CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2172|Reply: 24

Video Tular: Ramai Kagum Dan Aneh Tengok Pokok Keladi Rancak Ikut Jemaah Surau Bertasbih

[Copy link]
Post time 18-4-2023 10:32 AM | Show all posts |Read mode
Satu video tular di TikTok menunjukkan kejadian yang seakan-akan tidak mempunyai penjelasan logik di sebaliknya.


Dalam rakaman tersebut, sebatang pokok keladi meliuk-liuk bergerak seolah-olah ada sesuatu yang menggerakkannya.


Hendak dikatakan berpunca daripada angin, ia tidak mungkin kerana tanaman hiasan lain di sekeliling pokok keladi itu berada dalam keadaan pasif.








"Rancak pokok ni ikut bertasbih," tulis pemilik video itu secara ringkas.


Dalam video sama turut kedengaran suara jemaah daripada surau berdekatan sedang bertasbih kepada Allah.


Tanpa menyatakan lokasi kejadian alam itu berlaku, pemilik video berkenaan cuba menerangkan bahawa pergerakan pokok keladi tersebut tak ubah seperti orang yang sedang berzikir dan bertasbih.







Di ruangan komen, rata-rata warga maya turut melahirkan rasa kagum dengan kejadian aneh seperti.


Malah ada antara mereka turut berkongsi pengalaman melalui fenomena yang bukan kelaziman kepada umat manusia.


"Dekat dapur rumah saya ada daun keladi asyik bergerak macam ni padahal tak ada angin, saya tahu daun tu tengah berzikir. Daun keladi memang rajin berzikir.


"Saya selalu nampak daun sehelai je yang bergerak macam ni, tahu dia tengah berzikir. Dan terus ingatkan aku supaya jangan lupa zikir juga.


"Mungkin itu malam Lailatul Qadar yang lebih baik dari 1,000 bulan, boleh jadi salah satu petanda. Allahualam, hanya Allah yang mengetahui.


"Saya pernah jumpa pokok yang bergerak sendiri macam ni, bila saya tegur dia perlahan-lahan berhenti. Mereka ni hidup sebenarnya," kata sebahagian warga maya.


Namun sebagai peringatan, penemuan sebegini selalunya mengundang kekaguman dan keterujaan dalam masyararakat.


Hakikatnya tidak salah sekiranya kita berasa teruja dan memuji kebesaran Allah pada setiap penemuan tersebut namun janganlah sampai terlalu taksub dan berlebihan dengan menganggap ia satu keajaiban, kerana Islam bukan begitu. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2023 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Smlm katanya Lailatul Qadr...
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2023 11:29 AM | Show all posts
mgkin laluan angin kat situ terus kena ke daun tu...
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2023 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Mlm tadi ntah kenapa tak boleh tidur. Padahal sejuk betul. Jadi saya pulun lah doa2 dan praktis vibration law. Semoga hujan hadir membasahi bumi tatkala kemarau melanda
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2023 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Hendak dikatakan berpunca daripada angin, ia tidak mungkin kerana tanaman hiasan lain di sekeliling pokok keladi itu berada dalam keadaan pasif.


Tak nipu tak sah kan walaupun bulan pose. Pasif kapla lutut mak mertua kau.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2023 11:59 AM | Show all posts
kekadang lalu video camni kat TT

benda entah diorang panggil, tapi memang sebab angin
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-4-2023 12:13 PM | Show all posts
padahal kena angin dari compressor aircond di luar rumah...memalukan
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2023 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Penah tgk video sorang hiker ni
Dia explain kdg2 kenapa ada 1 je pokok begoyang kat dlm hutan
Lupa plk apa dia kata
Yg pasti takde apa2 mystical pun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2023 12:54 PM | Show all posts
betul...kalau perasan n siapa biasa jalan dlm hutan..akan ada daun2 yg giyang lain dari lain..spesis keladi selalunya mcm tu....
kebarangkalian laluan angin tu tepat ke hamparan daun keladi mengikut pusaran..jadinya dia akan lintuk kiri kanan mcm itu..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2023 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
chandrahusin replied at 18-4-2023 12:50 PM
Penah tgk video sorang hiker ni
Dia explain kdg2 kenapa ada 1 je pokok begoyang kat dlm hutan
Lupa p ...

Klau team para diaorg ckp tu entiti yg gerakkn entiti tu bg tanda yg dia ada disekitar situ
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2023 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Pernah tgok bideo indon kubah masjid terbang sendiri naik atas bumbung sambil background bunyi org berzikir, rata2 yg ti ton video kekaguman, endup bideo edit, yg sebenarnya wak indon  tukang buat masjid guna tali tarik kubah tu, rupanya tkg rakam buat pitenah shot angle x nmpk tali seolah2 kubah tu terbang sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2023 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Hey,tak masuk syurga la sesape yg tak percaya!
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2023 02:08 PM | Show all posts
Firenzza replied at 18-4-2023 01:04 PM
Pernah tgok bideo indon kubah masjid terbang sendiri naik atas bumbung sambil background bunyi org b ...

haha  ni video lama berkurun dulu zaman tu blm ada fb, org viral guna email ja. ada tgk kat ofis..masa tu bodo2 terus rasa takutnya dah nak kiamat ke..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2023 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Kan btg dia kurus je, daun besar.. angin xkuat pun goyang..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2023 02:44 PM | Show all posts
Gingerly replied at 18-4-2023 11:35 AM
Mlm tadi ntah kenapa tak boleh tidur. Padahal sejuk betul. Jadi saya pulun lah doa2 dan praktis vibr ...

The Law of Vibration states that everything in the universe is in a constant state of movement. We refer to these movements as vibration, and the speed or rate at which something vibrates is called its frequency. The only difference between one object and another is the rate of its vibration.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2023 02:57 PM | Show all posts
tengah headbanging
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2023 03:25 PM | Show all posts
kena tiup angin !!xde lh mastika sgt!
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2023 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Bandai btul bokok geladi tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2023 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Naseb tak nampak bunggung pokok itu...


Kalau gi hutan..mmg ada pokok cenggitu..kebanyakan daun2 yang halus lah...
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2023 03:47 PM | Show all posts
malam td malam ke-27...malam ganjil.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 03:20 PM GMT+8 , Processed in 0.058616 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list