CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dacrusade

island red cafe aloq staq dah tutup?

[Copy link]
Post time 9-2-2010 10:03 AM | Show all posts
nasi ayam kt hosp. lama pun sodap.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2010 10:45 AM | Show all posts
20# tecik

Woooo...itu mcm ka...10q 10q 4 da info...haku nih "buta area" skit...
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2010 10:47 AM | Show all posts
Haku kompius...nih dk cita pasai IRC tutup ka dk cita pasai Nasi Ayam
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2010 01:24 PM | Show all posts
mula2 citer psai IRC tutup..
tp dh disebabkan IRC tu sblah tat nsi ayam..
jadi la citer nsi ayam plak..hahhah
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2010 09:18 PM | Show all posts
td masuk dlm buletin utama, pasal irc ni,hmpr 20 juta wang pelaburan yg diorg dah songlap,sian sapa yg dah melabur tu..
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2010 09:21 PM | Show all posts
kesiannya..hubby est pon mule2 nyaris2 nak masuk jugak island red cafe..ade kawan dok pujuk..tapi est nih skeptical sikit..tak bagik dia masuk...mujur dia terima pendapat est
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-2-2010 09:26 PM | Show all posts
aku tak tau btul ke atau bayangan aku ja..rasa cam masuk berita la psl IRC ni kt tv3 td...ada sapa2 leh kofomkan???
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2010 09:37 PM | Show all posts
betul cheq..masuk dalam berita tadik..2 orang kat court..tapi plead tak bersalah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2010 12:19 AM | Show all posts
aku tgk byk MLM yg menipu ni bila dah sampai target yg depa nak.. apa lagi cabut laa... pastu wat akai konon2 ada problem... sian la sapa2 yg terkena ngn IRC ni... org kita la yg terkena.. konon2 nak kaya cepat...
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2010 09:28 AM | Show all posts
Dua beranak mengaku tidak bersalah tipu pelabur RM21j
KUALA LUMPUR 9 Feb. - Dua beranak yang merupakan pengarah syarikat Island Red Cafe Franchise Sdn. Bhd. mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang dekat sini hari ini, atas tiga tuduhan melanggar Akta Syarikat 1965 melibatkan kerugian lebih RM21 juta.

Teow Wooi Huat, 44, selaku pengarah eksekutif syarikat tersebut dan anak lelakinya, Teow Chee Chow, 21, sebagai pengarah syarikat masing-masing menghadapi tiga tuduhan yang sama.

Mereka didakwa dengan niat menipu telah memperdayakan 93 individu untuk membuat pelaburan dalam program 'Island Red Cafe' yang menyebabkan wang sejumlah RM1,040,400 dibayar kepada syarikat tersebut.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 366(3) Akta Syarikat 1965 dan boleh dihukum di bawah akta yang sama.

Bagi tuduhan kedua, mereka didakwa telah sengaja melanggar peruntukan Seksyen 15(1)(d) akta tersebut iaitu mempelawa orang awam untuk mendepositkan wang berjumlah RM21,320,100 ke dalam akaun syarikat itu bagi tujuan memasuki program 'Island Red Cafe' untuk tempoh lima tahun.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 27(8) Akta Syarikat 1965 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 27(8) akta tersebut.

Bagi tuduhan ketiga di bawah Seksyen 363(5) akta sama, mereka didakwa telah menawarkan kepada orang awam untuk membeli saham syarikat melalui program yang dikenali sebagai 'Program Island Red Cafe'.

Walhal sewaktu tawaran itu dibuat ia bukanlah perniagaan biasa yang menjalankan perniagaan jual-beli saham seperti yang dilarang di bawah Seksyen 363(3) akta tersebut.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di antara 1 Januari 2008 dan 28 Februari 2009 di syarikat tersebut yang beralamat di 5M, Jalan Pandan Indah 1/23B, Pandan Indah di sini.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif SSM sendiri, Datuk Azmi Ariffin.

Azmi menawarkan jaminan sebanyak RM250,000 terhadap Wooi Huat dengan dua penjamin.

Bagaimanapun, setelah Hakim Noradidah Ahmad mempertimbangkan rayuan tertuduh, beliau menetapkan jaminan RM100,000 dengan dua penjamin.

Sementara itu, bagi Chee Chow yang didakwa bersubahat bersama bapanya dibenarkan ikat jamin RM80,000 dengan dua penjamin.

Ketika rayuan, Chee Chow mendakwa dia masih menuntut di sebuah kolej swasta tempatan dan tidak tahu mengenai pengurusan syarikat yang dikendalikan bapanya itu.

Noradidah turut mengingatkan kedua-dua tertuduh, sekiranya mereka gagal menjelaskan jaminan tersebut hari ini, mereka bakal ditempatkan di Penjara Sungai Buloh.

Beliau menetapkan 9 Mac ini sebutan semula kes bagi memberi peluang kepada tertuduh melantik peguam bela.

sumber :utusan malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2010 11:24 AM | Show all posts
hahaha....dua beradik cina tu kan?berapa juta dah kaut...cmna la org leh percaya...aku pun heran
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2010 03:21 PM | Show all posts
org melayu..cmtu dh la..
mudah percaya..
mcm 'kaum' tu jgk..
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2010 03:38 PM | Show all posts
1# dacrusade

berita smlm 3 beranak (tokey dgn ank2 dia kot) kena tahan...
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2010 02:21 PM | Show all posts
red island cafe kt sp area lagenda height tu pun dh tutup..br perasan smlm
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2010 08:25 PM | Show all posts
I think they maybe the existing director, but the guy (Pengarah) yang I jumpa some time ago, tu orang lain. I cannot find his name card.

Ada siapa kat sini yang kenal orang tu? He was the original master mind of Island Red, pada masa tu Prototype baru start saja.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2010 02:35 AM | Show all posts
nasi ayam tat depan cafe nie sedap btul...org pon ramai..memang laku + kaya
fredbok87 Post at 2-2-2010 23:28



Mmg laku tapi bagi sapa2 yang berniaga tau laa.Tat ni dulu sewa sbrang jalan tu tapi tuan kedai dah ambik balik bila nampat dia maju.La ni tuan kedai tu buat nasik ayam jugak disitu.Biasa la orang kita bab2 mcm ni....
Tat ni sewa kedai la ni RM5,000...! Cuba hampa bygkan jumlah tu campoq gaji pekerja bil api/ayaq dll...bukan sikit ooo.Kalau orang tengok kedai yang sentiasa penuh akan kagum tapi hakikat nya tokey pening kepala..
(Yang kaya cina tuanpunya kedai yang Tat (Mokhtar) tu sewa.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-3-2010 02:57 AM | Show all posts
aik
ang kenal tat
tat kan dulu driver bas skolah.

aku tiap 2 petang lalu irc buat countdown  bila nak tutup.
tat sewa tempat lama rm 2000.

dulu tempat tu dah rami org meniaga tapi tak laku. bila tat yg buat terus jadi kaya.

la ni dah ada tv lcd kat  kedai.
suka makan sate depan tat.

sry my identiti is a secret.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2010 09:52 AM | Show all posts
tat nasi ayam bg aku x sedap mana pun..tp sate kat situ mmg sedap..
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2010 01:02 PM | Show all posts
Kalau Penang red cafe @ Island red cafe di Kelantan pun dah lama tutup...
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2010 09:55 AM | Show all posts
huhu...dah lingkup kot..sib baik tak jd ahli dia
kat bandar perda ni pun dulu bukan main gah...lani rasanya pun dah tutup...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 12:23 PM GMT+8 , Processed in 0.426090 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list