CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: saatcham

Jutawan sempoi

[Copy link]
Post time 15-11-2008 03:00 PM | Show all posts
Originally posted by sinar_inspirasi at 15-11-2008 01:50 PM


alhamdulillah... itu lh yg aku buat skrng... dan dah ada yg berjaya lebih dari aku sendiri.... dan alhamdulillah juga aku tak kena SUMPAH ko laa.....

dan skrng ku kumpul seramai mungki ...


akulah antara anak muda yg dibantu tu huhuhu

tima kasih bro Sinar... jasamu kukenang hingga akhir hayat :victory:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2008 06:01 PM | Show all posts
eiiiiiiiii...seronoknya baca.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2008 06:11 PM | Show all posts
Yang biasanya perangai macam celaka bila dah kaya ialah anak orang kaya dan bini orang kaya. Orang kaya sendiri biasa sahaja
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2008 11:05 PM | Show all posts
jutawan sempoi pun tapi jika tidak manfaatkan hartanya kepada masyarakat dan bangsanya takde maknenya jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2008 11:16 PM | Show all posts
Originally posted by sinar_inspirasi at 15-11-2008 01:50 PM


alhamdulillah... itu lh yg aku buat skrng... dan dah ada yg berjaya lebih dari aku sendiri.... dan alhamdulillah juga aku tak kena SUMPAH ko laa.....

dan skrng ku kumpul seramai mungki ...


hehe.. sinar.. elle mu tak nak bantu
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2008 09:15 AM | Show all posts

Reply #18 WonBin's post

Paling suka post ni...
dari semua bod yg saya masuk ...inilah post terbaik sepanjang thn yg saya baca..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-11-2008 10:12 AM | Show all posts

Reply #5 sinar_inspirasi's post

My 2 cents..

Dari pemerhatian aku la..

Hehehhee...

Untuk mendaki bukit korporat nih, ada 3 level la kot..

First level bile kita nak market kan diri kita or business kita in the market, we need to look good. First impression counts at that time. And as far as first impression is concerned, people judge you only 3% for what coming from your mouth or ur brain. they judge you 97% by how you dress. Level ni kita entry level jumpa dgn front desk, staff staf kat bawah nih. U need to be at par with them in term of dress etiquette. So nak tak nak, itulah manusia, so kene la pakai kemas2. Tapi ada orang pesan, dont over do it. Tapi deodorant jangan lupa pakai.

Hahahhahaha....

2nd level bila kita dah in the market, and people start to know us, kita buleh let loose sikit. But still, we need to look good jugak. Sbb level ni lah businessman2 nih akan start jumpa golongan atasan, government kelas atasaN, Dato2 etc...

3Rrd level ni, ko pakai je la ape yg ko nak. sbb level ko ni dah kurang sgt dah jumpa org ramai. ko akan jumpa certain people in your tier and ko pun dah lame kenal. Pakai pagoda pun takpe. Level dieorang ni tekan suis je. The rest orang lain buat. But still, bila perlu utk formal, formal je la. Tapi most of the time, sempoi punye dressing. Tapi jangan tertipu. Ade jugak yg bangse nampak sempoi je pakai baju t putih, seluar lusuh, kasut kulit lusuh. Cuba intai sket brand ape and jam ape. Mau tergezut.

Hehehehhe..

Ini pemerhatian aku la. Mungkin salah, dan mungkin jugak yg betul.

Roger!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2008 10:29 AM | Show all posts
Ehemm......marilah Wonbin ulas sedikit. Kita pon sudah warm up topik ini dah masuk ke page kedua, tapi ceritanya masih belum ada.


Jutawan Sempoi?



Merujuk kepada orang kaya yang tidak terbilang.

Duit mereka banyak kat dalam bank.

Mereka tiada kad kredit kerana mereka tiada EPF dan tak bayar cukai.

Mereka berniaga di pasar malam, mereka berniaga di kaki lima.

Salah satu kelemahan majoriti usahawan yang saya temui ialah MEREKA CUMA NAMPAK IDEA YANG BESAR, dan MEREKA MEMPERLEKEHKAN IDEA YANG KECIL DAN MUDAH.


Sedangkan idea yang besar itu hanya angan2, dan idea yang mereka hina itu adalah REALITY.

Ini bermula dengan kisah 'budak rempit' daripada kampung. Mukanya pon muka rempit. Datang dari Felda. Naik bas ke KL dan turun di Puduraya. Pertama kali datang seorang diri ke kota KL, terasa dirinya amat kerdil, terasa amat hina. SPM pon bukan lah cemerlang sangat. Nak kerja pon takda orang mahu ambil. Dia hanya gamble sahaja datang ke KL. Member2 kata di Shah Alam ada banyak kerja kat kilang. Walk in sahaja dan terus boleh start kerja. Oppss... lupa mahu bagitau nama budak ni Udin. Si Udin ni walau nampaknya cuma budak kampung, tapi otaknya bergeliga. Udin nampak KL ni ORANGNYA RAMAI. Tidak seperti di kampung dan di Felda di mana orang tak ramai. Kalau nak berniaga di kaki lima, berapa orang lah sangat yang nak beli. Di KL ni orang ramai dan sentiasa sibuk. Udin dahaga dan beliau mahu beli air minuman. Terperanjat beruk apabila dia mendapati harga satu tin Coke ialah RM1.80 !!!!! Mahalnya... kalau aku jual sendiri, RM1.40 pon dah cukup untuk untung. Nak pendek cerita, Udin pon ke Shah Alam, beliau kerja kilang selama 3 bulan. Dapat simpan duit gaji dalam RM1500. Sudah cukup untuk dijadikan modal berniaga. Udin kemudian berhenti kerja kilang dan mula berniaga menjual air di kaki 5. Jual secara haram sahaja. Air di KL ni jual cuma RM1.20 secawan. Pada hari yang panas, boleh dapat RM300 sehari !!!!!!
Pendek kata, RM5000 sebulan tu sudah tentu dapat. Kini Udin sudah mempunyai  7 gerai menjual air secara haram di sekitar KL. Pendapatan Udin? 5 angka.


Ini berbalik pulak kepada jutawan fakir. Kawan aku ni pak ciknya merupakan orang kanan Najib. Dia tiada kerja, hari2 kerjanya cakap pasal projek juta2. Oh, ini projek 100 juta, sana 50 juta. Tapi anda jangan salah sangka, dia cakap sahaja, tapi bukan dapat kat dia pon. Dia ni dah 10 bulan takda projek satu haram pon takda. 燨ffice dapat free sebab Wonbin baik hati bagi satu meja kat dia dan Wonbin bagi dia pakai komputer, fax, printer dan fotostat kat office secara free. Wonbin jaga budak ni sebab dia berguna untuk Wonbin. Rumah sewa pon takda, dengar ceritanya menumpang secara free kat rumah member. Duit belanja pun pinjam sana sini. Kereta pon pinjam. Malahan semua pinjam. Aku pon pesan kat si Pian nih. Oiii Pian, abang tengok kau nih dah lama takda projek. Pian jawab, " Saya still dengan projek paper saya lah bang. Itu teknologi baru daripada Jerman. Saya dah email kat mat salleh Jerman tu. Dia setuju nak bagi distributorship kat kita untuk pasaran Asia. Kaya kita nanti Bang. Saya nak bawak projek paper ni ke JKR. Kalau mereka pasang benda nih, dalam RM200 juta mcm tu. Nanti abang cakap aja apa abang mahu, saya bagi hadiah kat Abang. Ferrari, private jet 燗ku ni bukannya apa, Pian. Kau ni duit pon dah lama kering. Makan minum akau yang bayar. Hutang makan minum kau kat mamak kat bawah office ni pon aku yang tolong bayarkan. Sementara kau tunggu projek ratus juta kau ni dapat hasil, apa kata kau buat dulu projek kecik2. Pian balas," Saya bukan tak mahu lah bang, setakat untung RM2 ribu tu, buat penat saya aja bang.

Aku pon risau jugak dengan si Pian nih. Angan2 besar sangat, tapi nak makan pon duit takda.燩roduk dari Jerman tu燽ukannya minggu depan order, kemudian terus JKR nak beli. Kau爁ikir lah. Paling cepat pon tahun 2010 baru boleh爉asuk tender tau kalau JKR nak beli barang kau nih. Skarang baru bulan November 2008. Apo kau nak buat dalam 18 bulan nih? Nak爐unggu aja sambil lepak kat mamak setiap hari?

On the other story kat office aku. Si Nora ni pon sama macam Pian tapi dia ni takda lah projek 100 juta dalam fikiran. Bulan lepas aku ada bagi satu job kat Pain, job supply pen dan cenderamata. Tapi Pian tolak. Dia kata ini barang bodoh. Dia mana main supply pen. 燬o aku pon pass over this job kat Nora. Bagi free aja. "Nora, macam mana dengan pen yang Petronas nak beli tu?". Nora, "I dah dapat PO dah. Selepas kira, I dapat untung dalam RM7 ribu. Petronas suka dengan katalog yang i bagi kat diorang, nanti diorang nak order lagi next week untuk corporate gift. Errr..... Pian tak marah ker u pass kat I this projek? " Aku balas dengan sinis, " Pian tak pandang kalau projek below RM100 million !!"
Nora, " Tapi i takda duit nak finance this project. Hutang kad kredit i, kereta i nak kena tarik dan itu hari i ada buat express cash dengan CIMB pon tak bayar".

Wonbin, " Nora, nanti kau bukak email kau, ada sorang yg nama Pink Lavender akan email pasal loan MARA. Pepandailah kau uruskan seterusnya"

Nora, " Ok....'

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2008 10:39 AM | Show all posts

Reply #28 WonBin's post

Hahahahhahaha....

A good story bro..

Very good indeed!
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2008 11:30 AM | Show all posts
Aku tau kau tak akan jadi jutawan kalau untung bersih yang kau dapat cuma RM10-20 ribu ringgit sebulan masuk ke akauan bank kau.

Tetapi kau mesti ingat projek beratus-ratus juta tu bukan cepat macam LO/PO , 2 minggu boleh keluar, 4 minggu dapat payment.


Projek juta-juta ni susah nak create. Kalau kau bernasib baik, boleh lah create satu projek ad hock pada akhir tahun untuk habiskan budget yang masih ada, but of course not RM100 million. Kalau RM100 ribu itu masih logik masuk akal.

Kau mesti ingat setiap hari kau perlu duit. Kau nak gerak pon kena bayar petrol. Takkan kau tak buat apa2 sampai tender kau tu keluar?

Malulah kat orang yang jual kat tepi jalan pon mereka setiap hari dapat untung bersih RM50, tapi kau ni sebulan pon tak masuk RM50 walaupon bercakap pasal ratus-ratus juta

[ Last edited by  WonBin at 16-11-2008 01:05 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2008 11:42 AM | Show all posts
bagus cerita... cerita lagi.. dan lagi... sape ada cerita.. cerita laa...
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2008 12:06 PM | Show all posts
Originally posted by WonBin at 15-11-2008 01:16 AM


Kena tolak dulu segala hutang dan liability.

Tapi 1 juta sekarang bukan banyak sangat.


Sesetengah orng utk kuar modal  utk permulaan bisnes10k pun susah... 5k pun susah... apatah lagi ratus2 K... kalau 5k tu dah dikira byk.. apatah lagi satu juta.... byk tuuuu... mungkin juga sesetengah orng 1 juta tu tak byk sangat.... tapi kebanyakkan orng 100k pun dah terlalu byk....

so kejar laa mana yg dapat dulu... pastu kejar yg agak susah dapat... huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2008 12:30 PM | Show all posts

Reply #32 sinar_inspirasi's post

betul betul..

job yg kecik kecik tu wajib kena ada every month..

yg besar gigantic tu bonus..

jangan pulak the other way round..

letih beb..

Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2008 12:36 PM | Show all posts
Ada sesuatu yang istimewa tentang Jutawan Sempoi nih. Premis perniagaan mereka kadangkala cuma meja lipat. Mereka tiada kesen. Tapi mereka punyai kebijaksanaan dalam berniaga. Haram-haram pon mereka boleh pakai BMW 3 Series beli cash RM75 ribu (yang second hand punya).

Kita ada a group of mahasiswa yang baru grad dari university dan ambik kursus USAHAWAN dengan MARA. Kita bagi loan sampai RM200 ribu. Beli mesin, renovate office tapi akhirnya lingkup,  mengalah masuk kerja makan gaji. Hutang ditinggalkan macam itu sahaja :@

Cerita si Udin di atas boleh dijadikan pembakar semangat kepada anda. Dia mula niaga dengan 2 jenis air sahaja iaitu soya bean dan mata kucing. Dia tak pandai dalam pelajaran, orang kampung, duit pon takda, lesen takda. Tapi AKAL nya ada. Bila maintain untung bersih RM100 sehari pada masa mula-mula berniaga, secara automatik income dia dah sama level dengan gaji budak lepasan university. Tapi si Udin ni pandai. Dia KEMBANGKAN bisnes dengan membuka branch banyak2. Semua haram takda lesen
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2008 12:56 PM | Show all posts
Another story of Jutawan sempoi

Namanya 'Abe Zek'. Orang Kelate

Dia ni kepala hotak tak boleh kerja dengan orang. Kerja sebulan, kemudian mesti berhenti. Macam biasa jugak lah duit takda. Nak niaga lesen pon takda. Pendek kata semua takda

Tapi orang Kelantan ni semangat asobiyah kuat. Abe Zek kita ni ada ramai member karja kerajaan. Abe Zek ni pon ada diploma daripada UITM. dari situlah dia ada ramai kawan yang akhirnya masuk kerja government.

Salah seorang kawan Abe Zek kita ni dah jadi engineer kat sebuah jabatan kerajaan. Dia yang uruskan perolehan dan keluarkan LO sampai RM50K.

" Zek, mung nok nego tok? Aku nok bui projek ko mung nih. Pree jah" - kata kawan si Zek
(Zek, kau nak niaga tak? Aku nak beri kat kau nih. Free aja"

"Aku mano ado lesen MOF, lagi pon barang yang kau minta nih aku tak biasa. Aku bukan budak engeneering masa kat UITM dulu" - jawab Zek

" Kau pinjam aja lah lesen kawan kau, bila dapat LO nanti kau pi gadai gelang atau tanah mak kau. Dapat duit, kau deliver barang nih. Jangan risau, aku beri kau contact mana nak dapatkan supply barang nih. Kerja kau ialah order sahaja dan make sure barang ni sampai ke stor kami. Aku tolong follow up payment biar cepat masuk" - cakap member si Zek.

Nak dipendekkan cerita, first delivery berjaya. Untung pon besar jugak. LO RM49K, untung bersih dalam RM12 ribu.

Maka Abe Zek pon guna duit untung pertama itu untuk daftar Enterprise sebanyak RM75 dan daftar kat MOF RM480.

Sales maintain. Dapat LO pon tak banyak cuma 3-4 sebulan, TAPI SETIAP LO TU RM45K-49K
Untung bersih? Selepas dah baik dengan manufacturer, Abe Zek dapat harga yang lebih murah. Satu LO yang RM49K dah boleh dapat untung sampai RM15K Kalau sebulan dapat 4 LO, bukan ker RM50 ribu?

Abe Zek ni tak bukak office. Buat kat rumah aja. Kerani pon takda. Dia bawak sebijik laptop dan buat kerja kat mamak aja

Dengar ceritanya Abe Zek kini dah masuk ke beberapa kementerian. Sales sebulan pon dah dekat RM300 ribu. Untung berapa? Kira sendiri lah. Tapi Abe Zek tetap takda office. Semua dia taip sendiri dan bawak sebijik beg galas simpan laptop dan dokumen. Kereta pon pakai Waja sahaja walaupon dia boleh beli BMW 5 Series.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2008 01:49 PM | Show all posts
pada pendapat aku lebih berkat dan baik menjalankan perniagaan dengan lesen walaupun perlu bertahun untuk mengumpul kekayaan...insya Allah anak-anak pandai dan soleh hasil wang yang diberkati...


kan agama tak halang kita mencari kekayaan asalkan melalui jalan yang diredai-Nya...malah islam mewajibkan umatnya bertebaran selepas Subuh mencari rezeki..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2008 01:50 PM | Show all posts
seorang jutawan pernah bilang sama aku
nk cari rm 1 juta pertama sgt susah
da dpt rm 1 juta pertama mudah nk create rm 1 juta kedua.


regards
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2008 01:58 PM | Show all posts
Originally posted by zarul427 at 16-11-2008 01:50 PM
seorang jutawan pernah bilang sama aku
nk cari rm 1 juta pertama sgt susah
da dpt rm 1 juta pertama mudah nk create rm 1 juta kedua.


regards


Amat betul sekali.

Kekayaan ini umpama API.

Nak menyala punyalah susah, bila dah menyala, asal sebatang puntung rokok pon boleh bakar satu kampung setinggan sampai licin 50 bijik rumah

Asal daripada usahawan, bila dah ada cash beberapa juta maka kelak akan jadi investor.
Bukan investor dalam Swiss Cash.

Tapi invest dalam company lain. Banyak company yang dapat projek puluh2 juta RM tapi takda working capital. Maka kau invest dengan membeli pegangan saham dalam company itu. Kau inject masuk duit beberapa juta ke dalam company itu. Kalau kau pegang 30% share dalam syarikat, maka jika ada peruntukan untung RM50 juta untuk share holder, kau anda dapat 30% daripada 50 juta tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2008 02:06 PM | Show all posts

Balas #28 WonBin\ catat

apahal sempit sangat si pian ni, JKR aje??? JKR mana? wilayah, pelajaran, hospital, infrstruktur, semua arkitek and qs tu dia kena approach untuk masukkan spec produk dia. takkan jkr aje, pergilah approach all kind of consultant. aku dulu, arkitek jkr specified produk aku not bcoz of the produk, but bcoz of kerajinan aku, nak sample, nak ayat specify, nak warranty... semua tu aku kasi (dan masa tu dia pun nak ngorat aku jugak ). sampai bangunan kayu jkr tu terbakar pun, dorang masih ingat produk aku.  atau agak2 project tu bole pakai produk tu, pegilah approach contracktor, kasi special price, sebab dlm bq mesti specify "equal to", nanti kontraktor tu mesti approach qs. senang kerja.

untung si nora ni, nak supplier murah tak? aku ada, memang price best!
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2008 02:19 PM | Show all posts
Originally posted by hazel23 at 16-11-2008 02:06 PM
apahal sempit sangat si pian ni, JKR aje??? JKR mana? wilayah, pelajaran, hospital, infrstruktur, semua arkitek and qs tu dia kena approach untuk masukkan spec produk dia. takkan jkr aje, pergila ...



Dia kata Najib boleh sign surat sokongan, nanti Zain Badak (Dato Ir. Mohd Zain Mohamed, Menteri Kerja Raya)  gerenti approve.
Aku dah cakap kat Pian, skarang ni bukan mudah. Kau tak sedar ker bodget semua dah potong. Kau ingat mudah macam LO ker JKR nak beli system nih?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 06:33 PM GMT+8 , Processed in 0.100046 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list