CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: CARI-HBZ

‘Orang buat kerja, nak pecat pasal apa?’ - PM pertahan Azam Baki

[Copy link]
Post time 13-2-2026 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Purestteam1: Nampak makin stress muka PMX.. ...


Byk masalah dia ni.. Suka sgt janji sana sini sinun..  Kuil hindu tak settle lg.. Udah azam balance plk.. Pening
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2026 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Kena lah pecat

Nnt makin ramai kena tangkap atas kesalahan rasuah

Rakyat Mesia kan hepi bila budaya rasuah ni mendoniya kat Mesia

Rakyat Mesia jeles sbb ketinggalan dari segi indeks resuah berbanding India, pilipin, indon

Netizen Mesia suka rasuah supaya Mesia ni makin mundur ke depan dan maju ke belakang

Bila Mesia da melingkup akibat resuah nnt, bukan masalah generasi la ni

Utk anak cucu generasi akan datang punya pasal lah
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2026 12:34 PM | Show all posts
alesandra replied at 12-2-2026 05:20 AM
Pecat jela .3 hari berturut dah blomberg mengamuk.esok taktau apa lagi nak bongkar.LOD caprut azam b ...

biasanya adam balance ni tahu something pasal anwar ibrahm
tapi masing masing janji jaga each other.
kalau adam balance jatuh..mesti banyak rahsia pmx muncul.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2026 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
terma2nkondisi2 replied at 12-2-2026 11:40 PM
Who is Velocity Capital? A look at the penny stock that drew Azam Baki's interest
https://theedgemal ...

syarikat2 berkait dengan farhash dapat kontrak2 bernilai
- rm732 juta bekal mykad
- rm1.73 bilion bekal pasport antarabangsa

https://www.malaysianow.com/my/news/2025/10/06/syarikat-terkait-farhash-terima-kontrak-rm732-juta-bekal-mykad

https://www.bharian.com.my/amp/bisnes/korporat/2025/08/1439889/nexg-raih-kontrak-rm173-bilion-bekal-pasport-antarabangsa

projek mydigital id - projek bawah jabatan perdana menteri

mykad, pasport - fizikal
mydigital id - identiti digital tunggal

mydigital id bertindak sebagai identiti digital tunggal yang menghubungkan dokumen2 fizikal tersebut, iaitu mykad dan pasport, dengan sistem secara digital

https://www.digital-id.my/

https://www.digital-id.my/about
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2026 12:44 PM | Show all posts
Tiada siapa suruh ganti Azam dengan perasuah, kata Rafizi


KUALA LUMPUR – Datuk Seri Rafizi Ramli kecewa dengan jawapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana dakwanya mempertahankan Tan Sri Azam Baki yang kini berdepan dengan isu integriti.

Bekas Timbalan Presiden PKR itu berkata, dia menunggu lebih 24 jam untuk mendapat reaksi pertama Anwar berhubung isu Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu.

“Saya ulang verbatim reaksi Perdana Menteri: “Orang buat kerja nak pecat mengapa, nak suruh ambil perasuah jaga”.

“Baca penjelasan Azam Baki. Dia buat kerja, buat apa maki dia. Dengar penjelasan masing-masing”.

Rafizi berkata, dia kecewa dengan jawapan Anwar kerana mendakwa jawapan tersebut ‘tidak ada ommmph langsung.

“Tapi kita kena tabik juga kemahiran lari dari menjawab soalan yang PMX ada,” ujarnya.

Namun, menurut Rafizi, soalan rakyat mudah. Azam telah melanggar peraturan mengenai pemilikan saham oleh penjawat awam bukan sekali, bukan dua kali, setakat ini pendedahan menunjukkan sudah tiga kali.

Dakwa Rafizi, jumlah itu sama banyak dengan sambungan kontrak Azam oleh perdana menteri.

Soalnya, jadi apa tindakan yang akan diambil oleh kerajaan kerana perkara ini melunturkan kewibawaan SPRM.

Namun, kata Rafizi: “Jawapan PMX: dia buat kerja, nak suruh ambil perasuah jaga. Dua-dua jawapan ke laut”.

Tambah beliau, kalau alasan seorang yang buat kerja maka dia boleh langgar peraturan dan ada salah laku, maka Datuk Seri Najib tidaklah masuk ke penjara.

“Sembilan tahun beliau jadi perdana menteri, ada jasa beliau dan ada hasil kerja beliau.

“Tetapi, bila sudah terbukti ada pecah amanah yang melanggar undang-undang, maka beliau telah dijatuhkan hukuman. Tidak ada satu undang-undang pun di dunia ini yang mensyaratkan seseorang yang melakukan jenayah hanya boleh dihukum jika pesalah tidak buat kerja atau tiada kebaikan.

“Malah undang-undang yang ada di seluruh dunia adalah terbalik: kamu boleh ada jasa yang besar, tetapi jika kamu melakukan jenayah, kamu tetap dihukum seperti orang lain kerana jenayah tetap jenayah. Kalau tidak buat apa ada undang-undang.

Mengulas jawapan kedua Anwar berhubung “nak suruh ambil perasuah jaga”, Rafizi berkata, tiada siapa yang suruh ganti Azam dengan perasuah.

Sebaliknya, kata beliau, Anwar dikritik kerana masih berdegil kekalkan Azam walaupun sudah ada banyak persoalan mengenai integriti beliau.

“PMX pusing seolah-olah kalau kita mahu Tan Sri Azam Baki diganti, kita nak letak perasuah. Apa punya konar macam ni,” katanya penuh sinis.

Beliau turut melahirkan kebimbangan jika reaksi Anwar ini satu perlambangan: iaitu hanya orang yang dia percayai, atau dipilih oleh beliau, yang bersih dan bukan perasuah.

Kalau orang itu bukan pilihan Anwar, orang itu automatik jadi perasuah, ujar Rafizi.

“Macam itu baik lantik Nurul Izzah je jadi Ketua Pesuruhjaya SPRM, sebab anak sendiri, confirm tak timbul isu lantik perasuah jaga SPRM,” ujarnya. – MalaysiaGazette

Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2026 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
projek berkait dengan imigresen ni projek panas

adlan berhan, menantu muhyiddin yg dah lari keluar negara, yg mana nampak kerajaan sekarang mcm tak bersungguh pun nak tangkap, berkait dgn projek niise selain ners
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-2-2026 12:45 PM | Show all posts
gigahertz replied at 13-2-2026 12:34 PM
biasanya adam balance ni tahu something pasal anwar ibrahm
tapi masing masing janji jaga each othe ...

YTJT         
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2026 12:46 PM | Show all posts
terma2nkondisi2 replied at 13-2-2026 12:40 PM
syarikat2 berkait dengan farhash dapat kontrak2 bernilai
- rm732 juta bekal mykad
- rm1.73 bilion ...

sakau, but with extra steps
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2026 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
semalam ada keluar berita pasal sprm terima laporan beberapa ngo berkenaan penyelewengan rm1.11 bilion membabitkan bekas menteri kanan

hari ni juga rafizi ada cakap yg mana ada tiga ngo melayu, antaranya perkasa dan ppim, buat laporan sprm terhadap dia semalam
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2026 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 13-2-2026 12:46 PM
sakau, but with extra steps

sebelum ni ada timbul juga polemik dan persoalan kenapa projek mydigital id diletakkan di bawah jabatan perdana menteri, tidak diletakkan di bawah kementerian lain yg dilihat lebih sesuai cth mcm kementerian digital
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2026 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by alesandra at 13-2-2026 02:38 PM
gigahertz replied at 13-2-2026 12:34 PM
biasanya adam balance ni tahu something pasal anwar ibrahm
tapi masing masing janji jaga each othe ...


Isunyer bukan psl azam baki tau apa.tapi  lebih pada adakah pm bersekongkol? kenapa pertahan kan azam baki.kalo takat tau sesuatu kenapa mangkuk tu ada saham bernilai jutaan ringit? mana dapat duit tu satu hal,menyalahi dari segi undang2 penjawat awam.velocity tu pun ada kaitan dgn farhash bekas setpol pm. kalo tgk video bloomberg 'corporate  mafia'tu lagi teruk pada persepsi  marhaein mcm aku sprm ni dah mcm barua ,perkakasss(ini favorite word pmx dulu )kepentingan tokey2 cina neh.byk persoalan ,byk benda nak maki tapi  divert  serang rafizi.celaka betul
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2026 04:39 PM | Show all posts
betul la kata pepatah uganda it takes a thief to catch a thief

kalau sorang penyamun boleh tangkap sepuluh penyamun just go for it la kot for now, lepas tu penyamun lain pula tangkap this penyamun
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2026 04:53 PM | Show all posts
terma2nkondisi2 replied at 13-2-2026 12:45 PM
projek berkait dengan imigresen ni projek panas

adlan berhan, menantu muhyiddin yg dah lari keluar  ...

yang semalam SPRM kecoh pasal siasatan kes menteri kanan rm1 bilion tu sape ye?
ada orang kata rafizi, dan rafizi pon bagi hint dialah yang kena siasat tu
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2026 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Bloomberg walaun ka?
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2026 09:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau disebabkan buat kerja boleh terlepas siasatan polis/sprm, tutup saja la polis dengan sprm tu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2026 09:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Undang² dalam penjara.. tak de undang² pun dok
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2026 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 13-2-2026 04:53 PM
yang semalam SPRM kecoh pasal siasatan kes menteri kanan rm1 bilion tu sape ye?
ada orang kata raf ...

rafizi cakap mcm tu.. iye la kot.. tapi agak kelakar jugak bila dia sebut perkasa dan ppim antara ngo yg terlibat buat laporan tu
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2026 03:09 AM | Show all posts
alesandra replied at 13-2-2026 06:37 AM
Isunyer bukan psl azam baki tau apa.tapi  lebih pada adakah pm bersekongkol? kenapa pertahan kan a ...

pmx bersetongkol sebab ada salah laku jugak.
apa yang azam baki tau boleh buat pmx total-loss.
kita sedia maklum anwar jadi pmx atas tiket DAP.
kes kuil pmx senyap.
kes ladang babi kat selangor pmx senyap.
kes putra heigght sampai sekarang tak tahu nama kontraktor.
buat rombakan kabinet. tak di ganti menteri pendidikan.
yang di kacaunya Noraini Parit sulong tu jadi menteri kelapa sawit.

lagi nak dekat PRU 16 lagi macam-macam.


Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2026 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
terma2nkondisi2 replied at 13-2-2026 11:15 PM
rafizi cakap mcm tu.. iye la kot.. tapi agak kelakar jugak bila dia sebut perkasa dan ppim antara  ...

Azam baki cakap bukan rafizi la pulak

Abes tu nape rafizi terasa? Kuat sentap? Takut bayang2 sendiri? Atau memang ada permah buat salah sebab tu hidup dalam ketakutan?
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2026 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 13-2-2026 09:14 AM
Byk masalah dia ni.. Suka sgt janji sana sini sinun..  Kuil hindu tak settle lg.. Udah azam balanc ...

Kuil hindu tu untuk kucar kacirkan negara.. teori nak buat 13 sept dah lama org cakap.. hati² le
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 01:53 AM GMT+8 , Processed in 0.474776 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list