|
[Negeri Sembilan]
RUMAH BORAK SELATAN: PERJUANGAN BELUM TAMAT
[Copy link]
|
|

Author |
Post time 31-8-2024 11:14 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 31-8-2024 11:15 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Pe citer paralimpik anyone tlg update |
|
|
|
|
|
|
|
check in..
selamat pagi semua.. selamat bercuti dihujung minggu ya
masih penat sangat2..
 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
good morning mama noni

|
|
|
|
|
|
|
|
Dua kali gangsa di kejohanan dunia bukan jaminan buat Yusof Hafizi

Gambar fail Bernama Atlet Basikal Paralimpik Malaysia acara kejar mengejar 3,000 M Individu lelaki C1 (kecacatan fizikal) Mohamad Yusof Hafizi Sharuddin menduduki tempat Kelima pada Sukan Paralimpik Paris 2024 pada Khamis.
PARIS: Kejayaan memperoleh dua gangsa acara 1,000m ujian masa lelaki C1 (kecacatan fizikal) pada Kejohanan Berbasikal Para Dunia sebelum ini tidak menjamin peluang Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin untuk menyinar pada Sukan Paralimpik Paris 2024 hari ini.
Jaguh berbasikal para negara itu dijangka berdepan rintangan untuk mengulangi magis pernah dilakarnya pada kejohanan dunia edisi 2022 dan 2024 selepas saingan kali ini menggabungkan kelas C1 hingga C3 (kecacatan fizikal).
Catatan masa 1 minit 14.860 saat (s) pada kejohanan dunia 2022 di venue sama pada Sukan Paralimpik kali ini iaitu Velodrom Saint-Quentin-en-Yvelines lebih baik daripada aksi kejohanan sama di Rio de Janeiro, Brazil, Mac lepas menerusi catatan 1:15.572s.
Bagaimanapun, catatan dilakukan pelumba dari Kuala Kangsar, Perak, itu agak jauh jika dibandingkan dengan pemegang rekod dunia C1 dari China, Li Zhangyu (1:08.347s) selain jaguh dalam C2 Alexandre Leaute dari Perancis (1:08.358s) serta Briggs Devon dari New Zealand yang memegang rekod masa terpantas dunia dalam saingan C3 (1:05.529s).
Yusof Hafizi, yang terkandas di pusingan kelayakan acara 3,000 meter (m) kejar-mengejar, bakal ditemani rakan sepasukan Muhammad Adi Raimie Amizazahan dalam saingan 1,000m ujian masa C1-3, hari ini.
Sementara itu, kecemerlangan pemain badminton para negara, Muhammad Fareez Anuar pula mencuri tumpuan aksi hari kedua kontinjen Malaysia.
Selepas mengejutkan pilihan kedua Fang Jen-Yu dari Taiwan 21-14, 21-18 dalam aksi Kumpulan B semalam, pemain keempat duniaitu menampilkan aksi mengagumkan dengan bangkit dari ketinggalan menumpaskan pemain ketiga terbaik dunia dari Indonesia, Dheva Anrimusthi, 14-21, 21-19, 21-19, sekali gus mengesahkan kemaraan ke separuh akhir.
Turut mengikut jejak langkah beliau adalah pemenang emas edisi lepas, Cheah Liek Hou, yang mudah mengetepikan cabaran Meril Loquette dari Perancis 21-10, 21-16, dalam saingan Kumpulan A.
Dalam pada itu, antara aksi lain pada hari ini menyaksikan dua pemanah para negara G. Daneshen dan Nur Jannaton Abdul Jalil tersingkir dalam acara masing-masing di Invalides
Daneshen hampir mengejutkan pemenang emas edisi lepas di Tokyo 2020, He Zihao, dari China, 142-144, sekali gus mengakibatkan langkahnya terhenti di peringkat penyingkiran 1/16 pada acara compound individu lelaki terbuka manakala tangan kebas susulan cuaca hujan menjejaskan panahan Nur Jannaton yang terpaksa akur tewas kepada Sarita dari India, 124-138, bagi pusingan sama saingan compound individu wanita terbuka.
Perenang negara Muhammad Nur Syaiful yang beraksi dengan gugup susulan sorakan padu penonton di Paris La Defense Arena hanya menamatkan final 100m gaya bebas lelaki S5 (kecacatan fizikal) dengan catatan masa 1:16.60s di tempat keenam.- BERNAMA
https://www.utusanborneo.com.my/ ... n-buat-yusof-hafizi |
|
|
|
|
|
|
|
Paralimpik Paris 2024: Liek Hou terus catat kemenangan
Bernama
01/09/2024 07:00 MYT

Liek Hou ketika menentang pemain tuan rumah Meril Loquette pada Sabtu. - Foto BERNAMA
PARIS: Pemain badminton para negara, Cheah Liek Hou berjaya muncul juara Kumpulan A selepas menewaskan Suryo Nugroho pada Sukan Paralimpik Paris 2024 di sini, hari ini.
Dalam acara perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) di Arena Porte de La Chapelle, Liek Hou, yang memenangi pingat emas pada edisi lepas, meneruskan prestasi cemerlangnya apabila dengan mudah mengetepikan pemain Indonesia 21-10, 21-13 dalam masa hanya 31 minit.
Pemain nombor satu dunia itu membuka kempen Paris 2024 dengan menumpaskan Mroz Bartlomiej dari Poland, 21-10, 21-6, pada Khamis.
Ini disusuli dengan kemenangan menentang pemain tuan rumah Meril Loquette 21-10, 21-16 semalam.
https://www.astroawani.com/berit ... t-kemenangan-485969
|
|
|
|
|
|
|
|
Paralimpik Paris 2024: Muhammad Fareez juarai kumpulan B, tak percaya ke separuh akhir

Pemain Badminton para negara Muhammad Fareez meraikan kemenangannya dengan mengalahkan pemain Jepun Taiyo Imai. - Foto BERNAMA
PARIS: Pemain badminton para negara, Muhammad Fareez Anuar mengekalkan rekod tanpa kalah di Sukan Paralimpik Paris 2024 selepas menundukkan Taiyo Imai dari Jepun dalam aksi terakhir Kumpulan B di Porte de La Chapelle Arena di sini, pada Sabtu.
Muhammad Fareez bagaimanapun terpaksa berhempas pulas untuk bangkit daripada ketinggalan pada set pertama, 17-21, sebelum berjaya mencari semula momentum yang hilang dan mengecewakan Imai, 21-17, 21-17 dalam masa 72 minit, sekali gus melangkah ke separuh akhir sebagai juara kumpulan.
Pemain berusia 28 tahun yang membuat penampilan sulung di Sukan Paralimpik itu mengakui permainannya agak perlahan pada set pertama kerana kerap memikirkan untuk memenangi perlawanan dan mengungguli kumpulan.
"Fikiran saya terganggu pada set pertama terlalu fikirkan nak menang kumpulan dan set kedua jurulatih (Nova Armada) beritahu cepatkan permainan dan saya all out dalam set seterusnya," katanya ketika ditemui selepas perlawanan di zon campuran.
Atlet dari Johor itu yang mengalami kecacatan siku kanan akibat kemalangan motosikal pada usia 15 tahun bagaikan tidak percaya mampu mara ke separuh akhir, selepas diundi dalam kumpulan maut bersama pemain nombor dua dunia, Fang Jen-Yu dari Taiwan dan pemain ketiga terbaik dunia, Dheva Anrimusthi dari Indonesia.
"Pencapaian ke separuh akhir sudah cukup baik buat saya. Saya turun di sini sebagai bukan pilihan sahaja namun Alhamdulillah semua perlawanan saya dapat atasi dengan sebaiknya," katanya.
Khamis lepas, pemain nombor empat dunia itu mencipta kejutan menewaskan pilihan kedua Jen-Yu 21-14, 21-18 diikuti kemenangan ke atas Anrimusthi yang juga juara Sukan Para Asia Hangzhou 2022, 14-21, 21-19, 21-19, semalam.
Dalam pada itu, Anrimusthi mengikut jejak langkah Muhammad Fareez ke separuh akhir dengan mengatasi Jen-Yu, 21-14, 21-18, untuk muncul naib juara Kumpulan B.
Sementara itu, cabaran Muhammad Ikhwan Ramli yang beraksi dalam acara perseorangan lelaki WH1 (kecacatan fizikal) berakhir apabila gagal melepasi Kumpulan B untuk mara ke suku akhir selepas tewas mudah 7-21, 4-21 kepada Qu Zi Mo dari China dalam masa 21 minit.
Noor Azwan Noorlan, yang bersaing dalam acara perseorangan lelaki WH2 (kecacatan fizikal) juga mengharungi kempen sulung yang mengecewakan apabila tewas kepada Ho Yuen Chan dari Hong Kong, 11-21, 11-21, selepas dikalahkan wakil Chile, Jamie Aranguiz, 15-21, 13-21 pada Jumaat bagi aksi Kumpulan D.
Terdahulu, Muhammad Ikhwan yang bergandingan bersama Noor Azwan dalam acara beregu lelaki WH1-2 (kecacatan fizikal) melakar kemenangan sulung mereka di sini ke atas Rick Cornell Hellman-Thomas Wandschneider dari Jerman 21-19, 21-17, pada aksi Kumpulan B.
Bagaimanapun, mereka tersingkir awal selepas tumpas kepada pasangan Jepun Daiki Kajiwara-Hiroshi Murayama 21-17, 13-21, 16-21 dan beregu China Qu Zi Mo-Mai Jianpeng 16-21, 6-21.
https://www.astroawani.com/berit ... eparuh-akhir-485966 |
|
|
|
|
|
|
|
hi all
 |
|
|
|
|
|
|
|
Aksi atlet Paralimpik Malaysia hari ini
PARIS: Berikut jadual aksi atlet Malaysia pada temasya Sukan Paralimpik Paris 2024 hari ini:
(Nota: Semua acara dalam waktu Malaysia)
BERBASIKAL TREK (Saint-Quentin-En-Yvelines Velodrome)
Kelayakan:Kejar mengejar individu wanita B 3,000-meter (m):
Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais-Nurul Suhada Zainal(pilot) - 5.26 ptg
Penentuan pingat gangsa - 8.31 mlm (jika layak)
Final - 8.41 mlm
TENIS BERKERUSI RODA (Stade Roland-Garros)
Pusingan 2:
Beregu lelaki:
Muhammad Yusshazwan Yusoff-Abu Samah Borhan mln Daniel Caverzaschi-Martin De La Puente (ESP) - 6 ptg
BOCCIA (South Paris Arena 1)
Separuh akhir:
Individu wanita BC4
Noor Askuzaimey Mat Salim mln Cheung Yuen (HKG) - 7.10 mlm
BADMINTON (Porte de La Chapelle Arena)
Separuh akhir:
Individu lelaki SU5
Cheah Liek Hou mln Dheva Anrimusthi (INA) - 10.40 mlm
Muhammad Fareez Anuar mln Suryo Nugroho (INA) - 10.40 mlm
OLAHRAGA (Stade de France)
Final:
100m lelaki T44
Eddy Bernard - 1 pagi (Isnin)
- BERNAMA |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tari replied at 31-8-2024 10:43 PM
@intan_smsb @Tinot7 dan semua forumer dijemput
Cek in
Cepatnya dah umah baru |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
nona84 replied at 1-9-2024 09:52 AM
hi all
Tomeinya sticker |
|
|
|
|
|
|
|
baru sampai rumah..
tadi mendobi baju.. cuci jer.. tak nak spin
susah nak sterika balik baju
lepas tu pi makan.. duduk sorang makan2
nasi lalamok kambing bakar gula apong + teh c special
tak pandang kiri kanan dah..
sebab nak makan jer.. malas nak pandang orang |
|
|
|
|
|
|
|
nona84 replied at 1-9-2024 02:46 PM
panas terik kat sini
Sini pun panaih.. sampai kepala sakit |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|