CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: keigo

tayar kete yg ok

[Copy link]
Post time 19-11-2008 04:54 PM | Show all posts
ikutlaaaa berapa budget nko...

tapi cuba baca ni dulu....

1. Mula-mula pilih saiz yang sesuai dengan keupayaan kereta kita. Kalau wira 1.3, dan kita hendak menggunakan sport rim, cukuplah setakat saiz rim 14 inci. kerana jika kita menggunakan saiz 15 inci, kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan yang tepat, kesemua peralatan penyerap hentak akan lebih pendek jangkahayatnya dan yang paling penting, minyak akan lebih sedikit.

2. Selepas mendapat saiz yang sesuai, cuba perhatikan di bahagian tepi tayar. Terdapat satu rangkaian nombor yang seperti dicetak tenggelam ke permukaan tepi tayar. Sebenarnya rangkaian nombor ini memberikan kita maklumat mengenai tarikh tayar dikilangkan (minggu dan tahun) dan batch pengeluaran di kilang. Jadi, apabila tayar tidak memenuhi spesifikasi, maka senang bagi pihak pengeluar menarik balik tayar dipasaran. Maklumat ini kita boleh gunakan untuk tujuan keselamatan. Mengikut piawaian tayar antarabangsa, tayar hanya boleh bertahan selama 2 tahun selepas di kilang (selepas tempoh itu getah tayar akan mati (keras) dan tidak selamat digunakan). Saya beri contoh rangkaian nombor yang ada: 4001 bermaksud tayar tersebut dikilang pada minggu ke 40 tahun 2001 dan tarikh expired tayar tersebut sepatutnya minggu ke 40 tahun 2003.

Jadi sekiranya kita dapati ada kedai yang menjual tayar degan harga yang luarbiasa murahnya, cuba periksa tarikh tayar tersebut di kilang, mungkin tayar tersebut adalah tayar yang telah tamat tempoh penggunaannya. Dari pengalaman yang pernah diceritakan kepada saya, tayar yang telah tamat tempoh ini akan lebih senang meletup semasa kelajuan tinggi.

3. Tentang saiz tayar, cuba perhatikan rangkaian nombor dan huruf yang tercetak timbul di permukaan tepi tayar. Biasanya seperti contoh ini 205/50 VR 16 maksudnya, tayar itu mempunyai kelebaran 205 mm, ketebalan tayar (dari rim ke permukana jalan) adalah 50 % dari kelebaran 205mm, dan untuk kegunaan rim bersaiz diameter 16 inci. Huruf VR bermaksud, tayar tersebut sesuai untuk kelajuan sehingga 240 km/j tanpa menjejaskan kekuatan dan ketahanan tayar. Sekiranya dipandu lebih dari kelajuan tersebut, sifat fizikal akan berubah dan besar kemungkinan tayar tidak lagi berfungsi dengan baik.

4. Tentang jenis tayar pula, kebanyakan kita lebih suka memilih tayar import terutama dari Jepun. Harganya lebih mahal dan dikatakan lebih lembut. Memang benar tayar seperti michelin, yokohama, falken etc. lebih lembut kerana tayar tersebut dibuat berdasarkan iklim sederhana yang kurang panas, tetapi apabila digunakan di Malaysia yang sememangnya panas terik, tayar tersebut akan mempunyai jangkahayat yang pendek (cepat habis bunganya). Kebisingan tayar adalah bergantung kepada bunga tayar. Lebih senyap sesuatu tayar, maka lebih rapat bunga tayarnya dan tidak sesuai untuk permukaan jalan yang basah. Lebih bising tayar, lebih mencengkam dan sesuai pada permukaan yang basah. Jadi, kalau kita hendakkan tayar yang senyap, kita terpaksa lebih berhati-hati semasa hujan.

5. Tayar sepatutnya di tukar kedudukannya setiap 3 bulan. Caranya, tayar depan kiri ditukarkan ke kanan belakang dan tayar depan kanan ditukarkan ke kiri belakang (untuk 4 tayar sama saiz). Lebih baik sekiranya tayar simpanan/ganti juga di masukkan ke dalam rotation tukaran tayar. Caranya, masukan tayar ganti ke kanan belakang, belakang kanan ke depan kanan, depan kanan ke belakang kiri, depan kiri ke dalam boot ganti, belakang kiri ke depan kiri. Semua rotation ini bergantung kepada jenis kereta, sistem pacuan dan sistem suspensi kereta.

6. Jika kita perhatikan bunga tayar selepas beberapa lama, bunga mula menghaus. Sekiranya kadar kehabisan bunga di bahagian tepi kiri kanan tayar lebih cepat berbanding di bahagian tengah, ini bermaksud selama ini tekanan tayar adalah kurang dari yang sepatutnya. Sekiranya bahagian tengah lebih cepat haus, maksudnya tekanan terlalu tinggi. Sekiranya haus di bahagian luar sahaja, tayar kita terlalu mencapah ke dalam dan jika haus bahagian dalam sahaja, tayar kita terlalu mencapah ke luar (alignment tayar perlu dibetulkan). Sekiranya bunga tayar yang haus tidak sekata (turun naik), maka absorber kita perlu diganti.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2008 05:29 PM | Show all posts
tima kasih inche'
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2008 05:00 PM | Show all posts
Apa pandangan korang dgn tayar Falken Azenis ST 115, 195/55/15 ??
Aku suka 'wet tyre' kerana tak suka bawak slow nak mampos masa ujan (not that I speed during rainy days but don't like to crawl at about <50km/h... )
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2008 05:33 PM | Show all posts
aku pakai Goodyear tyres.. 2 bijik dah berusia 3 thn, 2 lg berusia 1 thn.. plan nk tuka taya bln dpn, tp xtau nk maintain brand sama or tuko jenis lain..
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2008 08:54 AM | Show all posts
haku hard core Yokohoma.. dari dulu pakai brand nieh.. daripada AD07 Advan, sampey lar yg version murah sket A-Drive R1. utk rim 17", biasanya harga tayar dalam RM350 ke atas..
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2008 09:26 AM | Show all posts
aku pun pakai yokohama...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-11-2008 10:18 AM | Show all posts

Balas #23 panzer\ catat

harga b3rapa?
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2008 10:18 AM | Show all posts

Balas #26 dahliea\ catat

harganya berapa?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2008 12:16 PM | Show all posts
Originally posted by ahmad_eusoff at 26-11-2008 10:18
harga b3rapa?


Harga aku tak survey mendalam lagi tp dalam RM230 sebijik dengarnya..
Yang penting sekali performance dia.
Dulu aku pakai Eagle F1, ok la gak.
Tapi org kata sekarang F1 dah tak elok  terutama made in thailand punya.
So aku pun nak tukar selera la pulak (tak pernah pun lagi pakai Falken)
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2008 12:48 PM | Show all posts
Originally posted by pendekar_jebon at 19-11-2008 04:54 PM
5. Tayar sepatutnya di tukar kedudukannya setiap 3 bulan. Caranya,tayar depan kiri ditukarkan ke kanan belakang dan tayar depan kananditukarkan ke kiri belakang (untuk 4 tayar sama saiz). Lebih baiksekiranya tayar simpanan/ganti juga di masukkan ke dalam rotationtukaran tayar. Caranya, masukan tayar ganti ke kanan belakang, belakangkanan ke depan kanan, depan kanan ke belakang kiri, depan kiri ke dalamboot ganti, belakang kiri ke depan kiri. Semua rotation ini bergantungkepada jenis kereta, sistem pacuan dan sistem suspensi kereta.


Aku tak setuju part nie. Tayar takyah rotate. Yg depan biar depan. Yg belakang biar belakang. Sebabnya yg depan akan haus 2 kali lebih cepat dari yg belakang. Jadi kita tukar tayar depan dulu. So tak perlu keluar budget utk 4 tayar sekali gus. Selepas setahun kita tukar tayar depan, tayar belakang pulak perlu ditukar. So tayar depan yg masih baru td kita shift ke belakang dan bubuh tayar baru di depan. Maka tayar depan akan sentiasa baru. Tayar depan jauh lebih penting dari tayar belakang. Conering, grip, weight distribution semua lebih kepada tayar depan. Dan sekali lagi - tak perlu pokek berlubang utk tukar 4 tayar sekali gus!
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2008 12:51 PM | Show all posts
Originally posted by ahmad_eusoff at 19-11-2008 03:29 PM
berapa hargnya inche'?


Aku beli tayar Continental Comfort Contact-1 di Kelang august 2007 dgn dimensi 195/55 R15  = RM150/sebijik. Tp sekarang rega tayar semua dah naik.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2008 02:56 PM | Show all posts
tq semua , aku mmg plan nak beli 2 jer...ganti tayar dpn,yg depan nak letak blkg.
kalo tayar dpn tak sama dgn blkg ok ke?
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2008 03:01 PM | Show all posts

Balas #31 Bell\ catat

harga brg apa yg tak naik skang ni,pelempang kucing jer yg tak naik2 lg nih.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2008 03:24 PM | Show all posts
antara silverstone ngan goodyear mana lg ok????
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2008 04:32 PM | Show all posts
Aku gn continental..puas ati. falken aku pangkah...bkn sbb tayar tp sbb kedai dia tu kalu g repair kete suka ' selak2' kete. budget nk baiki 1 mende jer..tp depa g crik lain2 problem:@ :@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2008 02:51 PM | Show all posts
aku bru tukar 4-4 tayar.... mula2 nak pilih antara silverstone or goodyear....tapi terpilih falken la pulak.. 4 biji rm520.....adui..terbang duit....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2010 10:09 PM | Show all posts
skrang brapa harga tayar kete kancil
tayar kete aku dah haus , ni first time nak tukar
boleh senaraikan harga tak
brand mana yg ok
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2010 10:13 PM | Show all posts
skrang brapa harga tayar kete kancil
tayar kete aku dah haus , ni first time nak tukar
boleh senar ...
akubaik3 Post at 19-9-2010 22:09



    110 silverstone
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2010 08:23 AM | Show all posts
nak tanya otai kt sini takut kena tipu dek pekedai.Berapa harga tayar bridgestone playz    215 45 r17
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2010 12:11 PM | Show all posts
aku pun nak beli tayar baru gak...ingat nak angkat continental...tapi macam mahal jer...rasa cm kene tipu la plak...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 02:55 PM GMT+8 , Processed in 0.249225 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list