CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
12
Return to list New
Author: R2D2

[Tempatan] Kurangnya pakar sakit puan dikalangan wanita

[Copy link]
Post time 29-10-2012 11:03 AM | Show all posts
tu sbb sy kumpul duit gak bsalin kat private.ms kat GH malu sgt ngan doc2 laki ni.dh la jap2 dtg tgk,seluk.maluuu wpuan tgh sakit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2012 11:19 AM | Show all posts
Kalo tanya ramai MO/Dr wanita..
semua xnak jadik pakar O&G atau MO O&G
sebab amik O&G mmg high risk untuk kena saman dsb.
dengan kerja x tentu masa..oncall sepanjang zaman...
melayan patient yang banyak songeh lagik...

MO Wanita yang berkeluarga mmg x minat sambung master/specialist dalam O&G
sebab quality time bersama keluarga xdak..MO wanita lebih suka amik specialist dalam patologi..
sebab xpayah berurusan dengan patient yang banyak songeh..dorang prefer keja dengan lab saja..
paling2 busuk amik klinikal, public health or pediatric daripada O&G

Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2012 11:31 AM | Show all posts
Member2 cheq yg cerdik2 dulu, ramai jugak yg ambik medic.

Dalam ramai2 yg pi sambung nak jadi specialist, 2 orang je O&G. Yg lain, patologi, dentist, mata etc, kira yang ikut office hour la. Ye la..... anak depa pun berderet.

Yg jadi O&G, sorang kat private, sorang kat gomen. Tanya yg kat gomen, kenapa tak nak ikut member yg pi specialist. Dia kata kesian kat org yg mai gomen, tak ramai O&G pompuan.

Tapi memangler, gomen or private, depa mesti on call, no such thing 8-5 working hours. Mana boleh suruh orang mai balik kalau dah nak terberanak ye tak?

Mungkin rakyat malaysia yg pompuan dan muslim lebih mementingkan kesejahteraan keluarga depa. Mungkin jugak depa tak lalu nak suluh bwh tu selalu, tak suka kotor, busuk etc. Depa suka duduk sembang2 dengan patient bg yg ambik psikologi atau duduk lab je bagi yg ambik patologi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2012 11:37 AM | Show all posts
Syor wujud wad khas wanita dikaji
2012/10/29 - 06:46:49 AM Oleh Suhaila Shahrul Annuar Cetak Emel Kawan
  
Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan akan mengkaji kewajaran mewujudkan wad khas yang dikendalikan doktor wanita untuk merawat pesakit wanita di hospital kerajaan.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata walaupun perkhidmatan itu belum sesuai dilaksanakan, kementerian sedia mengkajinya.
Namun, pelaksanaannya membabitkan beberapa faktor termasuk kerajaan tidak mengamalkan pengambilan doktor mengikut kuota doktor lelaki atau wanita. Selain itu, penempatan doktor tidak mengira jantina, sebaliknya mengikut keperluan tenaga kerja, katanya kepada BH.

Beliau diminta mengulas cadangan pembaca BH dalam ruangan Suara Komuniti yang meminta diwujudkan wad khas dikendalikan doktor wanita di hospital kerajaan supaya pesakit wanita, terutama yang beragama Islam mempunyai pilihan ketika mendapatkan rawatan.

Rosnah berkata, walaupun 70 peratus rakyat terdiri daripada wanita, nisbah pesakit lelaki dan wanita yang mendapatkan rawatan di hospital kerajaan tidak jauh berbeza.

Selain itu, pesakit wanita boleh meminta diperiksa oleh doktor wanita tetapi bergantung kepada ketersediaan doktor berkenaan.

Ini bermakna jika ada doktor wanita yang bertugas dan kepakarannya sesuai dengan penyakit yang dihidapi pesakit, tiada yang menghalang untuk pesakit berurusan dengan mereka. katanya.
Selain itu, beliau berkata, tiada perbezaan jantina dalam pembelajaran bidang perubatan.

Seseorang doktor tanpa mengira jantina perlu tahu semua penyakit kedua-dua jantina mengikut kepakaran mereka. Pengkhususan kepakaran juga tidak mengira jantina. Ada pakar perubatan sakit puan dan perbidanan terdiri daripada doktor lelaki, katanya.

Ditanya mengenai perancangan kementerian untuk hospital kerajaan memberikan perkhidmatan hujung minggu sama seperti hari biasa, beliau berkata ada kewajaran mengenai perkara itu.

Cuma, pada masa ini perkhidmatan kecemasan memang disediakan 24 jam sehari di semua hospital kerajaan dan klinik kesihatan.

Di hospital kerajaan, perkhidmatan kecemasan dibuka 24 jam, manakala Klinik Kesihatan, perkhidmatan kecemasan selepas waktu pejabat disediakan mengikut panggilan yang mana klinik tidak dibuka, tetapi petugas disediakan untuk kes kecemasan, katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2012 12:02 PM | Show all posts
kwn aku yg paling pemalu dgn pompuan zaman skolah dulu skarang ni jadi pakar O & G
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2012 12:10 PM | Show all posts
akankah sampai masanya
pakar2 sakit pompuan terdiri
daripada kalangan robot2 yang terlatih?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-10-2012 01:16 PM | Show all posts
lelaki lebih arif dalam banyak hal..
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2012 01:26 PM | Show all posts
SulurBidar posted on 28-10-2012 08:02 PM
ko tak tau ke stat stat yg dok sibuk  harom sana barom sini komplen nak doktor pompuan sambut bini ...


ada la uztad kata kerajaan x islamik sebab tak menyediakan doktor pompuan rawat pesakit pompuan..bukan suma uztad cakap kite kene angguk2.bab ni aku bantah..mmg kekurangan ni adalah darurat.harus bagik doktor lelaki merawat pesakit pompuan..tak kan lah pompuan nak besalin,doktor lelaki cakap  "saye tak leh sambot,takde dr pompuan!"..jenuh la cm tu..oztad kengkadang cakap pakai lepas jerk...bab perubatan ni suma kene belajar,ni ilmu nak selamatkan orang.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2012 03:47 PM | Show all posts
O&G aku sangat la baik... soft-spoken...  memang stock jatuh hati la...  dan dia memang cakap yang dia hanya akan check 'bawah' tu bila terlalu memerlukan jek...  selagi boleh, dia hanya scan and analyze...
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2026 09:19 PM GMT+8 , Processed in 0.055479 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list