CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: SecretLuv

Macam mana nak buat aduan tentang A&W dan PastaMania?

[Copy link]
Post time 23-11-2011 01:44 PM | Show all posts
piza hut ke  {:4_191:}
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2011 01:45 PM | Show all posts
kfc ke .. {:4_191:}




+4 {:4_191:}
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2011 01:53 PM | Show all posts
Mak saya alami masalah dengan A&W lebih kurang 3 kali. Masalah delivery. Bila call je mesti diaorang ...
SecretLuv Post at 22-11-2011 22:15


Jujurnya aku tak tahu nak salurkan ke mana untuk aduan seperti ini, mugkin kalau ianya terjadi pada aku maka aku tak akan membuat tempahan delivery lagi dari mereka. Tapi untuk mengambil tindakan ke peringkat lebih tinggi aku tak tahu, senang lupakan saja dan cari alternatif lain sebab restoren makanan segera sekarang berlambak dan banyak yang membuat servis penghantaran.

Tapi dari pemerhatian aku yang dah beberapa kali menjamu selera di Restoren PastaMania di AEON Bukit Tinggi Klang tersebut, servis mereka memang di tahap yang mendukacitakan dan tak ubah seperti restoren di tepi jalan yang menjual makanan barat. Servis sangat teruk dan pekerja lebih banyak berkumpul di kaunter untuk berchit-chat saja, kemudiannya beramai-ramai ketawa terkekeh-kekeh macam suasana di kedai mamak yang sedang melihat rancangan Mr Bean.

Kali pertama aku menjamu selera di sana berdua bersama rakan sepejabat, disebabkan waktu lunch maka semua restoren dan cafe boleh di katakan pecah panggung dengan pelanggan berderat beratur maka kami memilih di sini sebab suasana lenggang dan mungkin boleh menjimatkan masa. Ada set untuk lunch dengan harga rm15.90 dan kelebihan restoran ini ianya tiada sebarang cukai jadi harganya adalah NETT, apa harga terpapar itulah yang kita bayar seperti di mamak jua. Untuk 2 orang hanya perlu membayar rm31.80 tapi pekerjanya mengatakan sekarang mereka menawarkan hadiah istimewa, pembelian rm35 dan keatas akan mendapat 2 tiket GSC secara percuma jadi dia mencadangkan aku menambah menu dan aku memilih 1 potong cheese cake berharga rm5++ sebegitu.

Sangat kecewa sebab lebih 15 minit berlalu makanan belum sampai dan hanya air dan sup saja padahal hanya ada 5 orang pelanggan saja pada masa tu termasuk kami, kebetulan dapurnya hanya dibalik cermin jadi boleh nampak chefnya sedang memasak. Chefnya ada seorang saja mungkin warga Bangladesh, terkial-kial memasak dan dialah juga yang memtong bawang dan sebagainya tiada pembantu dapur memang lambat dan lebih setengah jam baru dapat hidangan kami tu. Rasanya boleh tahan juga untuk spaghetti tapi bahan basah di guna seperti ayam memang kurang segar dan terasa seperti bahan lama, rasanya sedap sebab gravy digunakan saja tapi untuk bahan basahnya memang sangat teruk.

Di kaunter aku nampak salah seorang pelanggan di meja sebelah berdiri di kaunter untuk membayar bil, lama jugalah aku tengok perempuan amoi itu menunggu dan aku nampak cashiernya berlari-lari anak dari escalator tingkat atas dan aku tak tahulah apa maslaah pekerja-pekerja ni entah cari pelanggan atau sibuk mengurat aku pun tak tau. Tak lama lepas tu ada sesi bertegang leher pula di kaunter dan aku nampak amoi tadi marah-marah, mulanya aku malas nak ambil port sebab aku anggap mungkin dia marah disebabkan cashier tu bak malaikat boleh hilang-hilang tapi dupanya disebabkan tiada tiket GSC free yang dicanangkan tu.

Aku yang mendengar kebetulan memang dah habis makan terus ke kaunter konon untuk membayar dan amoi tu masih berdiri di situ dengan muka naik hantu semacam nak menerkan, selepas dapat resit aku pun tanya sekali mana tiket free GSC? cashier tu boleh kata "tiket tu dah habis bang, lain kali abang datang saya bagi ye". Aku tanya lah macam mana aku nak pastikan lain hari aku boleh mintak tiket tu, dia kata bawa saja resit tu dan tunjuk nanti saya akan bagi tiket tu. Aku minta cashier tu tulis kat belakang resit tu dan tanda tangan dia sekali sahkan boleh ambil 2 tiket GSC percuma dia outlet dia di lain hari, amoi tu pun ikut apa yang aku buat ialah daripada tak dapat apa-apa kan.

Lupa pula nak cakap, restoren ini memang ada buat servis penghantaran sebab ada set yang khas untuk penghantaran saja. Aku perasan sebab aku nak ambil set pizza untuk 2 orang tu, tapi dia kata set 2 orang tu hanya khas untuk penghantaran saja bukan untuk dine-in. Tapi tengok pekerja dia yang hanya beberapa kerat saja itu, aku sangat musykil kalau-kalau mereka mampu membuat service delivery untuk pelanggan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2011 02:10 PM | Show all posts
Reply  hanna1905


   
Kat area Klang..
SecretLuv Post at 22-11-2011 23:38


Ni mesti a&w sebelah stesen minyak popular tuh,slalu gak sy mkn kat situ xtau plak ade delivery.rsnye die xckup pekerja,mmg ade nmpk motor delivery tp cam xdiusik.jrg2 sgt nmpk ade pekerja dia hntar delivery.klu kat kaunter pon biase ade sorang jer.sorang lg bhgn dlm siapkn mkn.time peak hours mmg beratur pjg..jawapan die "org xcukup kak,sori lmbat ye.."
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2011 02:11 PM | Show all posts
kfc ke ..




+4
MeeSai Post at 23-11-2011 13:45


KFC ada buat delivery service ke? ini pendapat aku lah mungkin pengadu ini tinggal di area Bukit Tinggi Klang jadi tiada banyak pilihan restoren yang menyediakan khidmat penghantaran. Sudah ada beberapa yang dikenal pasti, tapi seakan tarik tali pula sekejap ada sekejap tak ada. Tapi ialah dari sakit hati memikirkan perkara ini lebih baik move on cari alternatif lain, sepengetahuan aku ada beberapa restoren dalam Jusco tu pun ada buat service penghantaran seperi Kenny Rogers, Papa John, Dominos dan yang lainnya. Tapi respek dengan pengadu ini, dia cuba untuk berkongsi dengan kita mengenai janji manis sesetengah restoren makanan segera yang seperti acuh tak acuh dengan perkhidmatan yang mereka sediakan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2011 02:15 PM | Show all posts
Reply 23# dr.R


Panjangnya awak komen, Dr. R. *Dr. R stands for Dr. Rozmey, eh?




ps : Oh, baru tahu A&W ada perkhidmatan delivery. Kuno betul aku ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-11-2011 02:19 PM | Show all posts
Ni mesti a&w sebelah stesen minyak popular tuh,slalu gak sy mkn kat situ xtau plak ade delivery. ...
jane104 Post at 23-11-2011 14:10


Di dalam stesyen Petronas Bukit Tinggu itu kan? bersebelahan dengan Tesco tak silap, aku pun pernah lunch di sana sebab hantar service kereta di Proton Centre sebelah tu saja. Memang lambat service diorang muklumlah ada 2 orang pekerja saja, delivery tu macam mustahil sebab aku tak pernah nampak pun pekerja lain selain dari diorang berdua kecuali pembantu dapur. Jadi aku dah tau kenapa macam PastaMania tu dia kata tunggu 1 jam kemudian nanti dia sahkan, mungkin dia nak cari pekerja dari restoren lain macam PHD ke untuk tolong hantarkan atau entah lah nanti dia bayar lah kan sekian-sekian kat PHD tu. Tidak pun pembantu dapur dia yang hantar, mana tau tak ada orang boleh lah seorang tu bidang terjun jadi delivery boy mungkin.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2011 02:39 PM | Show all posts
Reply  dr.R


Panjangnya awak komen, Dr. R. *Dr. R stands for Dr. Rozmey, eh?  




ps :  ...
evlinne Post at 23-11-2011 14:15


Dah biasa komen panjang, tak mengapalah hanya berkongsi pengalaman saja kan. Untuk pertanyaan tu maaf ianya sungguh sukar untuk dijawab, lebih baik biarkan ia jadi misteri lebih baik. Mengenai A&W delivery tu aku tahu pun semasa di Johor Bharu masa tu, kebetulan menginap di hotel bajet berdekatan Jusco Permas Jaya dan ternampak ada kemalangan maut melibatkan delivery boy A&W ini dan seingat aku tahun lepas lagi sekitar bulan November 2010 mungkin (Deepavai tahun lepas). Masa tu mungkin baru nak perkenalkan, sebab masa tu aku dapat pamphlet A&W Delivery ni dia senaraikan semua tempat yang buat khidmat penghantaran.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-11-2011 06:01 PM | Show all posts
Reply 10# otai_g


   
Tak faham apa maksud Otai ni? Apa yang saya tanya?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2011 06:03 PM | Show all posts
Reply 11# rimau_belang
Reply 12# kikuri
Reply 13# fcl29
   


Ada.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2011 06:04 PM | Show all posts
Reply 15# oneders





PastaMania tak pasti. Tu yang mak saya telefon nak tanya boleh hantar ke tak. Dia pulak suruh tunggu 1jam baru dia akan beritahu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2011 06:13 PM | Show all posts
Reply 17# machiko


Kalau call diaorang balik, mestilah diaorang tak nak beritahu kat boss diaorang. Dulu masa 1st time nak try order A&W, org tu cakap tak boleh nak hantar sebab delivery man tak ada. Bila mak saya mcm nak marah baru cepat2 dia kata delivery man tu dah ada pulak.. Hari yang lain pulak dia kata tak boleh hantar sebab delivery man baru balik la. Kemudian hari yang lain lagi, diaorang kata pagi boleh order dah petang tak boleh la.. Macam2 alasan. Apa gunanya buat delivery tu??:@
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2011 06:18 PM | Show all posts
Reply 18# MeeSai
   
Sebab makanan diaorang sedap. Tapi lepas dah kena macam ni, memang dah tak nak order kat diaorang lagi.
Kalau nak makan, pergi kat sana je terus. Baik order Burger King. Lagi best.. Dapat free cawan lagi
McD dah selalu makan dah. Pizza Hut dah tak boleh nak order pizza baru sebab area kitaorang boleh buat PHD je..
Domino pulak tak ada pizza baru. Benda yang sama je.. Tak best.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2011 06:23 PM | Show all posts
Reply 24# jane104


   
Ha'ah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2011 06:27 PM | Show all posts
Reply 25# dr.R


   
Ye, saya pun pernah nampak pekerja2 PastaMania berborak2 di kaunter tu. Dah restoran dia memang tak banyak pelanggan kerana orang lebih suka makan kat Kenny Rogers tu. Kenny Rogers sekarang dah tak buat delivery kat area kitaorang lagi. Dulu adalah.
Papa John pernah order juga. Tapi saya  tak berapa suka pizzanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2011 06:34 PM | Show all posts
Reply 27# dr.R


   
A&W saya pernah dapat delivery sekali saja. Yang paling saya marah ialah PastaMania tu. Kata nak call lagi 1 jam, last2 tak call. Mak saya yang kena call dia balik. Ingatkan mungkin dia terlupa ke. Tapi bila kena benda yang sama kali kedua, memang nampak sangat dia malas nak hantar. Patutnya beritahulah kan kalau memang dah tak boleh nak hantar. Ni nak suruh orang tunggu 1 jam. Itupun dia bukannya nak call balik untuk sahkan. Kalau tahu awal2 memang tak boleh hantar, bolehlah kita order kat tempat lain kan. Ini nak kena tunggu 1 jam..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2011 07:16 PM | Show all posts
anw n pastamania mmg x popular utk servis delivery.
btw aku pun x tau dorang ada wat delivery.

s ...
otai_g Post at 22-11-2011 23:46



perbandingan yg 'cerdik' sangat...

da tentu la 2-2 tu premis jual makanan. yang ko pegi banding sampai ke kedai jam dan kedai tukang kasut tu apa hal? x masuk akal langsung.

lain la ko kata kedai jam tu cuma jual jam je tp xde servis betulkan jam. pastu ada customer dtg nk suh repair jam and dia ckp bole padahal dia pun x tau camne nk btulkan.. tu bole la terima lg..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2011 07:44 PM | Show all posts
aku tak suka guna delivery service nie... kalau rasa nak makan.. terus je pi restoran depa... bleh makan panas2...
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2011 08:46 PM | Show all posts
perbandingan yg 'cerdik' sangat...

da tentu la 2-2 tu premis jual makanan. yang ko pe ...
zeeroo Post at 23-11-2011 19:16


apa yg ko pk bukan maksud sbnr aku.

maksud aku ialah tt telah mintk servis yg silap pd tmpt yg silap sbb anw n pastamania mmg x dikenali langsung dgn delivery service.

lain la kalo pizza hut or mcd mmg rasional gak la tt nak marah kalo dorang x buat delivery.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2011 10:24 PM | Show all posts
Post Last Edit by zeeroo at 23-11-2011 22:27

Reply 39# otai_g


    ko baca post TT #36 & tu. TT ckp mak TT call pastamania dan tanya dorg ada buat delivery service ke x. Masalahnya dorg x reply on the spot. siap bole suh tunggu sejam pastu x call². kalau xde delivery service, cakap je la xde. kan senang. so mak TT berhak untuk marah pihak pastamania tu.

TT cuba je buat report kt TTPM. tp agak leceh  kot sebab nak kena ada bukti. mana TT nk korek bukti? lain la klu TT rakam perbualan telefon tu mcm time kita order kt pizzahut dan mcd tu. xpun TT ban je pastamania tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 03:04 PM GMT+8 , Processed in 0.122354 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list