CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: elkasih

TM dan Streamyx, bila nak berubah sikap? Bila nak upgrade servis?

[Copy link]
Post time 31-12-2009 03:50 PM | Show all posts
ermmm..CS streamyx memang hampes...mgkn tak cukup pengalaman,fresh grad and kekadang dorang pun mgkn tak pernah guna streamyx...baca manual jer..based aku yer experience CS nie bertukar ganti,baru masuk kerja 2 3 bulan dah behenti,pastu tm kena rekruit org baru...tu lah susah nak dapat CS yg betul2 faham ape yg dorang buat...aku rasa tm kena kaji balik gaji n benefit CS dorang.jgn bg dorang lari.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2009 04:04 PM | Show all posts
aku rasa nak komplen pasal service ni komplen la... nak taruk kaw2 pun takper...
komplen... jgn tak komplen...

cuma aku kurang senang kalau dibandingkan dgn negara lain mcm siam / s'pore tu...
barang lain yg kita jauh lebih murah takmo plak komplen.. pastu carik pulak negara yg lain  yg lebih murah utk dibandingkan.. wallahualam..
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2009 04:10 PM | Show all posts
22# ryo_takahashi1

So ko rasa caj broadband di Malaysia sekarang ni murah atau tidak? rasanya berbaloi tak bayar RM110 untuk streamyx combo atau normal pakej RM88 + RM25 tetiap bulan untuk speed 1mbps yang tak berkualiti?
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2009 05:47 PM | Show all posts
guna pakej RM60++... rasanya dah cukup utk kami sekeluarga surfing... dan takde pulak byk masalah...
celcom BB pun ada gak.. yg ni pun kadang2 bermasalah nak dapat connection...

btw.. skrg ni telekom sedang dlm kerja2 upgrading, berkat dari komplen pengguna gamaknya... elok la tu.. teruskan beri feedback...
my friends salah sorang kontraktor yg dapat projek dari TM utk jalur lebar kelajuan tinggi.. naik taraf & ganti cable2 lama.. dah takde lagi cooper.. semuanya fiber optik... baru mula disekitar lembah klang.. harap2 takde lagi byk masalah lepas ni..
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2009 05:55 PM | Show all posts
aku rasa nak komplen pasal service ni komplen la... nak taruk kaw2 pun takper...
komplen... jgn tak komplen...

cuma aku kurang senang kalau dibandingkan dgn negara lain mcm siam / s'pore tu...  ...
ryo_takahashi1 Post at 31-12-2009 04:04 PM


Rsnya Ryo...mungkin derang dah lama memendam perasaan ...dah terlalu lama kes stimix hampeh ni berlaku...itu yg buat perbandingan mengenai bil serta speed Stimix di Malaysia dan speed Jalur lebar di negara2 lain...Kes stimix yg tak pernah ada jalan penyelesaiannya sampaikan kalau x silap aku...Menteri pun sindri Komplen...Aduan di media cetak jgn ceritalah....
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2010 08:02 PM | Show all posts
opis aku plak... aku salu hangen kt tm nehhh... :@ salu sgt strimix bermasalah... kalo sebulan sekali tak down tak sahhh sdgkan kt area KL... dah ler tuh aku lah yg jadik mangsa yg kene tepon kastemer serbis... nk setel mende tuh makan byk hari.. terpaksa lah gune alternatif laen.. nk donlod daily file depade system sume tak buleh... susah lah nk keje mcm tuh..
bile tetiap bulan salu jadik, aku mmg dah hapal dah mende yg derang soh buat, dah cek sume tuh sebelom call,salunye mmg kitaorg nyer netwerking etc tak bermasalah, masalah pade derangnyer... aku penah berckp tepon 2 jam lebey dgn kastemer serbis tm tp akhernye die tak dpt setel2 jugek, lepas tuh pass lagik kt org atas die pon sama sampai panas la tepon tuh, rope2nyer derang ade problem tak dpt detect tp kate opis akunyer modem rosak lah,  pc lah, netwerking lahh, dah habes cabot sume dahh...

bg aku berurusan kastemer serbis strimix-nyer yg hampehhh sgt, ade kastemer serbis yg ckp mcm takde budi bahasa...   kalo kastemer serbis utk berkaitan tepon line saje normally plak mudah setel, senang, serbis ngn layanan tu setakat nih ok..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-1-2010 10:57 AM | Show all posts
sejam minggu lepas..nak tgk youtube pun kena tunggu beberapa menet...

rasa cam nak nangis guling2.. nak donlod muvie pun lembabs...
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2010 01:34 PM | Show all posts
agaknya brape lama la kena tunggu ek...

Kadar bayaran perkhidmatan jalur lebar dikaji: Rais   
                               KUALALUMPUR: Kerajaan akan mengkaji kadar bayaran perkhidmatan jalur lebarpada masa ini supaya perkhidmatannya dapat diperluaskan kepada lebihramai pelanggan dan pada kadar yang tidak membebankan mereka, kataMenteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata, bagi tujuan itu, kementerian akan membuatperbandingan kadar harga dengan beberapa negara seperti Korea,Singapura, Thailand, Vietnam dan Kemboja.

"Kementerian akan cari jalan supaya harga penggunaan internetdan jalur lebar di Malaysia berada pada tahap yang tidak membebankandan tidak mahal.
        

    "Bagi tujuan itu kementerian akan membuat perbandingan harga yangdigunakan di Korea, Singapura, Thailand, Vietnam dan Kemboja. Ini untukmemastikan kadar harga yang dikenakan adalah tidak membebankan,"katanya pada sidang media selepas menjadi tetamu dalam wacana eksklusifbersama Radio Klasik Nasional di Wisma Radio, Angkasapuri di sini, hariini.

Beliau berkata, walaupun perbincangan mengenai kadar bayarankurang digemari syarikat penyedia perkhidmatan, tetapi kementeriantetap komited untuk menurunkan kadar bayaran supaya lebih ramaipengguna menggunakan perkhidmatan, seterusnya kadarnya akan menjadilebih murah.

Rais berkata, kementerian akan terus memantau kadar hargayang dikenakan selain menggesa semua syarikat penyedia perkhidmatanmempunyai tanggungjawab sosial untuk merealisasikan hasrat kerajaanitu.
                                  "Kita harap harga penggunaan internet dan jalur lebar di Malaysiaberada di tahap yang tidak membebankan...untuk itu semua syarikatperkhidmatan perlu mempunyai tanggungjawab sosial untuk mencapai hasratkerajaan ini," katanya.

Sementara itu, Rais turut memaklumkan penggunaan isi rumahsebagai pengukur indeks penembusan jalur lebar di Malaysia yangdigunakan sejak 10 tahun lalu sudah tidak praktikal untuk digunakanketika ini.

Beliau berkata, penembusan jalur lebar bukan hanya perlufokus kepada isi rumah semata-mata sebaliknya perlu lihat kepada jumlahpenggunaan telefon mudah alih dan komputer yang kini mencecah 28 jutapengguna.

"Kaedah pengiraan isi rumah sebagai indeks pengukur kadarpenembusan jalur lebar mula digunakan di Korea sejak 10 tahun lalu danMalaysia turut menggunakan kaedah sama. Jadi kita (Malaysia) jugagunakan jumlah isi rumah yang berjumlah enam juta (ketika itu) untukmenetapkan indeks penembusan jalur lebar dalam negara.
                                "Kita tidak menolaknya, malah ketika ini Suruhanjaya Komunikasi danMultimedia Malaysia (SKMM) turut mencatatkan daripada jumlah enam jutaisi rumah, penembusan jalur lebar telah mencapai tahap 31 peratus,"katanya.

Beliau berkata, walaupun penggunaan telefon mudah alih dankomputer meningkat, tetapi hairan bagaimana kedua-dua alat ini tidakdijadikan data untuk mengukur kadar penembusan jalur lebar ketika ini.

Katanya, jika telefon mudah alih dijadikan sebagai indeksatau penentu, ia lebih tepat kerana terdapat sebanyak 28 juta penggunatelefon mudah alih di Malaysia dan boleh dikatakan semuanya menggunakantelefon yang mempunyai perkhidmatan 3G, yang mengandungi sistem digitaldan bunyi, yang bermakna penembusan jalur lebar telah sampai danmeningkat.

Rais berkata, jika kedua-dua alat ini digunakan sebagaiindeks pengukur, beliau yakin indeks penembusan jalur lebar dalamnegara telah melebihi tahap 31 peratus yang dicatatkan ketika ini. -Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2010 02:39 PM | Show all posts
aku kalau speed berdesup.....rega mahal Skitttttttt tak kisah.....ini speed...alahai...
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2010 07:13 PM | Show all posts
28# ryo_takahashi1

Yeaah right. kata nak kaji tapi kaji sampai kiamat, dari dulu lagi aku baca dalam kajian. tapi sampai sekarang masih macam tu jugak harganya, lagi bertambah mahal ada lah. aku tak nampak apa2 masalah kalo gomen target nak shoot broadband penetration ke 50%, even 85% sekali pun macam kat korea sana. bagi aku rasanya rakyat Malaysia dah bersedia, cuma bagi harga pakej yang mampu milik. bayangkan kalo 1mbps hanya RM10 atau RM15 sebulan, 10mbps RM50 kaa, sure berbondong2 orang subscribe, even yang dok area pedalaman pun mampu. takdak jurang lagi dah.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2010 02:44 PM | Show all posts
hsbb.. speed plg low 4M x silap tp TM akn bg 8M as assurance korgnyer service akn tetap dpt 4M.. harge n speed sume tertakluk jugak pada politik dunia.. peah terbace pasal ni.. ikut population sesebuah negara tp mmg akui dr segi servis mmg TM ni slow sket la kot..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2010 02:46 PM | Show all posts
Aku dah penat bincang pasal kebangarkkan TM ni. dari tahun 2003 sampai sekarang aku guna servis dorang tak pernahnya nak berkualiti. aku tak taula kebanyakkan staff TM ni mengangkang je apa kat opis b ...
Zep Post at 31-12-2009 11:51


ni bos from dept mane? kalo bhgn operation sori ar bos2 nk mengangkang mengular etc.. sume bos2 under network operation keje tiptop n sgt berlambak nk kene setel..
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2010 03:25 PM | Show all posts
32# fcl29

ko dari department mana pulak..??
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2010 04:49 PM | Show all posts
31# fcl29

Bukan slow sikit tapi banyak. ko ada info pakej HSBB kaa? TM introduce 4mbps, 10mbps, 15mbps dulu kan? harga?
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2010 09:09 AM | Show all posts
bila agaknya mende ni akan berubah ye Zep???
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2010 07:13 PM | Show all posts
streamyx aku pernah complaint sekali je, itu pun sebab dsl blinking, salah diorang. tak adanya dsl blinking ni salah customer.

aku hope sangat bahagian pengurusan semak troubleshooting (t/s) yang diorang ada sekarang ni.  macam hampas kelapa je. sesiapa yang selalu call 100, mesti da hafal t/s ni kan. takdenya t/s ni membantu sangat pun. selalunya memang kena bukak report.

sepatutnya level 1st sepatutnya boleh selesaikan masalah ni, tak payah nak bukak report. macamana nak selesaikan masalah for the first time? ubah t/s yang sekarang ni.

selain tu, masalah agent yang tak competent. masalah ni, biar pengurusan yang fikirkan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2010 12:58 PM | Show all posts
kalau blinking dan dh buat direct tanpa pakai splitter.. konpem problem kat luar.. kol depa bgtau dh buat direct n sambungan modem ke pc ok.. laju je depa wat report..

lagi2 kalau kol dpt kat bdak2 baru.. tangkas je nak mencantas kol tu..
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2010 04:55 PM | Show all posts
ler apa yg nk susah2, pki ler broadband company2 lain selain dr TM...invest skit ajer...TMnet tu subsiadiary TM...so, tk bleh nk salahkan semua2 staff TM...
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2010 03:07 PM | Show all posts
Post Last Edit by anieszack at 26-3-2010 15:10

UP KAN Balik uma ne...
boleh ek mod medang.....

Nak tanya...
kalau kita nak stopkan stermix ne dlm 3@4 bulan
cammane nak buat ek?
ada bayaran tambahan tak masa penyambungan balik nanti?
ada kena bayaran penalti??
sewa tepon umah tu dia charge tak masa kita stopkan line stermix ne?

thanks bagi sapa2 yg leh jawabkan....
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2010 08:59 PM | Show all posts
Ok je anies...

sementelah bercerita pasal TM Company ni....nak criter gak pasal HSBB ( High speed Broad Band ni )
Dlm apper semalam...Kat the STAR....ada sorang komen pasal TM yg tak sabo2 nak launch HSBB walhal speed Streamyx sedia ada masih ditakuk lama...byk komplen dr pelanggan yg tak diendahkan....betulkan dulu hal2 dalaman streamyx...jgn lepas tangan camtu gak...kalau x kerana 1.4 juta pelanggan Streamyx tu...boleh ke HSBB ni dilancarkan...huhuhuhuhh/.......................
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-6-2024 01:11 PM GMT+8 , Processed in 0.764789 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list