CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2374|Reply: 22

Ubah Suai Rumah Secara Melampau Hingga Jejaskan Jiran

[Copy link]
Post time 11-11-2023 08:45 AM | Show all posts |Read mode
Nilai: Kemelut rumah yang diubahsuai secara melampau dan tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan (PBT) di Taman Surian, Mantin, di sini, masih belum selesai.


Selepas isu berkenaan dibangkitkan lebih setahun berlalu, keadaan rumah berkenaan masih terbiar dan ditinggalkan sebelum isu terbabit kembali tular, baru-baru ini.



Sebuah rumah di Taman Surian, Mantin, di sini, yang diubahsuai secara melampau dan tanpa kebenaran pihak berkuasa. FOTO Ahmad Hasbi



Jirannya Abdul Halim Hassan @ Talib, 38, berkata, dia berasa tidak tenteram setiap hari dan bimbang dengan keselamatan ahli keluarganya kerana struktur tambahan pada rumah berkenaan mulai runtuh serta reput.


Menurutnya, rumahnya turut retak dan bocor dipercayai akibat kerja ubah suai di kediaman jirannya yang sehingga kini tiada sebarang bayaran ganti rugi.


"Beberapa bahagian dinding di tingkat atas dan bawah retak dipercayai akibat kerja ubah suai rumah jiran. Malah, ada kawasan yang bocor dapat dilihat pada siling dan dinding.


"Saya pernah berbincang dengan jiran dan dia berjanji akan membayar ganti rugi selepas kediamannya siap diubah suai. Bagaimanapun, sehingga sekarang tiada bayaran dibuat," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Katanya, dia difahamkan pihak mahkamah sudah mengeluarkan arahan supaya struktur tambahan itu dirobohkan, namun sehingga kini tiada sebarang tindakan.


"Ada beberapa struktur seperti siling mulai runtuh, malah ada bahagian yang mula reput dan lebih membimbangkan terdapat kolam renang di tingkat tiga.


"Sampai bila saya perlu hadapi situasi seperti ini. Mahu tunggu saya dan ahli keluarga mati dulu, baru nak robohkan?


"Saya sudah beberapa kali pergi ke Majlis Bandaraya Seremban (MBS) untuk bertanya isu ini, namun jawapan diterima agak mengecewakan," katanya.


Sementara itu, Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan negeri, J Arul Kumar berkata, MBS akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai isu itu dalam masa terdekat.


Pada Jun 2022 lalu, media melaporkan MBS mengeluarkan tiga notis arahan dan sitaan kepada pemilik bangunan itu yang melakukan pengubahsuaian tanpa kelulusan supaya menghentikan dan merobohkan binaan tambahan.




Sumber: Harian Metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2023 09:36 AM | Show all posts
Pada Jun 2022 lalu, media melaporkan MBS mengeluarkan tiga notis arahan dan sitaan kepada pemilik bangunan itu yang melakukan pengubahsuaian tanpa kelulusan supaya menghentikan dan merobohkan binaan tambahan.


so dah 3 kali notice
apa next tindakan MBS?
sikit2 nak keluar statement dulu
org tu dah naik turun keluar masuk MBS tanya kabor
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2023 09:39 AM | Show all posts
Itu rumah atau kuil hindu?
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2023 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
gekkou replied at 11-11-2023 09:36 AM
so dah 3 kali notice
apa next tindakan MBS?
sikit2 nak keluar statement dulu

Mungkin owner rumah tu sedara mara  ahli majlis kot
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2023 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Inilah kuasa tular yang positif. Bila tiada tindakan, eloklah ditularkan supaya pihak yang terlibat panas bontot!
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2023 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian owner rumah sebelah ....
Klu beli dgn loan, tetiap bln tetap kena byr bank....
Dia pun tak duduk situ sbb rumah dia retak....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-11-2023 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
apesal rumah tu ada aura mcm kerajaan langit
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2023 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Exco J Arul Kumar tu bole caya ke? Apa jaminan dia bole settle
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2023 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 11-11-2023 09:39 AM
Itu rumah atau kuil hindu?

tu la mcm kuil je...
kalau kuil sampai kiamat la kat situ..


Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2023 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau byk duit sgt beli la tanah lot buat banglo siap swimming pool tepi rumah lg best..
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2023 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada la tu rasuah yg terlibat... PBT Kerajaan N9 & Selangor under PH rasuah kuat....
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2023 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Rumah hindu ke tu. Giler ngeri siap buat kolam renang kat bumbung. Tambah itu ini. Tau2 tengah tidor runtuh tertimbus habis jiran meninggal
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2023 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
I pernah nampak dah 2 rumah end lot dibuat jadi kuil. Kesian jiran2
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2023 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
gekkou replied at 11-11-2023 09:36 AM
so dah 3 kali notice
apa next tindakan MBS?
sikit2 nak keluar statement dulu


MBS kan bodoh..yg keje situ sume stok2 sedara mara sepupu sepapat je
Kwn aku apply lesen meniaga dgn MBS, kemain byk songeh...nak kene sogok duit rasuah agaknya baru nk jalan
Staff MBS pun sama la sial
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2023 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Tiap2 tahun jd isu rumah ni. Penguatkuasa pon x berani dgn owner ni gamaknya. Entah bela hantu jin apa dkt rumah tu
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2023 01:29 PM | Show all posts
Apa nak heran rumah rupa kuil, ada masjid pun rupa kuil cina, mahkamah rupa masjid. Majmuk sangat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2023 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Kah kah...alangkan pokok pun,kalau dah kena lilit kain merah..takde la kena roboh.
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2023 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah2 kemain istana aladdin swimming pool rooftop
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2023 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
kakigebang replied at 11-11-2023 10:49 AM
tu la mcm kuil je...
kalau kuil sampai kiamat la kat situ..

Siap ada swimming pool.

Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2023 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu le patut ada undang2 , rumah klu nk renovate , dlm je. Jgn ubah struktur luar. Mcm rumah kt UK tu sepesen je bentuk luar. Kt dlm tu ko nk pecah ke , x nk bilik ke, buat asrama pekerja kilang ke lantak ko.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Alice Chang Dakwa Sedang Hamil Anak Datuk Seri Berstatus Suami Orang?
YgBenarAlice Chang Dakwa Sedang Hamil Anak Datu
Views : 28451 Replies : 21
Bekas isteri Hafidz Roshdi diperintah hadir ke makamah Januari depan
maklukpenggodaBekas isteri Hafidz Roshdi diperintah ha
Views : 98915 Replies : 3912
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 72743 Replies : 784
Jumpa Doktor Setakat Nak Bagi Tarikh?” –Wanita kiciwa Adik Hidap Kanser Tahap 4 ‘Disidai’ Berjam-Jam Di Hospital Sultanah Nur Zahirah
YgBenarJumpa Doktor Setakat Nak Bagi Tarikh?”
Views : 33735 Replies : 63
Pelakon suara Doremon telah tiada
maklukpenggodaPelakon suara Doremon telah tiada
Views : 32806 Replies : 38
Maroon 5 in Kuala Lumpur
maklukpenggodaMaroon 5 in Kuala Lumpur
Views : 48500 Replies : 126
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 17398 Replies : 236
Tengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
irveneTengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
Views : 42460 Replies : 257
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 110996 Replies : 7259
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 75021 Replies : 706

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 05:31 PM GMT+8 , Processed in 0.060705 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list