ingat makin kuat speaker tu makin Allah suka agaknya, dengan terjerit2 ceramah tak habis2. toksah cerita pasal azan lah, tu memang dibenarkan guna speaker luar surau/masjid. ini solat sunat dhuha pun nak pasang loudspeaker.
Post time 10-8-2022 05:06 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Pernah jugak terniat nak buat camni dulu,tapi takut masuk nuraka netizen
Ko balik kje nak tido,tiber dgr org menjerit2 bagi ceramah kat masjid,tak ke sakit hati?
Post time 10-8-2022 06:13 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Orang holier than thou ni mmg tak boleh ditegur. Padahal memang menjadi fitnah buat agama. Azan dan sedikit zikir sebelum azan tu ok la kot nk pasang kat speaker besar. Lain-lain pakai la speaker dalam je. Announcement baru la guna speaker besar. Tak sekolah ke apo pakcik AJK ni..
Post time 10-8-2022 06:21 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by Samerosie at 10-8-2022 06:33 PM
Masjid darul ehsan taman tar sila serang. Bingit dia berzanji pun pasang dgn sora nenek high pitch iols susoect mic kat dia je. Memang tak de rest orang duduk area tu dah la ramai expat. Last draw for me pindah out was raya haji dia buat korban dari pagi sampai zohor dia panggil orang terjerit2 dia borak2 mic tak tutup gamak nya.
Post time 10-8-2022 06:37 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Surau kat umah nie ceramah,Azan ,tahrim ,zikir semua nak pakai speaker..dah bunyi sound system tu entah zaman bila ..bunyi Tak sedap.pejabat kadi dah adjust ,tapi ada ajk surau yg gatal tangan adjust ikut suka dia komplen banyak kan dia kata Kita banyak setan
Kat umah adik..depan surau lagi kesian ..dah lah bunyi. speaker pecah..yg laung Azan dok menjerit dengan tone deaf..
Post time 10-8-2022 07:43 PMFrom the mobile phone|Show all posts
hyie replied at 10-8-2022 04:36 PM
fes taim iols jumpa perkataan "noja".
NOJA MASJID DAN TANGGUNGJAWABNYA
Berikut adalah tanggungjawab noja terhadap tugasnya untuk bersama-sama memakmurkan masjid:
Noja merupakan kelompok petugas masjid yang kita tidak boleh lupakan. Mereka memainkan peranan penting untuk memastikan keselesaan jemaah dan menentukan bahawa kemudahan-kemudahan disediakan untuk pelaksanaan kegiatan-kegiatan masjid.
Noja seharusnya berkhidmat secara cekap, cepat dan ceria.
Noja seharusnya bekerjasama dengan Jawatankuasa Masjid untuk memberi layanan istimewa kepada jemaah dan pengunjung masjid, terutama sekali anak-anak kecil, para remaja dan golongan bukan Muslim.
Untuk anak-anak kecil, para noja kita supaya melayani mereka dengan penuh kasih sayang – walaupun mereka nakal atau menangis di masjid.
Untuk remaja, marilah kita melayani mereka dengan penuh ihsan – janganlah kita marahi atau mengherdek mereka walaupun mereka tidak berlaku atau berpakaian sopan di masjid. Nasihatilah mereka dengan penuh hikmah supaya mereka tidak “lari” dari masjid kita.
Untuk pengunjung yang bukan Islam, terimalah mereka dengan hati dan tangan terbuka. Lihatlah kunjungan mereka sebagai peluang keemasan untuk memahamkan mereka tentang masjid, agama Islam dan umat Islam.
Jikalau para noja dapat melakukan apa yang telah di syorkan, maka, insyaAllah, masjid-masjid kita akan menjadi “besi berani” untuk semua lapisan masyarakat tidak kira usia dan latar belakang.
Setiap noja seharusnya mempunyai mentaliti atau minda penyelenggaraan (“maintenance mentality”). Mentaliti penyelenggaraan ini telah dikupas oleh Almarhum Prof Syed Hussin AlAttas dalam bukunya berjudul “Intellectuals in Developing Societies”. Beliau telah menyifatkan sesebuah masyarakat atau negara sebagai maju dan kehadapan jikalau pemimpin dan rakyat mempunyai sikap dan disiplin untuk menyelenggarakan keadaan sekeliling termasuk kebersihan, kekemasan dan keberkesanan kemudahan-kemudahan awam.
Ini bererti bahawa para noja yang bermentaliti penyelenggaraan adalah noja yang maju, berjaya dan berkesan.
Noja mengambil endah semua aspek – aspek penyelenggaraan. Masjid akan sentiasa bersih, kemas, selamat dan semua kemudahan berfungsi dengan baik.
Dulu masa duduk kat pandan indah memang bingit kuliah subuh dari lepas subuh sampai jam 7 tapi setelah di tegur...cuma azan saja dan kuliah subuh di perlahankan...toleransi..adalah kunci
Aku pernah singgah solat kat satu masjid besar ni, ngam2 aku sampai diorang buat bacaan yassin. Tak ramai dlm 40-50 kot mcm tu. Tapi geram gila dia pakai mic besar sama mcm azan tu, aku nak solat baca tak khusyuk. Sedih gila baca berulang2. Pentingkan diri sendiri. Tak fikir langsung org musafir ke x sempat join jemaah dtg nk singgah solat kejap. Pki speaker kecik2 tu dah lah.
Post time 10-8-2022 08:32 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Aku pulak x leh blahhh dgn azan kul 5 sebelum.masuk subuh
.buat org keliru..igt kn dh masuk subuh..kelamkabut kumur klu nk puasa ..rupanya2 azan pertama..pnh duk homestay kat kuantan..aku laki bini tgh solat tahajud terkejut dgr azan kul 4.45 pg..igt kn jam kitorg salah..dh la kuat kemain azan nya..bagai nk luruh jantung iols time tu.hampir nk batalkn solat tu igtkn dh masuk subuh.