CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: zarif_nuhin

Cakra A**M Penipu

[Copy link]
Post time 26-11-2008 10:08 PM | Show all posts
td siap kuar 360 x mengaku gak walau terang2 kantoi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-11-2008 10:27 PM | Show all posts

Balas #21 junkredish\ catat

Ahhh siap tak ngaku tu tak tahan tu. Kalau nak tahu orang tu tipu ke tak. Kita boleh baca lengok atau pergerakan badan. Masa mamat 360 tu tanya, dia garu hidung dia. Ha ha ha .....

Ini apa yang zarif belajar pasal lengok badan. Kalu tak percaya lagi cuba tengok semula dlm utube korea tu, bila org tanya jer dia garu hidung dia.......

Patut nya 360 kener jemput sendiri James Randy jumpa mamak penipu tu........ biar terbongkar segalanya.:@  :@ :@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2008 10:18 AM | Show all posts
erm, bab ustaz ni...few yrs dulu bila aku baca psl cara perubatan die..
aku trus x caya..
ntah la..aku jnis susah nk caya kalo nmpk sgt mende2 tu karut bg aku..
tu my opinion la..
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2008 10:26 AM | Show all posts
tapi yg peliknya... dalam kita semua sibuk kat sini x percaya kat kekdah rawatan "ustaz" tuh... masih ada jugak yg pegi dapatkan rawatan dia tuh... huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2008 10:54 AM | Show all posts
aku antara percaya ngan takk..


tapi 60% lepas tgok 360 smlm,aku rase dia kentong je..

tp mmg berani la dia sanggup tamppilkan diri dan cakap org Korea tu nak fitnah dia..

dari segi lain plak..aku mempunyai pandangan sendiri la dgn kaedah perawatan ustaz ni..


aku penah terbaca 1 buku yang pakcik aku beli semata-mata nak belajar ngan lebih mendalam pasal cakra alam ni..

ustaz tu sendiri yang tulis..

dia manyak terangkan tentang KUASA MINDA..

educational background aku majorly science--dan aku sangat berminat mengkaji tentang  keupayaan otak manusia melakukan sesuatu di luar batasan..


ustaz tu jugak banyak mengajar penuntut dia percayakan suara hati,yakin ngan diri sendiri--rangsang otak berfikiran positif dan rangsang otak fokus dalam menggapai sesuatu benda--contohnya untung dalam bisnes,berjaya dalam exam,berjaya dalam interview,buat perempuan or lelaki yang kita suka menyukai kita (kalau sungguh-sungguh mahu)..


jadi secara dengan menerapkan demonstrasi pelik-pelik berkenaan kuasa minda mengawal kesakitan, berdiri atas surat kabor,makan lampu pendaflour,secara xsengaja penuntut tu akan dapat kawalan diri..dapat kekuatan dalaman dan dapat semnagat yakin diri yang tinggi..


walaupun orang lain fikir tipu--tapi penuntut tu tau ke dia di tipu?

tak kan..?

masa itula otak dia memainkan peranan penting merangsang keyakinan dan kekuatan dalaman..

sebab bila kita yakin 100% dengan diri kita--segalanya akan tercapai dengan kuasa Allah..


aku suka nak bawak 2 cerita tentang kaedah PENIPUAN untuk perubatan ni...




1- aku selalu migren time aku stadi2 sejak zamaan UPSR dulu lg aku sikit-sikit migren..sikit-sikit migren padahal UPSR tu hape la sgt--tapi sbb aku top student so aku sentiasa amik serius apa yang aku blajo..orang lain sibok stadi untuk UPSR tp aku sibuk stadi soalan IQ utk masuk SBP..sampai aku PMR SPM pong aku still migren lagi...

setiap kali migren, aku mesti mengadu kat bapak aku---jadi bapak aku akan bawak aku berubat kat tok saudara aku, tok guru haji Daq kat Pendang (arwah)..tok guru ni setiap kali musim exam (UPSR,PMR,SPM ke)memang ramai la bebudak akan datang mintak air penawar kat dia..

aku antara yang tak terkecuali...ajaibnya lepas minum air tu---aku memang xmigren dah sampai habis minggu exam..


tok Guru slalu pesan bila nak minum mesti baca bismillah dan yakin migren aku akan hilang dengan izin Allah..

aku yakin--dan ajaibnya migren aku hilang..

bila PMR aku migren lagi,aku pergi ameek air berubat lagi kat dia...kalini masa aku gi,orang tak ramai,aku berpeluang jumpa bersembang-sembang ngan tok guru Hj Daq tu ...dia senyum2 kat aku pastu kata,"awat cheq slalu penin-penin ni?"

aku sengih2 aje la..


lepas tu korang taux apa dia bergurau kat aku?

dia cakap."tok tak buat apa-apa pun kat ayaq tu--tok baca Bismillah-alFatihah-tok hembus kat air cheq.."

aku gelak,aku cakap,: tapi cheq xpenin-penin dah kalo minum ayaq penawaq tok?


dia cakap lagi," sebab cheq yakin cheq akan lega lepas minum,cheq iktikad mintk kat tuhan,dia hilangkan la.."


so baru la aku tau...bukan hanya sebab air tu disediakan oleh arwah walaupun memang sebenarnya dia betul betul betul betul alim ulama (mungkin ada berkatnya kot bacaan Bismillah ngan Fatihah dari org alim kan), tapi 90% datang kesembuhan tu dari diri aku sendiri yang yakin aku xkan migren kalo minum air penawar dia..


jadi semasa SPM,aku nak buktikan teori aku betul..bila aku diserang migren..aku akan amek segelas air, baca Bismillah ngan Fatihah lepastu pejam mata kuat2 sambil niat tanam dalam otak bebetul dan mintak kat Allah legakan migren aku---dan cara tu memang terbukti berkesan!



cerita kedua


dekat US ada kajian mengenai keajaiban otak manusia mengawal  emosi dan kekuatan fizikal..jadi kajian ni dilakukan kat sebuah hospital...


ada 2 orang pesakit lutut dipilih..  diorang ni sakit lutut (bendalir kat lutut yang taknak bagi lutut bergesel ngan tulang dah haus) jadi sakitla kalo berjalan kan..


jadi kedua-duanya dischedule untuk operation memasukkan implan yang akan mengurangkan kesakitan tu..


pesakit A mmg dioperate scr normal---belah--masukkan implan--jahit blk..

pesakit B plak sebaliknya---dia di bedah----lepas tu Dr buat gerakan seolah-olah implan dimasukkan--tapi sebenarnya ximplan apa-apa pun---lepas tu jahit balik...


kiranya apa yang berlaku ialah--Dr nak tipu otak dia supaya percaya implan dah dimasukkan..


dalam masa 2 tahun,Dr suruh datang dan buat pemeriksaan untuk tengok samada mereka dah sembuh..

selepas pesakit B datang..dia cakap..sejak-sejak operate,dia dah xpernah sakit..


lutut dia sihat dan sembuh sepeti sediakala..



itulah 2 contoh keajaiban pengawalan otak ni..

aku rasa ini yang Ustaz ni cuba terapkan selama ni...


mungkin dia betul-betul menipu tapi dia sebenarnya cuma menemui alternatif baru dalam kaedah pemyembuhan..


sekiannnnnn.....


just my 20cent
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2008 12:40 PM | Show all posts

Reply #25 missayeen's post

good info
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-11-2008 05:41 PM | Show all posts
Aku  tak berani nak tuduh mereka tu penipu, mungkin dari 100 perbuatan tu, 10 tipu, kira ada tipu juga...walaupun yg 90 tu betul..kan kan?

Kalau perobatan yg dibuat tak berkesan, takkan ia sampai terkenal cam sekarang, aku agak le kalau berubat sampai kene beribu ringgit tu, memang le tipu, tapi kalau yg diubat rasa terhutangbudi sebab sakityg dihidapi telah tiada, dan nak bayar banyak, suka hati mereka le....yg pentingnya yg mengubat tu perlu ikhlas untuk mengubat, bukan untuk mengaut keuntungan didunia yg tak kekal lama ni...
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2008 11:57 PM | Show all posts

Balas #25 missayeen\ catat

totally agreed 100%...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2008 10:07 AM | Show all posts
Originally posted by missayeen at 27-11-2008 10:54 AM
aku antara percaya ngan takk..


so baru la aku tau...bukan hanya sebab air tu disediakan oleh arwah walaupun memang sebenarnya dia betul betul betul betul alim ulama (mungkin ada berkatnya kot bacaan Bismillah ngan Fatihah dari org alim kan), tapi 90% datang kesembuhan tu dari diri aku sendiri yang yakin aku xkan migren kalo minum air penawar dia....


bro

aku org sains jgak, dan berminat jgak. apa yg ko cuba nak terangkan ni mmg widely used in medical this day. placebo usage lah. dan personally juga aku kenal tuan guru (Allahyarham pd thn 2005 tak salah aku) Hj Dag. sangat alim dan humble. ramai pemimpin era merdeka dan pemimpin negara lama mmpunyai hub. yg rapatn dgnnya.

cuma ustaz cakera alam ni, masalahnya, dia menipu utk mendaptkan duit. ajaran dia tu ya lah. tp perlu kah menipu dalam mmbuktikan ajaran dia tu? kuasa dalam mmg wujud, cuma nmpak sgt 'ustaz' ni nak cari wang melalui kaedah ni. yang sgt lah tak bermoral.

but highlight di atas tu, aku ras cam tak sesuai skit kut bro, sbb kesembuhan tu dtg dari Allah, yakinlah cam na pun, bacalah ayat apa pun kalau Allah tak izinkan, takjadi. aku tau ko berniat baik, cuma mungkin perngolahan ayat tu kurang tepat. Wallahualam
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2008 10:58 AM | Show all posts
Originally posted by hitamputih at 28-11-2008 10:07 AM


but highlight di atas tu,aku ras cam tak sesuai skit kut bro, sbb kesembuhan tu dtg dari Allah,yakinlah cam na pun, bacalah ayat apa pun kalau Allah tak izinkan,takjadi. aku tau ko berniat baik, cuma mungkin perngolahan ayat tukurang tepat. Wallahualam


Apa kata Tuan fikir bahawa, Allah memberikan ilham kepadanya untuk menggunakan mind power untuk memperbaiki dirinya kembali?. Bukankah itu juga dengan izin Allah?
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2008 11:04 AM | Show all posts

Reply #30 hashimsamsul's post

ya, benar, Allah yg memberikan kita ilham dan ilmu. namun ilmu yang di ilhamkan itu pun, sekiranya tidak di izin Allah, masih lagi tiada nilai. Maaf sy hanya org biasa. ilmu yang sgt dangkal. sy hanya berkata segala galanya dari ALlah. bukan dari air , bukan dari mind power. air dan mind power itu hanya alat sahaja.


wallahualam
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2008 11:42 AM | Show all posts

Reply #29 hitamputih's post

ha..ape yang ko terangkan tu itulah yang aku cube sampaikan,,teme kasey sbb buat ayat yang lg senang untuk orang lain pahami...:handshake: :handshake:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2008 08:40 PM | Show all posts

Balas #25 missayeen\ catat

Betul la missayeen... tentang KUASA MINDA..

Coz zarif dulu dah try guna cara nie. Bukan try tapi terkener.... hehehe

Masa tu company ada buat trip ke pulau. So ramai yg dah standby pil mabuk.
So masa nak bertolak tu partner zarfi tersilap kasi pil cortal untuk anak dia pada zarif.  

So apa lagi sejam perjalanan tak mabuk langsung.....
Ke esokkan baru perasan tersilap ambik pil cortal masa nak pulang..... hehehe

Ingat kan tak nak makan la pil mabuk tu......
Tapi zarif tak nak ambik risiko hehehehe makan la jugak pil mabuk......
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2008 11:48 AM | Show all posts
Originally posted by missayeen at 27-11-2008 10:54 AM
aku antara percaya ngan takk..


tapi 60% lepas tgok 360 smlm,aku rase dia kentong je..

tp mmg berani la dia sanggup tamppilkan diri dan cakap org Korea tu nak fitnah dia..

dari segi lai ...

dah arwah yer hj daq.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2008 02:49 PM | Show all posts
korang cuba google placebo effect... you'd be surprise...
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2008 10:32 AM | Show all posts

Reply #33 zarif_nuhin's post

kan..?kan..?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2008 10:37 AM | Show all posts

Reply #35 geng_tx's post

dah bacer..


erm...


agaknya sebab otak malas nak membaca banyak2 dan agak migren skang--so tak berapa paham sangat la..



tapi basicnya sama kan geng_tx>?

-ubat-ubatan yang sebenarnya tak berupaya menyembuhkan sakit tu tp psychologically patient will be cure kan?kan?
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2008 10:37 AM | Show all posts

Reply #34 casper_cute1's post

dah arwah lama dah..kalo tak silap 2005 hujung2 cenggitu la..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2008 11:48 AM | Show all posts

Balas #38 missayeen\ catat

Takder lagi ker pewaris dia...... anak anak nya.....
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2008 05:50 PM | Show all posts

Reply #25 missayeen's post

Apa2 pun semuanya dgn izin Allah juga.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:12 PM GMT+8 , Processed in 0.838980 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list