on 12-9-2013 09:53 AM
teringin plak nak rasa susu jue..

ko dah tua... beralah la sket kat baby tu yg masih memerlukan susu utk membesar... ko minum susu anlene pn dah cukup...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-9-2013 09:55 AM | Show all posts
eh salah
impian nk jadi ibu susuan tp hajat x kesampaian

ARKIB : 20/10/2006

Misha Omar mahu jadi ibu susuan Adam Emir





SYAWAL ini merupakan sambutan hari Lebaran yang paling istimewa lagi membahagiakan bagi Misha Omar. Masakan tidak, dia bukan sahaja menyambut kedatangan Syawal bersama keluarga tercinta.

Lebih penting, buat pertama kalinya, Lebaran ini, dia sudah bergelar ibu.

Muhammad Adam Emir, empat bulan, merupakan cahaya cinta baru Misha yang bukan sahaja menceriakan dirinya tetapi juga keluarga Misha.

“Dia buah hati saya. Dua tahun saya mencari dan hasrat mengambil anak angkat sering tidak kesampaian kerana pelbagai sebab.

“Rupa-rupanya rezeki saya adalah untuk Adam. Pertama kali menatap wajah Adam (ketika usianya dua hari), saya mengalirkan air mata.

“Hari Raya ini saya begitu teruja untuk membawa Adam menziarah sanak saudara di kampung dan paling lucu, Mimi (kakak dan pengurus Misha) yang paling beria-ia menyediakan persiapan raya Adam. Tak boleh nampak barangan bayi, pasti dia akan beli,” kata Misha berkongsi cerita dengan Mega.

Biarpun ketika ini Muhammad Adam Emir dijaga oleh ibu Misha di Kota Bahru, Kelantan, tetapi Misha sendiri akan memelihara anaknya itu apabila usianya meningkat lapan bulan.

“Saya gembira mempunyai anak. Saya merasakan kehidupan bukan sahaja lebih sempurna, malah lebih bertanggungjawab,” kata penyanyi yang kini semakin popular dengan single terbarunya, Nafas Cahaya.

Sekalipun hanya bergelar ibu angkat, Misha menegaskan tetap ingin merasai nikmat menjadi ibu sebenar dengan menjadi ibu susuan Muhammad Adam Emir.

Justeru, Misha telah mencuba pelbagai kaedah termasuk bertemu pakar untuk merealisasikan impiannya itu.

“Malangnya setelah menjalani prosedur yang sepatutnya dan mengambil pil yang diberikan doktor, saya masih gagal menjadi ibu susuan.

“Bagaimanapun saya bersyukur, kerana kebetulan adik saya, Shafikah baru saja melahirkan anak lelaki dan saya menjadikannya sebagai ibu susuan Adam,” jelas Misha.

Dan secara berseloroh, Misha berkata: “Kalau ditakdirkan saya berkahwin suatu hari nanti, bakal suami saya perlulah bersikap terbuka dan memahami bahawa diri ini sudah ada ‘orang lain’ sebelum dirinya.

“Kerana selepas ini, saya merancang untuk mengambil seorang anak angkat perempuan pula,” kata Misha yang telah menyiapkan nama bakal anak perempuan angkatnya itu sebagai Lara Mustika.

Misha yang baru pulang daripada mengerjakan umrah bersama ibunya, Zainab Mt. Nor pada 13 Oktober lalu juga memberitahu:

“Ketika di sana saya berdoa agar Allah memberikan kesejahteraan kepada Adam. Saya berdoa agar Adam menjadi anak yang beriman, mendengar kata dan pintar.”

Misha dan ibunya mengerjakan umrah selama dua minggu sejak 28 September lalu.

“Sebenarnya saya bercadang untuk mengerjakan umrah sejak Ramadan tahun lepas tetapi ketika itu saya dan keluarga sibuk dengan urusan perkahwinan adik yang dilangsungkan semasa musim Aidilfitri.

“Kemudian saya mendapat Adam dan hasrat itu dipendamkan sekali lagi memandangkan Adam masih bayi.

Bercerita tentang album barunya pula, kata Misha, ia masih dalam pembikinan dan dijadualkan berada di pasaran selewat-lewatnya awal tahun depan.

Setakat ini, proses rakamannya telah siap 60 peratus dan antara komposer yang terlibat dalam penerbitan album kali ini ialah M.Nasir, Cat Farish, Ajai dan Tam Spider.

Mengakui proses pembikinan albumnya kali ini agak memakan masa.

“Kami cuba menyajikan sesuatu yang baru dan belum pernah didengar.., sesuatu yang segar dan indah.

“Justeru, ia memerlukan masa untuk direalisasikan dan saya perlu bersabar untuk melihat hasilnya,” jelas Misha yang telah memulakan proses rakaman sejak beberapa bulan lalu.

Diterbitkan oleh Ramli MS, Misha juga gembira apabila lagunya Nafas Cahaya, ciptaan M. Nasir dan lirik nukilan Loloq yang unik melodinya itu semakin mendapat perhatian pendengar.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... 1.htm#ixzz2edi2fyX3
© Utusan Melayu (M) Bhd



Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2013 09:56 AM | Show all posts
susu boleh keluar ke kalau tak kawen lagi..
mcm kes misha dulu kan.. even mkn pil pn xleh kn..
pelik2...
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2013 09:56 AM | Show all posts
novlin posted on 12-9-2013 09:54 AM
aha... dia santekkk... tak dinafikan...

kan... santek kan dia..... cunnn... heeee
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2013 09:56 AM | Show all posts
miawpink posted on 12-9-2013 09:53 AM
x ngat la sape yg ada ank angkat tp susu kan anak
lupa lak
rasa nya ada selain dr jue aziz


yg aku ingat...zila jalil...bini adp...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 12:03 PM GMT+8 , Processed in 0.065037 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list