CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: kucingpanda

Sekolah Cina.

[Copy link]
Post time 4-7-2011 03:18 PM | Show all posts
Reply 13# kucingpanda


tau takper... bukan laa nak perlekeh org melayu... tapi dulu masa aku mntak keje kat satu company melayu ni... dia nak bg aku gaji RM450 ajer... keje kerani tp gaji RM450... padahal time tu aku pun kerani gak tp gaji aku RM800... sajer laa try cari company lain... igt nak keje sesama melayu last2 keje ngan cina gak masyukkk...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2011 03:16 PM | Show all posts
Post Last Edit by aurorae at 5-7-2011 15:21

Anak2 saya 4 orang sekolah rendah Cina, sorang sekolah kebangsaan.  Jadi boleh la buat sikit kesimpulan.

Kelebihan;
1.  bahasa Mandarin.  Anak pertama sekarang sekolah asrama menengah agama.  Setiap kali cikgu koperasi nak pergi beli barang, mesti bawak dia sama.  Kira jadi selebriti jugak kat sekolah sekarang sebab bahasa mandarin dia tu.

2. kerja mesti perfect.  Cikgu takde belas kasihan masa tanda kerja rumah/kertas periksa.  Anak saya tulis huruf u macam a, potong markah.

3.cikgu sangat dedicated.  kalau anak tak buat kerja rumah/tak siap/salah, cikgu tanda berulangkali sampai siap/betul. Guna dakwat pen pelbagai.  Buku aktiviti memang ditanda sampai habis mukasurat.  Anak kat sekolah kebangsaan, kadang2 buku aktiviti buat sampai separuh jalan je, dan jarang2 sangat ditanda.

4. sekolah sangat bertanggungjawab.  Setiap hari ada cikgu bertugas jaga pagar semasa habis waktu sekolah petang.   Selagi budak terakhir tak  balik/parents tak jemput, cikgu takkan balik.  Phone number parents mesti sedia.   Pernah cikgu hantar anak saya balik rumah sebab saya terlupa ambil (suami outstation dan hp off!!)  Masa tu dah pukul 7 pm.

5. budak2 dan parents sangat hormat cikgu.  Pernah dengar parents cina saman/serang cikgu sekolah cina? Padahal budak kena rotan hari2.  Cikgu diwajibkan bawak rotan ke kelas.

Keburukan:
1. makanan la .. kesian anak2 saya tiap2 hari bekal roti dari rumah. Tak dapat nak 'bershopping' macam kawan2 di sekolah kebangsaan.  Pernah bekalkan nasi, tp diaorang tak suka sebab dah sejuk agaknya.  Saya tak bekalkan duit belanja.

2. terlalu akademik.  Banding dengan sekolah kebangsaan yg banyak aktiviti kokurikulum, sekolah cina tak pentingkan sangat benda2 ni.  Ramai anak cina yg excell sukan pun sebab terlibat dengan persatuan di luar sekolah.  Contoh renang, badminton dan taekwando.  Semuanya bergantung pada ibubapa.  Tp bagus juga, sebab anak saya dapat menonjol dalam sukan, jadi wakil sekolah.  Kelakarkan, sukan sekolah pun takde, tiba2 jadi wakil sekolah untuk sukan daerah.   Pasukan beruniform buat aktiviti sekali sekala je.

3.  agama.  Dah sekolah cina, takkan nak pentingkan agama. Tp ada kelas 3 kali seminggu.  Kalau nak betul2 belajar, masuk kelas agama sebelah petang.

4.anak stress yg amat sebab bahasa.  darjah 1 paling stress kot, kena banyak bantu.  Semua arahan, semua pengajaran dalam mandarin kecuali BI dan BM.  Masa belajar maths sains versi BI pun cikgu translate ke mandarin sebab anak2 cina tak faham sangat bahasa lain.  tadika membantu sedikit sebanyak, tak la culture shock.

Yang lain2 tu tak sempat fikir sekarang.  Kalau minat, pergi la link sekolah cina sini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2011 05:00 PM | Show all posts
Reply 19# fatehana


"baby Cina sebelah" Hahahaha, yg ni kelakar!!
Jahat betul doktornya tuh yee.

Cina pandai mungkin sebab dia betul-betul hormat gurunya dan rajin belajar. Oh, mungkinlah kot..
Untungnyalah dapat banyak hadiah, kan? Hihihi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2011 05:01 PM | Show all posts
Reply 18# lum_lum

Betul. Kalau anaknya pandai, mak ayah mesti dipandang tinggi. Sejuk hati ibu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2011 05:03 PM | Show all posts
Reply 20# zuraida8177


Akhir zaman pun, kan? Budak-budaknya jadi macam tuh pun sebab mak ayah takutkan anak, bukannya anak-anak takutkan mak ayah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2011 05:05 PM | Show all posts
Reply 21# medangtamang


RM 450? Cukup ke sebulan? Dia nak kau cekik batu jea kot. Wahahahahahaa
Tapi, tak ada la semua kompeni Cina pun bagi gaji masyuuk je, kan? Ada la gaji sedang-sedang jugak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-7-2011 05:15 PM | Show all posts
Reply 22# aurorae

Kenapa ada sesat sorang sekolah kebangsaan? Haha.

Eh, tapi betul la. Cikgu Cina kat sekolah saya dulu tu, bila mengajar memang tegas. Mulut dia pun boleh tahan. Kebanyakan cikgu-cikgu Cina sekolah saya memang macam tuh. Lepas tu, kalau boleh buat nota tu mesti berwarna-warni. Lagi cantik kalau buat peta minda tu, kan? Nota memang tak boleh miss, kalau tak cikgu tu hangin gila. Hehe.

Alaa, budak Meleis kan manja. Baru kena sentuh sikit, dah minta mak ayah datang sekolah. Pergi marah cikgu tu la, lempang la, saman la. Bajet baguuuuus mak ayahnya! Padahal, kerja curi tulang je kot. Tak hormat cikgu ke ha?!

ps : Thanks sebab bagi link tu, eh!
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2011 05:56 PM | Show all posts
Reply 26# kucingpanda


Huhu... makan pasir pun belum tentu lepas bang..... mmg betul laa tak sumer kompeni cina yang bg gaji besar... ada gak yg dapat ciput and ada yg bg gaji lebih kat kaum derang ajer... tak sumer perfect...

tp lepas beberapa bulan aku dapat keje kat spore... alhamdulillah... agak selesa laa sket gaji.. drpada RM450 tu... nangis ooo!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-7-2011 06:02 PM | Show all posts
Reply 28# medangtamang


Wooo, Singapore tuh! Kayo rayo la kau ye
Kau asal mana neh?
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2011 07:42 PM | Show all posts
Aku lahir ajer kat kL... tp besar kat jB... tak laa kaya maner sangat pun... alhamdulillah idop selesa laa berbanding dulu....
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2011 10:20 PM | Show all posts
Reply  aurorae

Kenapa ada sesat sorang sekolah kebangsaan? Haha.  

Eh, tapi betul la. Cikgu ...
kucingpanda Post at 5-7-2011 17:15



    nak berjaya di sekolah yg 99% murid tak sebangsa  dan bertutur bahasa asing ni kena ada kriteria.   Banyak cakap, confident, peramah, berani, cepat tangkap -- boleh berjaya.  Opposite to it, boleh jadi terasing dan tersisih, prestasi akademik pun boleh terjejas.

anak yg sorang tu dah cuba masuk tadika Cina selama setahun,  lepas bincang dengan cikgu dan dari pemerhatian sendiri, dia tak boleh masuk sekolah cina.  Dia pemalu, introvert, pendiam dan susah nak sesuaikan diri dengan benda baru.  

memang ada budak2 macam ni masuk sekolah cina, tapi nanti macam2 kita dengar yg tak best tentang dia di situ.  Ada beberapa kes dlm link yg saya bagi tu.  Antaranya kena buli.
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 07:38 PM GMT+8 , Processed in 0.064379 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list