CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kenyir

umur dah 34 thn baru nak kerja...

[Copy link]
Post time 23-3-2011 12:59 PM | Show all posts
kena banyak usaha mencari..walau apapun umo ko sama ngn aku, tp still cari keje gomen pun xdpt2 lagi..heheh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-3-2011 08:12 PM | Show all posts
kenyir
jangan susah hati Insya Allah ada rezeki untuk kenyir, lambat dengan cepat aje..tentang kerj ...
ct08 Post at 23-3-2011 09:42



    dah berkali register. x pernah expired pun.
dulu pernah dapat interview utk pegawai SPRM.
gembira sgt2 sbb kononnya ramai lah nk menolong ekjas. malangnya sebelum interview kena buat ujian penglihatan dulu.
lulus ujian tu baru boleh ditemuduga. kenyir x lulus sbb kenyir mata rabun.
kecewa sgt2 sampai menangis2. dahlah nak dipanggil temuduga pun payah...
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2011 12:11 AM | Show all posts
don't give up la TT....

aku dulu beratus-ratus applicant aku wat, lenguh tangan duk klik 'apply' kt iklan jobstreet sekitar tahun 2007 ke 2008, yg pggl interview 7 companies je.

tp nasihat aku, kalau nk keje kerajaan tu mmg la payah, unless kalau ko pemegang biasiswa spa.  kalau ko nk mintak jawatan bawah negeri pun, wajib ade cable.  kalau tak mmg confirm la ko tak dpt.

apepun nasihat aku, teruskan usaha mencari keje.  chaiyok chaiyok!
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2011 01:28 AM | Show all posts
Post Last Edit by zaidi_jb at 24-3-2011 13:09
don't give up la TT....

aku dulu beratus-ratus applicant aku wat, lenguh tangan duk klik 'apply'  ...
annehuda Post at 24-3-2011 00:11


Eh, x juga. X semestinya pemegang SPA sahaja yang dapat kerja kerajaan dan tak semuanya memerlukan "kabel". Saya dapat kerja gomen tanpa bantuan sesiapa. Asalkan niat ikhlas untuk berkhidmat untuk negara kerana Allah, perform masa temuduga, komunikasi yang cemerlang dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Insya -Allah jika ditakdirkan Allah itulah rezeki kita tidak akan ke mana, pasti akan berjaya juga dan jangan pernah membuat persepsi jika nak kerja kerajaan susah dan kena ada kable. Jika awal2 kita telah set demikian, maka minda kita akan menjurus membuat tingkah laku kita ke arah susah mendapat kerja kerana perkara ini adalah berkaitan dengan consciuos mind. Sekadar berkongsi pandangan.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2011 09:48 AM | Show all posts
Eh, x juga. X semestinya pemegang SPA sahaja yang dapat kerja kerajaan dan tak semuanya memerluk ...
zaidi_jb Post at 24-3-2011 01:28



    masalahnye ramai yg tak dipanggil-panggil utk interview pun... isi borg spa je, pggl interview nye idak pun.  ramai yg jd mcm tu, termasukla aku n TT ni skali.

kes kabel ni, banyak kali la aku penah nmpk ia terjadi.  masa aku praktikal kt jkr daerah, satu family dari mak, anak dan bapak dpt keje kt satu opis.  kawan-kawan seuniversiti aku yg dpt masuk keje gomen, makbapak suma ada link ngan opis tu. citer kt kitorg how they failed nk jawab soalan penemuduga, kawan2 aku yg kebetulan satu interview ngan diorg makan hati je bile diorg yg dpt post tu pdhal kawan2 aku ms interview mmg konfiden jawab soalan penemuduga.  dan yg plg best, hosmet aku selamba je ngaku die penah dpt interview kt sebuah jabatan kerajaan di utara sbb die mintak pakcik die yg ahli kerabat diraja tulis surat rekemen kt jabatan tu.  

mayb la ko nasib baik takyah pakai kabel, tp kes-kes kabel ni kalau tak berlaku org tak ngata gak...
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2011 01:09 PM | Show all posts
Post Last Edit by zaidi_jb at 24-3-2011 13:15
masalahnye ramai yg tak dipanggil-panggil utk interview pun... isi borg spa je, pggl inter ...
annehuda Post at 24-3-2011 09:48


Saya tidak menafikan isu "kabel" ini tiada langsung. Tetapi suka saya memberi penjelasan bahawa kadang2 pihak berkuasa melantik akan melantik orang dalam dahulu untuk jawatan kontrak dalaman bagi ditetapkan terlebih dahulu memandangkan mereka telah lama bekerja dan setia kepada organisasi tersebut dan sanggup bekerja walaupun kontrak. Hal kabel, saya juga pernah berasa seperti itu, tetapi tetap sentiasa tabahkan hati memohon jawatan dalam sektor kerajaan dan Alhamdulillah berjaya..

Apa yang penting jangan pernah putus asa, jika awal2 putus asa dan cepat mengalah, maka akan sukarlah mendapat kerja. Sentiasalah berfikiran positif. Saya selalu mengingatkan rakan2 saya yang sedang memohon kerja, percayalah jika Allah berkehendak yang jawatan itu terbaik untuk seseorang itu, ia tetap akan dapat, walaupun yang memohon mempunyai kabel sebesar pokok sekalipun kerana ajal, maut dan rezeki itu semuanya pada ketentuan Allah. Jika kita telah memohon tetapi tidak berjaya, pastinya Allah mempunyai perancangan yang lebih baik untuk kita yang kita sendiri tidak menyangka.

Seperkara lagi, SPA akan panggil hanya calon yang layak dan dalam konteks yang sebenar, SPA hanya memanggil calon yang telah lulus peperiksaan bertulis Gred 41 untuk dipanggil ke PAC atau temuduga. Andaikata calon tersebut telah lulus, tetapi tidak dipanggil-panggil, sebabnya  ialah tiadanya kekosongan dalam jawatan tersebut. Biasanya SPA akan panggil temuduga jika Kementerian meminta SPA mengiklankan jawatan jika ada kekosongan. Sekian, untuk makluman saudara.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-3-2011 01:47 PM | Show all posts
Seperkara lagi, SPA akan panggil hanya calon yang layak dan dalam konteks yang sebenar, SPA hanya memanggil calon yang telah lulus peperiksaan bertulis Gred 41 untuk dipanggil ke PAC atau temuduga. zaidi_jb Post at 24-3-2011 13:09


you want to know something funny?  jangankan interview, peperiksaan bertulis pun aku tak pernah dapat. which is very,very funny sbb sejak aku grad dr 2007 smpi la ni, 4 kali isi borg spa tak penah pun dipggl exam.  very, very funny.

nak kata pointer tak best, i got 3+.  i got band 5 for my muet, my curricular activities are spectacular, i got the experiences needed. nak kata silap isi borang, nope because i've read all the rules and regulations and i did consult the SPA staff on how to fill the form correctly.  so i'm more than pissed off because i've tried for 4 years and i didn't get the offer to the so called written exams or whatever. and most of my friends who get to works for the government now actually had pointer lower than me, even lower than 3.00.

i have friends who had the same experiences like i do. i can list them down if you want to. we never got the chance to show our true potential because of this cable and because of this unjustice selection method that the JPA had.  i have friends who have been a GSTT for 3-4 years and KPM appointed fresh graduates with less than a year teaching experiences with grades so low any company wouldn't want to hire them? my JKR technical assistant can't interpret a slab drawing.  my JKR engineer actually can't do analysis using the no brainer microsoft excel that i had to do it so he can show it to the ISO reps.  my JKR technician is the worst, he's 2 years to retirement and he don't even know how to apply waterproofing on cement render.  don't let me start on the JD.  i loathed going to the site meeting, he even send us a wrong letter regarding something as important as structural drawing!

seriously man, the government is wasting the taxpayers' money on lots of people who didn't deserve it.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2011 05:06 PM | Show all posts
Mak aii.. meletop annehuda..

Erm.. nak nyampuk skit.. actually aku mmg percaya bab2 kabel ni sebab budak umah aku keje gomen dan macam2 dia dah cerita senario yang berlaku dalam gomen ni. Boleh dikatakan setiap hari le bergosip ngan dia... Wakakaka.. dia sendiri tak heran kalau ada staff baru masuk mesti kabel punya!  Diperkuat lagi ngan kawan baik aku skang ni sbb mak dia somebody dalam gomen. well.. tersangat la senang dia laki bini dah pun menjalani 2nd test utk PTD. Dia tak suka keje gomen tapi mak dia sebuk suh masuk. Mak dia anytime je leh adjust janji follow jew syarat2 tu. memula jawab exam, pastu 2nd interbiu uji kecergasan pekejadah ntah. nanti bila dah complete... kawan mama tu belek2 le nama kau tuh... wah~~~ senangnya kan!

Dah tetibe Dato' A kata kepada Pengarah B "Weh, anak i ni dah abis belajar, amik dia jadi Pegawai kat jabatan u yer!".. Pastu Pengarah B tu nak kata apa??? Terpaksa la selit anak Dato' A yang tak berapa cantik resultnya  ni walhal ada seorang calon yang amat sesuai dan talented telah dikenal pasti layak untuk menjawat jawatan Pegawai di jabatan tersebut (sbg contoh annehuda.. huuhu.. jangan mareee).

Itulah peristiwa selalu yang berlaku... Apa-apa pun tak semua begitu. Ada je orang2 biasa yang dapat keje gomen melalui ujian, peperiksaan, temuduga dan sebagainya. Mungkin beliau bernasib baik. Tapi mesti jawatan kontrak. Huh...

Pepe pun, aku selalu dipanggil jawab exam. Boleh dikatakan tiap tahun nama aku naik kowt.... Tapi skali je aku attend jawab exam utk jawatan PTD tapi fail! Pastu terus dah tak pegi dah. Wakakaka.. Aku pun takde la bersungguh sgt nak join gomen walhal ayah aku dulu penah jadi Pegawai besau  kat government. S.U.K tau!!! Lebih selesa keje swasta sebab kena ngan jiwa aku kowt. kalau nak keje gomen pun tunggu aku jadi pensyarah! Huhu!!!!

Tengah pulun nak sambung wat master nih...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2011 06:01 PM | Show all posts
Post Last Edit by zaidi_jb at 24-3-2011 18:04

Reply 27# annehuda

Saya nak bertanyalah, saudara melanjutkan pelajaran di IPTA/ IPTS / IPT luar negara?. Adakah diiktiraf atau sebaliknya. Sekadar bertanya, jika diiktiraf, sebab ini boleh diketepikan. Adakah saudara memohon jawatan yang bertepatan dengan ijazah saudara? Jika benar, sebab ini boleh diketepikan juga. Jika kedua-dua sebab ini tidak berkaitan saya merasakan saudara perlu terus berhubung dengan pihak SPA bagi mengetahui akan status permohonan saudara dan kenapa tidak dipilih langsung untuk menduduki peperiksaan khas dll. Hal ini kerana jika saudara telah mematuhi mana2 syarat kelayakan seperti yang telah ditetapkan, biasanya pihak SPA akan memanggil saudara sekurang-kurangnya untuk menduduki Ujian Khas 14 jawatan / PAC.

Kebiasaannya jika SPA pemilihan adalah lebih telus kerana penemuduga jika mendapat tahu ada surat sokongan dari YB / kerabat diraja manapun, calon itulah yang terlebih dahulu akan ditolak mentah2 dan selamat jalan diucapkan. Hanya surat sokongan dari majikan sahaja yang akan dipertimbangkan.

Jika di badan berkanun/ negeri/ kerajaan tempatan, istilah "kabel" boleh berlaku tetapi jika hendak berlaku, biasanya calon tersebut mestilah memenuhi segala syarat2 yang telah ditetapkan oleh JPA. Terutamanya jika jawatan Tetap, pastinya sebelum ada Tetap ada Kontrak, maksudnya dalam masa menunggu Tetap dan waran dari JPA, majikan memerlukan jawatan tersebut diwujudkan kerana amat kritikal. Jadi, ada juga kemungkinan penjawat awam bertaraf kontrak akan ditetapkan (jawatan yang sama yang telah mendapat waran tetap), tetapi bukanlah jaminan 100% juga.

Saudara fasih berbahasa Inggeris, satu kelebihan dalam temuduga kerana tidak ramai yang fasih berkomunikasi dalam bahasa tersebut, akan tetapi, penemuduga bukan sahaja memilih calon berjaya dari segi akademik sahaja, tetapi juga dari aspek sahsiah, tingkahlaku, pakaian, kesopanan dan cara kita menjawab sama ada berhemah/ ego/ sombong dan sebagainya.

Jika dari aspek demikian juga, saudara telah membuat sehabis baik namun masih lagi tidak berjaya, maka anggaplah jawatan tersebut bukanlah rezeki saudara, pastinya Allah menjanjikan masa depan yang lebih baik untuk saudara. Maka percalah kepada Qadak dan Qadar dari-Nya. Usah berputus asa dan terus memberi persepsi pemilihan calon dalam sektor kerajaan tidak telus dan sebagainya, mungkin ada segelintir yang menggunakan kabel, tetapi tidak keseluruhan, sektor swasta juga ada situasi sedemikian. Di mana2 juga ada, tiada terkecuali. Sekadar pandangan dari saya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2011 06:11 PM | Show all posts
dah 2-3 kali aku dipanggil ujian bertulis tapi semuanya failed....
rasanya aku dh jwb sebaik mungkin....
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2011 11:42 AM | Show all posts
teruskan aje mendaftar SPA,jgn putus asa...atau tukar permohonan jawatan...jangan apply yang ada pemeriksaan fizikal.macam saya ada diploma, dah tak apply jawatan ada kelulusan diploma..sekarang guna spm aje...
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2011 11:14 AM | Show all posts
Reply 13# teky


   
rezeki tuhan tuh ader kat maner2....... bertebaranlah kamu mencari rezeki...



Bila Allah cepat makbulkan doamu, maka Dia menyayangimu,
Bila Dia lambat makbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu,
Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada Allah dalam apa jua keadaan pun...
Kerana kasih sayang Allah itu mendahulu kemurkaanNya.


INSAFFFFFFFFFFFFFFF..........
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2011 11:17 AM | Show all posts
Reply 30# kenyir


    Same la kite..sakit hati ngn exam PTD..xpernah nk lulus....
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 01:37 PM | Show all posts
Reply 24# zaidi_jb


ni aku kopipes dari Isu semasa, kredit to daun_hijau.      Ribut: Suami tutup isteri lumpuh dengan tikar mengkuang
Sepasang suami-isteri warga emas nyaris menjadi korban pertama ribut kencang dan hujan lebat yang hampir meranapkan rumah mereka di Kampung Ulu di Kuala Nerang, Kedah dalam satu kejadian petang semalam.

Menceritakan detik-detik cemas yang dilaluinya, Tam Mat Diah, 86, berkata dia sempat bertakbir sebaik bumbung rumahnya ibarat pondok yang menjadi tempat tinggal dia dan isterinya diterbangkan angin kencang beserta hujan lebat.
   
Kediamannya mengalami 80 peratus kerosakan akibat bencana itu dan tidak dapat dibaiki, kata Tam namun beliau bersyukur kerana Allah SWT turut melindungi isterinya, Rokiah Abdul Rahman, 85, daripada sebarang musibah.
   
"Saya hanya sempat mengambil tikar mengkuang untuk menutup Rokiah yang terlantar akibat lumpuh daripada terkena hujan dan kayu yang jatuh dalam kejadian bermula kira-kira 7.15 malam tadi," kata Tam semasa ditemui, hari ini.
   
Katanya ADUN Kuala Nerang Datuk Syed Sobri Syed Hashim berjanji mendapatkan sebuah rumah di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) untuk mereka.
   
"Buat sementara waktu saya menumpang di rumah anak saudara, Zulkifli Abdullah, 48, yang tinggal bersebelahan rumah kami," kata warga emas itu yang bergantung hidup kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan sejak tiga tahun lepas.
   
Beliau menganggarkan kerugiannya lebih RM3,000 manakala Zulkifli pula kerugian lebih RM10,000 kerana hampir keseluruhan bumbung rumahnya diterbangkan ribut dan air hujan memusnahkan peralatan eletrik serta kelengkapan rumah.
   
Seorang lagi mangsa dari kampung sama, Rosdi Abdul Aziz, 42, penoreh getah, kerugian hampir RM10,000 kerana sebahagian bumbung rumahnya diterbangkan angin dan dahan pokok menghempap rumahnya.
   
Menurut Syed Sobri beliau mengambil sikap proaktif membantu mangsa-mangsa ribut dengan membaiki apa yang patut dan menebang pokok-pokok yang menghalang laluan.
   
"JKM hanya beri bantuan segera dalam bentuk makanan....takkanlah nak biarkan bumbung rumah mereka ternganga (terbuka). Di mana mereka hendak tinggal. Nak tunggu bantuan agensi kerajaan tak tau bila....dalam masa bencana inipun mereka masih kerja ikut waktu pejabat. Inilah masalahnya.
   
Syed Sobri berkata, beliau menggerakkan unit petugas khas ADUN Kuala Nerang seramai 20 orang bagi membantu mangsa ribut sejak kejadian ribut itu berlaku Ahad lepas.

Sementara itu, ribut kuat lebih dua jam itu merosakkan 24 rumah di tiga kampung dalam DUN Kuala Nerang iaitu 21 di Kampung Ulu, dua di Kampung Banggol Cenerai dan sebuah di Kampung Padang Gelanggang membabitkan kerugian lebih RM100,000.
   
Tinjauan Bernama di Kuala Nerang mendapati ribut kuat sehingga lewat malam tadi turut menumbangkan banyak pokok dan merosakkan kemudahan awam termasuk menerbangkan papan-papan tanda.




kalau tak ada komitmen dalam keje pun, plg kurang pekerja kerajaan yg berkenaan tu kenelah ada hati perut skit. mana pegi tanggungjawab pekerja jabatan yang berkenaan ni???
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 01:51 PM | Show all posts
Jika di badan berkanun/ negeri/ kerajaan tempatan, istilah "kabel" boleh berlaku tetapi jika hendak berlaku, biasanya calon tersebut mestilah memenuhi segala syarat2 yang telah ditetapkan oleh JPA. Terutamanya jika jawatan Tetap, pastinya sebelum ada Tetap ada Kontrak, maksudnya dalam masa menunggu Tetap dan waran dari JPA, majikan memerlukan jawatan tersebut diwujudkan kerana amat kritikal. Jadi, ada juga kemungkinan penjawat awam bertaraf kontrak akan ditetapkan (jawatan yang sama yang telah mendapat waran tetap), tetapi bukanlah jaminan 100% juga.
zaidi_jb Post at 24-3-2011 18:01


dude, are you somehow retarded or are you simply ignoring me?

aku lulusan civil engineering dari UKM. obviously JPA approved.  what i'm trying to impose here is that i've NEVER been invited to SPA's writing exam and that one question is WHY?  

aku tak nak tau pun pasal kabel dari kontrak ke jawatan tetap, yang aku tau dan nampak berlaku depan mata aku adalah kabel untuk masuk ke jabatan kerajaan tu. from a regular somebody to government servant.  that is something that happens all over Malaysia but you simply ignored.  wake up la encik zaidi, this thing happens.  if you conduct a survey i bet 80-90% of them will agree you need a cable to become a governmant servant.  sebab itulah kualiti pekerja kerajaan ni sgt teruk.  senang sgt dpt keje, cuti berkoyan-koyan, ada recession pun confirm selamat, ada misconduct plg lebih kene buang daerah je. prrgggffftttthhh!!!!!

baru semalam la sorang engineer jkr, engineer jkr hoccay tanya aku satu soalan yang sgt la bodoh. aku cakap bodoh sebab benda ni basic for all engineer.  rupe-rupenya engineer ni tak paham sistem metrik. ape itu sistem metrik?  cth sistem metrik ni, 1 kaki ada berapa meter? so engineer jkr ni tanya mcm mane nak convert gallon to kg?  rupe-rupenye die pun tak tau gallon tu utk sukat isipadu, kg tu utk timbang berat.  how stupid is that? ketumpatan air 1kg/l pun die bleh tny aku mcm mane bleh dpt mcm tu? is he serious???that is something we've learn from hi-school.  confirm sgt2la mamat ni masuk jkr sbb ada kabel.  and he's an engineer okay....
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2011 01:05 PM | Show all posts
nowdays mmg kabel je dude
mcm gampang je if nak keje gomen ni
exms mcm2 bagai haram xpanggil pun
polisi berubah setiap masaaaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2011 11:38 AM | Show all posts
you want to know something funny?  jangankan interview, peperiksaan bertulis pun aku tak pernah  ...
annehuda Post at 24-3-2011 13:47


i agree with u...without any objection...i'm also think as u.....i'm realized that private servant is better than government servant in construction field...
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2011 11:45 AM | Show all posts
dude, are you somehow retarded or are you simply ignoring me?

aku lulusan civil engineering d ...
annehuda Post at 30-3-2011 13:51



dia engineer fresh kot....hahahaha..freshies kan slalu gabra lebih....kakakaka....tapi kalo sistem metrik pun xtau...ayoyo!!!!...ko suruh dia baca measuring tape mat indon...mesti dia ada tercungap pe...hahahhahah
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2011 06:18 PM | Show all posts
Reply 35# annehuda

Saya rasa saya ada katakan sebelum ini yang tak dinafikan kabel memang ada. Tapi tak semua menggunakan kabel. Itu saudara perlu jelas dan tak semua penjawat awam malas dan hanya duduk di pejabat sahaja. Di tempat saya sekarang, macam2 dasar diwujudkan memandangkan jabatan saya jabatan berkanun untuk memastikan staf menjalankan amanah dengan jujur dan berdedikasi. Tak semua juga akan balik tepat jam 5 petang. Kadang2 pekerja sektor swasta pun ada yang begitu juga. Sebab itulah dalam penerangan saya sebelum ini adalah lebih baik anda bertanya langsung dengan pihak SPA kenapa anda tidak pernah dipanggil temuduga sedangkan anda layak dan memenuhi syarat2 yang ditetapkan. Sebab itu jugalah saya mengemukakan kajian kes dan saya menyoal anda dengan cara penaakulan. Adakah benar / sebaliknya. Sebab itu juga saya ada menyatakan juga sekiranya anda masih lagi tidak berjaya bekerja dalam sektor kerajaan, pastinya Allah juga ada merancang yang lebih baik untuk anda.

Saya juga dulu pernah bersikap marah, geram dan berasa seperti diperlakukan tidak adil kerana setiap kali memohon jawatan kerajaan, keputusannya tidak berjaya, minta SPA hanya dipanggil peperiksaan, tetapi gagal dll, tetapi saya tidak pernah berputus asa. Saya tukar strategi dengan sentiasa berfikiran positif dan juga dalam cara saya memohon kekosongan jawatan sambilan di badan berkanun dan berjaya serta bekerja di sana sebagai pegawai sambilan bergaji hari. Disitu saya mendapat pengalaman, setelah itu saya mendapat tawaran lebih baik bertaraf Kontrak, pun saya mendapat pengalaman. Alhamdullillah, setelah beberapa lama bekerja sebagai penjawat awam kontrak, saya berjaya mendapat Tetap dalam 2 jawatan sekaligus iaitu berkanun dan SPA kerana mereka melihat akan pengalaman saya, minat dan dedikasi saya kerana sanggup bekerja sambilan / kontrak dahulu dll.

Adakah anda mahu mencuba dan menukar strategi seperti saya dengan memohon terlebih dahulu jawatan Sambilan bergaji hari? Cthnya jika jurutera sambilan 1 hari dlm RM 100 (anggaran), tetapi kebanyakan jawatan ini bertaraf kontrak/ tetap dan  jarang yang sambilan, atau mungkin saudara keluar dari lingkup subjek yang telah dipelajari dulu iaitu dengan memohon jawatan Pegawai Tadbir Kontrak 6 bulan? adakah anda sanggup?. Setiap kesenangan itu pastinya ada kesusahan terlebih dahulu.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2011 05:03 PM | Show all posts
Zaidi_jb...

apa saluran klo nk apply jawatan peg. tadbir kontrak 6bulan tu eh.. Last edited by H87 on 21-2-2014 12:02 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 10:47 PM GMT+8 , Processed in 0.291378 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list