CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: adabintang

#masalah pasal hak motor#[updet post 27]

[Copy link]
 Author| Post time 1-4-2011 11:01 AM | Show all posts
mmg la ko buat report juz untuk mngatakan yg ko nk amik moto tu sbabnya ko berhak ke ats m ...
otomen_taro Post at 1-4-2011 09:05


bukan... aku wat repot motor ilang.. adehh..

guna eon kredit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2011 06:14 PM | Show all posts
bukan... aku wat repot motor ilang.. adehh..

guna eon kredit
adabintang Post at 1-4-2011 11:01 AM


AEON kredit......Errrr...bukan ke derang akan potong akaun bank???

tp buleh je kan buat bayaran sendiri......bayar kat akaun yg dah diberikan siap2 masa beli Motor...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2011 09:26 AM | Show all posts
alhamdulillah... sudah berada di tgn aku motor tu.. dan nak setel dgn bank
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2011 09:42 AM | Show all posts
ceterlah, mcm mana ge ambik moto tu?

kwn ko tu ok tak? ada say soory tak?
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2011 09:42 AM | Show all posts
ceterlah, mcm mana ge ambik moto tu?

kwn ko tu ok tak? ada say soory tak?
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2011 09:45 AM | Show all posts
hehe bsemangat nk tau smpai post 2x
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-4-2011 01:49 PM | Show all posts
ceterlah, mcm mana ge ambik moto tu?

kwn ko tu ok tak? ada say soory tak?
anieszack Post at 4-4-2011 09:42


Ya Tuhan...

semalam, gi ambil motor tu dari dia di sebuah kedai mamak.. yg penuh dgn orang
nampak je kelibat motor tu.. adik laki aku terus turun n datang pada dia yg tengah lepak ngan member2 dia..

adik aku ckp,

"bang, nak ambik motor ni boleh.."
capai kunci, capai motor  n terus masuk dlm van

ayah aku pun ade time tu.. mmg dah tak leh kawal marah dia..
so, dia pun meluahkan ape yg ade lam hati dia pada member aku tu..

mmg dia ade ckp minta maaf segala bagai..

then hari nih...

dia hantar satu pesanan ringkas, mengatakan.. bahawa dia nak buat saman malu sbb ayah aku n adik aku mencalarkan maruah dia depan org ramai masa nak ambil motor tu..

aduhhh.. ape nih.. aku dah cukup baik bg pinjam nama n motor aku utk kegunaan dia.. the dia kata nak buat saman malu pulak atas famili aku..
dan dia kata.. tunggu je surat mahkamah smpai... ape ni...

kalau misal kata kes ni naik court... ade potensi tak berpihak pade aku...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2011 01:51 PM | Show all posts
hehe bsemangat nk tau smpai post 2x
otomen_taro Post at 4-4-2011 09:45


tomen.. pelish say somtin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2011 02:36 PM | Show all posts
hehe nk saman malu
nk byr insuran moto pon xleh ada hati nk saman malu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2011 02:48 PM | Show all posts
hehe nk saman malu
nk byr insuran moto pon xleh ada hati nk saman malu
otomen_taro Post at 4-4-2011 14:36


kan... sgt memalukan.. dia yg patut malu...:@
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2011 02:52 PM | Show all posts
dia ckp jer tu
lau dia saman pon leh buat per
da mmg moto atas nama ko
sume bukti der lg
nk saman2 ni bukan ckit duet nya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2011 02:55 PM | Show all posts
dia ckp jer tu
lau dia saman pon leh buat per
da mmg moto atas nama ko
sume bukti der lg
nk sama ...
otomen_taro Post at 4-4-2011 14:52


aku rasa dia cuma nak takut-takutkan aku la..

tapi mmg pagi ni aku terpsiko sekejap... di pagi hari

terbaca  pasal tort tadi...

4.3 Elemen mental di dalam tort




Bagi membuktikan kesalahan seseorang di dalam undang-undang tort, tidak memadai dengan hanya mengatakan si pelaku bersalah sehingga menyebabkan kerosakan. Kerana kita tidak boleh mensabitkan seseorang dengan kesalahan sehinggalah mendapati bukti yang kukuh. Oleh itu, mangsa haruslah membuktikan keinginan atau niat si pelaku untuk membuat kerosakan melalui perbuatannya. Dan inilah di antara elemen dasar dan penting dalam pembuktian di dalam undang-undang tort.



4.3.1 Niat jahat (malice)




Niat jahat di sini membawa dua maksud. Pertama, ia membawa maksud niat untuk melakukan kesalahan tanpa alasan yang munasabah. Kedua ialah melakukan sesuatu perbuatan yang selari dengan motif. Ini dapat dilihat di dalam kes Bradford Corporation v Pickles [1895] AC 587. Defendan telah menggali terowong rahsia yang menyebabkan pengaliran air kepada kolam plaintif berkurangan. Motif defendan adalah memaksa supaya plaintif membeli tanahnya dengan harga yang ditetapkan. Akan tetapi rancangan tersebut gagal. Akan tetapi defendan mempunyai hak untuk menggali terowong tersebut kerana terowong tersebut berada di dalam tanahnya. Walaupun perbuatan tersebut terdapat hasad dengki, tetapi disebabkan itu adalah hak defendan, maka perbuatan tersebut adalah sah. Di sini kita melihat hasad dengki merupakan salah satu elemen penting bagi kesalahan tort (John Cooke. 2001).


lebih kurang je kes ni...
bezanya.. terowong ngan motor
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2011 02:58 PM | Show all posts
    Tort menjaga air muka
        Tort menjaga air muka adalah tort yang tidak menyebabkan apa-apa implikasi ketara kepada seseorang atau tanahnya, akan tetapi kepada reputasinya. Tort ini merangkumi fitnah secara percakapan atau secara penulisan, penggelapan pengumuman, penzahiran. Adalah perlu difahami tort fitnah adalah terjemahan daripada istilah Bahasa Inggeris "Defamation". Penggunaan istilah "saman malu" yang popular di kalangan masyarakat awam di Malaysia adalah tidak tepat. Istilah "saman fitnah" adalah lebih tepat. Ini kerana seseorang boleh menyaman seseorang lain dengan saman fitnah apabila kenyataan "tidak benar" disebarkan terhadapnya. Tidak wujud "tort fitnah" walaupun seseorang itu terasa dimalukan jika kenyataan yang disebarkan itu adalah benar. Contohnya seseorang itu tidak akan berjaya membuat saman fitnah ke atas sebuah syarikat surat khabar kerana memaparkan berita bahawa dia telah dijatuhkan hukuman oleh mahkamah kerana didapati bersalah mencuri di pasar raya. Walaupun berita itu memalukan diri orang tersebut, namun jika berita itu memang benar dan bukannya fitnah, maka dia tidak akan berjaya di dalam saman fitnahnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2011 02:59 PM | Show all posts
tak pasal-pasal menggali pasal saman ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2011 06:22 PM | Show all posts
jgn takut bintang....dia sajer je nak menakutkan bintang.......bukannya sikit nak saman menyaman ni....nak kene ada saksi lagi ( nak ke member2 dia jadik saksi.. )....itupun kira nasib baik...kalau kene org yg lagi kurang hajau....maunya kene tumbuk dan belasah....

kalau ikutkan post yg ko update tu mmg takder timbul masalah kene belasah ke haper kan...so jgn takut.....

kalau dia bawak kes pun....ko boleh counter saman malu tu....ko boleh saman dia dia dengan segala macam tuk nenek saman....dengan mental ko yg trauma dengan Pihak Bank laghi...tanggung malu lagi....nak ke teruskan saman....
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2011 06:50 PM | Show all posts
Post Last Edit by otomen_taro at 4-4-2011 18:57

nanti jgn lupa kasi cancle report  curi yg ko da lapor tu
kang xpsl2 polis x amik dia kek umh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2011 07:29 PM | Show all posts
Hello...tuan,...saya mau buat saman malu....boleh ka ?
Err...boleh....
Berapa bayaran ?
25% dari jumlah yang difailkan.....
Aaahh...okay....
Saya ingat mau saman itu dua tiga orang satu juta....
Aaah...boleh.... boleh....
Kita buka fail dulu....Rm50.00.... Pendaftaran mahkamah Rm450.00....Ikut jumlah saman semua Rm6000.00.....
Oooohhh...boleh...boleh....
Boleh menang kah?...

Tengok apa macam dulu...kalau menang itu 25% kita terus tolak dari itu wang saman...
Kalau kalah amacam pulak????
Kalau kalah, awak bayar itu 25% cara ansuran lah...
Aaahhh....tak payahlah tuan kalau itu macam....
Okay tak per...tapi awak bayar ini Rm50 ....consultation fee dulu...okay...?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2011 08:33 AM | Show all posts
jgn takut bintang....dia sajer je nak menakutkan bintang.......bukannya sikit nak saman menyaman ni. ...
medangmru Post at 4-4-2011 18:22


kan... betul jugak cakap medang tu...tq incik medang... mmg aku depress giler asek kena call je.. org lain yg buat hal..

tapi mmg betul.. tadek tumbuk ke.. belasah ke... nasib baik la bapak aku under control lagik.. walaupun rasa dan nak menumbuk dia.. hikhik
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2011 08:36 AM | Show all posts
kan... betul jugak cakap medang tu...tq incik medang... mmg aku depress giler asek kena call je. ...
adabintang Post at 5-4-2011 08:33 AM



    aku imagine mesti bapak bintang guna ayat psikologi yang berbisa kan....tu yg dia sampai nak saman malu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2011 08:37 AM | Show all posts
nanti jgn lupa kasi cancle report  curi yg ko da lapor tu
kang xpsl2 polis x amik dia kek umh
otomen_taro Post at 4-4-2011 18:50


dah kensel dah report curi tu... hari yg sama masa ambik motor tu.. setel... fuhhhh lega... cuma nak setel ngan payment ngan eon kredit nih... nasiblah..

adik aku kata, kalau tolak balik pun rugi.. baik bayor je.. motor dpt..at least leh buat gi kebun kate ayah aku... haha..


lega....memang lega...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 09:40 PM GMT+8 , Processed in 0.124598 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list