|
Up balik topik lama.
Anak aku umur 7 tahun. Pandai sangat melukis, lukisan dia sangat detail. Aku pun tak boleh melukis sebaik dia. Dia start melukis dari umur 5 tahun.. Masalah dia adalah lambat membaca, masih merangkak mengeja walau dah darjah 1 ni. Aku beli buku cerita ada sukukata tu, dan setiap hari coach dia membaca. Tapi masih tak lancar.
Matematik dia bagus, tambah tolak dia boleh congak je.. tp part membaca dia malas. Bila beli buku cerita, dia akan tenung gambar yang ada tu lama-lama. Macam cuba memahami cerita berdasarkan gambar, tapi tak berminat nak membaca cerita tu.
Ada tips tak mcm mana nak buat? Macam mana aku boleh bantu dia |
|