|
|
Lelaki warga Nepal maut tergelincir dari atas bumbung kedai
KUALA LUMPUR: Tindakan seorang lelaki warga Nepal merajuk dengan berdiri di atas bumbung membawa padah apabila dia tergelincir dan maut dalam kejadian di deretan rumah kedai di Taman Tun Dr Ismail, di sini, pagi tadi.
BH difahamkan mangsa yang berusia awal 30-an dikatakan merajuk selepas diarah pulang ke negaranya kerana dipercayai kurang siuman sebelum dia bertindak memanjat bangunan dua tingkat berkenaan.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tun Dr Ismail, Halim Mustafa berkta, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada polis pada jam 8.56 pagi meminta bantuan bagi menurunkan mangsa dari bumbung bangunan itu.
"Namun, tindakan mangsa yang berjalan di atas bumbung dan kemudiannya cuba untuk berbaring mengundang padah apabila dia gagal mengimbangi badan dan tergelincir di bawah pada kira-kira jam 11 pagi," katanya |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|