CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sipolan

SIAPAKAH PENENTANG IMAM MAHDI (AS)?

[Copy link]
Post time 23-5-2016 09:51 PM | Show all posts
IMAM MAHDI DAN ISA


imam mahdi dan nabi/rasul isa adalah orang watak/peribadi yang sama...bukan 2 org tapi seorang saja.dialah yang akan membetulkan dan memenangkan deen/agama


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dialah yang telah mengutus rasul-Nya (dengan membawa) petunjuk (Al Qur'an) dan agama yang benar untuk dimenangkan-Nya atas segala agama, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukai.  

(سورة التوبة, At-Tawba, Chapter #9, Verse #33)


Dia-lah yang mengutus rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar agar Dia memenangkannya di atas segala agama-agama meskipun orang-orang musyrik benci.  

(سورة الصف, As-Saff, Chapter #61, Verse #9)




Allah telah menetapkan: "Aku dan rasul-rasul-Ku pasti menang". Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa.  

(سورة المجادلة, Al-Mujaadila, Chapter #58, Verse #21)



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




Jadi siapakah orang orang musyrik yang dimaksudkan dalam ayat 9:33 / 61:9 diatas?


buka surah ar rom..


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


31 dengan kembali bertaubat kepada-Nya dan bertakwalah kepada-Nya serta dirikanlah shalat dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang mempersekutukan Allah (MUSYRIK),


32 yaitu orang-orang yang memecah belah agama mereka dan mereka menjadi beberapa golongan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka.  

(سورة الروم, Ar-Room, Chapter #30, Verse #31-32)





~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Jadi orang yahudi hari ni pecah belah tak (musyrik)?  71 golongan?
Jadi orang nasrani hari ni pecah belah tak (musyrik)?  72 golongan?
Jadi orang islam hari ni pecah belah tak (musyrik)?   73 golongan?




jadi siapa penentang IMAM MAHDI / ISA / RASUL ?


pastilah orang orang musyrik..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2016 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Sepi sungguh board ni. Tak mau bagi pandangan ke?
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2016 11:50 PM From the mobile phone | Show all posts
zek007 replied at 23-5-2016 09:51 PM
IMAM MAHDI DAN ISA



Silap tu. Ayat tu memang dari "Guru Mursyid" yg tak mahu "Imam Mahdi" mengaku dirinya Imam Mahdi sebenar "mengaku Imam Mahdi". Kerana sebenar "Guru Mursyid" kenal sgt dgn perangai "Imam Mahdi" (berkata benar).

Sebenarnya ada 2 fasa sebelum munculnya Imam Mahdi. Fasa pertama sewaktu Imam Mahdi "dibai'ah" sebelum "dilahirkan" di Kota Madinah. Kerana itulah dalam hadis2, dikatakan "Imam Mahdi" merupakan seseorg yg "ramai manusia kenali akan dirinya". Inilah penampilan "Imam Mahdi" fasa "sughra". Malah dirinya berstatus "org kebanyakkan" yg mana org kenal dia akan tetapi tak perasan itu dia.

Jika kita kaji sejarah Nabi Ibrahim, sebelum bertitle "Nabi", baginda diberi "tugas" pada makna diuji Allah (pada makna kesabaran).  Begitulah juga dgn "Imam Mahdi". Sebelum dilantik "Imam Mahdi", dia akan "dikenali oleh org ramai". Malah, apa yg dibawanya itulah "bai'ah" fasa "sughro". Maka yg "menolak bai'ahnya" ketika fasa itu "tidak diampunkan Allah" tanpa sesiapa sedari. Malah Allah akan "sesatkan" mereka2 itu berserta keturunan mereka.

Fasa kubro, menyaksikan Imam Mahdi dibai'ah secara paksa. Fasa ini juga antara fasa "dosa tidak diampunkan". Yang bermaksud, kedatangan Imam Mahdi "fasa kubro" berserta "muncul dajjal" dan matahari mula terbit dari arah barat. Inilah antara zaman "fitnah yg terbesar" semenjak Adam diciptakan. Ketika itulah "hari pertama siang menjadi setahun", "hari ke2 siang menjadi sebulan", "hari ke 3 siang menjadi seminggu, dan "hari2 seterusnya spt biasa". Ketika inilah tanda "Sunnah" yg dibawa oleh "Imam Mahdi" yg pertama iaitu "solat ketika dalam keadaan huru-hara".

Saya cuma cerita aje. Saja bagi pandangan. Kalau salah tu, sowi le. Bab mereka-reka cerita "boleh" dkt saya ler.

Hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2016 12:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Jika tanya saya "musuh Imam Mahdi ramai atau tidak"? Jawapan saya "ramai" semenjak dirinya membawa "bai'ah sughro". Org ramai tak perasan apa yg dibawanya itu "bai'ah" (kerana Imam Mahdi tak akan menceritakannya atau tak sedar itu bai'ah).

Maka tamatlah cerita kartun dari saya mengenai Imam Mahdi "rekaan saya".

Hehehehe. Jgn serious sgt.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2016 12:29 AM | Show all posts
alasala replied at 23-5-2016 09:05 PM
Itu pandangan peribadi saya k? Anda semua berhak "reject" kalau tak suka ayat2 yg saya nyatakan.

...

kan hang sendiri dah jawab
bila ramai ngaku imam mahdi
maka mahdi yg sebenar tidak sesekali akan ngaku

imam= pemimpin
mahdi= adil atas kebenaran

dan dia bukanlah UTUSAN
dan menegakkan HUKUM ALLAH DAN RASULNYA
dan akan seperti Abu Bakar atau Omar tika berdiri atas mimbar lalu berkata
"sila betulkan aku jika aku tersalah"
maka bangunlah seseorang sambil menghunus pedangnya"aku akan betulkan dgn ini"

eerrr yg seseorang tu ada le di saat ini
dia tak pakai pedang maaaa
dia pakai sarang kerengge je, kasi sumbat dalam baju mahdi penipu tu

Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2016 06:52 AM From the mobile phone | Show all posts
orangbesi replied at 24-5-2016 12:29 AM
kan hang sendiri dah jawab
bila ramai ngaku imam mahdi
maka mahdi yg sebenar tidak sesekali akan ...

Hehehe. Menarik! Sempat lagi tu.

Orgbesi pun dah mula "melaram" dalam page ni. Bagus2.

Tak pe, kita aje yg menyembang dalam page ni.  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-5-2016 07:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Ertinya:
Jika tidak tinggal dari dunia hanya sehari sahaja nescaya Allah S.W.T memanjangkan hari itu sehingga bangkit padanya seorang lelaki dari keturunanku atau dari kaum keluargaku, yang namanya menyerupai namaku, dan nama bapanya menyerupai nama bapaku, ia akan memenuhi bumi dengan keadiian dan saksama sebagaimana bumi dipenuhi kezaiiman dan kekejaman. (Riwayat Abu Daud dan Tarmizi).

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2016 07:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Ertinya :
Dunia tidak akan lenyap sehinggalah bangsa Arab diperintah oleh seorang lelaki dari keluargaku yang namanya menyerupai namaku. (Riwayat Abu Daud).

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2016 08:33 AM | Show all posts
Mesti diingati bahawa Imam Mahadi bukan untuk kita beriman dengannya.  Tidak termasuk rukun iman dan rukun islam ahli sunnah wal jamaah.  Dia lahir untuk jadi pemimpin. tidak bawa agama baru.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2016 11:26 AM | Show all posts
Edited by zek007 at 24-5-2016 11:27 AM
orangbesi replied at 24-5-2016 12:29 AM
kan hang sendiri dah jawab
bila ramai ngaku imam mahdi
maka mahdi yg sebenar tidak sesekali akan ...

al mahdi  = berbicara dalam buaian (bayi/anak kecil)
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2016 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by alasala at 24-5-2016 12:40 PM
ibnur replied at 24-5-2016 08:33 AM
Mesti diingati bahawa Imam Mahadi bukan untuk kita beriman dengannya.  Tidak termasuk rukun iman dan ...


Isu Imam Mahdi "termasuk dalam tajuk "Rukun Iman" iaitu Qada dan Qadar.

Mana2 manusia yg menyatakan sebaliknya, maka hakikatnya tidak beriman kpd Qada dan Qadar yg ditetapkan olehNya.

Tak perlu berhukum hal ini kerana ianya termasuk isu "ilmu rukun iman" aje. Syafaat? Menolak apa yg Allah tetapkan bermaksud "Allah sahaja yg Maha Menentukan". Bila berjumpaNya kita akan tahu kebenarannya.

Tidaklah sempurna iman jika tidak memahami pengertian sebenar "Qada dan Qadar" yg ditetapkan olehNya.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2016 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Qada dan Qadar itu terbahagi kpd 2 bahagian
1) Allah swt tetapkan Qada dan Qadar itu sebagai "kurniaNya" kpd manusia
2) Manusia diberi pilihan utk merancangkan sedangkan Allah yg menentukannya.

Apakah dalilnya? "Kun Fa Ya Kun". Itulah penjelasan kpd Qada dan Qadar part 1). Bila Allah tidak "ajarkan ilmu ini", maka bergurulah dgn guru yg berada dalam kebenaranNya. Ada sesiapa nak bantah?
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2016 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
zek007 replied at 24-5-2016 11:26 AM
al mahdi  = berbicara dalam buaian (bayi/anak kecil)

Hahahaha, sempoi ayat tu.  
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2016 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebab itulah, bagi pandangan saya "Musuh sebenar Imam Mahdi itu ulama itu sendiri". Yang menerima "Imam Mahdi sebenar itu cuma sebahagian kecil dari kalangan Ahlul Sunnah Wal Jamaah" sahaja dan inilah "hakikatnya kaum Kalb yg akan dibunuh di dalam kota suci Mekah".

Tak timbul isu "tak faham" kerana Alquran itu petunjukNya. Sudah pastilah Allah sudah jelaskan dgn nyata.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2016 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Antara "ahlul zikri" yg terkenal adalah Imam Mahdi. Ini bermakna, jika Imam Mahdi sebenar mahu, gunung pun dia "pasti mampu" ratakan dgn tangannya (dinyatakan di dalam Alquran keberadaan ahlul zikri). Ini bermakna, sekiranya ada kapal sebesar gunung, dgn tangannya kapal itu hancur berkecai.

Itulah "mukjizat Alquran" yg dinyatakan mengenai kemampuan "ahlul zikri". Kita pula bagaimana? Ahlul Zikri ke Ahlul Dunia?

Cerita2 kartun ni hiburan dari saya. Lek ar. Hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2016 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Berlapang dadalah bila "kisah2 kartun" disampaikan oleh saya kerana dunia itu bulat. Maka sudah pastilah itu ketetapanNya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2016 02:38 PM | Show all posts
alasala replied at 24-5-2016 12:39 PM
Isu Imam Mahdi "termasuk dalam tajuk "Rukun Iman" iaitu Qada dan Qadar.

Mana2 manusia yg meny ...

Bagi saya ia termasuk dalam beriman dengan Rasul.  Iaitu melalui hadithnya.
Kita percaya akan muncul Muhammad Bin Abdullah kerana telah diceritakan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

kalau kita mengingkari Kemunculannya, sama juga kita mengingkari kata-kata Nabi s.a.w.

tapi untuk meletakan atau menambah satu lagi rukun iman atau rukun islam, itu bukan mazhab kita.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2016 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
ibnur replied at 24-5-2016 02:38 PM
Bagi saya ia termasuk dalam beriman dengan Rasul.  Iaitu melalui hadithnya.
Kita percaya akan mun ...

Kelakar betullah awak ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2016 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
ibnur replied at 24-5-2016 02:38 PM
Bagi saya ia termasuk dalam beriman dengan Rasul.  Iaitu melalui hadithnya.
Kita percaya akan mun ...

Qada dan qadar
Kategori: Rukun Iman
Qada dan qadar adalah salah satu dari rukun iman yang wajib dipercayai dan diimani oleh setiap orang Islam. Penjelasan mengenai qada dan qadar ini ada dibicarakan di dalam kitab-kitab aqidah dan perbincangannya agak panjang dan adakalanya begitu susah untuk difahami oleh kebanyakkan orang terutamanya bagi sesiapa yang baru menjejakkan kaki dalam perbincangan ilmu aqidah secara mendalam.

Sememangnya perkara aqidah ini memerlukan penjelasan yang sejelas-jelasnya. Para ulama mengatakan bahawa adalah tidak harus sama sekali untuk bertakliq di dalam persoalan aqidah. Saya berharap dengan tulisan ringkas ini akan memberikan kefahaman yang sempurna kepada semua pembaca pada persoalan qada dan qadar ini. InsyaAllah.
ERTI DAN BAHAGIAN QADA DAN QADAR
Qada bermaksud pelaksanaan. Adapun qadar bermaksud sukatan.Terbahagi kepada dua bahagian iaitu: Qada Mubram dan Qada Muallaq.
Qada Mubram: Adalah ketentuan Allah Taala yang pasti berlaku dan tidak dapat dihalang oleh sesuatu apa pun. (Contoh: Mati pasti akan berlaku).Firman Allah Taala bermaksud:
Dan pada sisi Allah Taala jua kunci-kunci semua yang ghaib.
(Surah al-Anaam: ayat 59).
Qada Muallaq: Adalah ketentuan yang tidak semestinya berlaku bahkan bergantung kepada sesuatu perkara. (Contoh: Panjang umur bergantung kepada menghubungkan silaturrahim dan amal kebajikan yang lain). Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Tidak boleh ditolak qadar Allah Taala melainkan doa. Dan tiada yang boleh memanjangkan umur melainkan membuat baik kepada ibubapa.
(Riwayat Hakim, Ibnu Hibban dan Tarmizi).
SEMUA PERKARA DI DALAM PENGETAHUAN ALLAH TAALA
Kedua-dua jenis qada di atas ini adalah di dalam pengetahuan Allah Taala. Firman Allah Taala bermaksud:
Dan pada sisi Allah Taala jua kunci-kunci semua yang ghaib.
(Surah al-Anaam: ayat 59).
Segala perbuatan hamba adalah diketahui oleh Allah Taala melalui ilmu-ilmuNya. Hanya ianya terlindung dan tidak diketahui oleh hamba-hambaNya yang lemah. Kerana itulah kita disuruh untuk sentiasa berusaha dan taat kepadaNya kerana kita tidak mengetahui apa yang akan berlaku kepada kita nanti.
ANTARA BENTUK KETAATAN
Antara bentuk ketaatan adalah dengan berdoa kepada Allah Taala. Dengan berdoalah seseorang hamba itu akan merasakan dirinya lemah dan berhajat atau memerlukan kepada Allah Taala. Firman Allah Taala bermaksud:
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang aku maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Aku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu agar mereka selalu berada dalam kebenaran.
(Surah al-Baqarah: ayat 186).
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Doa merupakan otak kepada ibadat.
(Riwayat at-Tarmizi).
SENTIASA BERUSAHA DAN BERDOA
Setelah diketahui bahawa segala usaha dan doa dari hamba akan didengar dan diambil kira oleh Allah Taala maka dengan sebab itulah perlunya seseoarang hamba itu untuk sentiasa berusaha dan berdoa. Namun segala usaha dan doa ini sudah tentulah di dalam kuasa dan ilmu Allah Taala. Kerana itulah ada dinyatakan bahawa manusia hanya berusaha dan berdoa tetapi Allah Taala jualah yang menentukannya. Disebabkan manusia tidak mengetahui qada dan qadarnyalah maka manusia perlu kepada usaha dan doa. Firman Allah Taala bermaksud:
Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.
(Surah ar-Rad: ayat 11).
KONSEP QADA DAN QADAR
Keperluan kepada konsep qada dan qadar di dalam Islam adalah:
Menisbahkan kepada Allah Taala di atas segala yang berlaku di dunia ini.
Beriman bahawa hanya Allah Taala yang memiliki kuasa mutlak menentukan urusan di dunia ini.
Menyedarkan bahawa manusia itu lemah dan perlu kepada bantuan Allah Taala.
Hikmah qada dan qadar disembunyikan dari pengetahuan hamba adalah supaya seseorang hamba itu sentiasa berusaha dan taat kepadaNya.
PERINGATAN
Peringatan daripada dalil hadis di bawah ini dapat mengingatkan kepada kita tentang bahayanya mempersoalkan dan memanjang-manjangkan perbincangan mengenai qada dan qadar ini tanpa sebab tertentu. Sebab itulah kebanyakkan para tok guru kita cuba mengelakkan diri dari berbicara mengenai qada dan qadar ini secara panjang lebar terutamanya kepada masyarakat awam.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Apabila disebut tentang qadar maka diamlah…
(Riwayat Tabrani dan Abu Nuaim).
PENUTUP
Sebagai umat Islam yang beriman adalah kita diwajibkan mempercayai dan mengimani qada dan qadar. Segala yang berlaku adalah dari Allah Taala semuanya. Kita hanya mampu berusaha dan berdoa akan tetapi Allah Taala jualah yang Maha Berkuasa yang menuntukan segala sesuatu itu. Saya ingin sarankan agar kita semua dapat mempelajari ilmu aqidah Ahl al-Sunnah Wa al-Jamaah dengan lebih mendalam dan terperinci.

http://www.islamgrid.gov.my/rukun-iman/11-qada-dan-qadar
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2016 02:54 PM | Show all posts
alasala replied at 24-5-2016 02:45 PM
Kelakar betullah awak ni

wallahu'alam......  

sebab ada mazhab yang rukun Islamnya kena beriman dengan 12 orang imam.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 12:42 PM GMT+8 , Processed in 0.077161 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list