|
|
Edited by telracs at 19-9-2024 03:10 PM
Johari bin Mat Rozekhi atau lebih dikenali sebagai Joey BPR (lahir 16 Mei 1963) merupakan vokalis kumpulan rock terkenal di Malaysia iaitu Bumiputra Rockers atau singkatannya, BPR. Mulai aktif dalam bidang muzik seawal tahun 1980, anak kelahiran Johor Bahru, Johor ini pernah menghasilkan album bersama kumpulan Split Times pada tahun 1982 sebelum bergabung dengan 4 orang rakannya iaitu Awang (lead), Enal (dram), Yem Bai (bass) dan Yem C (2nd lead) untuk menubuhkan BPR pada tahun 1985.

|
|