CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: GalileO

[Tempatan] calon ISMA sudah diumumkan

[Copy link]
Post time 17-4-2013 11:55 PM | Show all posts
parti apa dulu guna cop tanduk lembu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2013 11:59 PM | Show all posts
parti ISMA ni parti baru ker
aku ingatkan isma akak tomok bini zul 2by2
rakan BN gak ker
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2013 12:03 AM | Show all posts
sepiITUindah posted on 17-4-2013 11:59 PM
parti ISMA ni parti baru ker
aku ingatkan isma akak tomok bini zul 2by2
rakan BN gak ker

rasanya mesra BN dan mesra JATi/ Perkasa ..ISMA ni adalah parti  Berjasa asalnya .. PArti Cinta Malaysia tu apa aspirasinya? mcm MCA/ Gerakan  je..... dan  Parti KITA tu dah lenyapkan?
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2013 12:37 AM | Show all posts
sa2_gwa posted on 17-4-2013 11:08 PM
Ustaz2 tu x dak gheja dah ka? ... Ada kesan ka depa masuk bertanding? Bodoh bertimpa-timpa

yang hang kalut awat?
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2013 02:00 AM | Show all posts
ISMA adalah alternatif kepada pengundi Islam yg tak sokong KAPIAQ2 dlm BN dan PR

biaqla KAPIAQ2 tu bergaduh.... Islam yg menang

katalah pengundi Islam ada 50%, BN dan PR bergaduh, kalau salah satu parti dapat 40% kompom la ISMA memang
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2013 02:18 AM | Show all posts
sume ustaz2. wow
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-4-2013 02:28 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2013 02:30 AM | Show all posts
Isma AF7

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2013 06:47 AM | Show all posts
isma ni ahli2 dia banyak student.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2013 11:46 AM | Show all posts
sumber dari ismaweb

BANGI, 19 April – Manifesto khas calon-calon ISMA sempena pilihan raya umum ke-13 yang diberi nama ‘Janji Kami’ dirangka dengan penuh hemat bagi menonjolkan peranan selaku pendesak, penentu, pengimbang kuasa dalam menyelamatkan kedudukan Islam dan Melayu berteraskan perlembagaan yang sedang terancam.

Tema manifesto ini ialah ‘Islam Berdaulat, Malaysia Sejahtera.’

Terdapat 5 prinsip yang terkandung dalam ‘Janji Kami’ iaitu menuntut pelaksanaan Islam yang menyeluruh, menolak seruan kesamarataan mutlak, menentang fahaman chauvinis dan agenda asing, memaksa penghapusan salah guna kuasa dan mendesak pengembalian semula hak yang telah tergadai.

‘Janji Kami’ meliputi 7 perkara termasuk hal ehwal agama Islam, ekonomi, politik, pendidikan, undang-undang, bahasa dan budaya.

Ia menggariskan lebih kurang 40 perkara yang akan diusahakan oleh calon ISMA di bawah tiket parti BERJASA jika rakyat memberi mandat untuk menjadi pemimpin pada pilihan paya kali ini.

Buku kecil yang menjelaskan perincian ‘Janji Kami’ akan diedarkan kepada semua pengundi sepanjang tempoh berkempen bermula esok.

Antara perkara yang terkandung dalam ‘Janji Kami’ ialah :

·       Mempertahankan kedudukan Islam dan hak-hak istimewa Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.

·       Mempertahankan nama suci Allah seperti yang difatwakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

·       Menjadikan Al-Quran dan Al-Sunnah sebagai rujukan utama dalam menafsir Perlembagaan.

·       Menolak kesemua tuntutan IFC dan semua pihak yang memperjuangkan tuntutan   seumpamanya

·       Menjaga kesejahteraan dan kebebasan hak beragama dan adat-istiadat orang bukan Islam selagi tidak mengganggu ketenteraman awam.

·       Mengurangkan pergantungan ekonomi negara kepada bukan Melayu.

·       Memastikan penguasaan Melayu dan bumiputera dalam pegangan ekuiti kepada sekurang-kurangnya 40%, dengan pendapatan minima isi rumah keluarga Melayu meningkat kepada RM 5000.

·       Menghormati pemilikan harta orang bukan Islam yang diperolehi secara sah

·       Menolak budaya kronisme, nepotisme, rasuah dan memastikan ketelusan dengan cara yang terbaik

·       Menolak parti-parti yang berfahaman sekular, liberal, sosialis, pluralisma agama, chauvinisma dan yang menolak pelaksanaan Syariat Islam

·       Menolak sebarang kesepakatan yang merugikan orang Melayu dan bumiputera.

·       Mendesak peruntukan tahunan untuk sekolah agama ditingkatkan kepada RM 1billion

·       Memperukuhkan hak biasiswa Melayu dan bumiputera yang terhakis akibat meritokrasi.

·       Menyokong sekolah satu aliran supaya integrasi dan perpaduan kaum berjaya direalisasikan.

·       Mewujudkan Akta Kedaulatan Islam, Melayu dan Institusi Raja bagi mendakwa pihak yang mencabar atau mempersoalkan kedudukan Melayu, Islam dan Institusi Raja.

·       Menggubal peruntukan khusus dalam perlembagaan untuk memastikan jawatan-jawatan utama seperti Perdana Menteri ,TPM dan jawatan-jawatan kanan dalam perkhidmatan awam dijawat oleh orang Melayu Islam.

·       Menolak sebarang bentuk budaya songsang yang merosakkan keperibadian dan jatidiri Melayu.

·       Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam pelbagai aspek, terutamanya sebagai bahasa ilmu dan komunikasi

salam..marilah bersama-sama menyokong perjuagan kami di ISMA...moga-moga diberkati tuhan....
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2013 06:12 PM | Show all posts
ingin mewujudkan politik suci murni kekdahnyee....bukan pas....tak perlu gabung dgn pas sbb pas dan seangkatanya pun kotor katanyeee.....apetah lagi BN....tapi, apesal takde identiti tersendiri...bendera pun ala2 pas jugak...cuma bulan ganti dgn bintang jee..apelah cikai sgt ideanye tuh.....
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2013 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Isma kalau dpt 2 3 kerusi pon lom tentu menteri BN nak dgr...apatah lg bila debate kat Parlimen... Masing2 buat bodo jek cam time Pakatan bentang bajet nya sendiri...    camne nak martabt Islam??? Ce citer sket.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2013 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
GalileO posted on 20-4-2013 11:46 AM
sumber dari ismaweb

BANGI, 19 April – Manifesto khas calon-calon ISMA sempena pilihan raya umum  ...

Isma ni janji mcm bertanding dan yakin menang 2/3 parlimen je...most yg dijanji tu perlu sokongn 2/3...  mcm la pernah usul pembangkang lulus sblm ni...isma = naive = pathetic
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2013 06:57 PM | Show all posts
...tak payahla kondem.....ini kan baru permulaaan.....nak bertanding di semua parlimen memerlukan bajet yang amat besar...
so rakyat malaysia ada alternatif sikit nak pilih wakil mereka di parlimen....
kalau saya mengundi di parlimen selayang, saya pasti undi calon ISMA..(sayang saya mengundi di titiwangsa)
Di selayang, 2-2 calon parlimen di Pihak BN dan PR adalah cina.....

Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2013 07:08 PM | Show all posts
Isma nih tentera upahan umno jah untuk pecah undi bagi bn menang.... semua tak tau kaa.... nih semua ustaz2 yg kuhnun kecewa ngan pas dan jadi simpanan masa terdesak..... menang nanti mesra umno BN.... sama cam brahim katak...
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 09:58 PM GMT+8 , Processed in 0.076472 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list