CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: lkick2113

[Tempatan] Raja Bola Malaysia Meninggal Dunia

[Copy link]
Post time 28-9-2012 06:02 PM | Show all posts
Selangor FA '' Asian Club Championship '' (1967)







Selangor FA '' Asian Club Championship '' (1970)








Sources : http://www.giants.com.hk/04_GSA_ceo.html


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2012 06:04 PM | Show all posts
Yakeb kunjungi bekas atlet





MUMTAZ (kiri) bersama Ghani Minhat (tengah) ketika melakukan kunjungan ke rumah bekas pemain bola sepak negara, Yusoff Bakar di Alor Setar, Kedah semalam.


DUA bekas atlet kebangsaan, petinju sekitar tahun 70-an, Sharif Ali, 67, dan pemain bola sepak, Yusoff Bakar, 75, dikunjungi pegawai-pegawai Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) diketuai Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Dr. Mumtaz Jaffar malam kelmarin.

" Kami datang melawat mereka untuk memberi suntikan semangat dan sumbangan kepada yang sedang sakit. Saya lihat mereka ceria menerima kunjungan kami, " kata Mumtaz ketika ditemui di rumah Yusoff di Taman Syed Mohamed di Alor Setar.

Turut hadir ialah Raja Bola, Datuk Abdul Ghani Minhat; bekas pemain negara, Khalid Ali ; bekas pelari pecut, Datuk M. Rajamani ; bekas jaguh bina badan, Datuk Malek Noor dan bekas pemain badminton, Rashid Sidek.

Mumtaz juga meminta atlet-atlet supaya mendaftar dengan Yakeb supaya kebajikan mereka terjaga dan bagi memudahkan bantuan disalurkan.

Katanya, Yakeb sukar membantu bekas atlet yang tidak mendaftar apabila mereka memohon bantuan.

Yusoff pula melahirkan rasa terharu dengan kunjungan rakan-rakan atlet untuk melihat keadaan beliau yang menghidap penyakit gout.

" Saya anggap ini penghargaan bermakna kerana selepas bersara daripada bola sepak, masih berpeluang bertemu rakan-rakan lama, " katanya.


- Bernama / Kosmo -





http://www.youtube.com/watch?v=owk1b-XGzwI



Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2012 06:09 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2012 06:20 PM | Show all posts
al-fatihah dan takziah...
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2012 08:09 PM | Show all posts
Komplikasi after bypass surgery?  Waaa... someone in my family will have this surgery soon.  Takutnya...

Btw, alfatihah untuk allahyarham...
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2012 09:05 PM | Show all posts
takziah............
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-9-2012 10:38 PM | Show all posts
Al- fatihah..
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2012 10:47 PM | Show all posts
takziah...
al fatiah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2012 11:34 PM | Show all posts
Takziah pada beliau...semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang beriman..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2012 07:24 AM | Show all posts
takziah kat family allayarham, tapi tak ada la video dia main bola dulu.....maklumlah tahun 60an
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2012 10:16 AM | Show all posts
al fatihah....takziah buat keluarga arwah
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2012 11:23 AM | Show all posts
innalillahi wa inna ilaihi roojiun..

apapun aku nak bertanya kenapa beliau digelar RAJA BOLA??adakah semata2 kerana kehebatan menjaringkan seratus lebih gol dlm 15 perlawanan??adakah perlawanan international ataupun domestik??
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2012 11:34 AM | Show all posts
Raja Bola meninggal dunia





ALLAHRAYHAM Ghani (kiri) memang tangkas ketika di zaman puncaknya.




RAJA Bola, Tan Sri Abdul Ghani Minhat meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur semalam akibat komplikasi selepas menjalani pembedahan pintasan jantung di institut itu.

Allahyarham, 77, menjalani pembedahan itu pada Selasa lalu dan menghembuskan nafas terakhir pada pukul 10.34 pagi semalam.

Ia disahkan oleh adik iparnya, Datuk Nik Kamaruddin Ismail semalam.

Nik Kamaruddin berkata, jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di masjid Kampung Baru di ibu negara dan dikebumikan selepas solat Jumaat di Tanah Perkuburan Islam USJ 21, Subang Jaya.

Allahyarham Abdul Ghani meninggalkan isteri, Puan Sri Tengku Aishah Tengku Ibrahim dan empat anak, dua lelaki dan dua wanita.

Ketika zaman kegemilangannya di sekitar tahun 1960-an hingga 1970-an, Allahyarham yang bermain sebagai penyerang tengah, merupakan pemain yang licik dan lincah dan sering menggerunkan pihak lawan.

Walaupun dilahirkan di Rantau, Negeri Sembilan pada 1935, Allahyarham banyak menyumbangkan tenaga sebagai pemain dan jurulatih bersama pasukan Selangor.

Pada 1959, Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) menganugerahkan gelaran Raja Bola kepada Allahyarham sebagai menghargai sumbangannya kepada negeri itu.

Allahyarham pernah merangkul anugerah Pemain Terbaik kebangsaan pada tahun 1959 dan 1960 dan pernah melakukan keajaiban dengan menjaringkan 106 gol hanya dalam 15 perlawanan.



- Bernama / Kosmo -






Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2012 11:48 AM | Show all posts
HangPC2 posted on 29-9-2012 11:34 AM
Raja Bola meninggal dunia

"Pada 1959, Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) menganugerahkan gelaran Raja Bola kepada Allahyarham sebagai menghargai sumbangannya kepada negeri itu."



ic, so macam yg aku jangka gelaran tersebut hanya berkisar kehebatan dgn skuad negeri......hmmmmm, no wonder.....

Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2012 12:53 PM | Show all posts
Tiada lagi gurauan, teguran Raja Bola



KUALA LUMPUR - Selepas ini tiada lagi gurauan dan teguran dari Raja Bola Malaysia, Allahyarham Tan Sri Abdul Ghani Minhat yang meninggal dunia, semalam.

Allahyarham meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), semalam akibat komplikasi selepas menjalani pembedahan pintasan jantung yang dilakukan Selasa lalu.

Legenda bola sepak yang amat terasa kehilangan arwah ialah Datuk Soh Chin Aun yang telah lama mengenali Allahyarham ketika berkecimpung dalam sukan bola sepak sejak kecil sebelum menyertai pasukan kebangsaan.

" Saya anggap arwah sebagai orang yang lebih lama dalam bola sepak dan hubungan kami seperti abang dan adik.

" Arwah memiliki pengalaman tinggi dalam sukan ini, negara berdepan dengan satu kerugian yang besar selepas arwah meninggal dunia, " katanya ketika ditemui media di Tanah Perkuburan Islam USJ22, semalam.

Jelas Chin Aun, beliau berasa sedih dengan kehilangan tokoh bola sepak itu yang begitu baik dan banyak kenangan telah dilaluinya bersama Allahyarham, termasuk gurauan yang sentiasa berkisar tentang bola sepak.

Bagi bekas pemain kebangsaan dan Selangor, Azlan Johar, didikan dan disiplin yang diterapkan oleh Allahyarham akan dikenang sampai bila-bila kerana itulah yang menjadi kunci kejayaan kepada pemain bola sepak di bawah asuhannya.

" Satu kehilangan besar buat kita semua, arwah adalah orang yang bertanggungjawab membawa saya dalam arena bola sepak dan membawa saya ke dalam Kelab Sultan Sulaiman pada 1979. Ketika itu saya berusia 16 tahun dan beraksi dalam perlawanan akhir antara daerah Klang dan Petaling.

" Arwah seperti bapa saya, kerana bukan sahaja mengajar pemain bermain bola sepak tetapi mendidik tentang bagaimana seseorang pemain untuk menempuhi kehidupan sebagai pemain bola sepak, " katanya.

Sementara itu, Datuk Santokh Singh pula berkata, pemergian Allahyarham Abdul Ghani adalah satu berita sedih buat negara tatkala arwah adalah legenda bola sepak di Malaysia dan jurulatih pertama beliau ketika beraksi dalam Kejohanan Remaja Asia 1972 di Bangkok.

" Arwah seorang jurulatih yang berdisiplin dan dalam masa yang sama menerapkan semangat tersebut kepada pemain, kali terakhir saya berjumpa arwah adalah dua bulan lalu di IJN ketika saya membawa ibu mertua saya ke situ, sementara arwah mula melakukan pemeriksaan badan, " katanya.



- Utusan Malaysia -





Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2012 11:27 PM | Show all posts
axl_bach posted on 29-9-2012 11:23 AM
innalillahi wa inna ilaihi roojiun..

apapun aku nak bertanya kenapa beliau digelar RAJA BOLA??ada ...


...jaringan masa training dgn Cardiff pun masuk kot.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2012 11:41 PM | Show all posts
pyropura posted on 29-9-2012 11:27 PM
...jaringan masa training dgn Cardiff pun masuk kot.....

xder laaa....pada aku lagenda bola sepak yg digembar-gemburkan hebat (pada aku memang deme hebat) adalah Lagenda bola sepak Selangor bukan Malaysia......macam Mokhtar Dahari dan Ghani Minhat dedua menyerlah bersama selangor dan byk rekod dicatatkan yg dihebahkan adalah rekod bersama Selangor jer........habis sgt utk menunjukkan kehebatan deme dikaitkan laa kelab luar berminat.....sama gak dulu rasanya Zainal Abidin Hassan ada dikaitkan dgn kelab Oldham x salah aku......perginya idak juga...

apapun memang deme pemain yg hebat....

Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 04:35 AM GMT+8 , Processed in 0.063221 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list