View: 1477|Reply: 19
|
Sanggup Belajar Bersalin Di YouTube Kerana Tak Percaya Perubatan Moden, Takut Doktor Lelaki Tengok Aurat
[Copy link]
|
|
Di abad ke-21 ini masih ada wanita tidak mempercayai perubatan moden dan sanggup bergadai nyawa melahirkan anak di rumah dengan hanya mempelajari kaedah bersalin melalui YouTube.
Malah, ada juga dalam kalangan mereka yang taasub dengan perubatan tradisional, rela berubat dengan bomoh atau pawang bagi memulihkan kesihatan selepas melahirkan zuriat berbanding rawatan susulan di hospital.
Seorang wanita dikenali sebagai Nur Asiah, 40-an, berkata, dia lebih rela melahirkan dua anaknya di rumah sebelum ini berbanding di hospital kerana bimbang kelahiran bayinya disambut doktor lelaki yang akan melihat auratnya.
 Gambar hiasan
Selain itu katanya, dia juga tidak mahu menggunakan ubat-ubatan moden yang didakwa kadangkala menjadi punca komplikasi kelahiran bayi.
“Disebabkan itu, saya mempelajari dan mendapatkan maklumat tambahan mengenai teknik-teknik melahirkan anak dengan menonton YouTube.
“Saya juga mendapat bimbingan secara online daripada ‘doula’ iaitu pembantu wanita ketika proses kelahiran dengan bayaran sebanyak RM500 selain bantuan suami serta ahli keluarga,” katanya kepada Kosmo! Ahad semalam.
Menurutnya, dia juga tidak melakukan pemeriksaan kehamilan secara berkala di klinik kerajaan, sebaliknya hanya mengunjungi klinik swasta sebanyak dua kali bagi mendapatkan rekod kesihatan ibu untuk pengesahan usia kandungan.
Selain itu, katanya, rekod berkenaan bagi tujuan dokumentasi kelahiran bayi dengan pihak hospital sebelum proses pendaftaran anak dibuat di Jabatan Pendaftaran Negara.
“Saya juga tidak mengambil sebarang vaksinasi bagi anak-anak termasuklah yang baharu dilahirkan kerana bimbang diserang pelbagai penyakit seperti ekzema,” ujarnya.
Seorang lagi wanita dikenali sebagai Rosni, 40-an, yang berkelulusan ijazah sarjana muda mengakui terdapat ramai golongan sepertinya yang tidak mempercayai perubatan moden.
Dia juga telah melahirkan beberapa orang anaknya sendiri di rumah dan tidak mendapatkan sebarang vaksinasi untuk mereka biarpun telah dikunjungi oleh petugas kesihatan.
“Suami saya seorang jurutera pun tidak menghalang keputusan ini, bahkan turut sama-sama membantu di saat-saat saya melahirkan anak di rumah,” ujarnya.
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
dah mampos belom? tak pun moga2 tak membiak la lepas ni ekk
yihhh |
|
|
|
|
|
|
|
menolak kemodenan, tapi tetap tengok youtube. |
|
|
|
|
|
|
|
la hai.. wujud lagi doula doli bintang tujuh ni? Ingat senyap dah ramai taubat.
Kau nak beranak tengok youtube je? Haha.. dah macam aku tukar waterpump iron lak tengok youtube. Itu pon berkali2 repeat, pause, playback..
hai la.. pelik.. belajar tinggi2 tapi tolak kemodernan. Nak tunggu anak2 sakit agaknya baru nk percaya perubatan modern.
biasa kalau budak2 yg tak vaccine ni nanti masa sekolah.. cmne eh? kena buat surat ke camne sbb semua budak sekolah kena isi borang kesihatan.. termasuk sejarah vaccine masa kecil |
|
|
|
|
|
|
|
Bagusla demer beranak kat rumah. Kurang sikit sesak sepital gomen |
|
|
|
|
|
|
|
elok la laki sendiri yg jadi bidan utk bini
|
|
|
|
|
|
|
|
“Disebabkan itu, saya mempelajari dan mendapatkan maklumat tambahan mengenai teknik-teknik melahirkan anak dengan menonton YouTube.
tolak perubatan moden pastu terus ko nak jadi dokter youtube? hahahaha... baik ko jadi pelawak je la kak oiii...
“Saya juga mendapat bimbingan secara online daripada ‘doula’ iaitu pembantu wanita ketika proses kelahiran dengan bayaran sebanyak RM500 selain bantuan suami serta ahli keluarga,” katanya kepada Kosmo! Ahad semalam.
nanti kalau ada masalah, atau ko ke anak ke mati, jangan pulak si dolah tu hantar ke hospital ya... |
|
|
|
|
|
|
|
I mmg tak boleh faham kepala hotak mereka ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Ada my senior di university dulu, bersalin guna daula dan dibantunoleh husband dia.
Anak pertama, ada complication dan anak meninggal masa dilahirkan.
Daula ni kena dakwa kat court for 3rd degree murder.
Kesian juga daula ni.
Tak tahu apa perkembangan kes ni sbb kakak tu balik msia |
|
|
|
|
|
|
|
Bagusla kurang kurang dorang berani amik risiko |
|
|
|
|
|
|
|
Apa yg buatkan sheols fikir pusat ke lutut sheols tu bukan aurat walaunpun dilihat oleh staf perempuan? Lain mcm kefahaman sheols. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau anak tu mati boleh claim anak syurga yang akan tarik mak pak masuk syurga sekali kan..takyah susah2 gitu  |
|
|
|
|
|
|
|
Mengada la. Umur pun dah 40 an |
|
|
|
|
|
|
|
Ni sbb xde duit. Kalau ada duit, confirm cari kpj or mana2 hospital swasta yg boleh beranak ikot cara ko nak. Siap boleh pilih nk doc prempuan |
|
|
|
|
|
|
|
dulu mak bapak hantar sekolah suruh belajar, sibuk mengelamun..
lepas tu tibah tengok youtube je jadi bijak..
apasal kau tak belajar jadi doktor dulu supaya wanita nak beranak tak susah cari doktor perempuan? |
|
|
|
|
|
|
|
hujung2 nanti menyusahkan org lain jer...
|
|
|
|
|
|
|
|
kan.... hat mcm ni kaykayem patot ikat salur peranakan sheols terus 
|
|
|
|
|
|
|
|
ni aku rasa mentaliti yang dah kena racun dengan daula. kalau tak racun mana ada pelanggan daula. ada masalah daula ni hantar ke hospital jugaknanti... ada kematian cakap takdir..  |
|
|
|
|
|
|
|
elok juga ada org2 camni. harap mati terus & boleh kurangkan populasi dan keturunan bodo bodo kt malaysia ni |
|
|
|
|
|
|
|
Ini terlebih bodoh dan jenis ini mesti jadi lobainita di Facebook dan YouTube dan ajak semua orang mempercayai apa yang dia percaya. |
|
|
|
|
|
|
| |
|