CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cikuduku

KHURAFAT [BY SKOP PRODUCTION]

[Copy link]
Post time 6-1-2011 10:08 AM | Show all posts
kredit to murai.com


Khurafat Sangat Menyeramkan, Menggugurkan Jantung!



FILEM: Khurafat
PENGARAH: Syamsul Yusof
PELAKON: Syamsul Yusof, Liyana Jasmay, Sabrina Ali, Salina Saibi, Fauziah Nawi, Mariani, Nur Huda
PENERBIT: Skop Production
GENRE: Seram
Klasifikasi: 13PG
Mula Tayangan: 13 JANUARI 2011

Sekali Imbas

Tidak dinafikan filem seram pertama arahan pengarah muda, Syamsul Yusof ini sangat menyeramkan! Filem seram yang mengisahkan perjanjian terlarang serta persengkolan antara manusia yang ditionjolkan ini menggunakan teknik kesan bunyi yang berbeza dan sangat mengerunkan serta boleh bikin gugur jantung.

Ulasan Penuh

Jika sebelum ini kebanyakannya filem dari Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia ke-23,Syamsul Yusof berbentuk aksi seperti filem KL Drift, KL Gangster dan sebagainya, namun kini penonton pasti terkejut dan berpuas hati dengan percubaan pertamanya mengarahkan filem seram.

Percubaan Syamsul boleh dikatakan percubaan yang terbaik kerana dalam filem Khurafat dia menggunakan atau menonjolkan teknik bunyi, pencahayaan serta hantu yang berbeza dan lebih menggerunkan daripada cerita hantu melayu lain. Terutama sekali, sistem dolby yang digunakan sangat berkesan dan berjaya membuat penonton dikuasai oleh perasaan takut dan disulami pula oleh cahaya yang suram dan scene yang suspen.

Ia terbukti daripada awal filem ini ditayangkan sehingga tamat, panggung sentiasa bingit dengan jeritan ketakutan penonton. Bayangkan sepanjang 90 minit filem ini berlangsung, tiada ketenangan yang diperoleh. Sesuailah apabila filem ini diklasifikasikan sebagai 13PG dan ibu mengandung serta yang ada penyakit jantung disarankan untuk tidak menonton filem ini.

Khurafat berjaya menjelmakan elemen seram dan jalan cerita yang menarik daripada pengarah muda berbakat ini. Biarpun baru pertama kali mengarahkan filem genre seram, namun hasilnya sungguh memberangsangkan. Tidak perlu adegan seksi melampau atau dialog yang sengaja mencetuskan kontroversi, Syamsul nyata bijak memanipulasi setiap elemen di dalam filem ini.

Selain itu, jalan ceritanya yang penuh suspen itu membuatkan ramai penonton tidak dapat menyangka bagaimana pengakhiran ceritanya kerana tekaan penonton pada permulaan ceritanya pasti berbeza atau tidak sama apabila lihat bagaimana cerita ini ditamatkan.

Namun dari segi lakonan, Syamsul ini masih lagi berada ditahap common dan seperti kita sudah jangkakan cara dia bercakap dan perwatakannnya kerana hampir semua filem yang dilakonkannya karakternya masih sama dan tidak ada banyak bezanya. Cuma kali ini Syamsul tidak lagi berpakaian segak seperti orang-orang kaya serta membawa kereta mewah dan bekerjaya.

Manakala lakonan Liayana Jasmay kali ini sangat tidak menonjol dan boleh dikatakan wataknya biasa-biasa sahaja. Cuma dia berpenampilan berbeza dengan bertudung dan menjadi isteri kepada Syamsul. Dalam usianya, bagi penulis dia tidak sesuai memegang watak sebagai seorang isteri. Mungkin wataknya kali ini lebih limited dan tak banyak yang boleh dilakukan dalam filem ini.

Anatara pelakon yang patut dipuji pula adalah Sabrina Ali. Dia yang membawa watak sebagai Anna, bekas kekasih Johan yang menyimpan dendam berperwatakan seorang yang sangat psycho itu sangat berbeza dan berkesan. Dalam filem ini penulis boleh katakan watak Sabrina Ali sangat menonjol dan berkesan kepada penonton.

Terdapat scene yang seram yang jarang filem-filem seram tonjolkan antaranya Syamsul mendukung jenazah yang sudah dikapankan di tengah hutan waktu malam dan juga sewaktu Sabrina dimandikan serta diletakkan dalam peti mayat. Sabrina juga akui ia satu pengalaman yang sangat mengerikan dan berharga buatnya.

Sebagai pengarah, Syamsul pasti tidak lepas dari menggunakan aksi-aksi stunt dalam filemnya. Jika dalam filem KL Drift dia menggunakan kereta lumba sebenar untuk scene kemalangan, begitu juga dalam filem ini kerana dia ada menyelitkan scene kemalangan van jenazah jatuh ke dalam gaung bersama pemandu dan jenazah.

Sinopsis

Khurafat mengisahkan perjanjian terlarang antara manusia dan syaitan. Manusia sebagai insan yang lemah, membelakangkan Allah untuk memperoleh apa yang dicita walau dengan apa cara, akhirnya hanyut dengan tipu daya syaitan.

Kisah bermula dengan Johan (Syamsul Yusof), seorang pembantu perubatan di sebuah hospital berkahwin dengan Ayshah (Liyana Jasmay). Seawalnya, pasangan ini hidup aman dan bahagia, namun tanpa disangka ujian melanda di pertengahan jalan, kesan daripada gangguan misteri yang berterusan.

Tanda tanya dan trauma yang melanda ditambah dengan munculnya bekas teman wanita Johan, Anna (Sabrina Ali). Walaupun mengetahui Johan sudah berumahtangga dan bergelar suami yang sah kepada Ayshah, Anna masih terus mengganggi dan merayu Johan menerimanya semula. Setelah ditolak cintanya, Anna ditemui mati akibat bunuh diri. Kematian Anna adalah kemuncak bagi segala siri kejadian misteri yang berlaku dalam hidup Johan dan isterinya.

Saksikan kesudahan serta kelainan filem seram arahan Syamsul ini yang bakal berada di seluruh pawagam bermula 13 Januari 2011.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-1-2011 11:39 AM | Show all posts
review wartawan mcm ok... bole percaya ke ni?
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2011 02:27 PM | Show all posts
cerita nih macam best...

n lagu dy pun nice...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2011 02:42 PM | Show all posts
ok tu ok lagu dia tp mcm pelik skit... apa pun keep it up anak usop selam.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2011 01:24 AM | Show all posts
aku takut r nak tgk citer neh.. tp rasa mcm nak tgk gak..da la aku tdo kat tingkat atas umah aku sorang2.. mak ayah aku kat tingkat bawah.. ader yg aku x leh tdo neh nanti..
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2011 06:34 AM | Show all posts
Dah tgk citer smalam kwn ajak tgk preview dgn Budiey.com. Mmg sgt menyeramkan dgn jalan cerita yg menarik. 4.5 out of 5 star la. Kudos to Syamsul!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-1-2011 06:38 AM | Show all posts
Disebabkan komen Murai yg up elambung ni aku teringin nk pg tgk

Khurafat Sangat Menyeramkan, Menggugurkan Jantung!

Ulasan Penuh

Jika sebelum ini kebanyakannya filem dari Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia ke-23,Syamsul Yusof berbentuk aksi seperti filem KL Drift, KL Gangster dan sebagainya, namun kini penonton pasti terkejut dan berpuas hati dengan percubaan pertamanya mengarahkan filem seram.

Percubaan Syamsul boleh dikatakan percubaan yang terbaik kerana dalam filem Khurafat dia menggunakan atau menonjolkan teknik bunyi, pencahayaan serta hantu yang berbeza dan lebih menggerunkan daripada cerita hantu melayu lain. Terutama sekali, sistem dolby yang digunakan sangat berkesan dan berjaya membuat penonton dikuasai oleh perasaan takut dan disulami pula oleh cahaya yang suram dan scene yang suspen.

Ia terbukti daripada awal filem ini ditayangkan sehingga tamat, panggung sentiasa bingit dengan jeritan ketakutan penonton. Bayangkan sepanjang 90 minit filem ini berlangsung, tiada ketenangan yang diperoleh. Sesuailah apabila filem ini diklasifikasikan sebagai 13PG dan ibu mengandung serta yang ada penyakit jantung disarankan untuk tidak menonton filem ini.

Khurafat berjaya menjelmakan elemen seram dan jalan cerita yang menarik daripada pengarah muda berbakat ini. Biarpun baru pertama kali mengarahkan filem genre seram, namun hasilnya sungguh memberangsangkan. Tidak perlu adegan seksi melampau atau dialog yang sengaja mencetuskan kontroversi, Syamsul nyata bijak memanipulasi setiap elemen di dalam filem ini.

Selain itu, jalan ceritanya yang penuh suspen itu membuatkan ramai penonton tidak dapat menyangka bagaimana pengakhiran ceritanya kerana tekaan penonton pada permulaan ceritanya pasti berbeza atau tidak sama apabila lihat bagaimana cerita ini ditamatkan.

Namun dari segi lakonan, Syamsul ini masih lagi berada ditahap common dan seperti kita sudah jangkakan cara dia bercakap dan perwatakannnya kerana hampir semua filem yang dilakonkannya karakternya masih sama dan tidak ada banyak bezanya. Cuma kali ini Syamsul tidak lagi berpakaian segak seperti orang-orang kaya serta membawa kereta mewah dan bekerjaya.

Manakala lakonan Liayana Jasmay kali ini sangat tidak menonjol dan boleh dikatakan wataknya biasa-biasa sahaja. Cuma dia berpenampilan berbeza dengan bertudung dan menjadi isteri kepada Syamsul. Dalam usianya, bagi penulis dia tidak sesuai memegang watak sebagai seorang isteri. Mungkin wataknya kali ini lebih limited dan tak banyak yang boleh dilakukan dalam filem ini.

Anatara pelakon yang patut dipuji pula adalah Sabrina Ali. Dia yang membawa watak sebagai Anna, bekas kekasih Johan yang menyimpan dendam berperwatakan seorang yang sangat psycho itu sangat berbeza dan berkesan. Dalam filem ini penulis boleh katakan watak Sabrina Ali sangat menonjol dan berkesan kepada penonton.

Terdapat scene yang seram yang jarang filem-filem seram tonjolkan antaranya Syamsul mendukung jenazah yang sudah dikapankan di tengah hutan waktu malam dan juga sewaktu Sabrina dimandikan serta diletakkan dalam peti mayat. Sabrina juga akui ia satu pengalaman yang sangat mengerikan dan berharga buatnya.

Sebagai pengarah, Syamsul pasti tidak lepas dari menggunakan aksi-aksi stunt dalam filemnya. Jika dalam filem KL Drift dia menggunakan kereta lumba sebenar untuk scene kemalangan, begitu juga dalam filem ini kerana dia ada menyelitkan scene kemalangan van jenazah jatuh ke dalam gaung bersama pemandu dan jenazah.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2011 02:46 AM | Show all posts
Seram tak kalo tgk kat panggung?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2011 10:34 AM | Show all posts
wajib tonton.....................

dan tarik kawan utk teman supaya ketakutan tidak di tahap maximum.....

tp chinta mmg kuat menjerit bile tgk cite seram!!!
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2011 10:37 AM | Show all posts
kan best kalau ade boyfren leh hug2 dlm cinema tgk cite seram..........
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2011 05:40 PM | Show all posts
Reply 30# chintacanduri


    nanti besok dalam kubor lagi gelap, lagilah x da sapa ko bole pelok
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2011 07:31 PM | Show all posts
besok opening... malam jumaat tu!! hahaha..
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2011 10:18 PM | Show all posts
wah cite ni klu tgk trailer mmg wajib tonton.. nmpak sgt seram..hrus aku g tgk weekend ni.. jom g ramai2..sape nk ikut??? hehe
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2011 08:55 AM | Show all posts
Reply  chintacanduri


    nanti besok dalam kubor lagi gelap, lagilah x da sapa ko bole pelok
nameloo Post at 12-1-2011 17:40



    gurau pun takleh..............................
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2011 08:56 AM | Show all posts
wah cite ni klu tgk trailer mmg wajib tonton.. nmpak sgt seram..hrus aku g tgk weekend ni.. jom g ra ...
princessjay Post at 12-1-2011 22:18



    yup wajib tonton...........
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2011 10:39 AM | Show all posts
sapa2 dah tgk review peliss k
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2011 01:47 PM | Show all posts
mlm kang aku gi tgk...mlm jumaat ni...gamaknyer hantu2 ada tak dlm wayang eh tgk so called sedara mara dorang berlakon...hehehhe
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2011 08:54 PM | Show all posts
da tengok da tadi.ni my point of view yang tak seberapa.

apa yang i rasa,biasa jela..memang la seram tapi setakat tu jela.takde kesan lepas keluar wayang..maybe hero dia yang tak berapa best ke i pun tak sure...tapi pujian untuk pengarah aka pelakon,good job sebab berjaya buat kitorang terjerit2 tadi..serius suspen.

btw,part yang i rasa seram masa sabrina dengan selambanya toreh2 tangan dia & masa shamsul dukung mayat tapi agak kecewa bila tgk apa yang i)sebenarnya jadi (tgk la sendiri)

i bagi 3/5

pengajaran---lelaki kalau nak cari isteri akan cari yang solehah
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2011 10:35 PM | Show all posts
baru je balik tgk filem ni.. semangat ni nak tgk opening hehe. NOT BAD la wlupun aku mengharapkan berganda2 seram hahaha!! mmg ending tidak d sangka2 oh (kamu org tgk la sendiri hehe).. dlm byk2 babak seram 1x je aku terkejut (babak dlm hutan time johan dukung mayat).. btw good job syamsul for 1st seram movie! lyana kurang sesuai jadi isteri johan sbb nmpk mcm budak hehe.. tak rasa 1 jam 20 minit berlalu! Sound effect plg BEST!!

*Bila la aku dpt tgk sebuah filem seram yg btul2 seram sampai terbayang2 setiap babak lps kluar pawagam!!

*Lawak la couple sblh aku, c bf pla yg bersungguh2 tutup muka hahaha!
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2011 10:39 PM | Show all posts
aku rs not bad la. aku ingt malas nak tgk. tp kwn ajak kan. so, pg je la. kalu seram je, mesti lampu tak pasang kan? nmpk sgt mcm tak logik kekadg jdinya. tak sangka weh... bak kat org yg pg tgk preview bfore ni. tp aku dah dpt agak sepa sebnrnya yg jeng... jeng... jeng.
wakakakkaka
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-1-2025 09:26 AM GMT+8 , Processed in 0.151008 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list