apa nak jadi bola m'sia..
dah la team pompuan kene titik..
team laki pulak, lawan vietnam pun bole kalah..
zaman mokhtar, s'pore kene titik dgn selangor kat kallang national stadium..
team m'sia jangan citer la..
RAJAGOBAL serius ketika sesi latihan, petang semalam.
'Saya tidak boleh terima perbuatan mereka'
K RAJAGOBAL tahu betapa penting untuknya memiliki pemain terbaik buat menjayakan misi mencatat kemenangan dalam dua baki perlawanan dan seterusnya menghidupkan kembali peluang melangkah ke separuh akhir.
Namun itu bukan bermakna maruah dan nama baik kontinjen negara sanggup dipersendakan ketika jurulatih itu memberi amaran betapa pemain yang gagal menjaga disiplin – sekali gus mencetus insiden kekecohan seperti sebaik tamat aksi menentang Vietnam, kelmarin – bakal terus dihantar pulang.
"Ketika ini, saya amat perlukan semua pemain terbaik yang ada kerana kami tiada pilihan lain kecuali menang kedua-dua perlawanan. Keputusan lain akan menyebabkan kami terpaksa melupakan matlamat untuk ke separuh akhir.
"Namun pada masa sama, saya tidak mahu pemain yang tidak berdisiplin. Saya berang dan kecewa dengan apa yang berlaku selepas tamat perlawanan dengan Vietnam dan sudah tegaskan kepada pemain bahawa insiden sebegitu tidak boleh berulang.
"Mana-mana pemain yang tidak dapat mengawal diri dan disiplin, mereka akan terus dihantar pulang serta-merta," kata Rajagobal.
Sentimen sama turut dikongsi chef-de-mission, Datuk Dr Ramlan Aziz yang menegaskan, jika pemain mengulangi perbuatan sama, mereka akan dihantar pulang.
TANPA kembarnya, tak jejas semangat Aidil Zafuan (7) meneruskan latihan, petang semalam.
"Saya boleh faham perasaan mereka tetapi tidak boleh terima perbuatan mereka. Saya mahu melihat mereka menebus keaiban itu dalam perlawanan akan datang," kata Dr Ramlan.
Apa yang pasti, khidmat Zaquan Adha Abdul Radzak tidak dapat diturunkan untuk satu perlawanan kerana layangan kad kuning kedua yang diterimanya pada penghujung perlawanan kelmarin – pencetus situasi penuh kecoh itu.
"Apa yang berlaku itu memang tidak boleh diterima. Biar apa sekalipun keputusan pengadil – yang memang boleh dipertikaikan selepas saya menonton kembali rakaman perlawanan itu – ia bukan alasan untuk pemain-pemain bertindak sedemikian," katanya.
Skuad negara akan turun menentang Kemboja di Stadium Chao Aunovong, petang ini dan kemenangan bakal kembali membangkitkan semangat sebelum pertentangan hidup mati bertemu Thailand, Jumaat ini.
ZAQUAN dilayang kad kuning kedua menyebabkan dia tidak boleh beraksi menentang Kemboja hari ini.
FAM cadang hukum gagal kawal emosi
EKORAN insiden menyerang pengadil selepas perlawanan menentang Vietnam kelmarin, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menimbang untuk mengambil tindakan ke atas pemain yang jelas tidak dapat mengawal emosi selepas Zaquan Adha Abdul Radzak, dilayangkan kad merah.
Timbalan Presiden FAM, Khairy Jamaluddin, berkata persatuan akan mengkaji bentuk tindakan, jika perlu, tetapi buat masa ini, belum memikirkannya kerana skuad negara masih perlu beraksi dalam dua lagi perlawanan peringkat kumpulan menentang Kemboja dan Thailand.
"FAM sudah menerima laporan pengurus pasukan, Datuk Redzuan Sheikh Ahmad dan puncanya daripada sudut pengurusan adalah pengadil yang memberikan keputusan yang tidak munasabah.
"Kami sudah mengemukakan pandangan berhubung mutu pengadilan tapi ia tidak boleh dijadikan alasan untuk menghalalkan tindakan sedemikian," katanya.
Pemain negara menyerang pengadil, KIm Jong-hyeok sebaik tamat perlawanan yang memihak kepada Vietnam 3-1 kerana tidak puas hati dengan pengadilannya.
Sementara itu, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Zolkples Embong berkata, pemain tiada sebab untuk menyerang pengadil.
"Ia sesuatu yang memalukan. Bagi saya jika kalah, kalahlah. Pemain Vietnam lebih cergas tetapi pemain kita seolah-oleh hilang semuanya," katanya.
team pompuan lepas nih jgn harap la nak masuk sukan sea lagi...
sbb tahap prestasi yg mmg tak layak langsung nak bawak keluar....
pompuan ttp pompuan...
team lelaki pun goyang ni kan pulak pompuan..
buat malu je...
1 5 CHAN DARA 49' Cambodia
2 9 NORSHAHRUL IDLAN TALAHA 77' Malaysia
3 10 SAFIQ RAHIM 86' Malaysia
4 14 ABDUL MANAF MAMAT 36' Malaysia
5 16 KUNANLAN SUBRAMANIAM 82' Malaysia
for me.......viatnam pun x leh klahkan.............STATUS PEMAIN MALAYSIA..MASIH TAHAP kaki bangku........................booooooo se boooooonye.........x pernah menang...langsung walaupn penyokong2 dah beri kekuatan spirit.........hancus...pemain2 malaysia......
wahahahah. aku dh kate dh titik vietnam dulu baru bley bangge2. stakat timor leste, cambodia...baek x pyh.. tu pon lwn cambodia goyang... nasib baek keeper alert.
ermmmmm............ baru pas baca paper... budusnya la FAM nih...
patutnya pahang turun liga perdana n harimau muda nek liga super
mentang2 la pahang tu anak mas FAM...
hampes.. kalu camni la smpai bila pun bola sepak mesia x kemana.
KEPUTUSAN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menghalang Harimau Muda A bersaing dalam saingan Liga Super 2010 menimbulkan persoalan buat jurulatih skuad Bawah 21 tahun itu, Azraai Khor Abdullah.
Beliau yang terkejut dengan keputusan drastik badan induk bola sepak negara itu sehingga kini masih belum mendapat penjelasan rasmi daripada majikannya.
“Secara peribadi, saya memang terkejut. Saya memohon jawatan sebagai jurulatih Harimau Muda A untuk membimbing mereka dalam Liga Super sebab saya yakin pemain mampu memberi impak dalam saingan itu. Jadi, saya memang terkejut dengan keputusan FAM itu, tapi sebagai kakitangan, saya terpaksa akur.
“Saya belum mendapat sebarang penjelasan kerana Datuk Azzuddin Ahmad (Setiausaha Agung FAM) sudah berangkat ke Laos, mungkin dalam minggu ini juga saya akan bertemu dengannya,” kata Azraai.