CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: gaara_X

[Tempatan] RM500 tidak cukup!...we want lebih...

[Copy link]
Post time 12-9-2013 12:56 PM | Show all posts
manyak tu 8 jota..apa yg dorang wat..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2013 01:10 PM | Show all posts
nih ker ahmad ismail yg dok angkat diri siap buat pertabalan lagi sebagai hulubalang bukit bendera sebab berani suruh macai bawahan dia turnkan gambar tsu koon dan koyak gambar koh sukun tuh.... prrffghhh........


Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2013 01:22 PM | Show all posts
patut 8 juta tu leh guna bayar elaun...
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2013 01:24 PM | Show all posts
ptutnya takraw ni juara  dunia........ni ngan korea pun xboleh kasi kalah...
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2013 04:44 PM | Show all posts
pigidah....

sazali juara bina badan donia tu...siap bayar sendiri competition yg die penah join (sebahagian)... ttp menang jugak peringkat donia.... xde pun mengharap elaun....

anak buah aku main rugbi utk mesia.... buleh je kerja kat DBKL... ade game or traning... dpt la pelepasan.. takan nak harap elaun jer...
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2013 04:46 PM | Show all posts
ingatkan BR1M...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-9-2013 04:51 PM | Show all posts
ringcat posted on 12-9-2013 09:36 AM
HEI LATOK!

kasi cerita dulu mana pigi rm8 JOTA tu!!!!!!!!!!!!!!!!!

nampak sangat pengurusan teruk..dpt dana 8 juta..elaun pemain rm500...

patut la pemain yg hebat semua tak nak main..baik diroang kerja tesco, mekdonal, tak pun kerja dgn bank..main interbank pun jadi lah, gaji dah tentu 2-3 ribu...
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2013 04:53 PM | Show all posts
totokreturn posted on 12-9-2013 01:10 PM
nih ker ahmad ismail yg dok angkat diri siap buat pertabalan lagi sebagai hulubalang bukit bendera s ...

oh..dia ni ke yg ckp KJ biadap...

dia ni ada kena mengena dgn dana 8 juta tu ke? yg sprm gugurkan kes
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2013 11:50 AM | Show all posts
Sumber : Harian Metro (13/9/13)

Zolkples perbetul kenyataan Ahmad

Kuala Lumpur: “Sebahagian besar pemain elit masih mempunyai sumber kewangan lain selain elaun dibayar Majlis Sukan Negara (MSN)”
   Itu penjelasan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Seri Zolkples Embong yang tampil mempertikai kenyataan Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) Datuk Ahmad Ismail berhubung pembayaran elaun yang rendah diterima barisan pemain negara sedikit sebanyak menjejaskan prestasi pemain.

   “Saya pertama kali mendengar perkara ini dibangkitkan kerana tidak pernah menerima rungutan daripada pemain yang mengatakan elaun latihan tidak mencukupi. Apa yang selalu menjadi rungutan pemain masalah pengurusan dan kebajikan mereka tidak dijaga namun ia di luar bidang kuasa kita (MSN) kerana tidak boleh mengambil sebarang tindakan terhadap persatuan, namun apabila membabitkan elaun, saya ingin mempertikai kenyataan beliau (Ahmad).

   “Saya mahu membetulkan perkara ini agar tidak disalah anggap peminat sukan tanah air, bukan ingin menghentam sesiapa.     “Menurut senarai kami, daripada 15 pemain elit hanya dua pemain yang tidak mempunyai pekerjaan tetap iaitu Mohd Syafiq Ab Rahman dan Muhammad Syahmi Husin dengan pemain lain mendapat pelepasan daripada majikan masing-masing seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk bercuti tanpa rekod serta masih mendapat bayaran gaji bulanan selain elaun MSN,” kata Zolkples ketika ditemui semalam.

   Malah Zolkples menjelaskan Syafiq diberikan elaun yang lebih berbanding pemain lain selepas membuat pertimbangan sewajarnya manakala Syahmi mendapat RM500 sebulan sebelum dinaikkan kepada RM750 sebulan bermula 1 Julai lalau selain dia turut menerima elaun dari Terengganu sebagai pemain skuad SUKMA negeri itu.

   “Selain Norshahruddin Mad Ghani dan Farhan Adam yang mendapat elaun lebih tinggi susulan pencapaian mereka sebelum ini, pemain lain yang kebanyakannya muka baru dibayar RM500 (sebelum dinaikkan RM750) kerana tidak mempunyai sebarang pencapaian. Bagi saya ini bukan satu isu kerana MSN menggunakan formula sama kepada semua jenis sukan.


  “Malah beberapa pemain hoki baru yang membantu skuad negara layak ke Piala Dunia baru-baru ini turut menerima RM500. Pada masa yang sama kami tidak menghalang persatuan daripada menambah apa juga bentuk elaun seperti dilakukan Persatuan Badminton Malaysia,” katanya.

Ahmad sebelum ini menjelaskan antara punca yang menyebabkan barisan pemain negara gagal memberikan komitmen penuh adalah kerana pembayaran elaun rendah selain meminta Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memenuhi beberapa permintaan mereka yang tidak dipedulikan sejak beberapa tahun, sebelum tampil dengan pelan pemulihan sukan berkenaan.
   “Dalam banyak aspek, sepak takraw menerima lebih banyak bantuan berbanding sukan lain. Contohnya latihan skuad wanita yang pada pandangan saya boleh dilakukan secara separuh masa berbanding sepenuh masa sekarang, namun tiada sebarang perubahan ditunjukkan. Kami kini bertanggungjawab terhadap 50 jenis sukan. Anda boleh lihat ketika kegemilangan sukan ini dulu, pemain kita hanya menjalani latihan separuh masa saja,” katanya.




*....kita tunggu dan lihat mcm mana presiden PSM nak konar lagi lepas ni



Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2013 11:54 AM | Show all posts
totokreturn posted on 12-9-2013 01:10 PM
nih ker ahmad ismail yg dok angkat diri siap buat pertabalan lagi sebagai hulubalang bukit bendera s ...

What da f?
Dia hulubalang sapa pulak dah?
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2013 12:02 PM | Show all posts
kat Mesia ni, kalau sukan tu merosot boleh nampak jelas
perangai Presiden + AJK persatuan sukan tu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2013 05:07 AM | Show all posts
Persoalan itu dibangkitkan Ahmad bagi menjelaskan antara punca kemerosotan sepak takraw dan baru-baru ini kecundang kepada Korea Selatan di final Siri Super ISTAF.


apo bondo mamat ni membebel ...elauan tu kiro nya macang  sodokah ....tau
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2013 06:53 AM | Show all posts
mencari alasan untuk menutup kelemhan
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2013 07:16 AM | Show all posts
pengurusan kewangan...  dpt peruntukan byk mana pon, kalo x diuruskan dgn baik, camni ar jdnya.. sian atlet2 yg jd mangsa keadaan.. harap2 presiden ni dipecat je...
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2013 07:18 AM | Show all posts
X de duit x pyh bina squad..... Takraw pn asyik kalah jgk kn....
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 12:57 PM GMT+8 , Processed in 0.429818 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list