CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Selamat Hari Merdeka ke 50

[Copy link]
Post time 1-8-2007 09:11 PM | Show all posts
Salam Merdeka buat korang semua

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2007 04:08 PM | Show all posts

Reply #1 Syd's post

mawi tak perfom ke kat konsert2 merdeka nih. mesti mawi ada kan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2007 02:16 PM | Show all posts
oit

dah pasang bendera lom?

dah ada yang tempah bendera wat bikini tahun nih?

Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2007 02:17 PM | Show all posts

Reply #23 Syd's post

ade ka....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2007 02:27 PM | Show all posts
Selamat Hari Merdeka
Yang ke-50

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2007 02:30 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 21-8-2007 02:16 PM
oit

dah pasang bendera lom?

dah ada yang tempah bendera wat bikini tahun nih?



ni dah pasang dah ni
kat abatar
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-8-2007 02:34 PM | Show all posts
Originally posted by icelemontea at 1-8-2007 11:24 AM
yup, kat putrajaya


i thot wat kat stadium merdeka yg dah facelift tu..jauh tu nak gi putrajaya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2007 02:34 PM | Show all posts
merdeka... merdeka




[ Last edited by  kazz at 21-8-2007 04:03 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-8-2007 02:51 PM | Show all posts
Merdeka and Malaysia Day

We are celebrating our 50th Merdeka Day a mere 21 weeks away, but there are still doubts about when Malaysia actually gained independence from the British.

POINT OF VIEW: BY TUN HANIF OMAR

OUR 50th Merdeka Day is just 21 weeks away. On this blessed day in 1957, the Federation of Malaya became independent of Britain. Malayan soil was, for the first time since 1511, completely independent!  

On this great day of Aug 31 in 1963, against the imploration of our first Prime Minister, Tunku Abdul Rahman for patience, Sabah and Sarawak respectively and unilaterally declared their independence of Britain but in 揳dherence to Malaysia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2007 09:34 AM | Show all posts
Jangan gembira melampau
Oleh Mohd. Izani Mohd. Zain

Bulan Ogos sinonim dengan bulan kemerdekaan. Bukan Malaysia sahaja yang menyambut kemerdekaan pada bulan ini, malah beberapa negara turut meraikannya seperti Indonesia dan India.

Dua buah negara itu lebih awal mengecap kemerdekaan berbanding negara kita. Indonesia menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-62 tahun pada 17 Ogos dan India meraikan tahun yang ke-60 sedikit awal iaitu 14 Ogos setiap tahun.

Sudah pastinya bulan kemerdekaan yang disambut setiap Ogos ini sering melonjakkan tahap patriotisme yang tinggi di kalangan rakyat masing-masing. Semangat patriotisme di bulan itu pastinya berbeza dengan bulan-bulan yang lain. Malaysia misalnya, sibuk meraikan ulang tahun kemerdekaannya yang ke- 50. Sejak awal-awal lagi, negara telah merancakkan program-program bersifat jati diri dan kenegaraan termasuk dalam sektor perlancongan sempena kempen Tahun Melawat Malaysia 2007.

Tidak dinafikan, kemerdekaan memberi kegembiraan dan kelegaan kepada rakyat setelah sekian lama dihimpit penjajahan. Bagaimanapun, kegembiraan yang melampau dan berlebihan atau apa yang disebut sebagai euforia tidak digalakkan kerana ia akan menyebabkan rakyat leka, alpa dan terbuai sehingga sanggup mementingkan diri sendiri sahaja.

Euforia tidak mustahil berlaku pada mana-mana negara di dunia terutama pada tahap awal kemerdekaan mereka. Negara jiran Indonesia misalnya, pernah dikatakan mengalami fenomena euforia di saat-saat awal kemerdekaannya apabila rakyat di sana terlalu gembira meraikan kemerdekaan. Hasilnya, terdapat di kalangan mereka tidak mahu mengikut peraturan atau undang-undang kerana masing-masing percaya bahawa mereka turut menyumbang dalam mencapai kemerdekaan Indonesia.

Menurut pandangan mereka, sebagai pejuang kemerdekaan, mereka tidak wajar dikawal dengan undang-undang. Pernah dilaporkan, ada di kalangan rakyat Indonesia tidak mahu membayar harga tiket kereta api ketika itu semata-mata beranggapan mereka adalah pejuang kemerdekaan.

Negara kita turut tidak terlepas daripada mengalami fenomena euforia, cuma ceritanya berbeza. Tidak dinafikan pada awal kemerdekaan tanah air, rakyat Tanah Melayu (kini Malaysia) pada saat itu terlalu gembira menyambut kemerdekaan sehingga ada beberapa pihak yang sanggup membuat permintaan yang kurang wajar dan tidak menepati semangat kemerdekaan dan perkongsian kuasa yang dipersetujui.

Jika sebelum merdeka, mereka boleh bersatu dan bersepakat menentang penjajah, sebaliknya selepas kemerdekaan, masing-masing lebih gemar membuat perhitungan sendiri dengan memikirkan apakah keuntungan yang mereka dapat.

Fenomena euforia di Tanah Melayu amat jelas jika kita menganalisis keputusan pilihan raya umum kedua pada tahun 1959. Keputusan dalam pilihan raya tersebut ternyata jauh berbeza dengan pilihan raya umum 1955. Dalam pilihan raya umum 1955, Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Akan tetapi, prestasi Perikatan hasil gabungan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Persatuan Cina Malaya (MCA) dan Kongres India Malaya (MIC) jatuh merudum apabila hanya memperoleh 74 daripada 104 kerusi Parlimen yang dipertandingkan.

Kemerosotan prestasi Perikatan dalam pilihan raya umum 1959 boleh dilihat dari pelbagai sudut. Namun antara faktor yang utama ialah berlakunya konflik dalam Perikatan itu sendiri yang menyaksikan parti sekutu MCA membuat permintaan yang kurang wajar dan tidak menghormati asas perkongsian kuasa antara kaum yang telah dipersetujui.


Menggesa

Berdasarkan laporan sejarah, MCA telah mendesak (demand) beberapa perkara termasuk memohon jumlah kerusi Parlimen yang lebih dalam pilihan raya dan paling ketara, menggesa bahasa Melayu tidak dijadikan bahasa rasmi Tanah Melayu pada ketika itu.

Permintaan MCA ini dilihat oleh rakyat terutama orang Melayu sebagai satu perkara yang tidak wajar dan ia sedikit sebanyak telah menjatuhkan reputasi Perikatan dalam pilihan raya pada ketika itu. Perikatan didakwa kurang berjaya mengurus perpaduan antara kaum dan terlalu berlembut sehingga kedapatan kaum tertentu meminta perkara yang tidak sewajarnya.

Hasilnya, imej Perikatan sedikit terjejas di mata orang Melayu sehingga parti lawan, Parti Islam Semalaysia (Pas) berjaya mencuri perhatian mereka (orang Melayu) pada ketika itu. Dalam pilihan raya umum 1959, Pas berjaya menubuhkan kerajaan di Kelantan dan Terengganu di samping menawan 13 kerusi Parlimen (berbanding satu kerusi Parlimen sahaja dalam pilihan raya umum 1955).

Sikap euforia oleh MCA semakin kelihatan apabila mereka dikatakan banyak membantu kemenangan UMNO sekali gus Perikatan dalam pilihan raya umum 1959. Berdasarkan rekod sejarah, jumlah pengundi kaum Cina lebih besar berbanding kaum Melayu untuk pilihan raya umum 1959. Pengundi kaum Cina menyumbang 35.9 peratus daripada jumlah pemilih (pengundi) berbanding hanya 22.4 peratus daripada pengundi kaum Melayu.

Bagaimanapun, MCA sebenarnya lupa akan pesanan yang telah dibuat oleh Tun Tan Cheng Lock (mendiang) berkaitan kontrak sosial yang mesti disepekati oleh semua kaum di Tanah Melayu pada ketika itu. Beliau pernah berpesan kepada Pemuda MCA supaya tidak mencabar dan mempersoalkan ketuanan politik orang Melayu kerana berdasarkan kontrak sosial atau perjanjian tidak bertulis, kaum Cina telah diberikan ketuanan ekonomi.

Baru-baru ini Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam ucapannya pada majlis perasmian Perhimpunan Agung MCA tahun 2007 berpesan supaya setiap kaum hormati- menghormati antara satu sama lain. Abdullah yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) turut memperingatkan semua rakyat Malaysia bahawa tidak semua permintaan setiap kaum akan dipenuhi. Walau bagaimanapun, beliau akan berusaha bersikap adil demi kesejahteraan rakyat.

Pesanan Perdana Menteri itu sebenarnya ada kaitannya dengan sikap euforia kerana sikap gembira yang berlebih-lebihan inilah akan mewujudkan perasaan leka dan alpa sehingga sanggup melakukan sesuka hati tanpa mengira perasaan pihak lain. Apa yang jelas, sikap euforia tidak membantu dalam konteks pembangunan sesebuah negara.

Meskipun negara kita sudah merdeka 50 tahun dan sedang menuju pembinaan bangsa Malaysia seperti yang ditekankan dalam Wawasan 2020, sikap euforia boleh muncul dan mendominasi pemikiran rakyat jika ia tidak dikawal.

Sikap euforia boleh dikawal dengan memberi penekanan terhadap konsep kontrak sosial antara kaum yang telah lama dipersetujui. Kontrak tersebut harus dihormati.

Meskipun ada pihak cuba mempersoalkan kerelevanan kontrak sosial kerana Malaysia sudah merdeka 50 tahun. Namun kita harus ingat bahawa Tanah Melayu telah dijajah selama 446 tahun iaitu sejak ditawan Portugis pada tahun 1511. Dalam tempoh yang selama itu, orang Melayu khususnya ditindas dan dipinggirkan secara sistematik melalui dasar pecah dan perintah.

Justeru, tempoh 50 tahun kemerdekaan negara belum lagi mampu menyembuh 憀uka' penjajahan selama lebih empat ratus tahun itu. Sempena kemerdekaan kita yang ke-50 ini, sikap euforia harus dikikis kerana ia tidak menguntungkan mana-mana pihak.

* Mohd. Izani Mohd. Zain ialah pensyarah di Fakulti Pengurusan dan Pengajian Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2007 06:10 AM | Show all posts

Reply #26 niy's post

Kereta pun dah lekat dah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2007 09:20 AM | Show all posts
Kanak-kanak dan patriotisme

Pendapat
憫TANGGAL 31, bulan lapan lima puluh tujuh, merdeka merdeka, tetaplah merdeka, ia pasti menjadi sejarah拻. Bait-bait lagu bertemakan kemerdekaan dendangan Allahyarham Sudirman Arshad itu sangat dalam maknanya dan mampu meresap ke dalam jiwa sesiapa sahaja yang mendengarnya.

Lagu ini merupakan antara salah satu medium yang berorientasikan matlamat menghargai dan menjiwai semangat kemerdekaan.

Demikian juga, dalam meniti tahun ke-50 kemerdekaan Malaysia pada tahun ini, menjadi suatu kemestian untuk semua warganya berasa bangga dengan kemerdekaan yang tidak ternilai ini.

Melentur bulu biarlah dari rebungnya. Ini adalah peribahasa yang tepat dalam usaha memupuk semangat cintakan negara dan mensyukuri nikmat kemerdekaan di kalangan kanak-kanak. Golongan kanak-kanak di negara kita perlu dididik akan nilai-nilai patriotisme yang utuh.

Mereka perlu kenal siapa tokoh-tokoh penting yang memacu kepada kejayaan kemerdekaan negara. Semangat perjuangan Allahyarham Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock, Tun V.T. Sambanthan, dan lain-lain lagi perlu diserapkan ke dalam jiwa kanak-kanak agar mereka faham betapa besarnya tanggungjawab untuk mendaulatkan martabat bangsa, agama dan negara.

Kemerdekaan perlu ditafsir dan dipupuk kepada golongan setahun jagung ini ke arah landasan yang tepat. Mereka perlu dijelaskan bahawa merdeka bukan bererti bebas melakukan apa sahaja sehingga melampaui batas tatasusila, budaya, keagamaan dan perundangan. Dengan pendedahan seawal usia begini, adalah sangat berkesan dalam membimbing mereka menjadi warganegara yang cintakan negara tanpa berbelah bahagi.

Banyak kaedah yang boleh dilaksanakan untuk memupuk jati diri dan semangat cintakan negara di kalangan kanak-kanak sempena ulang tahun kemerdekaan ini. Ibu bapa boleh membelikan anak-anak mereka bahan-bahan bacaan yang mengisahkan susur-galur pembangunan dan sejarah negara. Di pasaran mutakhir ini, terdapat banyak kaset dan cakera padat yang memuatkan lagu-lagu patriotik yang boleh dibeli dan seterusnya diperdengarkan kepada kanak-kanak.

Di peringkat komuniti dan sekolah, pertandingan dan kempen yang bertemakan kemerdekaan turut menyumbang kepada penyampaian mesej cintakan negara di kalangan kanak-kanak. Misalnya, pertandingan membaca bahan bacaan kemerdekaan, deklamasi sajak, pertunjukan fesyen berbilang kaum, persembahan teater dan nyanyian lagu patriotik, atau kempen kibarkan Jalur Gemilang adalah antara aktiviti yang sangat wajar didedahkan kepada mereka. Sambutan dan perarakan Hari Kemerdekaan adalah satu platform yang terbaik untuk kanak-kanak. Bawalah mereka melihat sendiri sambutan ini atau menontonnya di kaca televisyen.

Dalam usia muda sebegini, jika pemikiran dan tingkah laku kanak-kanak ini telah diterapkan dengan nilai-nilai patriotisme, adalah diyakini mereka akan terus menjadi generasi yang kental dengan semangat sayangkan negara. Penghayatan nilai kemerdekaan sebegini juga dapat memastikan bahawa ke mana-mana sahaja mereka pergi di setiap ceruk dunia kelak, perasaan bangga menjadi 慉nak Malaysia yang merdeka

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2007 08:55 PM | Show all posts
menteri kekkwa gaduh org tak mau letak bendera kecil di kereta.

apakah yang menyebabkan org ramai tidak mau berbuat demikian
apakah kerana tak diberi bendera secara percuma atau org ramai
mmg tidak mau letak bendera kat kereta kerana takut kereta
meka akan rosak sebab pelekatnya yang kuat??

aku klu beri free pun... pikir 2/3X nak letak bendera tuh di kereta
BTW keta2 peribadi VIP neh ...depa taruk ke bendera??   

Selamat Menyambut Merdeka Tanpa xxxxxxx
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2007 11:35 PM | Show all posts
selamat hari merdeka.. merdekakan minda anda

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2007 01:37 AM | Show all posts
"Kita sekarang - dalam cita-cita menuju Malaya merdeka - haruslah membuang semangat perkauman yang berlebih-lebihan. Kerana ini adalah menjadi satu batu penarung terhadap cita-cita Malaya merdeka.

Bagi diri saya tidak ada apa-apa yang dapat diberikan untuk perjuangan Malaya menuju kemerdekaan.
Tetapi jika rasa sanggup membuang semangat perkauman yang berlebih-lebihan bagi diri tiap-tiap orang dan tiap-tiap kaum itu dikatakan satu derma bakti kepada perjuangan ini, maka saya dapat kosongkan dada membuangkan perasaan itu untuk memenuhi isi kemerdekaan kita.

Sesungguhnya saya tidak mengetahui dengan betul apakah kita (orang-orang) yang memperjuangkan kemerdekaan itu akan sanggup pula - kelak - mempertahankan kedaulatan kemerdekaan itu?"
-- Usman Awang "Untuk Malaya Merdeka" - 1952.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2007 02:03 AM | Show all posts
Pahlawan Kemerdekaan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2007 09:02 AM | Show all posts
Kuiz MERDEKA MAWI ada tak?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2007 10:08 AM | Show all posts
Pesanan Tunku 25 tahun lalu


BAPA Kemerdekaan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
--------------------------------------------------------------------------------

KETIKA negara meraikan ulang tahun kemerdekaan yang ke-50, renung pesanan daripada Perdana Menteri pertama Malaysia, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra yang diluahkannya 25 tahun lalu melalui wawancara dengan wartawan Bernama, Zakaria A. Wahab (kini Datuk) sempena sambutan Jubli Perak kemerdekaan negara. Kami siarkan kembali wawancara bertajuk 慘enangan Seorang Negarawan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2007 10:10 AM | Show all posts
Menimbulkan

Jadi memanglah ada selalu kebimbangan itu bahawa kaum-kaum dalam negara ini boleh berpecah, tetapi asalkan kita tidak membuat perkara-perkara yang boleh menimbulkan pergaduhan, negara kita sudah tentu akan selamat. Saya masih teringat semasa peristiwa 13 Mei, 1969 di Kuala Lumpur dulu bukan main dahsyatnya Allah s.w.t. sahaja yang tahu.

Kalau timbulnya pergaduhan dari Perlis, Kedah hingga Johor sampai ke negeri-negeri sebelah Pantai Timur itu, apa hendak jadi pada negara ini saya tidak tahulah, macam saya ni bolehlah melarikan diri tetapi rakyat miskin dalam kampung hendak selamatkan diri di mana? Yang duduk di pekan hendak lari ke mana?

Siapa yang boleh menjaga setiap orang atau mereka semua? Jadi apa yang saya perhatikan selama 25 tahun merdeka ini, saya dapati perasaan terutama orang-orang muda atau generasi baru dan lebih-lebih lagi mereka yang keluar dari sekolah-sekolah yang dibantu oleh kerajaan, mereka ini sudah banyak memandang ke Malaysia sebagai tanah ibu pertiwi mereka.

Malah, mereka sudah belajar bahasa Melayu dan pandai bertutur dalam bahasa Melayu.

Sampai dalam taman didikan kanak-kanak sendiri saya dapati kanak-kanak kaum lain begitu juga keadaannya, pernah anak saudara Adikong (Aide De Camp) yang belajar di tadika membaca al-Fatihah di depan saya, dari mula sampai habis. Jadi saya tanyalah tidakkah ibu bapa mereka marah kerana tadika itu bukan sekolah agama dan mengajar mereka membaca al-Quran pula.

Mereka memberitahu saya sebenarnya mereka tidak pernah mengajar membaca al-Quran kepada kanak-kanak bukan Islam.

Hanya kanak-kanak Melayu sahaja yang diajar membaca al-Quran, manakala kanak-kanak keturunan lain diajar mengenai adat dan tatatertib sahaja mungkin mereka pandai membaca al-Quran kerana banyak bergaul dengan kanak-kanak Melayu serta selalu mendengar mereka membaca kitab dan turut membaca bersama.

Jadi sampai begitu sekali keadaannya sekarang. Itulah saya berpegang kepada satu iaitu kita hidup dengan persefahaman yang baik, di antara satu sama lain dan harus bersyukur kepada hadrat Ilahi.

Tetapi kita mesti jaga keamanan itu agar tidak berlaku huru-hara atau perpecahan. Kalau sudah berpecah memanglah akan berpecah terus.

Kita dapat lihat sendiri seperti di Lebanon, penduduknya yang terdiri daripada satu bangsa tetapi kerana berlainan agama telah bergaduh sesama sendiri dari satu masa ke satu masa dan tidak pernah dapat hidup senang kecuali menanggung penderitaan akibat perbuatan sendiri.

Inilah perkara yang kita mesti awasi, saya pasti memang ada orang Melayu yang cuba hendak gunakan agama untuk memecahbelahkan antara satu sama lain.

Mereka tahu kalau digunakan cara lain sudah tentu agak sukar bagi mereka hendak mempengaruhi orang Melayu. Sebaliknya dengan menggunakan Islam orang Melayu akan lebih cepat tertarik hati. Kerana itu timbullah peristiwa sembahyang sampai dua imam dalam satu masjid. Inilah yang kita mesti jaga.

Agama Islam sebenarnya bertujuan memberi kebahagiaan kepada hambanya bukan untuk berpecah belah dan bergaduh antara satu sama lain. Sebab itu saya berusaha 憇impangkan
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2007 10:10 AM | Show all posts
Atuk Merdeka

Cucuku,
Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?
Atukku,
Aku ingin menjadi kayu.
Jika kau menjadi kayu,
Jadilah kayu golf,
Disebut kayu tetapi besi,
Diulit Dato'', tauke dan menteri,
Jangan kau menjadi kayu tunggul.
Cucuku,
Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?
Atukku,
Aku ingin menjadi pagar.
Jika kau menjadi pagar,
Jadilah pagar karan,
Dipicit suis power berjalan,
Dirempuh diusik, boleh pengsan,
Jangan kau jadi pagar makan padi.
Cucuku,
Kau ingin menjadi apa bila kau besar nanti?
Atukku,
Aku ingin menjadi mangkuk.
Jika kau menjadi mangkuk,
Jadilah mangkuk purba zaman batu,
Buruan ahli arkeologi setiap waktu,
Membawa bukti tamadun dan ilmu,
Jangan kau menjadi mangkuk hayun.
Cucuku,
Kau ingin menjadi apa bila kau dewasa nanti?
Atukku,
Aku ingin menjadi bintang.
Jika kau menjadi bintang,
Jadilah bintang di langit,
Tiada boleh ditukar wang ringgit,
Tidak boleh dijolok dikait,
Jangan kau menjadi bintang tiga.
Cucuku,
Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?
Atukku,
Aku ingin menjadi seluar dalam.
Jika kau menjadi seluar dalam,
Jadilah seluar dalam Superman,
Sarung di luar nampak gentleman,
Tiada manusia memberi komen,
Jangan kau menjadi seluar dalam model playboy.
Cucuku,
Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?
Atukku,
Aku ingin MERDEKA.
Jika kau ingin MERDEKA ,
Lupakan tentang perarakan di Dataran Merdeka,
Simpanlah budget kereta berhias dan pentas lintas hormat,
untuk membeli kayu,
untuk membeli pagar,
untuk membeli mangkuk,
untuk membeli bintang,
untuk membeli seluar dalam,
untuk membeli MERDEKA.
MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA !!!


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 11:14 AM GMT+8 , Processed in 1.292139 second(s), 41 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list