CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: pasarmalam

Tazkirah Facebook

[Copy link]
 Author| Post time 16-10-2012 12:29 PM | Show all posts
TAZKIRAH FACEBOOK 18 (April 11, 2012)

Masjid-masjid dan surau-surau bertambah jemaah Maghrib hari ini. Begitulah cara Allah mengingatkan hamba-hamba-Nya. Diberinya sedikit gempa bumi, sebagai tanda kasih sayangNya kepada kita. Dia mahu kita kembali dekat dengan-Nya. Terima kasih Tuhan.

(*Pada siangnya ada sedikit gegaran gempa bumi yang berpusat di Indonesia dan dirasai gegarannya sehingga ke Semenanjung Malaysia)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-10-2012 12:29 PM | Show all posts
TAZKIRAH FACEBOOK 19 (Julai 23, 2012)

Memasukkan ilmu--ilmu agama ke dalam diri sangatlah bagus dan tidaklah sesusah mana. Tapi... menyeimbangkan kemasukan ilmu-ilmu itulah yang sukarnya, menyebabkan seseorang itu tenggelam dalam ilmu-ilmu agama kesukaannya sahaja, menghukum seluruh permasalahan dengannya sahaja, dan sering tertipu kerana merasakan dirinya sedang berada di landasan yang terbaik.

Ilmu-ilmu agama Islam ini begitu banyak juzuk-juzuknya. Berusahalah untuk menyeimbangkan input ilmu-ilmu ini ke dalam diri, kerana ia akan membentuk jiwa dan pemikiran. Jangan mudah berasa senang hati dengan juzuk-juzuk ilmu agama Islam yang sudah atau sedang dikuasai, banyak lagi yang mesti diterokai.

Jauh bezanya antara hukuman yang datang dari seorang yang berpengetahuan dalam pelbagai juzuk ilmu agama, berbanding hukuman orang yang menguasai 1-2 juzuk sahaja lalu berhukum dengannya.
Seimbangkan input ilmu-ilmu agama ke dalam diri kita mulai hari ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2012 12:30 PM | Show all posts
TAZKIRAH FACEBOOK 20 (Julai 24, 2012)

Menutup aurat, sudah ramai yang buat. Membalut aurat, lagi ramai yang buat. Tapi... menutup aurat dengan sempurna, jenis ini yang sukar dicari.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2012 12:30 PM | Show all posts
TAZKIRAH FACEBOOK 21 (Julai 24, 2012)

Banyakkanlah rakan-rakan yang agamawan, bukannya yang tak ketahuan.

Kita mudah terpengaruh dengan persekitaran, maka usahakanlah membentuk persekitaran yang positif. Salah satunya ialah dengan berusaha membanyakkan rakan-rakan yang agamawan.

Mempunyai ramai rakan yang agamawan, memanglah bukan kayu ukur kepada keimanan. Namun begitu, sekurang-kurangnya mereka membentuk suasana persekitaran kita. Bukankah kita mudah dipengaruhi oleh suasana persekitaran?

Sudahkah kita mempunyai ramai rakan-rakan rapat yang agamawan? Ataupun lebih ramai lagi yang tak ketahuan?
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2012 06:06 PM | Show all posts
Membaca

Syukran untuk tazkirah yang baik ini
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2012 07:21 PM | Show all posts
Terima kasih Bintang.

TAZKIRAH FACEBOOK 22 (Ogos 7, 2012)

Mahu berkahwin?
Memang baaanyak perkara perlu difikir dan dipertimbangkan.

Sebagai lelaki, ANTARA (maksudnya ada banyak lagi yang lain) fikiran yang sesuai ialah…….
“Mampukah aku mentarbiyyah isteri/ isteri-isteriku nanti?”
“Mampukah aku menjadi contoh yang soleh kepada anak-anak kami nanti?”
“Melihatkan gayanya… mahukah dia/mereka menerima tarbiyyahku?”

Ambil masa dan cuba bina jawapan sendiri.
Mampu? Tak mampu?
Mahu? Tak mahu?
Yang mana satu pun jawapannya, yang pasti di sana ada tindakan/usaha/ikhtiar yang yang mesti diambil mulai hari ini.

Sebagai wanita pula, ANTARA fikiran yang sesuai……
“Mampukah dia mentarbiyyah aku nanti?”
“Mampukah dia menjadi contoh yang soleh buat diriku dan anak-anak kami nanti?”
“Melihatkan gayanya… mahukah dia mentarbiyyah kami semua nanti?”

Ambil masa dan cuba bina jawapan sendiri.
Mampu? Tak mampu?
Mahu? Tak mahu?
Yang mana satu pun jawapannya, yang pasti di sana ada tindakan/usaha/ikhtiar yang mesti diambil mulai hari ini.

Alhamdulillah syukur.
Setakat ini mana-mana orang yang meminta pandangan saya apabila hendak mendirikan rumahtangga dan saya berikan persoalan-persoalan di atas, tidak kira lelaki ataupun wanita, dan mereka mengambil tindakan/usaha/ikhtiar, nampaknya mereka mendapat jodoh yang baik dan hidup bahagia, sekalipun tidak kaya. Ringkas sahaja panduan yang diberi, tapi ia dapat mempengaruhi hidup kita untuk tempoh yang lama. Wallahua’lam.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-10-2012 09:24 PM | Show all posts
sesetengah tazkirah memang bagus, buat kita saling ingat mengingati...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2012 10:25 AM | Show all posts
TAZKIRAH FACEBOOK 23 (Ogos 8, 2012)

Mereka kata : “Agama ialah candu kepada manusia zaman berzaman.”
Mereka silap… kesilapan tahap maksima.

Kita katakan : “Keinginan untuk lari dari Tuhan dan agamalah, raja segala candu kepada umat manusia dan jin zaman-berzaman.”

Sebab itu di sekeliling kita…
Ada yang menolak terus agama.
Ada yang mengambil separuh.
Ada yang mengambil suku.
Ada yang mengambil bahagian agama yang mana menyedapkan mereka dan menolak bahagian agama yang tidak menyedapkan mereka. Islam pilih-pilih namanya itu.

Bukankah itu semua perlakuan umat manusia dan jin zaman-berzaman, iaitu mahu lari dari Tuhan dan agama?

Kita?
Ambillah agama keseluruhannya, sama ada ia sedap bagi kita mahupun tidak.
Beragama 100%, mengambil 100% daripadanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-10-2012 10:25 AM | Show all posts
TAZKIRAH FACEBOOK 24 (Ogos 10, 2012)

Ramai orang malas menanam, tapi dia mahu memetik.
Ramai orang malas menanam, tapi dia mahu menuai.
Ramai orang tidak menanam, tapi apabila dilihatnya orang lain beramai-ramai memetik dan menuai hasil tanaman, dia sendiri sangat suka memetik dan menuai.
Padahal dia tidak punya sebarang tanaman, bagaimana mahu dituai?
Ada ditanamnya sedikit-sedikit, tapi tidak dijaganya. Apabila tiba masa menuai, tanamannya tentulah kurang menjadi.

Apabila dia tidak dapat memetik dan menuai sebagaimana orang lain, dia mula marahkan tanah, mengeluh pada cuaca.
Apabila hasil tanamannya tidak berapa menjadi, dia mula mengutuk hasil tanaman.

Sepatutnya dia berfikiran matang dan rasional.
Sepatutnya dia mesti redha hasil tanamannya tidak ada atau kurang menjadi, kerana hal itu semua salahnya sendiri.

Sesiapa yang tidak menanam dan menjaga tanamannya, tentu saja dia tidak dapat menuai hasilnya, sebagaimana orang lain menuai hasil mereka.

Apa yang kita tanam dulu, dapatlah kita tuai hasilnya sekarang, atau pada masa akan datang.
Yang paling penting, tanamlah ‘pohonan syurga’ sekarang, untuk dipetik hasilnya di akhirat sana nanti.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2012 10:26 AM | Show all posts
TAZKIRAH FACEBOOK 25 (September 2, 2012)

Nak cari idola? Nak cari idola terbaik?
Sudah tentulah Rasulullah saw dan para sahabat, lelaki dan wanita.
Hal itu semua orang tahu.

Nak cari idola terbaik yang boleh kita perolehi kini?

Carilah yang apabila kita terlihat atau teringat sahaja akan dia, kita terus teringat akan agama.
Carilah yang apabila kita melihat perlakuannya, kita berasa sejuk di hati.
Carilah yang apabila kita melihat keadaannya, kita teringat akan Rasulullah, para sahabat dan insan-insan soleh.
Carilah yang apabila kita mendengar kata-katanya atau berbual dengannya, pengetahuan kita tentang Allah dan agama bertambah.
Carilah yang apabila kita berada dekat dengannya, kita berasa terdorong untuk melakukan perkara-perkara yang baik di sisi agama, dan berasa tidak selesa untuk melakukan perkara-perkara yang tidak baik.

Begitu jugalah sekiranya kita ingin mendapatkan sahabat atau sahabat-sahabat yang terbaik. Idola atau sahabat kita yang baik memang ramai, tapi yang mana yang terbaik antara mereka?

Terbaik yang dimaksudkan di sini bukannya yang terbaik menurut perasaan kita, tapi yang terbaik menurut pandangan Allah SWT.

Sudah ada? Belum ada?
Kena diadakan le.

http://ihyaassunnah.blogspot.com/
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2012 10:26 AM | Show all posts
TAZKIRAH FACEBOOK 25 (September 2, 2012)

Nak cari idola? Nak cari idola terbaik?
Sudah tentulah Rasulullah saw dan para sahabat, lelaki dan wanita.
Hal itu semua orang tahu.

Nak cari idola terbaik yang boleh kita perolehi kini?

Carilah yang apabila kita terlihat atau teringat sahaja akan dia, kita terus teringat akan agama.
Carilah yang apabila kita melihat perlakuannya, kita berasa sejuk di hati.
Carilah yang apabila kita melihat keadaannya, kita teringat akan Rasulullah, para sahabat dan insan-insan soleh.
Carilah yang apabila kita mendengar kata-katanya atau berbual dengannya, pengetahuan kita tentang Allah dan agama bertambah.
Carilah yang apabila kita berada dekat dengannya, kita berasa terdorong untuk melakukan perkara-perkara yang baik di sisi agama, dan berasa tidak selesa untuk melakukan perkara-perkara yang tidak baik.

Begitu jugalah sekiranya kita ingin mendapatkan sahabat atau sahabat-sahabat yang terbaik. Idola atau sahabat kita yang baik memang ramai, tapi yang mana yang terbaik antara mereka?

Terbaik yang dimaksudkan di sini bukannya yang terbaik menurut perasaan kita, tapi yang terbaik menurut pandangan Allah SWT.

Sudah ada? Belum ada?
Kena diadakan le.

http://ihyaassunnah.blogspot.com/
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2012 10:27 AM | Show all posts
TAZKIRAH FACEBOOK 26 (September 23, 2012)

Ilmu itu mulia, maka hati yang hendak menerimanya tentulah kena mulia juga. Maka berusahalah kita untuk membersihkan dan mencantikkan dalaman diri kita, iaitu sang hati. Dalam agama, diri kita yang zahir kena bersih, diri kita yang batin pun kena bersih. Apabila hati kita semakin bersih, ilmu-ilmu dan yang paling penting iaitu ruh ilmu-ilmu itu dengan mudah dan banyak akan masuk ke dalam hati kita.

Saluran paip yang bersih, akan membekalkan air yang bersih dalam jumlah yang banyak ke rumah kita. Ia membawa manfaat kepada seluruh isi rumah. Airnya juga tulen.

Saluran paip yang penuh benda-benda asing, akan sempit laluan airnya, sedikit dan kotor pula air yang sampai ke rumah kita. Ia boleh membawa mudarat kepada seluruh isi rumah, sama ada secara terus ataupun secara lambat-lambat.

Cawan yang bersih, apabila dituangkan susu ke dalamnya, akan penuh dengan susu yang putih warna dan asli rasanya.
Cawan yang berkarat dengan saki-baki serbuk kopi, apabila dituangkan susu ke dalamnya, akan penuh dengan campuran susu dan kopi yang keruh warna dan entah apa-apa entah rasanya, bukan rasa susu yang asli lagi. Begitulah hati kita.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2012 10:29 AM | Show all posts
TAZKIRAH FACEBOOK 27 (Oktober 2, 2012)

Umumnya manusia suka ambil agama separuh-separuh. Mana yang menyedapkannya diterima dan diperjuangkannya, mana yang dirasanya tak sedap dengan dirinya, ditolak ke tepi, kadang-kadang dimusuhi pula. Bukankah sewajibnya kita mengambil agama itu keseluruhannya? Bahkan semestinya kita perjuangkan keseluruhannya isi agama itu?

Selama hari ini kita ambil keseluruhan ke ataupun kita pilih-pilih bab yang buatkan kita rasa selesa sahaja? Yang kita rasa tak seronok, tak sedap, tak dimuliakan oleh orang lain... maka kita buat tak nampak, menolak daripada memperjuangkannya. Yang mana yang beri kita keseronokan, sedap, dipandang hebat... maka barulah kita perjuangkannya? Agama itu syumul, ambillah keseluruhannya sekalipun tak seronok, dikata orang, pahit...

Kalau kiita berkahwin, kita mahu seluruh diri pasangan kita ataupun nak separuh-separuh? Kalau kita dapat anak baru lahir, nak seluruh anak ataupun nak separuh-separuh?

"Err... tok qadhi, saya nak seluruh pasangan saya kecuali bahagian ketiak dan tapak kaki." Boleh ke?
"Errr.. doktor, saya nak keseluruhan bayi saya tapi saya tak mahu pusat dan saluran buang najis." Boleh ke?
Renung-renung, muhasabah diri.... dan yang paling penting ialah bertindak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2012 10:31 AM | Show all posts
TAZKIRAH FACEBOOK 28 (Oktober 3, 2012)

Banyaknya sumbangan aku untuk agama dan umat Islam…….
Betulkah banyak?
Apa sumbangan kita kepada agama dan umat Islam? Apa USAHA kita?

Sudah berapa ramai yang tidak berminat dengan agama, sudah kita berusaha minatkan?
Berapa ramai yang tidak ghairah untuk beribadah, sudah kita ghairahkan?
Sudah berapa orang yang tidak mengerjakan solat, sudah bersolat melalui usaha kita?
Lelaki yang sengaja tidak pergi solat berjemaah, semakin rajin ke tempat berjemaah?
Berapa ramai pula yang tidak membaca Al-Quran, sudah membacanya setiap hari?
Yang tidak minat berdakwah sudah berdakwah?
Yang belum sempurna menutup auratnya sudah disempurnakan?
Yang menolak atau takut akan hukum-hakam Islam sudah jinak dan mesra?

Yang tidak mengenal Tuhan sudah kita kenalkan?
Yang selama hari ini tersalah sembahan atau tidak tepat sembahannya sudah kita betulkan dan tepatkan?
Yang sebelum ini tidak muslim, sudah muslim melalui tangan kita?

Dan yang paaaling penting…
Sudah berapa orangkah orang Islam yang belum selesai fardhu ‘ainnya (iaitu ilmu mukasyafah dan ilmu mua’malah) sudah kita bantu selesaikan?

Muhasabah semula kerja-kerja kita selama hari ini. Ke mana sebenarnya kita hendak mengajak dan melorongkan manusia? Masa yang kita ada tidak banyak. Pastikan ia digunakan dengan jimat dan berkesan.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2012 10:31 AM | Show all posts
TAZKIRAH FACEBOOK 29 (Oktober 4, 2012)

Facebook (dan apa sahaja media kita) seumpama pakaian kita di depan orang ramai. Ia banyak membawa gambaran tentang pemakainya, sekalipun tidak 100% tepat. Maka kita kena berhati-hati.

Hiasilah ia dengan tudung perkongsian, bukan tudung keluhan. Nescaya orang tidak muak hendak melayarinya.

Pakaikan ia dengan kurung mendamai perasaan, tidak kurung melepas kegeraman. Nescaya orang berasa selesa melayarinya.

Serikan ia dengan kain panduan, kurangkan kain sindiran. Nescaya orang berasa aman di dalamnya.

Muliakan ia dengan jubah dakwah, sikitkan jubah hal-hal keduniaan. Nescaya orang mendapat manfaat daripadanya.

Kemaskan ia dengan serban pengajaran, usahlah serban tohmahan. Nescaya orang terfikir yang baik-baik tentangnya.

Maniskan ia dengan cincin tarbiyyah, hindarkan cincin sumpah seranah. Nescaya orang gemar menjenguknya.

Pamerkanlah selendang pertimbangan, jangan sesekali selendang ketaksuban. Nescaya orang memandang adil akan pemiliknya.

Solekkan ia dengan celak tazkirah, hindarkan memalit celak ammarah. Nescaya berpahala pemilik dan tetamunya.

Jumpa lagi… dalam Tazkirah Facebook ke-30. Insya-Allah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2012 10:32 AM | Show all posts
TAZKIRAH FACEBOOK 30 (Oktober 4, 2012)

Baca tazkirah, tidak mahu berfikir tentang isi kandungannya…….apalah erti?
Baca tazkirah, tidak merenung maksud yang tersurat dan yang tersirat…….tentunya rugi.
Baca tazkirah, sekadar untuk hiburan hati, bukan untuk mendapat lebih manfaat……memanglah ok tapi tak tercapailah matlamat yang dikehendaki.
Baca tazkirah, tidak ada tindakan segera atau tindakan lanjutan…….tazkirah itu sekadar melintas lalu pergi.
Baca tazkirah, tidak diulang-ulangi…..isi tazkirah akan hilang dari hati.
Baca tazkirah, tidak disebar-sebarkan kepada saudara-saudara kita yang lain……tazkirah itu mati.

Bacalah tazkirah……dan laksanakan le tindak susulnya : )
Semoga dirahmati Allah : )
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-1-2013 03:25 PM | Show all posts
TAZKIRAH FACEBOOK 31 (Oktober 6, 2012)

Mata kita kecil, tapi boleh melihat benda yang besar, yang tidak sepadan dengan saiz dirinya. Gunung, langit, lautan…
Mata kita hitam dan putih, tapi boleh melihat dan mentafsir ribuan jenis warna. Merah, biru, kuning, campuran antara ketiga-tiganya…
Mata kita tiada perasaan, tapi boleh membawa pelbagai perasaan ke dalam diri kita melalui apa yang ia lihat. Kagum, seronok, sedih, terkejut, marah, malu, risau…

Selain itu, ada lagi keistimewaan-keistimewaan mata yang jarang-jarang kita fikirkan.
Mata kita bersifat penyayang. Apabila ia tahu yang diri tuannya sudah letih, ia memberikan isyarat supaya tuannya berehat melalui rasa mengantuk. Ia mahu tuannya kembali segar dan bertenaga.
Mata kita bersifat penyelamat. Ia pengesan utama (dan biasanya yang pertama) kepada bahaya-bahaya yang jauh, agar tuannya mengambil langkah yang sewajarnya sesegera mungkin. Api di kaki langit, ribut di hujung lautan, hentaman dari angkasa… yang telinga, kulit, lidah dan hidung tidak sampai ke sana kerana jauhnya.

Baru satu nikmat kita fikir dan kita syukuri, iaitu nikmat mata, sudah sedemikian hebat terasa.
Benarlah, sudah banyak jasa mata kepada kita.
Apa pula balasan kita kepada mata?

Mata mahukan makanan, mata mahukan hiburan, dan mata juga perlukan servis pembersihan. Adakah kita menyediakan dan memberikannya?

Antara makanan mata ialah ayat-ayat Al-Quran, wajah orang-orang soleh, tempat sujud, berjaga pada jalan Allah…
Antara hiburan mata ialah langit, gunung-ganang, tumbuh-tumbuhan, sungai, tasik, sungai, haiwan-haiwan…
Antara servis yang diperlukan mata ialah menangis kerana Allah, memandang yang hijau-hijau, air mengalir, bercelak…

Benarlah, sudah banyak jasa mata kepada kita.
Sudahkah kita membalas jasanya?
Lebih benar lagi, sudah banyak jasa Tuan Punya Mata itu kepada kita.
Apa balasan kita kepada-Nya?

Mari kita tambah masa penggunaan mata kita untuk kerja-kerja pada jalan Allah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2013 03:26 PM | Show all posts
TAZKIRAH FACEBOOK 32 (Oktober 10, 2012)

Andaikan kita sedang dalam perjalanan berpindah ke sebuah negeri yang sangat jauh. Perjalanannya memakan masa 60 tahun. Wang dan gaji yang ada pada kita memang sudah cukup untuk memulakan kehidupan baru di negeri itu, tidak perlu untuk ditambah lagi.
       
Di sepanjang perjalanan sesekali kita terjumpa pokok liar di tepi-tepi jalan (yang mudha untuk kita menggapainya) yang membuahkan 1 sen, 5 sen atau 10 sen. Pada sebatang pokok adalah satu syiling. Memang tidak akan kaya dan tidak banyak menambah wang sedia ada kita kalau kita memetiknya pun. Lagi pun wang sedia ada kita sudah mencukupi, gaji pun naik setiap tahun. Hendak memetiknya pula terpaksa memijak rumput-rumput di tepi jalan. Biarlah.

Ada seorang sahabat kita yang bersama-sama kita dalam perjalanan itu. Wangnya juga sudah mencukupi, tapi dia begitu rajin memetik syiling-syiling itu. Kita tersenyum sahaja melihat telatahnya yang sesekali nampak bersungguh memetik syiling yang dilihatnya. Kita memandang perbuatannya itu bagus, tapi kita sendiri tidak berminat pun untuk melakukannya. Biarlah. Setakat RM 3 sehari, apalah sangat. Gaji harian kita dan dia pun RM 150 sehari, setiap tahun sama-sama naik gaji, hendak apa lagi kan? Buat apa susah-susah hendak menambah RM 3 sehari?

Dalam pada itu, ada juga orang-orang lain dalam rombongan kita itu yang memandang sinis akan perlakuan sahabat kita itu. Malah ada yang kata sia-sia. Macamlah tak cukup duit. Kalau tak petik pun, tetap sampai juga ke negeri baru. Buang masa dan tenaga. Orang tak pandanglah RM 3 sehari itu. Kata mereka.

Akhirnya kita pun sampailah ke negeri yang kita tuju. Seronoknya kita di negeri yang baru itu. Kita pun membeli sebuah rumah berharga RM 200,000 tunai. Sahabat kita tadi? Dia membeli rumah berharga RM 250,000 tunai. Kita berasa hairan, bagaimana dia yang mempunyai pendapatan dan bekalan yang sama dengan kita, tiba-tiba boleh membeli rumah yang lebih baik daripada kita?

Rupa-rupanya, dengan RM 3 sehari jumlah syiling-syiling yang dipetiknya di sepanjang perjalanan yang memakan masa 60 tahun itu, sahabat kita itu berjaya mengumpulkan lebih kurang RM 50,000. Ketika itu barulah ahli-ahli rombongan ‘memandang’ perlakuan sahabat kita itu. Fuh! Barulah kita menyesal, “Alangkah baiknya jika aku juga bertindak bijak seperti sahabatku itu…..”

Apa yang cuba disampaikan di sini?

Negeri baru = akhirat
Perjalanan 60 tahun = umur kita di dunia
Syiling-syiling yang dipandang tidak bernilai sangat = sunnah-sunnah Rasulullah yang mudah-mudah, tidak membebankan kita jika kita mengamalkannya pun seperti berjanggut, berkopiah, berserban, bercelak, berjubah, cara tidur, cara membuang air, menyebarkan salam, memakai pakaian putih dan sebagainya. Semuanya boleh kita lakukan sambil-sambil sahaja. Ada yang boleh dilakukan sesekali, ada yang boleh dilakukan berterusan.
Rumah di negeri baru = syurga.

Pengajarannya, janganlah dipersia-siakan sesuatu yang dipandang kecil, apatah lagi jika ia mudah untuk dilakukan.

(*Itu pun kalau betul sunnah-sunnah itu nilainya 1 sen, 5 sen atau 10 sen di sisi Allah. Bagaimana jika Allah memandang nilainya RM 10, RM 20, RM 50……. lebih lagi…..?)

- Al-Faqir Abu Zulfiqar
http://ihyaassunnah.blogspot.com/
Facebook : Tazkirah FB Abu Zulfiqar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2013 03:27 PM | Show all posts
TAZKIRAH FACEBOOK 33 (Oktober 12, 2012)

Katakanlah……. suatu hari planet bumi bakal musnah. Semua penghuni bumi mesti menaiki kapal angkasa berhijrah ke planet lain. Oleh kerana ruang pesawat sangat terhad, semua orang mesti pergi dengan sehelai sepinggang  dan membawa  kad pengenalan sahaja, tidak boleh membawa suatu apa pun selain itu hatta sehelai kertas atau sebatang pen sekalipun pun.

Setelah semua penduduk bumi tiba di planet itu dan bumi musnah, rasa-rasanya kitab suci agama manakah yang akan keluar (ditulis semula selengkapnya) terlebih dahulu?

Veda? Bible? Talmud? Avesta? La Goligo? Tao Te Ching? Tripitaka? Lain-lain?

Percayalah, kitab suci Al-Quranlah yang pertama keluar semula, bahkan mungkin satu-satunya kitab suci yang terselamat? Mengapa? Kerana ada ramai umat Islam yang menghafaz keseluruhan isi kitab itu. Yang menghafalnya secara terpisah-pisah (dalam jumlah yang banyak) lagi ramai. Dalam masa yang singkat sahaja ia boleh ditulis semula secara keseluruhannya di planet baru itu.

Kitab-kitab besar agama lain? Ringkas kata, tidak ada manusia yang menghafalnya keseluruhannya. Secara terpisah-pisah dalam jumlah yang banyak pun tidak ada. Jika usaha dilakukan untuk mengumpul dan mencetaknya semula, pasti akan banyak lompong-lompong yang akan lompong buat selama-lamanya.

Inilah salah satu kelebihan Al-Quran. Kita mestilah rasa bertuah memilikinya. Kita mestilah selalu membuka, memandang, membaca dan berfikir tentangnya. Kita sudah membuka, memandang, membaca dan berfikir tentangnya hari ini? Jika belum lagi, berniatlah untuk melakukannya : )

- Al-Faqir Abu Zulfiqar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2013 03:28 PM | Show all posts
TAZKIRAH FACEBOOK 34 (Oktober 13, 2012)

Jangan jadi lilin, membakar diri sendiri untuk menerangi orang lain. Orang terang, dia terhapus.
Jadilah matahari, menerangi orang lain dalam keadaan dirinya sendiri bersinar cemerlang.

Jangan jadi jarum, menjahit pakaian untuk orang lain, dia sendiri telanjang.
Jadilah kasturi, mengharumkan orang, dia sendiri pun sedia harum.

- Al-Faqir Abu Zulfiqar
http://ihyaassunnah.blogspot.com/
Facebook : Tazkirah FB Abu Zulfiqar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 02:06 AM GMT+8 , Processed in 0.080538 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list