|
Kuala Lumpur: Artis veteran yang juga Juara Bintang RTM 1978, M Rizal dilaporkan meninggal dunia jam 10.50 malam tadi di kediamannya di Taman Damai Jaya, Skudai, Johor.
Allahyarham M Rizal juga dikenali dengan lagu popularnya, Abang Beca ketika zaman kegemilangannya dulu.
M Rizal juga menjadi Juara Bintang RTM sebelum Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah memenangi gelaran itu pada 1979.
Antara lagu popular Allahyarham ialah Hatiku Menangis Kernamu, Usah Kau Rayu Padanya yang juga lagu runut bunyi (OST) untuk filem Sumber Ilhamku.
Terdahulu, Allahyarham pernah dimasukkan ke wad Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, Perak akibat penyakit gout sebelum ini.
Disiarkan pada: Ogos 23, 2024
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|