CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: koboi

Camana Nak Elak Ular Dari Laman Rumah

[Copy link]
Post time 28-9-2011 10:47 AM | Show all posts
bunyi katak tu yg menarik ulaq mai belengkaq kat rumah hang  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-9-2011 12:21 PM | Show all posts
bunyi katak tu yg menarik ulaq mai belengkaq kat rumah hang
MeeSai Post at 28-9-2011 10:47


itulahpasaiiii
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2011 01:28 PM | Show all posts
itulah genchi
terasa mcm nak kena redesign lah mcm tu
belakang kolam tu nampak mcm bahaya kan
...
koboi Post at 28-9-2011 10:30



    haah blakang kolam tu nmpk cam mmg high risk tuk
segala binatang menumpang teduh .. mmg la bgos
kita dpt pahala kan? sbb binatang tumpang teduh
tp kalo binatang bhya.. dah jadik len.. memudaratkan plak

gen rasa mgkn koboi leh tukar style.. ala2 balinese style kew? modern tp
ade unsur klasik.. cantek gak.. atau japanese style ke. depends la

mmg syok kolam yg ala2 nature tp bla ular mule menziarahi kita
takot gak anak2 la kan? terpijak ke huhu naya...

err.. ntah lew.. gen pong tak psti.. tp gen rasa ular tu msti tertarik dgn
perkampungan katak tuh.. sbb tu dia datang
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2011 01:30 PM | Show all posts
gen cdg tep pond takyah letak pokok
letak kt dlm or blakang pond
tp buat la cam tebing.. n letak pasu panjang ke blakang pond tuh..
atau buat wall so ade ala2 water fall.. quite nice gak..
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2011 01:36 PM | Show all posts
camneh cantek.. tp in small version la

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2011 02:04 PM | Show all posts
haah blakang kolam tu nmpk cam mmg high risk tuk
segala binatang menumpang teduh .. mmg l ...
genchi Post at 28-9-2011 13:28


gud idea....


tp tulah... penat je buat, dah nak kena ubah....
ular punye angkara...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-9-2011 02:05 PM | Show all posts
camneh cantek.. tp in small version la
genchi Post at 28-9-2011 13:36


kolam genchi kah?cantik!!!!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2011 02:48 PM | Show all posts
lempaq/baling/letak buah limau purut byk2,org kg selalu buat mcm tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2011 03:55 PM | Show all posts
kolam genchi kah?cantik!!!!!!!!!!!!!!
koboi Post at 28-9-2011 14:05



    tidakkkkkkkkk.. tu kolam gen kidnap dlm gugel hokeh
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2011 03:56 PM | Show all posts
gud idea....


tp tulah... penat je buat, dah nak kena ubah....
ular punye angkara...
koboi Post at 28-9-2011 14:04



    huhu nak wt cemana demi keselamtan diri n femeli

takpe.. kali neh wt jgn bagi semak.. kt area tu.. sbb kolam tu punca air

so haiwan suke dok ctu.. tmpt len takpelah... okeh
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2011 03:56 PM | Show all posts
haaa pki buah limau purut ok gak tuh

terai la.. mangi pong mangi
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2011 04:22 PM | Show all posts
bela burung helang dalam sangkar
dekat estet banyak buat benda ini... burung helang ini dilepaskan  ...
RP255 Post at 28-9-2011 04:50


bukan burung hantu ker..setahu aku estet kat umak mak mertua aku depa bela burung hantu..
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2011 04:29 PM | Show all posts
itulah genchi
terasa mcm nak kena redesign lah mcm tu
belakang kolam tu nampak mcm bahaya kan
...
koboi Post at 28-9-2011 10:30



    redesign camni bleh?

Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2011 04:41 PM | Show all posts
kalo redesign camtu

sile wt kt umh cik tam

gen nak bertandang tanpa rase segan dan malu alah

tuk berendam dan menyelam
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2011 05:14 PM | Show all posts
Reply 34# genchi


    ada dress tau nak mandi kat kolam umah tam! sanggop ?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2011 05:15 PM | Show all posts
redesign camni bleh?
hitamputih Post at 28-9-2011 16:29


pergh....
ni udah jadi swemengpol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-9-2011 05:18 PM | Show all posts
haaa pki buah limau purut ok gak tuh

terai la.. mangi pong mangi
genchi Post at 28-9-2011 15:56



akan diterai semua kaedah yg dicadangkan
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2011 05:20 PM | Show all posts
Reply 36# koboi


    alang2 nak redesign kan! tp jgn ular tu berenang berirama sekali sudah laa
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2011 05:26 PM | Show all posts
ular tu tedung senduk ke tedung selar
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2011 05:43 PM | Show all posts
Post Last Edit by hitamputih at 28-9-2011 17:46

Reply 39# RP255


    ni tedung selar




tedung senduk lagi bahaya..

ni tedung senduk





yg paling bahaya adalah ............








senduk

...
'Nak ambil parang, tercapai senduk kuah'
Oleh Jalal Ali Abdul Rahim dan Nurhayati Abllah
[email protected]
2011/02/22  

  • HAN BESAU menunjukkan cara beliau menggunakan senduk untuk memukul harimau yang menerkam suaminya.

  • TAMBUN cedera parah diterkam harimau.



Wanita berani cerita pengalaman selamatkan suami daripada mulut harimau

SIAPA sangka senduk besi berharga RM5 yang digunakan ketika ingin menyediakan juadah tengah hari untuk keluarga, rupa-rupanya menjadi senjata penyelamat nyawa si suami daripada dibaham harimau.

Senduk besi dengan pemegang kayu tidak terfikir langsung oleh pemikiran kita boleh menakutkan seekor harimau bersaiz anak lembu, tetapi tindakan mengetuk harimau dengan peralatan itu melambangkan keberanian seorang wanita dan kasih sayang menebal seorang isteri terhadap suami.

“Saya ingatkan benda yang dipegang di tangan parang, rupa-rupanya senduk kuah yang diguna seharian. Ketika itu, saya tidak memikirkan apa-apa, sebaliknya nekad untuk menyelamatkan suami daripada dibaham harimau.

“Selepas mendengar jeritan kuat suami, saya terus bergegas keluar dan menuju ke belakang rumah. Ketika itu, saya melihat belakang badan suami ditarik harimau belang sebesar anak lembu,” kata Han Besau, 66, iaitu isteri kepada Tambun Gediu yang menjadi mangsa serangan harimau ketika berburu di belakang rumahnya di Kampung Sungai Tiang, Hutan Belum, kira-kira 200 kilometer, dari sini, 12 Februari lalu.

Han ketika berkongsi detik mencemaskan itu dengan bantuan terjemahan anak sulungnya, Bola, 35, berkata perasaan takutnya hilang selepas melihat percikan darah dan rontaan kuat daripada suami yang cuba melepaskan diri daripada cengkaman harimau.

“Saya seolah-olah dirasuk keberanian luar biasa, semata-mata untuk menyelamatkan nyawa suami. Tanpa mengira keselamatan diri, saya bertubi-tubi memukul kepala harimau itu menggunakan senduk di tangan dengan diiringi jeritan kuat.
“Mungkin terkejut dengan tindakan dan jeritan saya, harimau itu terus melonggarkan cengkaman dan melarikan diri ke hutan.

“Suami rebah di pangkuan saya dan pada ketika itu baru saya meminta pertolongan orang kampung. Suami pengsan dua kali sebelum dia dibawa ke hospital,” katanya yang tidak menyangka mampu bertindak seberani itu.

Beliau yang bertubuh kecil, berkata sepanjang lebih lima tahun tinggal di kampung itu, dia dan keluarga tidak pernah terserempak dengan haiwan berkenaan yang sememangnya sukar kelihatan, apatah lagi bertindak menyerang manusia jika tidak diancam.

“Entah bagaimana, hari itu suami saya tidak bernasib baik kerana terserempak dengan binatang berkenaan. Mungkin disebabkan suami saya membelakangi binatang itu menyebabkan haiwan berkenaan menganggap suami saya adalah makanannya,” katanya.

Ketika ditanya sama ada senduk besi yang digunakan itu akan diguna semula atau disimpan, Han dengan tegas memberitahu senduk itu akan dibuang sejauh mungkin dari kawasan rumahnya.

“Masyarakat kami percaya, sesuatu benda atau peralatan yang boleh mendatangkan musibah tidak boleh disimpan. Jika pemiliknya berdegil menyimpannya, tidak mustahil binatang itu (harimau) akan kembali semula untuk membalas dendam,” katanya.

Mengimbas kejadian kira-kira jam 9 pagi, 12 Februari itu, Tambun yang berusia 70 tahun bergelut dengan seekor harimau belang ketika dia terlalu asyik memerhatikan binatang buruan iaitu tupai yang berada di atas pokok berhampiran rumahnya.

Lelaki berketurunan Jahai itu hanya menyedari kehadiran haiwan pemangsa itu sewaktu memandang ke belakang dan melihat haiwan itu sudah terlalu hampir dengannya.

Tambun berusaha melarikan diri dengan cuba memanjat sebatang pokok berhampiran, tetapi gagal apabila harimau itu bertindak pantas menerkam ke arahnya dan mencakar serta menarik badannya sehingga tersembam ke tanah.

“Harimau itu kemudian cuba membaham kepala dan leher saya, namun saya cuba melawan dengan menumbuknya beberapa kali di kepala, manakala tangan sebelah lagi mencengkam bibir harimau berkenaan sambil menjerit meminta tolong,” kata Tambun yang ditemui ketika menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, baru-baru ini, sebelum dia dipindahkan menerima rawatan susulan di Hospital Gerik, pada 17 Februari lalu.

Rentetan kejadian itu, Tambun mengalami kecederaan akibat digigit di belakang tengkuk dan kesan gigitan itu turut menembusi bahagian bawah tengkuk mangsa, selain kecederaan muka serta kepala.

Beliau ketika ditemui di Hospital Gerik, berkata keadaannya bertambah stabil, tetapi masih trauma dengan kejadian itu, apatah lagi luka dan cedera di muka membayangkan tengkuknya hampir dipatahkan harimau.

“Sejak kejadian itu, saya sentiasa bermimpi ngeri seolah-olah ‘semangat’ haiwan itu masih memburu saya. Saya perlu menjalani rawatan tradisional (dukun).

“Saya serik untuk keluar berburu lagi dan jika berada di kawasan hutan pun saya akan pastikan ditemani anak-anak lain. Saya takut keluar berburu berseorangan,” katanya.

Ketika ditanya mengenai keberanian isterinya menyelamatkan dia daripada menjadi mangsa ‘sang belang’ itu, Tambun melahirkan rasa terharu dan tidak menyangka isterinya sanggup bertindak sedemikian tanpa mengira keselamatan diri.

“Apa pun saya tahu, isteri saya seorang yang berani dan cekal hati sehingga sanggup berbuat apa saja demi menyelamatkan nyawa suami.

“Malah, sebelum saya pengsan sebaik diserang, saya sempat melihat air mata isteri mengalir kerana menyangkakan nyawa saya tidak panjang,” katanya.

Sementara itu, Bola, berkata dia berjanji untuk memindahkan bapa dan ibunya ke rumahnya yang berada di kawasan lebih ramai penduduk bagi memastikan kejadian sama tidak berulang.

“Rumah ibu bapa saya memang jauh terpencil ke dalam hutan berbanding rumah penduduk lain. Dianggarkan jauhnya hampir satu kilometer kerana mereka suka persekitarannya.

“Saya tidak menafikan kawasan hutan berhampiran rumah bapa itu sememangnya menjadi kawasan harimau dan binatang liar lain. Namun, sebelum ini kami tidak pula diancam haiwan itu ketika berburu. Mungkin hari itu, haiwan itu melihat bapa adalah ‘makanannya’,” katanya.

Beliau kini berusaha untuk memastikan keadaan bapanya benar-benar pulih daripada luka dan kembali bersemangat kerana dibimbangi menjadi bahan ejekan penduduk kampung.

“Beberapa jam sebelum bapa berjaya dibawa keluar ke dari kampung untuk mendapatkan rawatan di hospital, semua penduduk takut untuk membantu bapa disebabkan terlalu percaya dengan ‘semangat harimau’.

“Mereka mempercayai jika seseorang itu digigit atau diserang harimau dan mengalami cedera parah, orang itu akan kembali menjadi harimau semula.
Disebabkan itu, bapa terpaksa bertarung dengan kesakitan dan pengsan beberapa kali kerana tidak mendapat bantuan sewajarnya sebelum menerima rawatan daripada kakitangan perubatan,” katanya.


Pukulan di kepala tumpaskan pak belang

KEJADIAN seekor harimau lari lintang-pukang selepas diketuk dengan sebatang senduk ketika binatang buas itu menyerang seorang penduduk Orang Asli di Kampung Sungai Tiang, Hutan Belum di Gerik, Perak pada 12 Februari lalu, sesuatu yang menakjubkan, malah boleh disifatkan ajaib.

Apa tidaknya, harimau sememangnya dikenali sebagai binatang ganas yang mampu menumbangkan haiwan jauh lebih besar daripadanya, apatah lagi manusia. Dalam bahasa mudah – jika diterkam Pak Belang, maut padahnya.

Namun, kejadian di Kampung Sungai Tiang membawa cerita sebaliknya kerana haiwan itu berjaya ditundukkan seorang wanita dengan hanya menggunakan senduk.

Dalam kejadian jam 9 pagi itu, wanita terbabit, Han Besau, 66, meluru ke arah harimau berkenaan yang sedang bergelut dengan suaminya, Tambun Gediu, 70, di belakang rumah mereka, sebelum memukul kepala binatang buas itu dengan senduk berkenaan yang disangkanya parang hingga menyebabkan haiwan itu lari ke hutan sekali gus menyelamatkan suaminya yang dalam keadaan parah.

Tambun mengakui harimau itu cuba membaham kepala dan lehernya dan bertindak melawan dengan menumbuk kepala haiwan berkenaan beberapa kali manakala tangan sebelah lagi mencengkam bibir haiwan itu sambil menjerit meminta tolong. Namun, harimau itu hanya melarikan diri selepas isterinya memukul haiwan itu dengan senduk.

Kejadian terbaru itu menimbulkan persoalan adakah harimau ‘pantang’ atau alah jika dipukul di muka dan kepala? Tentu sukar merungkai persoalan ini, namun satu kisah yang berlaku pada November 2006 di Jeli, Kelantan boleh memberikan jawapannya.

Mangsa kejadian di Kampung Sungai Long di Jeli itu ialah Mek Jah Ismail, 65, yang dikatakan bergelut hampir 15 minit dengan harimau yang menerkamnya ketika menoreh di kebun getah kira-kira lima kilometer dari rumahnya.

Dalam pergelutan itu, Mek Jah di sempat mencapai sebatang kayu dan memukul muka haiwan berkenaan menyebabkan binatang buas itu berundur dan melarikan diri.

Dalam kedua-dua kes ini, pukulan pada muka dan kepala harimau membantu menyelamatkan mangsa daripada dibaham haiwan itu.

Walaupun harimau sukar ditemui atau jarang bertembung dengan manusia di hutan, Perak merekodkan beberapa kes lain membabitkan serangan haiwan itu terhadap manusia termasuk seorang penduduk Orang Asli yang parah diterkam binatang itu di Hutan Simpan Bukit Tapah, Tapah, pada 6 Februari tahun lalu.

Pada mulanya mangsa memaklumkan dia diserang harimau ketika mencari petai, namun siasatan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) kemudian mendapati haiwan itu bertindak demikian selepas mangsa dan rakannya dipercayai cuba menangkap haiwan ganas itu. Harimau terbabit kemudiannya ditemui mati dengan kesan kecederaan akibat tembakan, lembing serta disumpit di hutan simpan berkenaan.

Selain itu, kejadian paling ngeri dan menggemparkan negara berlaku pada 17 Jun 1998 apabila seorang peneroka, Kamaruddin Noh, 46, ditemui tanpa kepala setelah dibaham harimau ketika sedang mengait kelapa sawit di Rancangan Tanah Belia Khas, Perlop di Sungai Siput.

Tiga hari kemudian, seorang penduduk Orang Asli, Jais Long, 39, ditemui dalam keadaan ngeri apabila sebahagian badannya dibaham harimau ketika mencari buluh di Kampung Jong, kira-kira 10 kilometer dari tempat kejadian pertama.

Beberapa kejadian serangan harimau manusia membuktikan ia berlaku bukan semata-mata kerana naluri haiwan buas itu untuk mengisi perutnya, malah ia angkara sikap dan perbuatan manusia sendiri yang rakus mencari keuntungan dengan melakukan perburuan haram harimau hanya demi memenuhi lahap manusia kepada hidangan eksotik atau kononnya untuk perubatan terutama menjana kekuatan tenaga batin jika memakan bahagian tertentu haiwan itu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 12:37 PM GMT+8 , Processed in 0.390321 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list