aku tonton babak membelah air laut ni dlm filem The Prince of Egypt. maaf cakap, filem tu bagus, cuma silapnya mereka potretkan wajah Nabi Musa. kalo tak, rasanya takde diharamkan tayang kat Malaysia dulu. musically score yg sangat bagus.
eh, off topik jap ye. tadi aku search yutiup utk cari kot2 ada video animasi yg memaparkan kisah2 Nabi. kot lah boleh dijadikan bahan utk cikgu2 nak mengajar murid2 dgn cara yg lebih menarik
sekali aku jumpa daaaa..banyak giler video animasi kisah2 Nabi tapi 'version' kitab yg lagi satu tu......u know, nama2 spt Jesus, Moses, Joseph, Noah etc etc.....yg version Islam nyer tak banyak lak..adehhh....
kalo la aku jadi animator, kisah2 Nabi la yg akan jadi pilihan aku. instead of cerita2 dongeng
maybe ada animator yg nak buat .. tapi banyak benda yg nak kena dipikirkan .. sbb kita takleh nak gambarkan rupa mana2 Nabi/Rasul/Sahabat .. macam .. cuba tengok drama arab zaman dulu2 (slalu tayang kat tv petang2 masa Ramadhan) - meke gunakan "cahaya" ntok gambarkan Nabi/Rasul/Sahabat .. macam ada cahaya yg bergerak .. pastu pintu terbukak sendiri, barang2 terangkat sendiri bagai .. suara pun tak ada .. pelakon2 watak lain sume macam cakap sorang2 aa .. banyak benda yg nak kena dipikirkan+dipertimbangkan ..
pastu kalau buat gak pun - kena hadap gak respon daripada masyarakat Islam ni .. kebanyakan daripada meke memang takleh nak terima ..
Reply ruffleen

naen Post at 20-9-2011 14:14
yup betul2..bnyk kekangan...
ni sekadar contoh:
Reply ruffleen
pastu kalau buat gak pun - kena hadap gak respon daripada masyarakat Islam ni .. kebanyakan daripada meke memang takleh nak terima ..
naen Post at 20-9-2011 14:14
yelah, fakta kena betul, tak boleh silap. pendek kata kena ada pakar2 sejarah Islam dlm panel skrip.
lepas tu, kena menjawab pulak persoalan daripada pihak bukan Islam.
apapun, kalo dapat buat filem animasi sejarah Islam yg perfect, ianya akan menjadi satu bentuk bahan pembelajaran yg bagus terutama utk kanak2 Islam yg semakin hari semakin terpesong dgn animasi2 luar yg tak berapa nak berunsurkan Islam, malah ada yg boleh memesongkan akidah.
Sebut pasal Nabi Musa AS dan drama Arab ni, aku teringat drama pasal baginda..seba takleh nak portray kan nabi2 maka kawan ni ni punya dialog mesti bermula 'berkatalah Musa' - dia cuma tukang cakap apa yang Nabi Musa cakapkan
Dan (kenangkanlah) ketika kami belahkan laut (Merah) untuk kamu lalui (kerana melarikan diri dari angkara Firaun), maka Kami selamatkan kamu dan Kami tenggelamkan Firaun bersama-sama tenteranya, sedang kamu semua menyaksikannya. (Baqarah:50)
Dan demi sesungguhnya! Kami telah wahyukan kepada Nabi Musa:Hendaklah engkau membawa hamba-hambaKu (kaummu) keluar memgembara pada waktu malam, kemudian pukullah air laut dengan tongkatmu, untuk mengadakan jalan yang kering bagi mereka di laut itu; janganlah engkau menaruh bimbang daripada ditangkap oleh musuh dan jangan pula engkau takut tenggelam. (Ta-Ha:77)
NEMESIS posted on 23-9-2010 04:16 PM
dalam al Quran atau kitab Sirah ada mention ke pasal angin timur tu?
dalam Quran mmg lah xder cakap apa angin timur ker barat ker... ia menceritakan peristiwa yg berlaku... saintis sekarang menggunakan teknologi bagi membuat kajian, peristiwa tersebut dapat berlaku ataupun pun tidak, dan ternyata perkara tersebut boleh berlaku...
kalau quran nak cerita detail, apa lagi manusia nak explore???