|
Balas #19 Syd\ catat
ok lah dah ada penjelasan ... faizal tahir |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #20 masterdyanna91\ catat
mesti sentap ... sambil hentak2 kaki |
|
|
|
|
|
|
|
smua nie miscommunication jek...wartawan tulis bagai nk rak jek...dgr sebelah pihak camnie la jdnya...:@ :@ :@ |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #24 washere2\ catat
washere sayang..mana ko dapat pic nie?
kalo ada ag,taruk la lagi ea.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sayasukagame at 26-3-2009 20:13
washere sayang..mana ko dapat pic nie?
kalo ada ag,taruk la lagi ea....
sini la, mstar online
Khamis Mac 26, 2009
Faizal: Saya akan minta maaf dengan Kak Nita
Oleh WAHIDA ASRANI
PENYANYI yang cukup popular dengan lagu Sampai Syurga danMahakarya Cinta ini hanya tersenyum ketika diminta menjelaskan halsebenar tentang isu dirinya yang dikatakan tidak menghormati penyanyisenior.
Semuanya berpunca sewaktu sidang media Minggu Setiausaha yangmenggandingkan Faizal dan diva tersohor tanahair, Anita Sarawak yangmana Faizal tiba lewat sejam di sidang media itu, sedangkan Anita yangmesra disapa Kak Nita sampai tepat pada masanya.
Malah, sikap Faizal yang langsung tidak meminta maaf atas kelewatanitu dan terus mengambil tempatnya membuatkan banyak pihak di sidangmedia tersebut termasuklah wartawan cukup bengang dengan penyanyi ini.
Faizal perjelas isu tidak menghormati penyanyi senior - foto UTUSAN
Faizal ketika itu hanya memberikan alasan bahawa dia terperangkap dalam kesesakan lalulintas gara-gara hujan lebat.
"Saya kalau boleh tidak mahu hal ini diperbesarkan. Tetapi, sayaingin jelaskan apa yang terjadi pada hari itu sebenarnya adalah salahfaham antara pihak saya dan penganjur.
Pada awalnya, saya dan pengurus saya diberitahu kami perlu beradadi sidang media tersebut paling lewat pun pada pukul 3.30. Saya akuisaya sampai di sana terlewat sedikit sekitar jam 3.45, tetapi saya taksangka pula sebenarnya saya sudah terlewat hampir satu jam.
"Saya terkejut bila baca dalam akhbar beberapa hari kemudian yangmengatakan saya tidak hormat penyanyi senior kerana tiba lewat sejam.Dari situlah baru saya sedar yang sebenarnya sidang media itusepatutnya bermula pukul 3 petang.
"Kalau saya tahu hal tersebut pada hari itu juga, saya pasti akanminta maaf. Tetapi tidak mengapalah, saya tidak menyalahkan mana-manapihak pun.
"Ini adalah satu salah faham saja, jadi tidak ada apa yang perludiperbesarkan. Saya akan minta maaf dengan Kak Nita jika ada kesempatanbertemu dengannya di mana-mana nanti," tutur Faizal yang ditemui padasidang media sempena Minggu Setiausaha anjuran Me & U Creative diBora Ombak, Ampang, semalam.
Faizal bergandingan bersama Nita sempena Minggu Setiausaha pada 22 April depan
Menurut penyanyi berusia 30 tahun ini, dia tidak mahu lagi mengulaslanjut tentang hal tersebut dan akui akan lebih berhati-hati untuk apajua perkara selepas ini.
Faizal dan dua 'Nita
Beralih ke topik mengenai persembahan Minggu Setiausaha yang bakaldijayakannya pada April ini, menariknya, tahun ini Faizal akan terlibatdi dalam dua buah 'show' Minggu Setiausaha yang akan menggandingkannyadengan dua penyanyi bernama 'Nita'.
Faizal akan bergandingan bersama Anita Sarawak untuk MingguSetiausaha anjuran PNB Darby Park yang akan berlangsung di PusatKonvensyen Sime Dary jam 12 tengah hari pada 7 April nanti manakalasebuah lagi adalah Minggu Setiausaha bersama Nita Malaysian Idol yangakan diadakan pada 22 April di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak,Kuala Lumpur pada pukul 8 malam.
"Kedua-dua persembahan Minggu Setiausaha itu berbeza kerana untuk'show' bersama Kak Nita itu, saya hanyalah sebagai artis jemputan.Tetapi untuk Minggu Setiausaha bersama Nita Malaysian Idol, saya diberipeluang sebagai artis utama persembahan ini.
"Namun, sejujurnya, kedua-dua Minggu Setiausaha ini memangmenggusarkan saya. Walaupun hanya sebagai artis jemputan untuk 'show'pertama, tetapi perasaan gementar memang tidak dapat saya elakkanapatah lagi bila memikirkan saya akan berkongsi pentas dengan penghibursehebat Kak Nita.
"Begitu juga dengan persembahan di Dewan Perdana Felda nanti.Memandangkan saya adalah artis utama 'show' itu, saya perlu fikirsesuatu yang berbeza untuk menghiburkan tetamu nanti.
"Apa yang pasti, saya akan menyampaikan lapan buah lagu pada malamtersebut dan juga sebuah lagu duet bersama Nita," kata bapa kepada tigaorang anak ini.
Menurut Faizal, dia bersyukur kerana tahun ini dirinya menerima lebih daripada satu tawaran menjayakan Minggu Setiausaha.
"Minggu Setiausaha adalah satu 'show' yang berbeza. Tetamu bayarmahal untuk menyaksikan persembahan kita, jadi seboleh mungkin sayaperlu buat persembahan yang terbaik untuk mereka.
"Tetapi, saya kagum sebenarnya melihat pendirian Kak Nita yang tidakakan menerima lebih daripada satu tawaran Minggu Setiausaha dalamsesuatu masa kerana ingin memberikan satu persembahan eksklusif.
"Jika tahun depan ada tawaran untuk saya sekali lagi beraksi diMinggu Setiausaha sebagai artis utama, saya rasa saya juga inginmengikut jejak langkah Kak Nita untuk menerima hanya satu tawaran,"kata Faizal yang mungkin akan membawa pemuzik sendiri untuk MingguSetiausaha di Dewan Perdana Felda nanti.
Dalam pada itu, ditanya tentang perkembangan lain karier seninya,kata Faizal, ketika ini dia lebih banyak meluangkan masa di studiountuk penghasilan album keduanya.
"Sejak kebelakangan ini saya memang amat sibuk...bukan saja distudio, malah di rumah juga lebih-lebih lagi dengan kehadiran anakketiga saya, Ahmad Rifa'ie Zidane.
"Tetapi pada masa yang sama saya bersama Audi Mok sedang di dalamproses membuat lagu untuk album terbaru. Apapun, saya tidak mahuterburu-buru siapkan album ini.
"Malah ketika ini pun hanya tiga buah lagu saja yang baru siap. Sayamahu betul-betul teliti dari segi lagu dan ingin mencari kelainan. Sayatetap mengenengahkan genre rock, cuma inginkan muzik yang lebihmatang," kata Faizal yang akui kesihatannya tidak begitu baik sejakbeberapa minggu lalu kerana mengalami tekanan darah rendah.
Penyanyi yang sinonim dengan imej 'Superman' ini juga telahmempertaruhkan single terbarunya, Bencinta, ciptaan sepenuhnya olehFaizal dan Audi Mok, yang sudah mula diputarkan di corong-corong radio.
Mengakui lagu Bencinta, yang menggabungkan perkataan benci dan cintasebagai judulnya itu amat berbeza dengan lagu-lagunya sebelum ini, kataFaizal, dia dan Audi sengaja mengambil pendekatan yang sedikit berbezauntuk lagunya kali ini.
"Saya tidak mahu hasilkan lagu yang sama dengan lagu-lagu sayasebelum ini seperti Sampai Syurga mahupun Cuba. Untuk album terbarusaya ini, memang saya ingin ambil satu langkah ke depan dan cuba buatsesuatu yang lain.
"Saya tidak kisah jika orang akan kritik. Ini adalah satu percaturanyang saya dan Audi sanggup lakukan. Walaupun mungkin 'feedback' yangakan saya dapat nanti kurang memberangsangkan, saya tidak kisah.
"At least, saya berani cuba sesuatu yang baru. Cuma mungkinia akan ambil masa sedikit untuk peminat muzik menerimanya," kataFaizal yang kini tampil dengan imej baru berambut pendek.
Harga meja bagi menyaksikan Faizal beraksi di Minggu Setiausahaanjuran Me & U Creative pada 22 April di Dewan Perdana Felda ialahRM3800 (titanium), RM2800 (platinum) dan RM1800 (emas). Tempahan bolehdibuat dengan menghubungi talian 013-3134623
[ Last edited by washere2 at 26-3-2009 21:42 ] |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #26 washere2\ catat
tenkiuuu... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #26 washere2\ catat
Tengkiu washere, rajin ngko tepek ... teruskan usaha/kerjaya ni
mmg nampak lagik muda lah faizal tahir berambut pendek ...
cam budak baik baru lepas spm |
|
|
|
|
|
|
|
Faizal dicop 'Mat Lambat'
Faizal Tahir.
SEJAK kebelakangan ini, banyak sangat rungutan Kak Pora dengar mengenai Superman Malaysia, siapa lagi kalau bukan Faizal Tahir. tak habis-habis lagi pasal dia ni. yang terbaru pasal kisahnya yang selalu lambat menghadiri sesuatu acara, termasuk temujanji bersama pihak media.
Kak Pora pun terkejut sebenarnya apabila mendengar cerita itu kerana sama sekali berbeza dengan sikap Faizal yang Kak Pora kenali ketika menyertai program realiti popular, One In A Million dulu, dengan beliau cukup berdisiplin, termasuk menjaga masanya. Mungkin Kak Pora terlupa hakikat bahawa seseorang manusia itu cukup mudah berubah, terutama apabila sudah mengecapi kesenangan hidup. Maklumlah, dulu tiada siapa pun mengenali beliau, kecuali hanya sebagai salah seorang anggota kumpulan nasyid, Mirwana.
Namun, keadaan sekarang sudah jauh berbeza apabila sudah mampu mengecapi populariti yang mungkin tidak dijangka oleh Faizal, dengan album laris di pasaran dan tawaran persembahan diterima berlambak-lambak, sekali gus memberikannya kemewahan hidup.
Bagi Kak Pora, mungkin faktor inilah yang membuatkan Faizal alpa, sekali gus begitu mudah mengubah sikapnya seperti mana begitu mudah beliau mengubah imejnya! Namun, Faizal perlu ingat, apa yang dilakukannya ini adalah resepi cukup mujarab untuk menjatuhkannya dirinya sendiri.
Kak Pora terkejut kerana beberapa rakan wartawan hiburan melabelkan Faizal sebagai 'mat lambat' kerana sering datang lewat ke sesuatu majlis dihadirinya, termasuklah sidang media Secretaries Week Luncheon 2009 PNB Darby Park di ibu negara, baru-baru ini. Kalau sekadar lewat lima atau 10 minit tidak mengapa juga, tetapi apa yang Kak Pora diberitahu, beliau terlewat lebih sejam dan terus duduk di kerusinya tanpa meminta maaf kepada penganjur dan wartawan yang membuat liputan, begitu juga artis senior, Anita Sarawak yang terpaksa menunggu beliau.
Cerita mengenai kelewatan Faizal ini tidak berhenti di sini, malah bersambung ke sesi fotografi promosi ABPBH 2008 di Ibu pejabat Pos Malaysia, Daya Bumi Kuala Lumpur, baru-baru ini. Beliau terlewat hampir dua jam dari masa sepatutnya. Teman Kak Pora memberitahu, petugas dari Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (Akademi) menghubungi Faizal hampir 15 minit sekali dan setiap kali dihubungi alasan diberikan berbeza termasuklah tersesat hingga ke Jalan Chow Kit. Entah ya atau tidak! J
Lebih mengecewakan kerana sudahlah lambat, sampai saja di lokasi fotografi, Faizal memerlukan masa tambahan selama setengah jam untuk mekap dan membuat rambut barunya, menyebabkan ramai artis lain bengang...
KAK PORA: Semua artis kena hayati lagu Allahyarham Sudirman Haji Arshad berjudul 'Punch Card'. |
|
|
|
|
|
|
|
aku perasan sejak manager dia berhenti
banyak tul kesah si faizal ni datang lambat
dia pergi kat maner2 tak der manager
>>>>> pihak monkey bone tak ganti ker manager baru?
>>>>> harap ahmad idzam omar take note/notice la aper yg wartawan tulis, apa penganjur kata
masalah disiplin ni boleh membunuh karier artis kalau berterusan. berbakt besar pun leh hancur dibuatnya. banyak dah contoh artis berbakat besar/menang award tenggelam dek perangai sendiri yg tak berdisiplin
tengok mcm jamal abdillah. hisap dadah 40 guni tapi sbb tepat masa/berdisiplin masih maintain
>>>> harap peminat pejal tak marah. kita sokong, sokong jugak. yg tak patut kena tegur demi kebaikan pejal |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #31 santubung's post
artikel mstar online disebut saya dan pengurus diberitahu perlu ada 3.30, jadi maknanya dia ada pengurus kan? |
|
|
|
|
|
|
|
monkey bone, please...
amik berat pasal hal ni..
benda ni pun berlaku sbb ft takde manager..
takkan nak biarkan reporter hentam dia..:@ :@ |
|
|
|
|
|
|
|
smua yg berlaku kat dia tu bersebab and xleh xnk salahkn dia sorang2 je..management dia kena gak amek taw pasal nie.
and personally aku rasa dia pun xnk datang lambat...xde nya dia sengaja nk suka2 dtg lmbt..
and kak pora nie pun satu,slalu je nak tembak faizal..pantang ada bnda xelok,tros tulis..:@ :@ :@ macam xde artis lain dah kt malaysia...
ada agenda ke nie..? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by washere2 at 5-4-2009 14:17
Pada awalnya, saya dan pengurus saya diberitahu kami perlu beradadisidang media tersebut paling lewat pun pada pukul 3.30. Saya akuisayasampai di sana terlewat sedikit sekitar jam 3.45, tetap ...
tu aku tahu la
yg lain2 tu
nak ker aku tulis satu persatu?
tak perlu kot ... sbb tu aku harap pihak monkey bone take note
bukan bermakna nak burukkan dia
cuma tak nak melarat2 & yg nayanya dia
bukan org lain
>>>>> takkan nak jadi mcm Lan MUH. siap kena warning nak kena buang drp MUH baru nak sedar & berubah |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #37 santubung's post
harap sangat komen kau ni sampai kat monkeybone lebih bagus kat faizal sendiri
adakah monkeybone dah ambil langkah yang perlu atau diorang ikut sangat rentak artis punca rezeki diorang sorang ni sampai tak fikir akan rugikan artis tu dan diorang sendiri? |
|
|
|
|
|
|
|
si pora ni mmg kurang ajar skit..
teringat lg masa dia sindir ft pasal isu superman...
balik2 dgr cter dr kwn..
mmg malas nk cari... |
|
|
|
|
|
|
| |
|