CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: Syd

Cabaran anak genius

[Copy link]
Post time 7-5-2008 06:32 PM | Show all posts

Reply #17 my-alja's post

I can understand ur frustration ni, sama la I pun quite frust jgk tgk the trend makin menakutkan...
Mostly beyond our control except our own kids...

I agree bila u ckp tak semua org dominan otak kiri / kanan tu...
Anak I pun bila ty what subject do u like most, dia jwb BI & BM.
Bila ty how about Maths, dia ckp, I don't like Maths. Why, dia jwb it's hard...
Tak semua anak2 sama even parents dia masa kecik tot the other way round

I tak reti nak komen, tp well hopefully terdapat org mcm u ni dlm kabinet / line pendidikan
yg bole ubah system kita tu kpd yg lebih bole stimulate the way they think / cara pembelajaran dorang...
I mmg agree sgt biar budak2 bole berfikir & kreatif.
Mcm Scandinavian country, budak2 dari kecik dah diajar secara kreatif.
Outlet Ikea originated from there. Nokia, lego etc..

Psl professionalism yg dilabelkan tu... I hv no comment. Ada setengah tempat mostly in Europe,
dorang tak discriminate professionalism org... Bus driver / train driver pun dpt good pay.
Tp skrg even kat sini pun, tgk sper ada skills, tak kira dgn result akan ada demand... tukang jahit, tukang masak, welders, etc...
Dimana ada usaha, di situ ada jln... Hopefully, kat mesia ni org2 yg kerja apa2 pun kena
ada passion & ownership dgn kerja dorang.. Cam kat Jepun, kerja salesgirl, operators / drivers semua
buat kerja betul2...

Sori tuan rmh, topic dah terkucil sgt2... tuk anak genius ni takleh komen lebih2 sbb takder exp. ada anak genius...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2008 09:33 PM | Show all posts

Reply #21 yaszz's post

tak perlu org cam i masuk kabinet yaszz ....suruh prof. ungku aziz dgn datuk khoo kay kim pun dah cukup...itupun kalo pak2 menteri tu nak dengarlah...

masalah dgn m'sia nie, segala isu..segala benda depa nak buat mainan politik, hasilnya tgk sajalah sistem pendidikan kita...sesapa pak menteri naik semua setakat nak buat REMARK!...drp zaman anwar ibrahim dgn bakunya dah jadi bakul...dr najib, kelas lompat ..semua anak2 jadi katak setakat sethn dua...lepas tu lenyap, naik plak english dlm subjek teras tanpa buat kajian....anak2 kita nie memang bahan experiment depa sajalah, tapi anak pak menteri tak payah susah2 ambik exam cam anak kita sampai mereng kepala...anak depa masuk international private, mana depa rasa susah payah anak2 sekarang....

...sesapa pernah baca luahan hati menteri kebudayaan dgn sistem pendidikan kita, apa kata dr. khoo sendiri....bukan org sembarangan dlm negara nie, tapi depa dgr ke?....dlm paper dah keluar, dlm blog jgn cakaplah...tapi camtu gak, anak2 makin tenat dlm sistem nie...anak my fren baru lepas dpt result SPM, mereng budak tu sampai jumpa psikologist...this is what we want for our kids?.... ...nasib mak dia ada juta-juta dlm bank...merasalah dia samb belajar kat luar w/pun takde bantuan sebab tak cukup berbelas-belas A....

how abt our kids in the future?....torture them from now i guess...
atau kena simpan juta-juta jugaklah kalo takleh dapat 20As dlm 10 thn lagi

sorry ekk yasz.....hahhahha, bebetul marah nie sebab takde anak genius
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2008 11:03 AM | Show all posts
i dont expect my kids to take more than 9 subjects for SPM....
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2008 12:27 PM | Show all posts
Originally posted by macademia at 8-5-2008 11:03 AM
i dont expect my kids to take more than 9 subjects for SPM....


anak my fren, dapat 9As.....tak dapat scholarship utk samb. belajar
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2008 12:49 PM | Show all posts
Originally posted by my-alja at 8-5-2008 12:27 PM


anak my fren, dapat 9As.....tak dapat scholarship utk samb. belajar



hmmmm itu la tu......

next week dgr ceta government nak buat statement pasal scholarships for budak2 straight As ni .... which include 9As.........

anak your fren cukup tak koko points dia.....
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2008 02:17 PM | Show all posts

Reply #25 macademia's post

i guess so mac....sebab mak/ayah sekarang nie alert dgn apa yg kementerian mintak utk melayakkan anak2 dpt scholarship...

my fren kata, alasannya sebab cuma 9As.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-5-2008 01:24 AM | Show all posts
Originally posted by sherryna at 14-4-2008 11:16 PM
i think my niece boleh d consider genius..

ambik medic dkt local u..

yg buat i amaze ngan dia sbb dia slalu balik kampung..almost once a fortnite..

travel dkt 5,6 jam...p ...


some people they study smart, not hard
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2008 01:43 AM | Show all posts
Originally posted by yaszz at 28-4-2008 03:46 PM



Lagi pun ATTITUDE tu yg penting. The balance of all SQ, EQ & IQ... stakat IQ jer lebih, tak ke mana... ...


very agree with u

masa aku study dulu, ramai jugak yg pandai2 ni ada attitude problem
terutamanya yg sedar diri mereka pandai tu...

ada setengah orang, mereka excel dlm study because some people like taking exam
but in real world, dia sama aje macam orang lain

to me, genius is not based on academic aje...mozart to me is a genius. painter, artist, multimillionaires cam Bill Gates, Tiger Wood..tu semua bagi aku genius

dan bak kata kawan aku sorang tu, people who invented Slurpee is a genius
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2008 09:55 AM | Show all posts
Originally posted by Syd at 22-2-2008 10:21 AM
dorang genius mcm mana ye?

pelajaran?

tahap pelajaran dorang mcm mana yang boleh dikira genius nih?


genius asli nie cam adi putra.....mark yu!....

pd i, kalo cemerlang sgt kat sekolah esp dlm akedemik tanpa campur tangan mak/ayah...merely kelebihan otak kiri dia lahh.....

for some reason, i baca kisah2 org genius nie....benda tu inborn macam karisma
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2008 09:41 AM | Show all posts
dah lama page nie mendap.....


































Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2008 09:44 AM | Show all posts

Reply #28 sejuknya's post

hahahahah....setuju sgt dgn u...SLURPEE, is my fav

genious setakat utk diri sendiri, nak claim to the world that i am gud in sumthing without contributing.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2008 10:03 AM | Show all posts
Originally posted by my-alja at 16-5-2008 09:55 AM


genius asli nie cam adi putra.....mark yu!....

pd i, kalo cemerlang sgt kat sekolah esp dlm akedemik tanpa campur tangan mak/ayah...merely kelebihan otak kiri dia lahh.....

for some rea ...


Alja,
I dun understand this statement..otak kiri ?
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2008 10:47 AM | Show all posts
Originally posted by sajenakkomen at 22-5-2008 10:03 AM
Alja,
I dun understand this statement..otak kiri ?


byk artikel pasal kelebihan otak kanan-kiri dan peranannya dlm pelajaran
kalo u rajin boleh google, utk dapat penjelasan yg lebih mendalam...

secara kasar, logic thinking that highly required in our education system cuma beri peluang pd anak2 dominon otak nie saja utk maju dlm hidup....
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2008 11:01 AM | Show all posts

Reply #33 my-alja's post

Hehehe..
saya sememangnye umum tahu pasal otak kanan kiri ni..
Sebaiknya..guna kedua2 nye kan?ADa bridge sambungan kecik sebesar nanometer from otak kanan n otak kiri.

Untuk aktifkan otak kanan or lebih tepat bridge perhubungan antara otak kanan dan kiri,seeloaknya masa anak kita bgn tidur..teruskan ajar dia ape2 yang nak di ajar..

Praktis lama2..insyaAllah anak kita akan aktif pengunaan otak kanannye.

Sebenarnye,penggunaan kedua2 otak amat penting..bukan setakat otak kanan or kiri sahaja..
DAn kita tak boleh simpulkan bahawasanya orang yang kena strugle kuat untuk berjaya menggunakan otak kiri dan orang genius menggunakan otak kanan ( more to sixth sense)

Sebenarnya,kita kena activkan kedua2 nya..dan yang penting..aktifkan bridge perhubungan otak kanan dan kiri.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2008 11:16 AM | Show all posts

Reply #34 sajenakkomen's post

SETUJU dgn u

i pun tak kata, kita kena fokus pd penggunaan satu otak saja...tapi dlm keterbatasan sistem yg kita duduk sekarang, mak-ayah kena alert dgn isu nie esp pd anak2 yg ada masalah....

tony buzan ada ajar teknik nak imbangkan penggunaan kedua-dua jenis otak nie, mainan pun byk yg boleh stimulate...bergantung pd kesediaan dan kefahaman kitalah, mana satu yg nak guna....
tapi cuma kekadang i tak berapa berkenan dgn cara mak/ayah yg terlalu taksub dgn pemakanan utk buat anak cerdik...

dunia dah membuktikan, kelebihan anak2 berotak kiri akan jadi specialist but to be a leader...u need otak kanan, to be balanced u need both
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2008 11:33 AM | Show all posts

Reply #35 my-alja's post

Yes..tony buzan..
boleh upload free ( trial 7 days)

Hmm...kurang pasti pulak..yang otak kanan jadi leader..thanx for the info..

Pasal masalah anak2 ni..mak bapak kena alert dengan personality anak2..baru kita boleh tau approach yang sesuai nak ajar anak mcm maner.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2008 11:46 AM | Show all posts
Originally posted by sajenakkomen at 22-5-2008 11:33 AM
Yes..tony buzan..
boleh upload free ( trial 7 days)

Hmm...kurang pasti pulak..yang otak kanan jadi leader..thanx for the info..

Pasal masalah anak2 ni..mak bapak kena alert dengan personal ...


and this is not a single factor k .....takut nanti org ambik at the surface
otak kanan nie...dia lebih pd full picture org everything, yg jadi kelemahan pd org2 yg bergelar specialist-otak kiri...

so nak jadi pemimpin, u takleh narrow ....the mind has to be big
and also supported by many other factors...ada nature n nurture
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2008 01:35 PM | Show all posts

Reply #37 my-alja's post

kalo mcm ni...description mcm orang left handed je..
sebab left handed --guna otak hemisfera kanan..diorang mmg tgk menda as overall..bukan satu2...

So..the easiest way..latih anak2 dan diri kita sendiri,,tulis guna 2 2 tgn..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2010 01:03 PM | Show all posts
Anak pintar
Oleh Hazirah Che Sab
[email protected]
2010/03/21



Definisi tepat tahap kecerdikan sebenar individu

BUKAN sedikit ibu bapa yang mengidamkan anak seperti Sufiah Yusof, 24, yang memasuki universiti pada usia 13 tahun dan Adi Putra Abdul Ghani yang mengejutkan ramai pihak kerana kemampuan menyelesaikan masalah matematik. Tidak kurang juga yang mengidamkan anak seperti Muhammad Ahmad Zahid yang bergelar hafiz muda pada usia 13 tahun.

Semua pasti mahukan zuriat yang pintar kerana inilah ‘tiket’ kepada masa depan lebih cerah. Penat lelah membesarkan mereka seakan berbaloi apabila si anak membawa pulang kejayaan. Namun, apakah mereka ini pintar, berbakat, genius atau pun prodigy? Jangan keliru kerana inilah takrifan sebenar keupayaan mereka berdasarkan istilah psikologi.

Seperti kata-kata ‘serupa tapi tak sama,’ pakar linguistik dan Pengasas PTS Publications and Distributors Sdn Bhd, Ainon Mohd, berkata masih ramai yang tidak dapat membezakan istilah sebenar ini. “Aspek berbakat, pintar dan genius adalah antara perkataan yang kerap digunakan untuk menggambarkan kebolehan seseorang anak kecil mengatasi usia tanpa menyedari ia sebenarnya merujuk kepada makna yang kurang tepat.

“Genius adalah individu normal, tetapi mempunyai kebolehan menyelesaikan masalah teknikal yang sukar atau tidak dapat diselesaikan pakar lain. Contoh paling tepat menggambarkan seseorang yang dianggap genius ialah Albert Einstein dalam bidang sains fizik manakala Thomas Edison dalam bidang elektrik,” katanya yang berkelulusan ijazah sarjana muda linguistik Universiti Malaya dan sarjana dalam bidang sama Leeds University.

Beliau yang pernah mengikuti kursus kedoktoran dalam bidang psikologi, berkata seseorang itu disebut genius apabila dapat menyelesaikan masalah yang tidak mampu diselesaikan mereka yang normal. Justeru Einstein dan Edison layak digelar genius disebabkan mereka berjaya menyelesaikan masalah yang gagal diselesaikan saintis dan jurutera lain.

“Kanak-kanak yang layak digelar genius adalah kanak-kanak dapat menyelesaikan masalah yang gagal diselesaikan orang dewasa. Jika tidak, mereka setakat digelar berbakat atau pintar, bukan genius. Mereka yang dapat menghafal al-Quran pada usia tujuh tahun adalah berbakat, bukan genius.


"Semua anak dilahirkan pintar tetapi yang memberi impak ialah cara kita merangsang mereka. Ibu bapa mesti mempunyai misi jelas iaitu menanam tekad membentuk masa depan anak"  - Fadzilah Kamsah, Pakar motivasi

“Istilah genius tidak boleh digunakan kepada kanak-kanak kerana belum ada kanak-kanak dapat menyelesaikan masalah setaraf orang dewasa. Einstein menyelesaikan masalah teori relativiti pada usia 25 tahun, selepas lulus universiti,” katanya.

Ainon mendakwa, disebabkan genius adalah pakar dalam sesuatu bidang, tiada kanak-kanak genius kerana anak kecil itu tidak mempunyai kepakaran ilmu. Oleh itu, baginya, tiada kanak-kanak genius dalam bidang sains, kejuruteraan, kedoktoran ataupun perfileman atau yang bergelar pakar bedah.

Satu lagi istilah ‘prodigy’ yang merujuk keupayaan kanak-kanak melakukan perkara yang hanya dapat dilakukan orang dewasa.

“Kanak-kanak pada usia lapan tahun yang dapat mengikuti pelajaran matematik peringkat universiti atau mencipta muzik seperti pemuzik dewasa, selayaknya digelar ‘prodigy.’ Mereka ini hanya ada dalam dua bidang iaitu matematik dan muzik. Kanak-kanak prodigiy mempunyai kepintaran orang dewasa dalam bidang matematik ataupun muzik saja. Dalam lain-lain hal, mereka adalah kanak-kanak seperti budak lain,” katanya.

Persoalannya, apakah ada sebarang petua mendapatkan anak pintar ini? Pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah, berkata ini terletak kepada usaha ibu bapa mencari dan memperbaiki kelemahan diri terlebih dulu selain mengamalkan doa dan ajaran berlandaskan al-Quran dan Sunnah.

“Doa adalah senjata umat Islam dan sebaik kandungan mencecah empat bulan, ibu digalakkan bacaan surah al-Fatihah, ayat Kursi dan surah al-Inshirah. Bapa juga perlu mengambil tanggungjawab membaca surah berkenaan dan dihembuskan ke perut isteri.

“Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan manakala surat al-Inshirah untuk melapangkan hati dan fikiran. Apabila hati terang dan lapang, anak mudah menerima pelajaran. Ibu juga digalakkan membaca surah berkenaan ketika menyusukan anak dan dihembuskan di kepala. Ia boleh diteruskan sehingga anak cukup umur,” katanya.

Katanya, satu perkara perlu diingati oleh semua ibu bapa iaitu semua anak dilahirkan pintar cuma cara merangsang yang membezakan impaknya. Ini wujud dalam bentuk pakej iaitu mesti membetulkan hati, otak, makanan, persekitaran dan didikan.

Beliau menegur sikap kebanyakan ibu bapa yang tidak mempunyai misi jelas dalam usaha memulakan keluarga.

“Semua anak dilahirkan pintar tetapi yang memberi impak ialah cara kita merangsang mereka. Bagi tujuan itu, ibu bapa mesti mempunyai misi jelas iaitu menanam tekad membentuk masa depan anak sebagai doktor misalnya. Ibu dan bapa perlulah memupuk minat anak menjadi doktor dengan membaca buku berkaitan perubatan sejak hamil.

“Wanita Yahudi misalnya, mendidik anak sejak dalam kandungan. Sebaik hamil, mereka akan membuat latihan matematik, mendengar muzik dan bermain muzik untuk merangsang perkembangan anak. Ia terbukti berkesan dan jangan hairan jika anak-anak Yahudi dilahirkan bijak. Kita juga boleh berbuat demikian. Malah sebagai orang Islam kita mempunyai 1,001 cara untuk membentuk anak menjadi pintar dan soleh pada masa sama,” katanya.

Dr Mohd Fadzilah berkata, dia sendiri pernah bertemu dengan seorang wanita yang tidak pernah lalai membaca sehingga satu juzuk al-Quran setiap hari sepanjang hamil.

“Jika dia keletihan, suaminya akan menyambung membaca dan pahala dihadiahkan kepada bayi dalam kandungan. Anak itu dilahirkan dan membesar menjadi seorang lelaki yang bijak, pintar dan tinggi akhlaknya. Ini bukti betapa ayat Quran dan doa cukup berkesan dalam usaha membentuk anak pintar. Jika tidak berkesempatan mendidik anak dari dalam perut, belum terlambat untuk berbuat demikian walaupun mereka sudah menjejak alam persekolahan,” katanya.

Malah, baginya, antara saat paling mustajab mendidik anak ialah ‘hypnagogic moment’ iaitu masa antara anak berada dalam keadaan antara sedar dan tidak ketika hendak tidur.

“Ketika itu, mereka seolah-olah terpukau dan apa saja yang disebutkan ketika itu akan meresap masuk ke dalam hati. Rebut peluang untuk membisikkan kata-kata nasihat, pujian dan pesanan ketika mereka dalam keadaan itu dan Insya-Allah anak-anak akan menurut apa yang dikatakan.

“Waktu lain yang turut memberi impak besar kepada usaha ibu bapa memberi didikan ialah sebelum anak-anak tidur, sedang tidur dan baru bangun tidur. Ambil masa seminit, dua untuk membacakan doa sambil mengusap kepala mereka selain memberikan nasihat,” katanya.

Beliau turut menegur tindakan ibu bapa yang selalu terlanjur mengeluarkan perkataan negatif ketika marah.

“Kata-kata itu satu doa. Anak boleh dimarah dan kena dimarah tetapi biarlah marah itu berunsurkan positif. Jangan sesekali keluarkan perkataan degil, keras kepala kepada anak. Sebaliknya jika mereka melakukan sesuatu kesilapan, katakan kepada mereka: “Kamu anak baik. Kamu anak bijak. Mengapa lakukan perkara itu,” katanya.

'Formula Adi Putra berasaskan kiraan Islam'

IMPIAN untuk bertentang mata dengan Adi Putra Abdul Ghani, 11, tidak kesampaian kerana dia berada di kampung neneknya yang baru meninggal dunia. Namun peluang bertemu ayahnya memberi kesempatan mengenali siapa sebenarnya Adi Putra yang mendapat pengiktirafan antarabangsa dan sehingga kini sudah mencipta 228 formula menyelesaikan masalah matematik.

Kisah kepintaran Adi Putra menyelesaikan masalah matematik sudah terlalu banyak diperkatakan tetapi kali ini penulis dihidangkan dengan sisi lain budak cerdik itu.

Menerusi paparan cakera padat, Adi Putra hanya menonjol dalam matematik tetapi pelbagai bidang lain yang melampaui usia sebenarnya.

“Ia satu anugerah Allah yang wajar kita syukuri. Ia juga satu bukti kehebatan Allah yang mampu memilih sesiapa saja untuk diberikan keistimewaan biarpun makhluk itu semuda Adi Putra,” kata Abdul Ghani ketika ditemui baru-baru ini.

Menariknya mengenai Adi Putra ialah semua formula matematiknya berasaskan cara kiraan Islam 100 peratus dan cara penyelesaiannya berdasarkan cakerawala, peredaran bulan, matahari, bumi serta menggunakan semua ciptaan Allah SWT di muka bumi ini seperti bukit dan tidak ketinggalan mengguna pakai perkiraan orang dulu.

Abdul Ghani mendakwa, kaedah pengiraan itu diiktiraf pakar antarabangsa malah di luar negara satu formula Adi Putra dinilai bersamaan RM1 juta dan modul sifir yang dihasilkannya bernilai berbilion ringgit.

“Jangan anggap Adi Putra budak kecil kerana selain pintar dalam matematik, dia juga mampu mengajar, petah berbicara walaupun ketika ditemubual stesen televisyen antarabangsa malah tidak kekok bersama dengan pembesar negara,” katanya.

Katanya, anaknya itu juga diiktiraf memiliki pengetahuan ilmu matematik berusia 400 hingga 500 tahun dulu yang pernah dikuasai ilmuwan Islam. Adi Putra bukan hanya menguasai formula matematik sebaliknya mengkaji setiap nombor.

“Kita dianugerahkan jari dan pelbagai bentuk bantuan semula jadi untuk mengira. Adi Putra juga menggariskan tiga perkara yang merosakkan dan melemahkan minda umat Islam iaitu terciptanya kalkulator, Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan permainan video.

“Matematik dan sains tidak dimonopoli sesuatu bangsa sebaliknya terpulang kepada kita untuk menguasainya. Ilmuwan Islam terdahulu sudah membuktikan betapa kita sebenarnya menguasai matematik, bukan orang lain.

“Apa yang penting ialah bukan sekadar anak kita bijak tetapi juga kreatif. Adi Putra mengajar budak lain untuk turut kreatif mencari penyelesaian kepada masalah matematik dengan tempoh paling cepat,” katanya.

Malah, kata Abdul Ghani, salah seorang pelajarnya cuma mendapat satu markah daripada 50 soalan matematik dan selepas mengikuti kelas Adi Putra, dia mampu memperoleh 100 peratus selepas dua hari.

INFO: Tip untuk ibu bapa

    * Sebaik kandungan mencecah empat bulan, ibu digalakkan baca surah al-Fatihah, ayat Kursi dan surah al-Inshirah. Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan manakala surat al-Inshirah untuk melapangkan hati dan fikiran.
    * Selepas bersalin, baca surah berkenaan ketika menyusukan anak dan dihembuskan di kepala. Ia boleh diteruskan sehingga anak cukup umur.
    * Waktu ketika anak antara sedar dan tidak. Rebut peluang bisikkan kata-kata nasihat, pujian dan pesanan. Ambil masa seminit, dua untuk membacakan doa sambil mengusap kepala mereka selain memberikan nasihat.
    * Doakan kejayaan anak, rakan anak mereka, anak rakan dan jiran.



FAKTA: Rahsia pemakanan ilmuwan Islam

    * 1) Madu - Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.
    * 2) Kismis - Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.
    * 3) Susu segar - Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.
    * 4) Telur - Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.
    * 5) Halia - Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan Dimakan sedikit saja pada waktu pagi.
    * 6) Buah Delima - Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2017 11:37 PM | Show all posts
Even 9A's are not recognized
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:51 PM GMT+8 , Processed in 0.086037 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list