|
mendapppppppppppp
|
|
|
|
|
|
|
|
apa yg mendapnye? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by eddysheddy at 30-8-2008 08:27 PM
apa yg mendapnye?
saje kasik gempak..huhuh |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #26 ZacharyDerwoods's post
maybe sebab dato' siti dah pegi umrah....kalau tak silap die gi umrah beberapa hari sebelum puasa.....sebab tu die tak wat persembahan kot malam ambang merdeka tu....
[ Last edited by afifahmis at 1-9-2008 09:18 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #29 afifahmis's post
x....
coz siti nak g peluang kat artis lain..
sbb slalunyew org dtg nak tgk ct jew..
btolx?? |
|
|
|
|
|
|
|
'Kelip-Kelip' Siti Nurhaliza masuk pawagam
Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ
KEMUNCULAN Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dalam dunia lakonan memang dinanti-nantikan oleh semua pihak termasuk peminatnya dan impian tersebut bagaikan termakbul apabila dia bersetuju untuk membintangi filem animasi Kelip-Kelip.
Filem yang bakal diarahkan oleh pengarah tersohor Mamat Khalid itu merupakan lakonan pertama Siti di layar perak.
Penyanyi nombor satu negara ini juga turut bersetuju untuk menyanyikan lagu tema filem tersebut.
Namun, penampilan Siti dalam filem tersebut hanya dalam bentuk animasi dan cuma suara Siti yang digunakan untuk halwa telinga penonton.
Yang menariknya, penonton dapat menatap Siti dalam bentuk kelip-kelip cantik yang mengenakan selendang.
Siti bakal membintangi filem Kelip-Kelip arahan Mamat Khalid. -foto MSTAR oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ
Kata Siti, dia sendiri telah melihat sedutan 'teaser' yang dibuat menggunakan teknologi seperti filem animasi luar negara iaitu Warner Bros itu.
"Saya tertarik dengan 'teaser' tersebut dan Insya Allah, saya akan melakonkan watak kelip-kelip itu," komen Siti ketika majlis rumah terbuka Aidilfitrinya di Kelab Ukay, Bukit Antarabangsa semalam.
Walaupun telah membuka hatinya dalam filem tersebut, tidak bermakna Siti mudah untuk menerima tawaran filem lain.
Siti mengiyakan yang dirinya turut ditawarkan oleh KRU Studio untuk berlakon filem.
"Skrip saya dah dapat tetapi kami masih berbincang. Jadi, saya belum membuat keputusan sama ada hendak menerima tawaran tersebut atau tidak," jelas Siti.
Namun, berdasarkan komen berikut, Siti seakan-akan menolak tawaran tersebut.
"Saya belum bersedia untuk berlakon sepenuhnya sebab masa tidak mengizinkan. Jika sikit-sikit tu bolehlah. Bukan apa, nak berlakon ni kita kena sabar menunggu. Saya rasa belum tiba masanya lagi. Tengok dulu, saya akan terima jika ada karektor bersesuaian dengan saya," beritahu Siti lagi.
Tambah Siti, jika ingin menceburi dunia lakonan, dia akan pastikan karektor tersebut bersesuaian dengan imejnya dan ceritanya mempunyai mesej atau unsur yang baik seperti filem Ayat-Ayat Cinta.
"Saya juga tidak menolak jika cerita tersebut bergenrekan komedi dan aksi. Tak semestinya cerita Islamik tetapi yang menyentuh tentang kehidupan," ujar Siti yang sedang sibuk dengan pembikinan album kontemporari terbarunya.
Menurut Siti, dia akan menghabiskan masa di studio untuk rakaman lagu pada hujung bulan ini.
"Harap-harap album tersebut boleh siap pada bulan Disember ini atau awal tahun depan," jawab Siti yang tidak memikirkan matlamat 'kejar' Anugerah Industri Muzik sebagai alasan untuk menyiapkan album secepat mungkin.
Siti juga dalam perangkaan untuk melakukan persembahan jelajah Yayasan Nurjiwa namun dia bagaimanapun mahu menyiapkan album terlebih dahulu sebelum memikirkan tentang persembahan tersebut.
Jamuan Hari Raya besar-besaran
Sebelum ini, Siti tidak pernah melakukan jamuan secara besar-besaran untuk peminatnya.
Jika ada pun, dia hanya melakukan majlis tertutup itupun jika ada masa terluang.
Komen mengenai majlis rumah terbuka Aidilfitri yang pertama kali dilakukan untuk peminatnya, Siti berkata dia sudah lama memasang niat tersebut.
"Sebelum ini, saya ada menghadiri majlis yang dianjurkan oleh kelab peminat saya, Sitizone. Kali ini, saya baru berkesempatan untuk membuat majlis secara besar-besaran untuk peminat yang melayari laman web Sitizone.
"Ramai juga yang datang hari ini dalam lebih 300 orang termasuk staf Siti Nurhaliza Production. Kalau ada kelapangan nanti, saya akan buat majlis ini setiap setahun sekali.
Alhamdulillah, suami pun beri sokongan," tutur Siti yang bakal sibuk mulai minggu hadapan. |
|
|
|
|
|
|
|
Mamat Khalid under syarikat produksi ape? nape die x release kan teaser tu dulu? aku pon nak tgk teaser tu letops ke tak |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #35 calmille's post
watak sampingan je kan? mek lijah jd so-called bellerina (cmnetah nk eja) la kot yg mcm dlm citer peterpan .. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #36 hyie\ catat
ooo ye ke? tajuk movie kelip-kelip dan siti pegang watak kelip-kelip tapi still jadik watak sampingan? sape watak utama die? kunang-kunang? |
|
|
|
|
|
|
|
Siti belum bersediaOleh Rudy Imran Shamsudin
[email protected]
Hal ini dijelaskan Siti ketika ditemui di majlis rumah terbuka Siti Nurhaliza Production Sdn Bhd (SNPSB) bagi meraikan ahli kelabnya,SitiZone yang berlangsung di Kelab Ukay, Hulu Klang, kelmarin.
Jumaat lalu lalu, Pengarah Urusan KRU Group, Norman Abdul Halim mengakui melamar Siti untuk membintangi filem terbitan KRU Studios bertemakan fantasi dan pengembaraan.
Jelas Siti, dia belum bersedia kerana untuk bergelar pelakon, komitmen penuh perlu diberikan.
"Memang benar mereka membuat tawaran, malah saya sudah pun menerima skripnya.Mereka mahu saya memegang watak Puteri Gunung Tahan.
"Ia bukanlah watak utama tetapi untuk beraksi dalam filem sudah tentu banyak persediaan harus dilakukan. Tumpuan penuh perlu diberikan dan proses penggambaran pula biasanya mengambil masa panjang.
"Saya pula terlalu sibuk dengan pembikinan album kontemporari terbaru, pada waktu sama harus memberikan tumpuan pada urusan rumah tangga.
"Bermula November ini saya akan masuk studio bagi menjalani proses rakaman danalbum itu dijangka siap sepenuhnya pada akhir Disember ini.
"Selepas album dipasarkan kelak saya perlu memberikan tumpuan pada kerja promosi, jadi saya rasa tidak mungkin mampu melakukannya," katanya.
Begitupun ada berita gembira buat peminat Siti. Walaupun menolak pelawaan KRU Studios, tetapi penyanyi itu mengesahkan akan membabitkan diri dalam filem animasi bakal diarahkan Mamat Khalid.
Bercerita mengenainya, jelas Siti, Mamat sendiri datang bertemu dan berbincang mengenai projek yang dianggap mampu mengangkat industri perfileman animasi tempatan.
Selepas menunjukkan sedikit sedutan bagaimana filem itu bakal dilaksanakan, penyanyi yang popular dengan lagu Wanita itu berasakan iaamat menarik untuk dijayakan.
"Filem itu berjudul Kunang-Kunang dan saya hanya meminjamkan suara. Rasanya ia tidak terlalu payah untuk dilaksanakan kerana proses rakaman suara tidak banyak beza dengan rakaman lagu.
"Selain itu saya tertarik dengan teknologi digunakan Mamat Khalid untuk menghasilkan filem ini. Sama ada saya akan menyanyi runut bunyi filem itu belum lagi dibincangkan kerana ia masih di peringkat pra produksi.
"Saya difahamkan teknologi untuk menghasilkan filem ini sama seperti apa yang digunakan di Hollywood.Kepada mereka yang sudah menonton filem Bee Movie pasti tahu bagaimana bentuk filem ini apabila ia siap kelak.
"Saya sendiri tertarik dengan watak Kunang-Kunang yang menggunakan suara saya itu nanti. Ia nampak comel kerana turut memakai selendang seperti imej yang saya gayakan sekarang," katanya sambil tersenyum.
Majlis rumah terbuka sempena sambutan hari raya dianjurkan SNPSB itu pertama kali diadakan khas buat peminat dan dihadiri hampir 300 orang. Turut memeriahkan majlis, suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa.
KataSiti, sebelum ini dia sering mengadakan beberapa majlis yang turut membabitkan ahli kelab SitiZone. Bagaimanapun ia diadakan secara kecil-kecilan.
"Sebelum ini ada majlis doa selamat meraikan pelbagai kejayaan yang diraih turut dihadiri peminat. Cuma untuk mengadakan majlis rumah terbuka, belum lagi ada kesempatan kerana sibuk.
"Bagaimanapun ada beberapa majlis dibuat SNPSB antaranya berbuka puasa turut dihadiri peminat. Malah sebelum ini SitiZone sendiri menganjurkan rumah terbuka untuk ahli dan saya hadir sebagai tetamu.
"Apabila saya berasakan mahu mengadakan majlis rumah terbuka ini, suami memberikan galakan. Malah dia menyarankan diadakan di pekarangan rumah.Bagaimanapun, mengenangkan jemputan yang ramai, lokasi terpaksa diubah.
"Maklumlah rumah terbuka yang diadakan ini bukan saja membabitkan SitiZone tetapi juga semua kakitangan SNPBH dan media. Mujur Kelab Ukay ini dekat saja dengan rumah. Kawasannya lapang dan mudah untuk kami membina pentas.
"Pada saya bukan lokasi yang penting dalam majlis seperti ini tetapi keselesaan tetamu. Apa yang penting pada hari ini saya dapat beraya bersama peminat yang tidak jemu-jemu memberikan sokongan di samping dapat mengeratkan silaturahim sesama kita," katanya. |
|
|
|
|
|
|
| |
|