|
wah.. menarik ni...
boleh share story sama2...
bile start ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #21 seriperak25's post
Dah start la ni seri
|
|
|
|
|
|
|
|
cam besh jek |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #23 cipanbakar's post
cipan nak buat karangan pasal kelab Armpit ke ?
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #25 cipanbakar's post
Mana ada, terpulang la pada cipan nak buat karangan pasal fanclub mana
Masuklah pertandingan ni, nanti dapat la kredit
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #29 tempoyakmanis's post
Bukan marah, nasehat
Hantar kat sini je kalau dah siap
|
|
|
|
|
|
|
|
Pengalaman Bersama Diddy
Pertama kali aku melihat Diddy ialah melalui kaca TV di Akademi Fantasia 4. Tarikan utama yang ada pada Diddy adalah suaranya. Walaupun sering menonton AF sejak dari AF2 lagi, aku bukanlah peminat fanatik. Mungkin sebab utama kerana tiada kemampuan untuk aku menyumbang melalui sms. Diddy merubah sedikit pendirian ku tentang pencarian penyanyi melalui realiti tv. Walaupun tidak banyak, tetapi saban minggu sekurang-kurangnya lima sms akan aku hantarkan untuk menyokong Diddy.
Seketika terkeluar dari AF, Diddy seolah-olah hilang. Aku tak nampak kelibat Diddy di mana-mana kecuali rancangan terbitan Astro seperti Dari Studio 1 dan Tele-Drama Hari Raya AF. Seolah-olah bakat yang sungguh besar berkubur begitu saja. Sehinggalah pada satu ketika aku terdengar titipan lagu Saling Terpesona dimainkan di radio. Anggapan awal, itu adalah nyanyian penyanyi dari Indonesia walaupun suaranya mirip suara Diddy. Ketahuan dengan milik lagu tersebut, rasa gembira mekar di dadaku.
Wajah Diddy mula terpampang di dada akhbar dan majalah. Suaranya muncul dicorong-corong radio dan kelibatnya kelihatan di kaca tv. Bangga rasanya melihat artis kesayangan ku muncul berdendang bersama diva Indonesia Kris Dayanti, juara Asean Idol Hardy Mirza dan Yanie dipenutup Anugerah Planet Muzik 2007. Bukan satu perkara yang lumrah buat artis baru seperti idola ku ini untuk bergabung bersama Kris Dayanti.
Apabila single kedua Diddy muncul, aku mula mencari album Diddy dipasaran tapi tidak kelihatan. Mungkin perancangan melahirkan single dilakukan oleh pihak pengurusan. Oh Tuhan, lagu Hilang betul-betul melekat dihati aku. Aku menjadi menanti setia di radio untuk mendengar lagu Hilang diputarkan. Namun sehingga detik ini aku belum berpeluang bertemu mata dengan Diddy. Rezeki belum tiba tapi ianya bukanlah suatu perkara yang aku kejarkan.
Mendapat tahu Diddy akan membuat persembahan di malam Anugerah Era, aku membuat perancangan untuk ke Genting Highland. Perancangan hanya tinggal perancangan kerana aku terpaksa akur dengan ibubapa ku yang kurang gemar anak perempuannya terlalu ke arah dunia hiburan sementelaah aku masih lagi mengusung buku di kolej. Memang sukar untuk aku keluar malam. Namun aku tetap gembira kerana mampu menonton persembahan Diddy dikaca tv dan aku amat bangga dengan persembahan Diddy pada malam Anugerah Era. Walaupun tidak mampu meraih sebarang anugerah, Diddy tetap pemenang di hatiku.
Bermula malam tersebut aku mula menyimpan cita-cita untuk bertemu dengan Diddy. Cita-cita yang tak tahu bila akan tiba. Walaupun aku tahu mungkin sukar, tetapi aku tetap meminta kebenaran untuk menyaksikan separuh akhir Muzik Muzik. Seperti yang dijangka, permintaan ku ditolak dan sekali lagi aku menjadi penonton tv yang setia.
Aku tak akan lupakan tarikh itu. 21 November 2007, seorang kawan memberitahu aku yang Diddy akan hadir untuk bermesra bersama peminat di DiGi Gegeriuh Taman Tasik Titiwangsa pada 26 November 2007. Oleh kerana majlis tersebut berlangsung sebelah petang, aku sedaya upaya memujuk ibubapaku untuk memberikan peluang aku ke sana. Mungkin kerana melihat kesungguhanku, ayah akhirnya mengalah. Tetapi mengalah yang bersyarat. Abang aku harus menjadi orang yang membawa aku ke sana. Bermula pula sesi pujuk memujuk abang sulung ku. Setelah perjanjian dimetrai yang mana sepanjang dua minggu akan datang aku akan menggosok pakaian kerja abang sulungku, akhirnya cita-cita aku untuk bertemu Diddy tercapai.
Kami tiba awal jam empat petang di Taman Tasik Titiwangsa sedangkan majlis hanya akan bermula jam lima petang. Hujan mulai turun renyai-renyai jam 4.30 petang dan abang sulung ku mula membuat bising. Dia hanya mula menutup mulut bila aku mengugut untuk menggosok baju warna kegemaran kekasihnya sampai hangus kalau dia melanggar perjanjian. Hati aku berdebar-debar kerana sepanjang minggu menunggu bermacam-macam topik yang aku rancang untuk berbual dengan Diddy. Ada banyak soalan yang aku mahu Diddy jawab dan ada banyak nasihat yang kononnya aku ingin berikan pada Diddy sebagai seorang peminat. Aku hanya mundar mandir di tempat berhampiran khemah yang disediakan. Abang sulung ku entah ke mana berjalan. Walaupun aku hampir menangis dikacau mat rempit yang ada di situ, aku kuatkan semangat. Kalau aku ada pistol ditangan sudah pasti aku tembak gagak-gagak rempit yang tak ada kesopanan.
Jam lima tepat kelibat Diddy mula nampak berjalan dari kereta. Kelihatan Abang Badrul dibelakang sambil masing-masing berpayung menggunakan surat khabar menahan rintik hujan. Terdetik di hati apa yang akan jadi pada Diddy jika abang berbadan gempal dan berwajah garang itu tidak menjaganya. Adakah Diddy akan hilang seperti bintang-bintang AF lainnya? Dalam hujan renyai wajah Diddy tak lekang dengan senyuman. Yang melambai dibalas dengan lambaian dan yang menghulur tangan, dijabat erat oleh Diddy.
Aku pula menjadi haru biru. Rasa malu menerpa segenap ruang hati tetapi jelingan tajam abang sulungku yang tiba-tiba ada di sebelah membuatkan aku membuang senyum tersipu-sipu seorang diri. "Kalau abang dapat jumpa Ramlah Ram, mesti abang terkedu macam Sya juga kan?" aku berjenaka, tetapi sebelum sempat abang sulungku menjawab sinis, aku cepat-cepat beredar ke bawah khemah di dalam himpunan orang ramai. Tamatlah sudah angan-anganku untuk meminta tolong abang sulungku mengambilkan gambar.
Diddy yang aku jumpa adalah seorang yang merendah diri, menghormati orang yang lebih tua dan sangat bersantun. Setiap makcik dan pakcik yang disalam, dicium tangan. Setiap orang yang datang ditanya khabar dan diperkenalkan diri. Setiap orang yang ingin bergambar dilayan satu persatu. Senyuman yang manis dan tidak nampak keletihan walaupun pelbagai kerenah peminat meminta itu dan ini. Semua layanan yang sama rata. Dan aku dengan tebal muka meminta tolong peminat-peminat yang berebut di situ untuk mengambil gambar aku dan Diddy.
Bertentang mata dengan Diddy membuatkan semua persoalan yang ada difikiran aku sudah terjawab. Apa jua nasihat yang aku ingin berikan pada Diddy sudah tidak perlu kerana dia sudah ada kesemuanya. Semua topik yang aku rancang ingin dibincangkan bersama Diddy menjadi tidak relevan dengan tenungan matanya dan lirikan senyumnya. Aku sesungguhnya amat memahami jika ada yang mengatakan mereka angau bila bertemu dengan Diddy. Aku benar-benar faham.
Sejak pertemuan itu aku tak pernah lagi bertentang mata dengan Diddy. Tapi aku percaya Diddy akan tetap ingat dengan nama aku. Walaupun mungkin ada orang lain yang tidak mempercayainya, teman-teman di Casa pasti tahu bagaimana ingatan Diddy pada peminat-peminatnya. Tiada lain yang aku doakan kecuali kejayaan untuk Diddy. Dan sejak itu juga, sehingga kini aku masih lagi menggosok pakaian abang sulung ku. Walaupun hanya seminggu sekali menggosok baju warna kegemaran kekasihnya itu, aku lakukan dengan ikhlas hati kerana setiap kali aku menggosok baju itu, kenangan bersama Diddy akan kembali segar diingatan.
Syarifah Khaleedah
[ Last edited by syari_khal at 9-5-2008 05:47 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #31 syari_khal's post
BRAVO BRAVO BRAVO......KALAU CAMNI AKU BAGI MARKAH PENUH |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #31 syari_khal's post
wooo...best sungguh karangan ...macam penulis & topik nya juga
camni malu lah abg inc nak tulis karangan
lagi malu nak paste gambar bersama Diddy |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #31 syari_khal's post
:pompom: syari :pompom:
Terima kasih kerana sudi menjadi peserta pertama hantar penyertaan
Abg dini bagi kredit lebih sebab syari pertama sekali hantar :pompom:
Kelakar baca perjanjian syari dgn abang tu
|
|
|
|
|
|
|
| |
|