|
Reply #19 noiemo's post
Mcm best je ni..bole msuk list ni |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #22 dyea's post
Yelah dekyang teruja walaupun noiemo' preview sikit saja tapi tetap menarik minat nak masuk dlm list....dan terus gi beli;) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #25 Ju'a's post
wah jua...cite kawin wasiat ni pun best gak org kata bercinta selepas berkahwin.... jua dah baca preview sikit..... |
|
|
|
|
|
|
|
BIla Hati Berbisik
"Lafazkan jika benar kata hatiku ini sama dengan kata hatimu. Jangan terus bermain dengan bahasa jiwa" - Nia
"Memang benar cinta itu aneh. Samalah dengan cinta kita. Aneh....kerana sukar diluahkan, sukar dibaca bahasa jiwanya" - Adam
Ceritanya:-
Bila hati berbisik mengisahkan Ariq Anwar, Adam Hazlan dan Hanania bersahabat sejak di universiti. Ariq dan Nia adalah pasangan kekasih. Selama ini Adam telah merahsiakan yang ia menghidap barah otak dari pengetahuan Adam dan Nia sehinggalah di saat-saat kematiannya barulah di ceritakan tentang penyakit yand dialami dan diwaktu yang sama meminta Adam dan Nia berkahwin. Ariq tahu selama ini Adam juga menyintai Nia tetapi demi persahabatan Adam menarik diri. Selepas dua minggu kematian Ariq, Adam dan Nia sah menjadi suami isteri namun kehidupan mereka masih seperti orang asing. Nia cuba belajar menerima Adam kerana bagi Nia pernikahan bukan untuk sehari dua tetapi untuk selama-lamanya. Malangnya Adam bersikap dingin terhadap Nia.
Bosan dengan keadaan perkahwinannya, Nia telah untuk bekerja semula selepas mendapat izin dari Adam. Nia bekerja di sebuah syarikat yang diterajui oleh Imran. Dalam diam Nia dicintai oleh Imran dan pada masa yang sama Adam juaga dicintai oleh Mellisa rakan sepengajian mereka di universiti. Mellisa juga mengetahui perkahwinan antara Adam dan Nia adalah atas amanat Ariq.
Perselisihan faham yang terjadi di antara Adam dan Nia telah dapat di atasi dengan campur tangan Irwan, rakan sekerja Adam. Selama ini Adam dan Nia mengesyaki bahawa masing2 mempunyai hubungan lain. Kemalangan yang meragut nyawa Irwan dan isteri kecuali bayi mereka yang telah diamanahkan untuk dijaga oleh Adam dan Nia telah mengeratkan hubungan mereka sebagai suami isteri.
Demi hasrat hati, Imran dan Mellisa telah merancang misi untuk memisahkan Adam dan Nia. Segala persoalan akhirnya terjawab. Imran yang menyedari kesilapan akhirnya mengahwini Najla rakan Nia manakala Mellisa telah ditahan oleh pihak berkuasa kerana menculik Nia. Mellisa sebenarnya mengalamia sakit mental akibat tekanan perasaan yang dialami sejak kecil lagi.
Degupan jantung senada bagaikan Irama cinta.
Kerana antara kita tiada lagi rahsia, tiada lagi
bisikan hati, yang ada hanyalah kejujuran yang
terlafaz dari hati dan bibir.
Citenya gitu2 saje. Sewaktu membaca perasaan aku tidak terbuai sama, jantung ku tidak berdegup kencang, aku tidak dapat merasai umph....sewaktu membacanya... jadi reviewnya pun gitu2 lah...... mungkin editing kot.....tapi still leh mengisi masa lapang....
p/s ini sekadar yang aku rasa.....tak semestinya pendapat korang sama ngan aku |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #29 Ju'a's post
TQ Jua untuk review ni ....
Hari ahad tu cari kat markas novel ni sold out tak ada stock.... nak cari ketempat lain tak sempat.....
Part jangtung ni teringat kat satu novel tu...
Jantung dia berdegup kencang memainkan irama lagi pop, rock, jazz, belada & pop yeh yeh...bila terpandang seorang jejaka tanpan |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by KRUfan at 2-6-2008 09:05 PM
Ni buku sape?
Krufan.....buku bertajuk Bila Hati Berbisik oleh Rehal Nuharis terbitan Fajar...citenya oklah.... |
|
|
|
|
|
|
|
BUKU FP
Dah beli 2 yang terbaru bla di baca tak syoklah |
|
|
|
|
|
|
|
novel FP yg aku beli Ungkapan Rahsia Hati... best gak cite ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Novel gabungan antara unsur seram dan Cinta. Lain dari yang lain.
Cermin berbingkai kayu berukir motif flora itu ada di dalam bilik baru Dewi, mena...rik perhatiannya. Di antara bilik-bilik yang ada di dalam banglo usang yang... dibeli oleh ibunya itu, hanya bilik terakhir sahaja Dewi anggap cantik dan sesuai dengan jiwanya. Semenjak Dewi dan ibunya berpindah ke banglo usang di pinggir bukit itu, pelbagai kejadian misteri mula berlaku dalam hidup Dewi. Sesiapa yang menyebabkan hatinya tergores, insan itu akan menemui ajal. Awalnya, Dewi hanya menganggap apa yang berlaku hanyalah kebetulan.
Tetapi, selepas perkara yang sama berlaku berulang kali, adakah ia masih boleh dianggap kebetulan?
Apa yang ditakuti oleh Sem akhirnya terjadi. Siti, kawan baiknya sendiri menjadi mangsa sakit hati Dewi. Namun, Dewi juga teman baiknya. Sem dan Siti sama-sama sayangkan persahabatan mereka dengan Dewi. Lalu, Sem meminta tolong Hasrul yang mahir dalan hal-hal dunia mistik.
Selepas Hasrul mengkaji latar belakang banglo yang didiami oleh Dewi, rupanya banglo itu banyak menyimpan sejarah mistik. Cermin di dalam bilik Dewi adalah cermin Sri Muka yang mana jika dipuja, ia bisa menunaikan segala pemintaan si pemujanya dan akan mengundang padah pada si pemuja jika tidak menuruti kehendak cermin itu.
Adakah Dewi telah memuja cermin Sri Muka itu? Jika ya, apakah cermin itu mampu dimusnahkah demi menghapuskan sumpahan cermin itu? Dan Andy, lelaki yang menyayangi Dewi namun menggores luka di hati itu, ke manakah hilangnya? Adakah kehilangan Andy disebabkan sumpahan cermin Sri Muka atau akibat putus cinta?
Semuanya bakal terjawab di dalam novel CERMIN yang sarat dengan kisah misteri, semangat setiakawan dan keikhlasan cinta.
Penulis : Hasrudi Jawawi
Penerbit : Fajar Pakeer
Harga: Semenanjung RM18.90
Sabah/Sarawak RM21.90 |
|
|
|
|
|
|
|
Novel yang pasti mencuri tumpuan peminat novel dari penulis yang bergelar seorang guru
Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila
Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi
menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina?
Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulis : Ana sofiya
Penerbit : Fajar Pakeer
Semenanjung : RM 22.90
Sabah/ Sarawak : RM 25.90
Bagi pembaca yang ingin membaca dan menilai novel ini. Boleh membaca bab 1-25 di penulisan2u http://www.penulisan2u.my/tag/tak-mampu-ku-hindari/ |
|
|
|
|
|
|
|
FP ada novel baru ke Jun ini? |
|
|
|
|
|
|
|
Cmf Azure. Jun ada. Prince Charming |
|
|
|
|
|
|
|
jarang beli buku FP nih.pernah beli 3 jer,
hujan rindu - anita aruszi
ajarkan aku setia cinta - antasya balkis
cermin - hasrudi jawawi
yang lain saya ragu-ragu nak beli,sebab cam tak tertarik ngan cover lagi satu penulis pun tak berapa kenal.review kat bahagian belakang pun tak berapa best.
pada saya faktor penulis tu lebih penting,contohnya cam hujan rindu,covernya pada saya tak cantik,baca review belakang pun tak dapat nak menarik perhatian pembaca nak beli.tapi sebab penulisnya kesukaan saya,tak pikir panjang beli jer.
sorry yer kalau ada pihak yang terasa..ni pandangan saya sebagai seorang pembaca novel melayu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 39# willy_wonka
Try beli
Tak Mungkin Kuhindar - Ana sofiya
Prince Charming - Ratu Bulan
Kalau nak baca bab awal 1- 15 Tak mungkin kuhindar untuk menilai layari di http://takmungkinkuhindar.blogspot.com
Kalau prince charming saya bagitahu kemudian. untuk seminggu keluar berada di carta 9, minggu nih masih di dalam carta lagi. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|