CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Eva_yy_Ellin

[W. P. KUALA LUMPUR] Parlimen Kuala Lumpur [Update #70]

[Copy link]
 Author| Post time 18-4-2013 10:09 AM | Show all posts
cmf_anisss84 posted on 18-4-2013 10:05 AM
masalahnya calonkan lah siapa yg pengundi nak..macam kat tmpat anisss paling popular Datuk Rizalam ...

Itulah masalahnya. Najib tak dengar pendapat pengundi kot. Ikut suka dia je nak letak siapa. Patutnya letaklah calon yg memang pengundi kenal. Dah pengundi tak kenal, memang peluang untuk kalah tu cerahlah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2013 10:16 AM | Show all posts
Eva_yy_Ellin posted on 18-4-2013 10:09 AM
Itulah masalahnya. Najib tak dengar pendapat pengundi kot. Ikut suka dia je nak letak siapa. Patut ...

pd pendapat anisss najib tk perasan kot.... sbb yg pilih calon tu dari MCA, dia ikut jer....

yap memang betul peluang nk kalah tu cerah.. tp, khalid pun bukan penduduk Bandar Tun Razak,itu pun masalah gak ..sbb sepenggal dia pegang tk pernah nmpak muka pun... apapun tunggu dan lihat jer...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2013 11:29 AM | Show all posts
cmf_anisss84 posted on 18-4-2013 10:16 AM
pd pendapat anisss najib tk perasan kot.... sbb yg pilih calon tu dari MCA, dia ikut jer....

ya ...

Kalau MCA yg memang pilih, Najib tak leh buat apa la kot agaknya...entahlah, kalau tak bagi, merajuk pula kumpulan yg bagi nama, macam kes kat Wangsa Maju tu...

Khalid Ibrahim ni...Khalid Ibrahim yg MB Selangor tu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2013 12:03 PM | Show all posts
otai..komen sikit pasal calon p115 batu..Dr. Dominic Lau Hoe Chai[BN] dan Tian Chua [PKR]

aku tak tahu la nak pilih sape..semuanya cina..takde orang melayu pun..kalau dah tak ade melayu,
sekurang2nya aku nak pilih calon yang ade buat kerja..info diorang kat google kurangla..tak pandai cari. Last edited by toya3333 on 18-4-2013 12:04 PM

Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2013 12:17 PM | Show all posts
Eva_yy_Ellin posted on 18-4-2013 11:29 AM
Kalau MCA yg memang pilih, Najib tak leh buat apa la kot agaknya...entahlah, kalau tak bagi, meraj ...

yap.....yg itu....
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2013 04:40 PM | Show all posts
teresa kok tak tercalon ke? pelik plak...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-4-2013 04:42 PM | Show all posts
toya3333 posted on 18-4-2013 12:03 PM
otai..komen sikit pasal calon p115 batu..Dr. Dominic Lau Hoe Chai dan Tian Chua

aku tak tahu la  ...

klu kau nak pemimpin mmg berani perjuang hak asasi, tian chua mmg the best choice la...
wlpn mcm2 kontroversi die dapat...

klu jenis support BN ape sekalipun, kau undi cina Gerakan tu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2013 09:47 AM | Show all posts
Yeay, pusat mengundi di sekolah rendah . Agak2 kalau lepas ngundi tu jalan2 tengok kawasan sekolah, diorg bagi tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-4-2013 09:53 AM | Show all posts
dauswq posted on 18-4-2013 04:40 PM
teresa kok tak tercalon ke? pelik plak...

Entah, kat situ belum disahkan lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2013 11:31 PM | Show all posts
toya3333 posted on 18-4-2013 12:03 PM
otai..komen sikit pasal calon p115 batu..Dr. Dominic Lau Hoe Chai dan Tian Chua

aku tak tahu la  ...

aku pengundi parlimen batu. kalau nak banding dengan MP dulu (gerakan), ternyata Tian Chua ni jenis buat kerja & rajin turun padang.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2013 03:51 AM | Show all posts
klu kau nak pemimpin mmg berani perjuang hak asasi, tian chua mmg the best choice la...
wlpn mcm2 kontroversi die dapat...

klu jenis support BN ape sekalipun, kau undi cina Gerakan tu...


tq for info.

aku pengundi parlimen batu. kalau nak banding dengan MP dulu (gerakan), ternyata Tian Chua ni jenis buat kerja & rajin turun padang.

ok..aku dah tahu nak undi sape..walaupun menyampah ape yang calon katakan hari tu,aku pengundi atas calon..bukan atas parti.mana lagi bagus..kita undi dia..

Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2013 01:46 PM | Show all posts
aku pengundi atas calon..bukan atas parti.mana lagi bagus..kita undi dia..


sokong... aku pon berpegang atas ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2013 08:17 PM | Show all posts
Senarai Calon Lengkap Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur



P114 Kepong
Parti
Undi
Chandrakumanan Arumugam
BN – MIC
Dr. Tan Seng Giaw
DAP
Yee Poh Ping
Bebas
P115 Batu
Parti
Undi
Dr. Dominic Lau Hoe Chai
BN – Gerakan
Chua Tian Ching
PKR
Hashim Abdul Karim Abdul Karim
BERJASA
Atan Jasin
Bebas
Nazariah Abbas
Bebas
P116 Wangsa Maju
Parti
Undi
Dr. Shafei Abdullah
BN – UMNO
Dr. Tan Kee Kwong
PKR
P117 Segambut
Parti
Undi
Jayanthi Devi Balaguru
BN – MIC
Lim Lip Eng
DAP
P118 Setiawangsa
Parti
Undi
Ahmad Fauzi Zahari
BN – UMNO
Ibrahim Yaacob
PKR
P119 Titiwangsa
Parti
Undi
Johari Abdul Ghani
BN – UMNO
Ahmad Zamri As’ad Khuzaimi
PAS
P120 Bukit Bintang
Parti
Undi
Frankie Gan Joon Zin
BN – MCA
Fong Kui Lun
DAP
P121 Lembah Pantai
Parti
Undi
Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
BN – UMNO
Nurul Izzah Anwar
PKR
Rosli Baba
Bebas
P122 Seputeh
Parti
Undi
Nicole Wong Siaw Ting
BN – MCA
Teresa Kok Suh Sim
DAP
P123 Cheras
Parti
Undi
Teoh Chee Hooi
BN – MCA
Tan Kok Wai
DAP
P124 Bandar Tun Razak
Parti
Undi
Tan Kok Eng
BN - MCA
Abdul Khalid Ibrahim
PKR
Mohamad Sukeri Abdul Samat
Bebas
Mokhtar Salahudin
Bebas

Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2013 11:02 AM | Show all posts
Hari mengundi 5hb, 6hb tu sekolah cuti ke tak?..
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2013 12:43 PM | Show all posts
aku pangkah kat parlimen cheras..
tp dua dua calon tak prnh kenal..haha!
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2013 09:19 AM | Show all posts
P124 Bandar Tun Razak

Tan Kok Eng BN - MCA
Abdul Khalid Ibrahim PKR
Mohamad Sukeri Abdul Samat Bebas
Mokhtar Salahudin Bebas


Setakat ni dari perhatian anissss, keempat-empat calon di atas adalah seperti berikut :-

Tan Kok Eng - Hari Rabu (01.05.2013) nmpak dia berkempen dari rumah ke rumah..(kaw. umah anisss) tp dia pilih 2 atau 3 umah je setiap tingkat pastu balik...dalam hati mcm ni ker nk jd pemimpin?? pernah satu kali majlis jemput dia datang tp dia hy perkenalkan diri dan maklum tidak boleh lama sbb ada urusan lain... itu belum jadi wakil dalam parlimen lagi....

Abdul Kalid Ibrahim - Langsung tk pernah nmpak muka, sejak menang sepenggal yg lalu pun tk der pun menjenguk kawasan ni...Hy nmpak wakil2 peraih undi dari PKR jer...

Mohamad Sukeri Abdul Samat - Bekas Setiausaha kepada ayah Tan Kok Eng, Dato Sri Tan Chai Ho, selama dia menjadi PA kepada Dato Sri lagi rajin turun padang, membantu mana yang patut.. mungkin masa itu dia mewakili Dato Sri, tp penduduk kebanyakkan telah lama mengenali beliau, senang berurusan, bila call cepat jer datang....tp sekarang jadi Calon Bebas kerana bagi pendapat beliau dia harus bangkit, selama ini di manipulasi oleh pemimpin cina, dia akan mewakili orang melayu kat kawasan BTR..

Mokhtar Salahudin - Salah seorang yang berjawatan di dalam Bahagian UMNO BTR, tp kali ini dia tidak berkempen kerana memberi laluan kepada Calon Mohamad Sukeri Abdul Samat...Sebaliknya dia berkempen bagi pihak Mohamad Sukeri Abdul Samat, nk tarik diri tk boleh katanya....

So...kepada pengundi2 P124- Parlimen Bandar Tun Razak, siapakah pilihan anda....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-5-2013 10:32 AM | Show all posts
cmf_anisss84 posted on 3-5-2013 09:19 AM
Setakat ni dari perhatian anissss, keempat-empat calon di atas adalah seperti berikut :-

Tan  ...

Saya bukan orang Bandar Tun Razak. Tapi kalau dari pemerhatian aniss tu, kalau saya pengundi situ, saya akan pilih Mohamad Sukeri Abdul Samat. Bebas, rajin turun padang, penduduk ramai dah kenal, Melayu.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2013 10:46 AM | Show all posts
Eva_yy_Ellin posted on 3-5-2013 10:32 AM
Saya bukan orang Bandar Tun Razak. Tapi kalau dari pemerhatian aniss tu, kalau saya pengundi situ, ...

sy pun bukan pengundi BTR, tp klu sy mengundi di situ, saya akan pangkah sama mcm Eva sbb ..

En. Sukeri ni sgt humble.... dia senang sgt berurusan tk der protokol...call jer...cepat jer dia dtg.......... lgpun dah lama dia berkhidmat, bukan masa pilihanraya jer nmpak muka dia walau pun masa tu dia keje dgn Dato` Seri........ sy hrp2 dia akan menang...... dia pun dah berjanji akan bawa apa isu org melayu yg selama ni terpendam ke Parlimen.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2013 10:48 AM | Show all posts
cmf_anisss84 posted on 3-5-2013 10:46 AM
sy pun bukan pengundi BTR, tp klu sy mengundi di situ, saya akan pangkah sama mcm Eva sbb ..

En ...

Oh, aniss bukan pengundi situ ke? aniss asyik sebut BTR, ingatkan memang pengundi situ.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2013 10:52 AM | Show all posts
Berita mengenai calon di Parlimen Bandar Tun Razak.

PETALING JAYA: Dua ahli Umno yang bertanding kerusi parlimen Bandar Tun Razak mungkin ditaja kumpulan pemimpin tertentu dalam Umno  yang tidak berpuas hati dengan pemilihan calon MCA, Tan Kok Eng.“Kedua-dua mereka ditaja oleh orang yang kecewa, inilah sikap baling batu sembunyi tangan,” kata ahli biro penerangan Umno Bandar Tun Razak, Hamzah Wahab.
Dua calon bebas itu ialah Setiausaha Kerja Umno Bandar Tun Razak, Mohamad Sukeri Abdul Samat dan ahli cawangan Sungai Besi, Mokhtar Salahudin.
Keadaan ini menyebabkan Bandar Tun Razak menyaksikan pertandingan empat penjuru antara penyandang Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari PKR, Mohamad Sukeri, Mokhtar dan
Kata Hamzah, kehadiran dua calon bebas itu menjadikan pengundi Bandar Tun Razak mejadi serba salah.
Bagaimanapun, tambahnya, kehadiran calon bebas itu boleh menguntungkan calon BN kerana menyebabkan undi orang Melayu berpecah.

Ada peluang menang

“Orang Melayu tidak mahu kepada Khalid kerana tidak buat kerja, jadi mereka undi dua calon bebas itu.
“Manakala orang Cina pula merasakan tiga calon Melayu mahu membuli Tan menyebabkan mereka mengundi calon MCA itu,” kata Hamzah.
Bagaimanapun, calon bebas itu terutama Mohamad Sukeri tetap mempunyai peluang untuk menang kerana dikenali ramai di kalangan orang Umno.
Menurut Hamzah, Pemuda Umno Bandar Tun Razak boleh dikategorikan sebagai pengundi senyap yang sukar diramal pendirian mereka.
Sumber memberitahu, ramai ahli Pemuda yang menyokong Mohamad Sukeri kerana beliau merupakan ahli Pemuda bahagian dan usianya yang tidak mencapai 40 tahun.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: STOR ADMIN


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 03:00 AM GMT+8 , Processed in 0.077548 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list