|
Bella Astillah Mimpi Ular 4 Hari Berturut Dan Selalu Sakit
[Copy link]
|
|
sikit2 salah ular, sikit2 salah jin. diri sendiri tgk x? cer buat medical cek up dulu. buat mental punya sekali. tgk cam lapar perhatian jek |
|
|
|
|
|
|
|
sebak meols baca luahan hati uols rasa macam sayuuuu je tabah ye bella dan ular dalam mimpi
|
|
|
|
|
|
|
|
rbmy replied at 6-12-2022 07:36 AM
hahahhaha time menari baju pink tu takde mimpi ke?
Iols rasa ular dpt panggilan
Tu yang masuk mimpi tu
Naseb tqk.jadi naagin |
|
|
|
|
|
|
|
@duda berhias kot yg hantar sihir tu sbb nk rampas Alep putik jagung. |
|
|
|
|
|
|
|
Ulaq tu nak ajar cara liuk lentuk badan nak menari tiktok..ulaq rengsa tgk ko menari kejung |
|
|
|
|
|
|
|
TomyamPuteh replied at 6-12-2022 11:49 AM
@duda berhias kot yg hantar sihir tu sbb nk rampas Alep putik jagung.
Kalo x abg dud mesti si korex yg sihir sbb nak terdampar di dada alep |
|
|
|
|
|
|
|
maybe sebb sebelom tdo u tgk chanel national geografik dik oi.
lagipun, x yhlah expose sgt kat socmed, lg byk bahaya dr yg baik |
|
|
|
|
|
|
|
ReginaGeorge replied at 6-12-2022 06:12 AM
Oh bella, kesiannya awak. Selalu org kena sihir ni hidup tak lama.. Kesian alip. Kesunyian. Takpalah ...
kannn…jgn lah sihir bella…cukup2 ler dia mkn hati tgk alep semakin herlokkk…buatnyer alep dpt jadi hero anna joblings…terus bella ada ketumbuhan di dahi…hehehe… |
|
|
|
|
|
|
|
entah apalah org nk dengki dgn dia ni. laki sheols pun bukan rebutan mana2 wanita. obses sgt dgn mimpi2 mengarut tu. doala byk2 untuk keselamatan diri dik. maybe kena kurangkan buat video tekinja2 tu. |
|
|
|
|
|
|
|
hahaha teringat pulak cerita india Naagin ni. penat nk habiskan.. sikit2 ular tu menjelma.
|
|
|
|
|
|
|
|
melinda_kerr replied at 6-12-2022 01:44 PM
hahaha teringat pulak cerita india Naagin ni. penat nk habiskan.. sikit2 ular tu menjelma.
Kan..anak.iols.siap.tiru yang mcmana naagin tu menjelma.dari.ular ke manusia.tu...hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Haah, sayu sangat hati ni. Harap2 ular alip tak terlepas dari seluar..
|
|
|
|
|
|
|
|
Aliff Aziz Dan Bella Astillah Terkena Sihir Pemisah, Tak Nak Tahu Siapa Yang Buat- "Salah Saya Sebab Suka Tayang Suami"
Bella Astillah mendedahkan dia suami, Aliff Aziz menanggung derita sejak sebulan lalu akibat perbuatan syirik dipercayai sihir pemisah yang ingin meruntuhkan rumah tangganya.
Bella, 28, berkata, dia dan Aliff sering didatangi mimpi pelik dan apabila perkara itu dirujuk kepada seorang ustaz, mereka dimaklumkan ia mempunyai kaitan dengan niat jahat yang mahu lihat mereka berpisah.
Foto: IG
"Saya boleh katakan hubungan kami dalam tempoh sebulan kebelakangan ini memang tak okey. Kami nampak perubahan dalam diri masing-masing. Bagaimanapun saya bersyukur Aliff mahu berubat demi menjaga hubungan kami.
"Kami selalu mimpi benda yang pelik-pelik... saya pernah mimpi nampak ular dan Aliff pula nampak saya bergaduh dengan lembaga hitam. Kalau nak cerita memang buat saya rasa takut.
"Apabila perkara itu dirujuk kepada ustaz, katanya itu memang satu petanda tidak baik," katanya kepada mStar.
Bella mendedahkan perkara itu ketika sidang media program Famili Duo yang berlangsung di Sri Pentas Bandar Utama, Petaling Jaya pada Selasa.
Menyifatkan ia ujian berat dalam hubungan mereka, Bella yang masih dalam proses rawatan secara perubatan Islam bagaimanapun enggan mengetahui siapa dalang di sebalik perubatan terkutuk itu terhadap keluarganya.
Bella yakin, kematangan dalam rumah tangga dan dugaan dilalui sebelum ini membuatkan mereka kuat mempertahankan kebahagian yang dibina sejak enam tahun lalu.
"Syukur selepas proses berubat kami mula rasa perubahan yang lebih baik. Aliff sekarang masih lagi dalam tempoh berehat. Sepanjang berdepan dengan ujian ini Aliff banyak beri sokongan.
"Sekarang ini kami berdua matang dan tahu untuk mempertahankan rumah tangga. Kami anggap ini sebagai satu ujian dan teguran," ujarnya.
Tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak, Bella melihat apa yang berlaku ini juga berpunca daripada diri sendiri yang sering berkongsi gambar bersama suami di media sosial.
Dalam masa sama, Bella mendedahkan dia hampir menarik diri daripada menyertai Famili Duo yang bakal memulakan siaran pada 18 Disember ini disebabkan masalah kesihatan dialami.
"Sebelum ini saya kurang percaya dengan ilmu sihir begini. Bila terjadi ada diri sendiri barulah tahu. Mungkin salah diri sendiri kerana banyak kongsi gambar bersama Aliff.
"Saya mohon maaf jika perkongsian saya buat orang lain tak selesa," jelasnya.
Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad Ayden Adrian, 5, dan Ara Adreanna, 2. -CARI
Sumber: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
sewaktu jadi jemputan kat gegar vaganza hari tu, kemain si bella duk pegang² si aliff. hahahaha kitorang tau tu laki awak. lepas tu tertarik² betulkan leher baju yang besar terdedah tu |
|
|
|
|
|
|
|
pape pun, moga cepat sembuh |
|
|
|
|
|
|
|
eeee propa je nyahhh... dah nama makin sendu maka kena la buat topik hangat kan... |
|
|
|
|
|
|
|
Hazabnya gmbr bella dinner kat ig alif tu |
|
|
|
|
|
|
|
Sapa yg dengki dgn theyolsssss
Koserrrrr |
|
|
|
|
|
|
| |
|