View: 2974|Reply: 22
|
Ibu Mentua Tak Suka Menantu Meroyan Selepas Bersalin, Minta Anak Lelaki Ceraikan Isteri
[Copy link]
|
|
Seorang ibu meminta anak lelakinya menceraikan isteri hanya kerana tidak mendapat layanan sewajarnya sedangkan emosi isterinya berada dalam keadaan tidak stabil disebabkan baru lepas bersalin.
Memulakan cerita, dia berkata, perkahwinannya dan isteri belum lagi mencecah usia setahun.
"Isteri memang ada depression dan anxiety yang perlu dirujuk ke doktor mengikut temujanji yang ditetapkan.
"Bulan Julai baru-baru ini dia bersalin dan sejak itu perangainya berubah... lebih banyak diam, menangis dan kadang kala membenci anak sendiri," luahnya di halaman Facebook.
 Gambar Hiasan
Malah katanya, isterinya sudah tidak seceria seperti awal perkahwinan.
Disebabkan bimbang keadaan isteri yang seperti meroyan, dia mengajak ibunya datang tinggal bersama.
"Apabila mak saya datang dan jaga dia dalam pantang selama tujuh hari, mak ada terasa dengan sikap isteri yang banyak diam.
"Disebabkan itu, dia meminta saya menceraikan isteri. Malam kejadian pula, isteri tiba-tiba menjerit dan menangis kerana tertekan.
"Bimbang menjadi lebih buruk, saya masuk ke bilik dan memarahinya tetapi dia marah saya balik," katanya lagi.
Selepas kejadian tersebut, ibunya terus pulang ke kampung halaman.
Lebih menyedihkan apabila ibunya turut memberi kata dua sama ada memilih isteri mahupun dirinya.
Bukan itu sahaja, jika dia tidak bercerai, ibunya tetap dengan pendirian untuk tidak berbaik dengan isteri.
"Sekarang saya dilema. Saya perlu pilih isteri atau mak... isteri pun masih dalam pantang.
"Berbanding isteri, saya gemar menceritakan apa yang berlaku kepada keluarga sedangkan dia hanya mendiamkan diri," katanya.
Dia yang tidak mengetahui punca masalah dalam hubungan turut beranggapan apa yang berlaku berpunca daripada sihir pemisah.
Perkongsian masalah itu membuatkan warga maya tampil memberikan pandangan masing-masing.
Tidak kurang juga yang meluahkan rasa marah kerana dia bersikap seperti 'anak mak' yang sanggup mengikut telunjuk meskipun memberi kesan buruk dalam perkahwinan.
"Tak sedar mak awaklah punca isteri meroyan... awak lelaki dah kahwin, ada tanggungjawab pada isteri dan anak. Selagi isteri masih taat, awak kena dahulukan keperluan isteri.
"Kau jantan, jadi jantan jaga bini (isteri). Sudah pilih dari awal nak jaga dia, jangan buat aniaya anak orang.
"Sikit-sikit cerita pada mak... tak bolehkah masalah rumah tangga jangan ceritakan pada mak? Dah meroyan macam tu, jagalah elok-elok dan bukan cepat percayakan cakap mak," luah beberapa warga maya. -CARI
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Patutnya kembiri mamat ni awai2.. dah besaq pun tak reti jaga kuarga sendiri.. |
|
|
|
|
|
|
|
Mudah aje soh serai.
Kalo bini hari² mkn kaki tgn laki pandai pulak ko suruh sabo.
Ini bukan isu semasa yachh..
Isu turun temurun.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7: Patutnya kembiri mamat ni awai ... [em:3:][em:4:] |
|
|
|
|
|
|
|
[quote]lanacondor: [em:3:] [em:4:] |
|
|
|
|
|
|
|
kesian ke isteri dia dahla baru bersalin, takkan xde rasa simpati kat menantu? diapn bini tu lahirkan anak ko kot |
|
|
|
|
|
|
|
Mak mertua merosak rumahtangga pulak |
|
|
|
|
|
|
|
ceraikan je bang pastu jangan menikah dah sampai mampus |
|
|
|
|
|
|
|
x guna jadi lelaki...
mak mertua pun mohon mereput.....ko duk la berdua dgn anak ko...jgn buat naya anak perempuan org..
|
|
|
|
|
|
|
|
Bengong ke apa..org tu tgh depress ko angkut mak mertua dia duk skali?? Seriously??? Angkut la mak dia ke..upah confinement lady..bodoh |
|
|
|
|
|
|
|
Cannot generalize all mertua toxic begitu.. dalam kes ni, mmg mak dia jahat toxic... patut dia guide anak jantan dia tu jangan bodoh tongong sangat... bendul.. kena support laaa emosi bini tu....
I met both type of mertua... satu level toxic mcm kes thread ni.. lagi satu sangat baik penyayang pengganti ibu kandung... sayang mak sangat sangat.. sayang mak.. |
|
|
|
|
|
|
|
1. Mana ibu kepada isteri tersebut?
2. Kenapa tak bawa ibu isteri yang jaga?
3. Isteri memang ada sakit depress sebelum kawen ke?
4. Masa kawen dulu ibu lelaki ni setuju ke tak dengan calon menantu?
Sekian soalan tak berapa KBAT dari macik
Macik baca gitu2 sekali napas ikan buntal aje |
|
|
|
|
|
|
|
oh post yg ni ramai hentam dia termasuk lelaki. ko kena jadi jantan katanya. cash. |
|
|
|
|
|
|
|
she replied at 11-8-2023 10:08 PM
1. Mana ibu kepada isteri tersebut?
2. Kenapa tak bawa ibu isteri yang jaga?
3. Isteri memang ada s ...
Kalau ikut artikel, memang isteri dia ada depression dan anxiety. Tapi lemahnya si suami ni. Jenis nak senang, bawak mak dia sendiri. Ye lah, kalau bawak mak mertua dia (mak kepada si isteri) tak dapatlah mengadu begitu begini ye dak. Yang penting tembolok dan diri sendiri jaga. Bukan risaukan isteri dan anak bayi tu pun kan. |
|
|
|
|
|
|
|
si jantan tu memang tahu isteri dah makan ubat sebelum nikah..kalau rasa diri sendiri tak kuat nak jaga orang sakit mental, lebih baik jangan nikah
anxiety depress bipolar apa bagai tu kena ada pasangan yg kuat untuk sokong emosi contoh macam jana nick ngan laki |
|
|
|
|
|
|
|
smoga di jauhkan drpda mertua mcm ni… |
|
|
|
|
|
|
|
joy_ah replied at 11-8-2023 10:12 PM
oh post yg ni ramai hentam dia termasuk lelaki. ko kena jadi jantan katanya. cash.
Ye ke .bagus2..iols paling geram komen2 toxic positivity tu..mmg rasa nak dimakikan je |
|
|
|
|
|
|
| |
|