|
Istimewa untuk Allahyarham LOLOQ - Koleksi Lirik Terbaik
[Copy link]
|
|
Kitalah Bintang
Lagu: Imanzali & Aris Ariwatan
Lirik: Loloq
--------------------------------------------------------------------------------
Revival generasi seluar dungree
Laungkan irama nuraniku
Yang kian semakin peka dan mengerti
Puisi dalam fandago kebebasan
Ooh...Kau dan aku
Ooh...Bukan bermimpi
Ooh...Bila berkata
Ooh...Kitalah bintang
Pernahkah kau temu
Teka-teki jenaka
Yang si bijak pandai sukar meneka
Apakah bezanya diantara manusia
Burung dengan batu dan bintang
Cubalah teka...
Jika kau sudah tahu
Tolong jangan ketawa
Jika kau buntu dan garu kepala
Biar ku berikan
Jawapan bodoh, tepat dan kena
Tidak berbeza...
Manusia itu burung
Batu itu bintang
Yang beza sayap dan sinar
Kitalah bintang
Kitalah bintang |
|
|
|
|
|
|
|
Nuri
Lagu: Hamid dan Ella
Lirik: Loloq
--------------------------------------------------------------------------------
Tu...tu...tu...tu... 2x
Nuri sungguhku terharu
Bila kau masih dendangkan lagu
Asyikmu yang menghiburkan
Jiwa diwaktu dirimu terjerat
Apakah kau tak merindu
Pada awan dan bayu
Pada gurun dan rimba
Di sana......
Balik jerjak sutera
Sekabut syurga sekecil teratai
Nuri sungguhku terharu
Bila kau masih dayukan lagu
Apakah kau tak merindu
Pada awan dan bayu
Pada gurun dan rimba
Sahaja......
Demi aku berjanji
Akan membebaskan dirimu yang malang
Andai kau pun berjanji membawaku bersama
Biarpun kabus bergelora dan bumi bergegar
Kau tak akan kecewakan diriku
Demi janji kita....
Demi aku berjanji
Akan membebaskan dirimu yang malang
Andai kau pun berjanji membawaku bersama
Biarpun kabus bergelora dan bumi bergegar
Kau tak akan kecewakan diriku
Biarpun kabus bergelora dan langit bergegar
Ku tak akan kecewakan dirimu
Demi janji kita....
Tu...tu...tu..tu...2x |
|
|
|
|
|
|
|
Penawar
Lagu: Salman
Lirik: Loloq
--------------------------------------------------------------------------------
Siapa yang bersalah jika dia menyepi
Kerana sering ditegur kekurangannya....
Mungkin kita manusia
Yang memang gemar mengeji
Atau Tuhan ada sebabnya
Siapa tak kecewa jika harus memencil
Kerana selalu saja dipersenda...
Biarpun diri tak sempurna
Tapi masih memiliki perasaan
Bisa terdaya membeza-bezakan
Antara lembutnya bayu dan air
Kasih sayang dan tangisan
Yang mengalir....
C/O
Tolong, tolonglah si dia ini
Dengan menghampirinya
Kerana dia sebahagianmu...
Oh tolong, tolonglah insan ini
Yang memerlukan cinta
Sebagai penawar merawati
Lukanya........ |
|
|
|
|
|
|
|
P.P.P(Permata Pemotong Permata)
Lagu: Yusry KRU
Lirik: Loloq
--------------------------------------------------------------------------------
U....Uh Percayalah Seluruh Perbuatan
Oh...ada balasan, Jangan Perasan
Kau bisa bebas dari hukuman
Kerna kau sudah kencang
Semua mangsa kau anggap kacang
Nanti takdir Tuhan
Kau kan rasa penangan yang padan
*Cinta bukannya permainan
Untuk menguji kehandalan
Ada tujuan hukumnya alam
Segala ada pasangan...
C/O
Permata pemotong permata ah....ah....
Permata pemotong permata ah....ah....
Oh percayalah segala kepuraan
Tidak boleh berkekalan
Kau takkan kedepan
Tanpa menyingsing lengan
Walau lawanmu adalah kental
Dengan izin Tuhan kau kan dapat
Lebam biru hitam |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by juara at 31-1-2008 11:25 AM
Tahu insan bernama Loloq ( Rosli Kamis ) dalam kulit album Ella 30110
sama la kite
tahu kewujudan arwah dan kepelikan lirik2 tulisan arwah..dr album ELLA 30110... |
|
|
|
|
|
|
|
GIMME MORE LIRIK LOLOQ UTK ELLA k... n tolong carikan lirik SENJA NAN MERAH bley? |
|
|
|
|
|
|
|
Jalan ke sisimu
Lagu: Korie & Zuriani
Lirik: Loloq
--------------------------------------------------------------------------------
Lambaikan selendang putihku
Mengaku cintamu bersakti
Tak bisa aku melawannya lagi
Segalanya tak beerti
Pelangi dah tak berseri
Panas hujan takku peduli lagi
Bertahun berpisah darimu
Jalan ku sangkakan beribu
Betapa ku sedar hanyalah satu
Segalanya dah terbukti
Aku tak bisa lari
Lari dari kenyataan ini
Bebas darimu ku terpenjara
Hidup meniti sengsara
Makin nak ku lupa
Makin kau ku damba
Semakin kau ku puja
Siapakah nak ku cuba tipu
Bisa ku hidup tanpamu
Hari tak bertemu
Duniaku kelabu
Aku haru biru
Oh tanpamu di sisiku
Dunia kelabu
Betapa ku sedar
Hanyalah satu....
Jalanku tuju hanyalah satu
Jalanku pulang kepangkuanmu
Jalanku lerai segala rindu |
|
|
|
|
|
|
|
Bendera Damai
Lagu: Hassan Babylon
Lirik: Loloq
--------------------------------------------------------------------------------
Dari stesen ke stesen, naluri bertanya...
Masih jauh lagikah, destinasi di mimpi...
Mengapakah terjadi sehingga tiada lagi
Yang sanggup hulurkan sekadar informasi
Dari hati ke hati, kita terus meragu
Kemungkinan jawapan, tersirat dalam diri
Yang kerap dikhabarkan oleh para pujangga
Satu dalam sejuta buih dalam lautan
Manusia serumpun dari asal yang satu
Yang sulit mengapa, hampir ke akhir zaman
Istilah lawan perang, masih wujud dan gagah
Apakah ini takdir, atau rekaan kita
Kami anak zaman ini kini menyahut tugas
Untuk mengibarkan bendera damai
Moga anak kami tak lagi bermimpi |
|
|
|
|
|
|
|
Demi
Lagu: M.Nasir dan Eric Moo
Lirik: Ella dan Loloq
--------------------------------------------------------------------------------
*Demiku kan berjanji
Sanggup bermain api
Untuk menemani dirimu kasih
Walaupun beribu batu
Diriku sendiri oh...oh...
Sementara kita akan bersama
Kerna ku kan percaya
Tuhan lebih berkuasa
Tidakkan membiar kita kecewa
Kerna Dia yang mencipta
Segalanya kan bersama
Sementara cinta kita membara
C/O
Di dalam bagaikan...
benih yang mula bernyawa
Di dalam bagaikan...
bertemu untuk bersatu |
|
|
|
|
|
|
|
KASIH SAYANG
Lagu : Aidit Alfian
Lirik : Loloq
Penyanyi : Jaclyn Victor
|
|
|
|
|
|
|
|
JUDUL LAGU : KALA HUJAN
PENYAYI : ZAMANI IBRAHIM (SLAM)
LAGU : AIDIL AFIAN
LIRIK : LOLOQ
|
|
|
|
|
|
|
|
di atas medan kasih (elyana from album bicara mata ini)
lagu: aidit alfian
lirik: loloq
Lewat ini perasaan ku
Senang terganggu senang terusik
Hingga membuat diri ku sangsi
Pada kata kata cintamu
Lewat ini perasaan ku
Sukar dikawal sukar di kerah
Hingga membuat hari ku sepi
Biar masih ada kau sini
Bunga ku mekar terjadi bukan
Kerana dingin hujan panas matahari
Bunga mekar kerana rindu
Terjalin antara hangat sinar kehidupan
Begitu jiwa
Sebelum mekar pelukan pasti
Tanpa berkias
Sebelum sanubari yang hampa
Menyapa sunyi
Antara kita harus bermesra
Sejujur mungkin
Bersahut zahir batin
Di atas medan kasih
Lewat ini aku sedari
Bunga ku mekar terjadi bukan
Kerana dingin hujan panas matahari
Bunga mekar kerana kasih
Terjalin antara hangat sinar kehidupan |
|
|
|
|
|
|
|
arwah loloq seolah2 memberi gambaran tentang pemergian beliau untuk selama lamanya melalui lirik ini..
baru kusedar kenapa tercipta kesepian
kenapa hidup harus berpasangan
kerana tuhan mahu menyatakan
cintanya kepada kita insan
syukur kusedar sebelum bercerai nyawa badan
sempatlah diri buat perhitungan
janganlah pulang dengan kekesalan
cintanya tak pernah kuagungkan...
...walaupun lagu ni dianyanyikan oleh elyana, kita dapat rasa lirik lagu ni adalah luahan hati penulis itu sendiri yang penuh makna.... |
|
|
|
|
|
|
|
Senja Nan Merah
Masihkah kita termangu di bawah pepohon itu
Ketika hujan melunturi danau yang terusang
Tidak pernah dibilang hari
Hanyalah debar yang terasa... terasa
Setiap hari dibuai mimpi yang terindah
Dengan menghitung senja merah dihujung sinar
Mencipta keheningan rahsia
Pada sehimpun kenangan
Menyimpul satu makna diruang yang lurus ini
Haruskah kita mencari pada gunung dan lurah
Liku-liku curam insani
Haruskah kita mencari puncak mengilau cahaya
Dalam hidup seribu warna
Dibawah teriring ungkapan pada sebuah wajah
Yang lara kesepian
Haruskah kita mencari dalam senja begini
Kembali kita bertemu
Haruskah kita mencari dalam simpati wangi
Membilang kenangan yang abadi
Seperti menuggu mentari senja
Menghilang perlahan-lahan disebalik
Awan yang merah
Dibalik awan yang merah
Dibalik awan yang merah |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #34 ashna's post
hahaha....
ko mmg diva mulut laha..... vougue |
|
|
|
|
|
|
|
inga lagi m. nasir pernah ckp klau dia nak dptkan lirik lagu dgn cpt,
dia akan minta lirik dgn arwah loloq ni. arwah akan siapkan lirik sekejap saja. |
|
|
|
|
|
|
| |
|