cuba try cari..tp kalu tak silap aku... mitos garuda ni di sebut dlm alam melayu time dalam mitos merong maha wangsa, lawan garuda pulak adalah jentayu....
tt : aku sokong.... takde pembuktian lagi skang hal naga, tak bermaksud bende tu tak penah ada... plus mitos naga ni, satu donia ada... hampir tiap2 civilization ada mention walaupun ada beberapa perbezaan kecil...
erm, kalau mengenai penampakan kelibat naga di laut pula,
yang orang kata Water Dragon atau Sea Serpent,
kita boleh kaitkan dengan OARFISH.antara spesis ikan laut dalam.
Here is a picture of Giant Oarfish caught at the US Navy SEAL training center on Coronado Island, just off the coast of San Diego, California. The photo was taken in 1996!
(http://www.thejump.net/id/oarfish.htm)
sedikit yang kroit pasal naga ni, maaf kalau salah,
ilmu di dada tak cukup.
kalau menurut kisah-kisah Melayu,
Naga ni dikaitkan dengan Ular besar, yang hidup lama,
ada juga yang mengatakan "mereka" bertapa sehingga menjadi terlalu besar lalu dipanggil naga.
kisah yang biasa kita dengari daripada orang-orang tua mengenai naga,
- kisah orang, renjer hutan mungkin? berjalan dalam hutan, seorang daripada mereka duduk di atas "balak" tumbang, berlumut, bertujuan untuk berehat. Maka parang dicacakkan di atas balak tersebut, dan tiba-tiba balak tersebut bergerak-gerak dan berlalu pergi.
- kisah sultan zaman dahulu (tak ingat sultan mana), yang syaratnya sebelum ditabalkan kena mandi 7 kolah air surau dengan cara tertentu, dan perlu melalui satu sungai, sungai mana tak taulah.. bila sampai cabang sungai tu, ada satu jalan sultan lalu naik sampan, dan naga akan melintas sungai tersebut.. bila sampai ke destinasi baharulah boleh jadi sultan.. kroit tak berapa pasti bagaimana ceritanya, minta maaf sekali lagi kalau salah maklumat. dah lama sangat, ini pun dengar-dengar..
- mengenai hujan lebat, sehingga menyebabkan banjir besar berlaku. orang mengaitkan dengan cerita naga yang nak keluar ke laut.
nanti sambung lagi..
p/s: harapnye tak kena hentam dengan forumer lain..
ada tgk beast legend x..diorg ada buat naga dari mitos2 y ada..tp lbh kepada naga barat la...aku pun xtau nak caya x naga ni betul ker x..naga tasik cini tu lak aper citer?
kat opis aku ada mr. naga..
kalo dia marah, nanti hidung dia keluar asap..masa dia hisap rokok nak ...
yenil95 Post at 13-10-2010 18:23
kat tempat keje lama aku pun ada naga gak.. mata dia besar, hari2 pakai eyeshadow n lipstik merah.. suka marah2 tak tentu pasal, especially kat kitorang yg junior.. kalau dia marah, satu floor tu bleh dengar.. itu naga berapi namanya..
tau, sebab tu kroit kata, kalau penampakan naga di laut, boleh dikaitkan dengan ikan ni,
...
kroit92 Post at 13-10-2010 21:10
oh ya kan... mungkin jugak naga2 zaman dahulu berevolusi untuk sesuaikan kehidupan ngan zaman sekarang.. contohnya, daripada ada kaki, jadi takde kaki sebab nak sesuaikan diri berenang di laut.. maka jadilah oarfish tu..kan ke dunia ni asalnya adalah daratan yg dilimpahi air laut...? kat discovery channel kan selalu kuar teori evolusi?
ini aku nye hipotesis je, sila jangan percaya sangat...hehehe
pernah dengar cerita pasal naga dari abah..ni pun dia dengar dari orang dulu2 la, ceritanye ade sorang lelaki ni, dia ni ade kat pulau tioman pasal ada keje berkaitan dengan tentera or something like that. lepas tu dia ade jumpe sesuatu yang macam sisik tapi sangat besar la, lebih kurang macam dulang orang dulu2,,dipercayai bende tu sisik naga, tapi tu setakat cakap2 mulut je la, takde bukti ke ape....
btw, pulau tioman tu pun dongengnya naga yang tidur atau naga yang disumpah jadi batu kan? tapi wallahualam... setakat cerita orang dulu2
1- Dalam Quran tiada disebut bahawa malaikat Jibril yg terbalikkan negeri kaum Luth.. yg ada Tuhan kata " Kami Lenyapkan mata2 mereka "    tapi sebahagian Mufassirin menyebutkan bahawa Malaikat Jibril lah yg memukul mereka dgn sayapnya sampai lenyap mata2 mereka. "Mereka" di sini merujuk kepada orang2 Kaum nabi Luth yg datang ke rumah nabi Luth sbb nak tuntut tetamu2 dia yg hensem2 ( jelmaan malaikat)
2- Pasal Nabi cerita dia pernah nampak JIbril macam burung yg sangat besar tu tak pernah lagi saya temukan... tapi mmg ada riwayat yg nabi pernah lihat Jibril bersayap. Tapi bukan macam burung.
3- Tak perlulahlah nak kait garuda phoenix atau apa2 tu dgn Malaikat. Cerita orang2 dulu tu bukan betul sangat pun.. tokok tambah pulak.. apatah lagi nabi nak tengok Malaikat dalam rupa sebenarnya pun jarang2 sekali.
Ni citer naga / ular besar kat satu kampung di Johor...
Arwah nenek saya yang ceritakan, ular besar ni bertapa dalam hutan, katanya ada 2 ekor. Tak tau la asal kejadiannya ular tu orang ke atau memang asalnya ular. 2 ekor ular ni jantan dan betina....bertapa nak jadi naga. Pantangnya, semasa bertapa tak boleh dilihat orang.. kalau tak nanti jadi batu..
Nak jadi citer, masa tgh bertapa tu ade pulak laa manusia masuk hutan mencari akar kayu ke kayu api ke apa, terjumpa dengan ular ni...yang jantan sempat lari ke laut , yang betina masa nak melarikan diri dah jadi batu terkena sumpahan melanggar pantang la tu kot..
bekas laluan ular jantan lari ke laut tu sampai la ni dapat dilihat menuju ke arah laut, bengkak bengkok macam ular kena palu.
orang kampung gelar tempat tu batu ular, coz ular yang jadi batu dapat dilihat, dengan keadaan kepalanya terbenam ke dalam tanah / parit.
Ayah saya masa bujangnye pernah tengok batu ular ni, bentuk seolah sisik sebesar pinggan. Adik perempuan saya pun pernah gi tengok, masuk hutan hujan renyai2, pastu amek gambar pakai kamera semua gelap tak menjadi...
Tak tau la masih ada lagi ke tak batu ular ni. Aritu masa balik kampung, ayah saya kata hutan tempat batu ular ni ada lagi belum ditolak buat pembangunan..