CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

IKON ASEAN @ Astro Ria : Filipina MENANG BESAR!!

[Copy link]
 Author| Post time 23-5-2007 08:53 AM | Show all posts
Gelaran ikon biarlah kena pada orangnya

PERKATAAN ikon menurut Kamus Dewan Edisi Keempat 2005 bermaksud gambar, lukisan, imej, gambaran: puisi Sutardji wujud dalam konteks ritual dan kepercayaan berserta - yang seiring bagi dunia magis Melayu-Indonesia yang primitif.

Sementara itu, perkataan ikon jika diterjemahkan dalam konteks dunia hiburan seperti bidang nyanyian, ia antara lain menggambarkan seseorang penyanyi ataupun pemuzik yang sudah mencapai suatu tahap yang sungguh hebat.

Hebat dalam erti kata berjaya mendendangkan lagu-lagu yang bermutu tinggi, memikat halwa telinga, persembahan bertenaga, malah boleh pula dijadikan sebagai kayu ukur serta rujukan untuk pengkarya-pengkarya pada masa depan.

Justeru, apabila stesen TV Astro menerusi saluran Astro RIA menganjurkan program baru berjudul Ikon Malaysia yang mula bersiaran pada 21 Mei lalu, ia menimbulkan pelbagai persoalan.

Antara persoalan yang timbul ialah, sejauh manakah 10 penyanyi solo dan sembilan artis berkumpulan yang diketengahkan menerusi program tersebut layak menerima gelaran ikon dalam persada muzik tempatan?

Mawi Akademi Fantasia 3 (AF3) Adam AF2, Daniel Malaysian Idol 2 (MI2), Dina (MI), Ezlynn, Mirwana, Disagree, Shanon, Def Gab C dan Farah (AF2) merupakan antara penyanyi yang disenaraikan bersaing menerusi program tersebut.

Magis

Ini kerana, bukannya mudah untuk mengangkat seseorang penyanyi atau pemuzik ke taraf ikon melainkan mereka berjaya membuktikan sesuatu yang magis dalam bidang yang mereka ceburi.

Elvis Presley misalnya, melakukan perubahan besar dengan ledakan irama rock 憂 roll pada tahun 1950-an menerusi petikan kod gitarnya yang lebih laju, alunan vokal yang rancak serta ketukan bunyi dram yang lebih bingit di mana ia melangkaui era muzik dekad-dekad sebelumnya.

Muzik rock 憂 roll yang diperkenalkan oleh penyanyi lagenda itu secara tidak langsung telah banyak mempengaruhi evolusi kemunculan genre-genre lain selepas itu terutamanya penghujung tahun 1960-an antaranya muzik rock, heavy metal, punk, blues dan sebagainya.

Begitu juga dengan apa yang telah dipelopori oleh penyanyi seperti Bob Marley menerusi genre muzik reggae, Ray Charles (R&B) dan Black Sabbath (rock) yang menjadi ikon para peminat muzik pada era tahun 1960-an dan 1970-an malah sehinggalah ke hari ini.

Genre-genre tersebut bukan sahaja diperdebatkan di kalangan peminat, tetapi ada universiti di Amerika Syarikat misalnya di Boston, Massachusetts dan Tampa, Florida yang membuat kajian tentang betapa geniusnya mereka ini dalam mencetuskan suatu karya unggul sehingga layak menerima gelaran ikon.

Sayangnya perkembangan itu bukan sahaja tidak pernah berlaku dalam persada muzik tempatan, sebaliknya kita pula dengan sewenang-wenangnya mengangkat penyanyi yang entah daripada mana hujung pangkalnya sebagai ikon.

Fenomena itu menggambarkan kita seolah-olah tidak mempunyai citarasa dan begitu mudah mengangkat penyanyi-penyanyi yang baru hendak bertatih sebagai ikon untuk disajikan kepada para peminat seni suara tempatan.

Bersaing

Difahamkan 19 artis yang terbabit dalam program Ikon Malaysia bakal bersaing sesama sendiri di mana pemenangnya akan mewakili negara di peringkat Asia Tenggara.

Pemenang program itu ditentukan oleh 70 peratus melalui pemilihan juri yang diketuai komposer Ramli MS, manakala 30 peratus lagi menerusi undian khidmat pesanan ringkas (SMS) para penonton.

Selepas itu, seorang pemenang bagi kategori penyanyi solo dan artis berkumpulan masing-masing akan bersaing dengan ikon-ikon dari negara seperti Indonesia dan Filipina.

Kita seharusnya berasa bimbang apabila 慽kon-ikon

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2007 09:49 AM | Show all posts

Reply #19 PEPPERMAN's post

betui la.. aku pun fikir cam gitu gak.. tapi artis yg berlagak diva kat mesia ni mgkn takut kalau gelaran tu depa tak dpt... nanti jadi isu plak!!!

walau apa pun aku nak tgk reshmonu dan jac berentap!!! dua ni jer yg aku rasa ok..
Reply

Use magic Report

eminor This user has been deleted
Post time 25-5-2007 02:59 AM | Show all posts
I think, kriteria2 tambahan ini harus dipertimbangkan dlm pemilihan ikon malaysia;

1.Berkebolehan menulis lagu sendiri tanpa bergantung 100% pada komposer, sekurang-kurangnya satu atau dua  lagu ciptaan sendiri setiap album. * contoh; penyanyi dari seberang seperti Glenn Fredly,Melly Goeslaw etc memang berkebolehan menulis lagu mereka sendiri *

2.Pengalaman menyanyi dan penglibatan dlm industri muzik Malaysia sekurang-kurangnya 5 tahun.

3.Penguasaan Bahasa Inggeris yg baik, untuk pergi lebih jauh bahasa ni penting!! penyanyi filipina seperti Lea Salonga,Regine Velasquez  etc dapat memasuki pasaran antarabangsa kerana penguasaan bahasa ini...kita harus hantar wakil yg mempunyai kriteria seperti ini...tak kisah la kalau nyanyi lagu melayu,mandarin etc yg penting komunikasi bahasa inggeris power!! tak payah hired translator....
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2007 04:00 PM | Show all posts
ikutkan kata Ramli MS: kriteria pemilihan berdasarkan mereka sbg penyanyi bukan penghibur..dan x ada sentuh pun sebagai penulis lirik, menggubah lagu dan sbgainya卥lu macam ni, x perlulah nak pertikaikan setahun jangung ke, 2 taun jangung ke dlm bidang nyanyian...

klu den tuan tanah rancangan ni, den letak syarat cam nih:
1) terbahagi 3 ketegri solo pempuan, lelaki, group (2 org dan lebih)..
2) penglibatan sbgi penyanyi rakaman lebih 1 taun..x lebih 10 taun (nanti xdelah bung jenal melenting x tentu pasal)..
3) ada album sndri..(laku x laku lain cite)
4) format 50/50 juri/sms..

IKON Malaysia ni adalah anugerah yang diberikan oleh rakyat malaysia yang suka dengar orang menyanyi...juz give them peluang utk pilih siapa yang selayaknya di ikon kan!!!..

bagi juri..tumpuan kepada arrgement setiap lagu, suara-pitching lari ke, flat ke, tone ke..apa lagi??entah aku pon x tau..tp, dah jadi pro penyanyi tu ada ke pitching ke laut..???tone x sedap??suara sampai x sampai..???ada jerk!!!!

sbnrnya, lebih tepat kalau den letakkan tajuk dia: IKON Belia..
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2007 12:17 AM | Show all posts
1. Berkebolehan menulis lagu sendiri tanpa bergantung 100% pada komposer, sekurang-kurangnya satu atau dua  lagu ciptaan sendiri setiap album. * contoh; penyanyi dari seberang seperti Glenn Fredly,Melly Goeslaw etc memang berkebolehan menulis lagu mereka sendiri *

2.Pengalaman menyanyi dan penglibatan dlm industri muzik Malaysia sekurang-kurangnya 5 tahun.

3.Penguasaan Bahasa Inggeris yg baik, untuk pergi lebih jauh bahasa ni penting!! penyanyi filipina seperti Lea Salonga,Regine Velasquez  etc dapat memasuki pasaran antarabangsa kerana penguasaan bahasa ini...kita harus hantar wakil yg mempunyai kriteria seperti ini...tak kisah la kalau nyanyi lagu melayu,mandarin etc yg penting komunikasi bahasa inggeris power!! tak payah hired translator....



1. Reshmonu & Shanon Shah

2. Dayang

3. Reshmonu & Jac


[ Last edited by  Rhyno at 1-6-2007 10:56 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2007 08:09 AM | Show all posts

Reply #25 Rhyno's post

ko lupa tambah Shanon Shah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
eminor This user has been deleted
Post time 1-6-2007 06:34 PM | Show all posts
I think Rhyno made a good choice, Reshmonou, Jac and Dayang memang layak mewakili M'sia....tak kisah la apa keputusan nya nanti, yg penting juri-juri Ikon mempertimbangkan bakat2 mereka bertiga ni...hopefully one of these 3 represents Malaysia....
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2007 11:56 PM | Show all posts
Bagi je Jac melalak kat Ikon Asean biar terkencing wakil2 Ikon Indon & Ikon Filipina.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


eminor This user has been deleted
Post time 3-6-2007 01:52 AM | Show all posts
Secara jujurnya,if im the jury...i'll have to choose Reshmonou, coz beliau seorang Producer,Sound Engineer,Composer and a singer as well!! lagu2 beliau lebih global ala Zainal Abidin!! personaliti yg unik,flexsible in terms of music genre and offcourse menguasai Bahasa Inggeris & Bahasa Malaysia! Jac & Dayang dlm genre music yg sama, soul & RNB...bukan kah setiap negara ada penyanyi genre sebegini??? di Filipina mungkin ada berlambak penyanyi yg tergolong dlm genre ini...so kita kena fikirkan strategi untuk menang IKON Asean nie, wakil kita harus ada sesuatu yg unique untuk dipersembahkan....
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2007 02:37 AM | Show all posts
Jac & Reshmonu would be a really great Top 2. :pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2007 01:41 PM | Show all posts
terus terang aku cakap, reshmonu kat malaysia ni macam tak berapa nak dihargai bakat dia...memang talent dia unique...but kadang
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2007 02:00 PM | Show all posts
korang rasa sapa di antara mereka ni yang tersingkir dulu???? my guess are DANIEL and ADAM sebab vokal dorang memang k.o.....
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2007 11:23 PM | Show all posts
Daniel, Adam & Ezlynn...they deserve to go. :puke:

Kalau group, tak pasti..kena tgk dulu sebab semua power.. ;)
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2007 12:13 PM | Show all posts
mana nak dapat pass IKON ni?
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2007 02:57 PM | Show all posts
Originally posted by Urban_Iz at 5-6-2007 02:00 PM
korang rasa sapa di antara mereka ni yang tersingkir dulu???? my guess are DANIEL and ADAM sebab vokal dorang memang k.o.....

aku setuju!
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2007 05:32 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2007 07:29 PM | Show all posts
Jangan lupa saksikan Ikon Malaysia - Kumpulan malam ni. Kump manakah yang akan mara ke separuh akhir? Tunggu & lihat! :cak:
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2007 02:19 AM | Show all posts
best ke Ikon tadi? igt nak tgk, tapi rasa malas lak nak tgk yg group ni, nak tunggu yg solo, next week kan?
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2007 09:31 PM | Show all posts
sapa yang dapat masuk semi utk grup ikon ya?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-6-2007 04:27 PM | Show all posts
'Gegaran' IKON Malaysia bermula...
21-06-2007 03:47:29 PM
oleh WAHIDA ASRANI  

Pencarian artis yang bakal bergelar IKON Malaysia sekaligus berpeluang beraksi untuk gelaran IKON Asean telah pun bermula malam semalam dengan menyaksikan sembilan artis bagi kategori berkumpulan bersaing di Pentas Ikon Malaysia yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Sembilan artis yang tercalon iaitu kumpulan Jinbara, Amuk, Def Gab C, Disagree, Flop Poppy, Gerhana Ska Cinta, May, Mirwana dan OAG telah membuat persembahan dalam jangka masa empat minit di mana mereka diadaili oleh tiga panel juri iaitu komposer terkenal Ramli MS, Jenny Chin dan Mac Chew sebanyak 70 peratus, manakala 30 peratus lagi akan ditentukan menerusi undian SMS.

Secara keseluruhan, program yang dihoskan oleh pengacara sensasi Sarimah Ibrahim ini  lebih dilihat seperti sebuah 'konsert mini', memandangkan ia menyaksikan penglibatan artis-artis professional.

Jinbara membuka tirai Pentas IKON Malaysia bagi pusingan pertama ini dengan membawakan lagu hits mereka, Kasihnya Laila. Satu persembahan yang nyata cukup bertenaga!

OAG yang membuat persembahan seterusnya juga tidak menghampakan. Vokalisnya Radhi dengan gaya yang 'sempoi' berjaya memberikan aksi menarik menerusi lagu yang mula-mula menaikkan nama OAG di persada seni iaitu 60's TV.

Di antara sembilan buah kumpulan yang bertanding itu, Mirwana yang dianggotai oleh empat anak muda ini adalah satu-satunya kumpulan yang mengenengahkan genre nasyid kontemporari.

Membawakan lagu Aku Tanpa Cintamu, diakui Mirwana memang mempunyai keserasian vokal yang baik.

Cuma sayang sekali buat kumpulan ini kerana persembahan mereka agak 'tenggelam' disebabkan rata-rata artis yang bertanding pada malam itu lebih happening dengan genre yang mereka bawakan.

Def Gab C mengambil alih pentas dengan membawakan lagu Funki Disko dan Pelangi Petang. Satu persembahan yang agak 'biasa' daripada kumpulan ini! Begitu juga Gerhana Ska Cinta yang menyampaikan lagu medley This Is SKA dan Hidup Ini.

Showmanship mereka kurang menyerlah sehingga membuatkan persembahan kumpulan ini nampak hambar!

Pujian ingin diberikan kepada Bandi Amuk yang berjaya menggamatkan dewan tersebut dengan trademark popularnya, 'Yeah Yeah'. Membawakan lagu Akar dan Bumi, tidak salah dikatakan persembahan Amuk adalah antara yang paling menyerlah pada malam itu.

Tiada sebarang gimik dibuat, tetapi Bandi memang ada class tersendiri!

Flop Poppy yang menyusul selepas itu juga tidak ketinggalan memberikan satu persembahan yang menghiburkan.

Walaupun boleh dilabelkan sebagai persembahan yang agak biasa seperti yang sering dipersembahkan oleh mereka di mana-mana show, namun cukup mengagumkan apabila vokalisnya, Andy berjaya membawakan empat buah lagu popular mereka di dalam bentuk medley iaitu Keliru, Cinta, Atas Nama Cinta dan Suzila dengan baik.

Di antara keseluruhan persembahan pada malam itu, Disagree agak mengecewakan! Agak mengejutkan apabila suara vokalisnya, Zahid yang selama ini memang bagus tetapi pada malam itu amat mengecewakan.

Tindakan mereka membawakan lagu baru The Greatest Fall, yang jarang diputarkan di radio-radio juga membuatkan persembahan mereka hambar sama sekali.

Tirai Pentas IKON Malaysia bagi kategori berkumpulan dilabuhkan dengan persembahan daripada May, kumpulan yang paling senior pada malam itu. Tiada siapa yang boleh menyangkal 'keunggulan' kumpulan ini lebih-lebih lagi dengan kehebatan vokal Mus.

Persembahan penutup yang almost perfect daripada May menerusi medley Dalam Kembara, Strategi dan Pelayaran.

Jumaat ini, Pentas IKON Malaysia bagi kategori solo pula akan berlangsung di lokasi yang sama. Artis-artis yang terlibat adalah Adam, Farah, Mawi, Daniel Lee, Dayang Nurfaizah, Dina, Ezlynn, Jaclyn Victor, Reshmonu dan Shanon Shah.

Pengumuman khas siapa yang bakal mara ke peringkat separuh akhir akan dibuat pada 30 Jun ini di Planet Hollywood dan keputusan itu juga akan disiarkan di segmen Buzz IKON Malaysia di saluran Astro RIA yang dihoskan oleh Dynaz.

Selepas melalui peringkat saringan tersebut, lima artis dari setiap kategori yang mendapat pungutan markah tertinggi akan mara ke peringkat separuh akhir pada tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Hanya tiga artis solo dan tiga berkumpulan yang terus mendapat markah tertinggi pada peringkat separuh akhir 7 Julai nanti menerusi format penjurian itu akan ke peringkat akhir pada 28 Julai dan sekaligus berpeluang untuk bergelar juara IKON Malaysia.

IKON Asean pula akan diadakan pada 12 Ogos depan yang akan menyaksikan IKON Malaysia berentap dengan juara IKON Indonesia dan Filipina.

Peringkat akhir IKON Malaysia dan IKON Asean bagaimanapun akan dinilai sepenuhnya oleh juri tetap.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 10:24 AM GMT+8 , Processed in 0.062552 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list