View: 2494|Reply: 32
|
Yuna Nak Bergembira Dulu Sebelum Dapat Anak, Balik Malaysia
[Copy link]
|
|
Yunalis Zarai atau lebih dikenali sebagai Yuna akui masih menanti dan berusaha untuk menimang cahaya mata selepas dia dan suami, Adam Sinclair mendirikan rumah tangga lima tahun lalu.
Katanya, dia mengharapkan semua untuk sama-sama berdoa agar dia dikurniakan zuriat.
IG
“Saya tahu soalan ni memang akan ditanya walaupun sudah tentu ia agak peribadi. Saya boleh kata kami tiada rezeki lagi dan masih lagi mencuba (dikurniakan anak).
“Peminat juga saya lihat ramai yang turut mendoakan kami dan saya berterima kasih serta teruslah berdoa untuk kami.
“Apa-apapun kami (dia dan suami) mahu bergembira dahulu sebelum membawa seseorang ke dunia ini,” katanya kepada Astro Gempak.
IG
Yuna berkata demikian selepas ditanya soal anak sebaik sahaja siaran langsung program MeleTop di Studio 1, Astro Bukit Jalil semalam.
Apabila ditanya adakah dia pernah terasa setiap kali soalan mengenai anak diajukan kepadanya, Yuna memberitahu dia hanya menganggap ia sebagai doa yang baik buatnya.
“Saya tak terlalu berfikir sangat dan kalau orang tanya pun tak tersinggung kerana sebagai artis saya dah biasa ditanya soal peribadi.
“Bila orang tanya, saya selalu jawab kalau ada, ada la dan minta doakan. Tak terasa apa pun bila orang bertanya kerana saya ambil itu sebagai doa,” ujarnya.
Yuna yang menetap selama 12 tahun di Amerika Syarikat itu kini berada di Malaysia sempena sambutan Syawal yang lalu sekali gus mempromosikan single terbaharu berbahasa Melayu berjudul Menanti.
Penyanyi yang mula popular dengan lagu Dan Sebenarnya itu memberitahu dia belum ada perancangan untuk kembali ke Malaysia selagi belum berkeluarga.
“Setakat ini belum lagi, saya masih mengusahakan banyak perkara di sana (Amerika Syarikat). Memang terfikir bila dah settle down nanti nak pulang ke Malaysia, tapi belum ada perancangan.
“Mungkin jika saya dah berkeluarga (mempunyai anak) nanti saya akan berfikir lebih untuk pulang ke Malaysia,” kongsinya.
Menanti dihasilkan sepenuhnya oleh Yuna sendiri bersama penyanyi rap antarabangsa, penggubah lagu dan penerbit muzik yang berpangkalan di Berlin, Jerman, Kenny J Macartney dan diterbitkan oleh Yuna Music.
Sumber: Gempak
|
|
|
|
|
|
|
|
moga diberi rezeki seperti dipohon…. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Shahman86 at 3-5-2023 08:13 PM
Dah 12 tahun kat amerika pon still sendu juga kat sana..bagus lagi si shilalat tu kat china sana.ada juga org kenal.kau bukan saje sendu dgn org us sna even org malaysia kat amerika pon tak berapa kenal kau.baik kau karya aje kat sini.kata balik amerika masa pandemik nk buat konsert tour kat sana, apa cite konsert kau kat usa tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Visa Yuna visa apooo? 12 tahun lama tuh |
|
|
|
|
|
|
|
Shahman86 replied at 3-5-2023 05:50 PM
Dah 12 tahun kat amerika pon still sendu juga kat sana..bagus lagi si shilalat tu kat china sana.ada ...
test market bollywood le pulek |
|
|
|
|
|
|
|
Peliknya fesyen baju kurung yuna |
|
|
|
|
|
|
|
Masih relevant lagi ke dia ni...ntah apa dia buat kat sana. 12 tahun and still nothing much to show. Nak gembira dulu sebelum ada anak? Dah ada anak tak boleh gembira ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Lama jugak yuna kat US..semoga dpt la apa yg dicari tu |
|
|
|
|
|
|
|
Yuna ni kalau tak pakai serkup kepala pelik2 dan mekap tipis mcm gambar atas ni, manis je beliau. Package badan langsing dan tinggi. Semoga dikurniakan zuriat tidak lama lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Soalan wartawan apekah dia sering terasa sering diaju soalan psl anak hek eleh yg kau pon nk tmy soalan tu knapa kau lebih kurang la dgn org lain tu. Bosan betul soalan mcmni |
|
|
|
|
|
|
|
12 tahun dah sheol kat sana
Last2 pun collab dengan pharrel, Usher, jhene aiko pun tahun bila?
Balik jelaaaa... Start family... Biological clock dah berdendang laju dah tu |
|
|
|
|
|
|
|
Tak star mana pun kat US nun
Netizen Malaysia je dok bangga sangat dia duk sana
Padahal dia ke sana sebab dia mampu buat lagu kat sana
Siti tu takda plak nak sebar sayap merata. Cukup Asia sudah dikenali. Tempat lain sipi2. Sedor2 kadar diri.
Si Yuna ni Asia pun belum mampu tawan.
Fesyen pun makin tenggelam
|
|
|
|
|
|
|
|
Rogue98 replied at 3-5-2023 06:29 PM
Masih relevant lagi ke dia ni...ntah apa dia buat kat sana. 12 tahun and still nothing much to show. ...
Tu lah pelik punya statement. Si Bunga tu ada anak mendonia jerr |
|
|
|
|
|
|
|
Laku ke lagu dia kt sana.
Bole tahn meninggi diri seolah top naw kt sana
Kt sini pun ko sendu jgk yuna oiii |
|
|
|
|
|
|
|
Diamondmoney replied at 4-5-2023 05:57 PM
Laku ke lagu dia kt sana.
Bole tahn meninggi diri seolah top naw kt sana
Mana laku..dia aje yg tersyok sendiri.better lg si shilalat tu kat china.klu bukan sbb covid aku rasa si shilalat ni jauh lg popular dari yuna kat amerika tu |
|
|
|
|
|
|
|
Doblas tahun kt amareka pun tak happy lg? |
|
|
|
|
|
|
|
Dah umur dekat 40 ni duit pun banyak buat je lah ivf terus.
. Lainla kot dia rahsiakn dia buat ivf tu mcm tokti dah jadi afiyah baru dia cerita 5 kali buat ivf. |
|
|
|
|
|
|
|
Amin2 YRA, smoga d makbulkn. |
|
|
|
|
|
|
|
Iollz ada soft spot kat yuna ni walaupun dulu dia cam kekwat konon M’sians tak support dia. Mesti anak dia lawo2 nanti. Moga dikurniakan zuriat amin |
|
|
|
|
|
|
|
Heyyy lelagu dlm album baru dia Masih tu soo sedap yaachhh. Radio malaysia please main lagu album ni lagu melayu vibe international |
|
|
|
|
|
|
| |
|