CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: basiron

Langkah 47, ilmu suami menambat hati isteri.

[Copy link]
Post time 15-3-2007 02:19 PM | Show all posts
Originally posted by basiron at 14-3-2007 02:53 PM
Peluk dan belai isteri sekali sekala tanpa implikasi seksual.


ramai gak lelaki ni kalau kita peluk belai manjerr2 dia ingat seks jer. padehal kita nak manjer2 jer.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2007 06:10 PM | Show all posts

Reply #19 putubambu's post

gerun tu kena ada....
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2007 06:26 PM | Show all posts

Reply #21 dewi's post

adek tecik terangsang kutts..
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2007 06:31 PM | Show all posts
...senang jer tuk menambat hati isteri...
...all u guys have to do is...
...to feed her well...
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2007 06:33 PM | Show all posts

Reply #23 adek-adek's post

tak der disiplin nyer adik kecik la tu sikit2 nak terangsang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-3-2007 07:51 PM | Show all posts

Reply #25 dewi's post

tak tahan dolat tu .. tu yg jdk gitu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-3-2007 01:59 AM | Show all posts
kalau bagi bunga pon dah tertambat
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2007 02:49 AM | Show all posts
Tah la laki akak dari zaman courting2 sampai la kat 20 tahun ni....sama jer..mmg tak romantik la..tapi tak kesahlah..janji akak sayang dia...

Solat jemaah tak tinggal bersama keluarga..selagi dia masih ingat rumah..ingat anakbini tu pun dah alhamdullilah..

Lagi2 kalu mintak ape seme dapat..lagi la akak sayang..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2010 08:47 PM | Show all posts
ada ke list yang cara-cara bini nak tambat hati suami...?
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2010 02:03 AM | Show all posts
Saya syorkan byk la dgr CD atau baca buku terbitan Telaga Biru. Saya biasa beli CD pasal kat Petronas pun ada jual, dan boleh dgr dlm kereta sementara nak pegi balik keje. Dgr dari Dr Fadzilah Kamsah, Ust Siti Nurbahyah, etc... Kekadang tu, ada yg tak terpikir gak apa yg disampaikan tu... {:1_124:}
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2010 05:22 PM | Show all posts
inzal tu ape?
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2010 10:00 PM | Show all posts
boleh jadi suami mithali tuh.....kalau semua petua 47 dibuat....bertuah badan isteri yg dpt suami lagu tuh....
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2012 03:18 PM | Show all posts
org sana kadang2 rimas lak... apa lagi kaedahnya...
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2012 07:37 PM | Show all posts
1. Sentiasa berdoa agar disayangi.
tak sure lah suami doa ke tak mcm ni

2. Apabila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain.
selalunya saya sambut dpn pintu tapi kalau tgh sibuk kat dapur, suami masuk bilik tukar baju dulu

3. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang hari.
takde pun tanya

4. Jadikan seorang pendengar yang baik kepada isteri .Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati.
jarang ler skrg ni

5. Berikan masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang berkualiti terhadap isteri.
dapat 5 min pun kira untung dah

6. Berikan bunga, minyak wangi atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk memujuk ketika isteri sedang marah.
ada jugak bagi tapi bukan time pujuk bini masa marah....suami bagi bila2 dia rasa nak bagi (alhamdulillah)

7. Tolong masak atau ajak makan di luar sekali sekala.
selalu saya yg ajak makan di luar

8. Beri pujian mengenai penampilan isteri (rambut, wajah, pakaian dan sebagainya).
mmg tak ler

9. Pujuk apabila isteri marah atau kecil hati.
tak pun....tak pandai pujuk

10. Beri bantuan atau kerjasama setakat yang mampu.
so far so good....tengkiu

11. Luangkan masa yang lebih agar tidak mendesak isteri untuk lebih cepat bergerak atau bertindak.
suami saya seorang yg penyabar...selalu tunggu jer bini bersiap

12. Jika lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon rumah.
selalunya mcm tu lah

13. Sekiranya isteri minta bantuan, nyatakan boleh atau tidak dengan tidak mengungkit atau banyak komen.
yup...suami seorg yg direct to the point

14. Jika anda perlu bersendirian untuk berfikir, beritahu bila anda akan pulang.
yg ni pun 'check'

15. Apabila sudah sejuk, beritahu isteri apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan menyalahkan isteri.
yg ni pun ye...suami seorg yg matang

16. Bila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya.
yg ni kena bgtau suami 'i have something to discuss' baru suami bagi perhatian

17. Apabila keluar, tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan.
selalunya tanya.  Kdg2 terlupa agaknya

18. Beritahu bila kita ingin berehat atau tidur.
selalunya

19. Peluk isteri dengan penuh kasih sayang sekurang-kurangnya empat kali sehari.
semenjak 2 menjak ni dah kurengggg

20. Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, sekadar ingin memberitahu "AKU CINTA PADAMU ".
hanya tinggal kenangan.....huhuhu

21. Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.
dah tak terucap

22. Tolong kemaskan katil atau bilik tidur.
jarang2 tapi ada jugak sekali sekala

23. Ajak isteri berjalan-jalan tanpa anak-anak.
selalu jugak

24. Cuba tunaikan apa yang isteri hajati.
selalunya....selagi termampu....tQ

25. Nyatakan anda merinduinya bila berjauhan.
hmmmm....suami bukan seorg yg romantika

26. Bawa pulang buah tangan, kuih kegemaran isteri sekali sekala.
kalau tak pesan, takde lah

27. Sentiasa lakukan ibadah bersama.
ada jugak...alhamdulillah

28. Jika keluar daerah,telefon isteri memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu anda sudah selamat sampai.
selalu mcm tu lah

29. Sentiasa kemas dan wangi sebelum tidur bersama.
dulu selalu pakai minyak wangi tapi sejak bini komplen tak tahan bau minyak wangi, dah tak pakai ler masa tido

30. Urut belakang isteri sekali sekala.
blom pernah

31. Peluk dan belai isteri sekali sekala tanpa implikasi seksual.
selalu jugak

32. Sabar dan tenang apabila mendengar cerita dan masalah isteri.
suami pendengar yg setia

33. Pamerkan kasih sayang di khalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkannya jauh ketika berjalan.
ok lah...takde lah tinggal or malu nak perkenalkan isteri kat kwn2

34. Apabila keluar berjalan, elok berpegangan tangan untuk menunjukkan kemesraan.
masa lintas jln jer

35. Buatkan air minuman untuk isteri sekali sekala.
ada ke? hmmmmm.......

36. Ketika makan di luar, jangan harapkan isteri memilih tempat makan setiap masa.
tak jugak

37. Beri perhatian lebih kepada isteri daripada orang lain ketika di kalayak ramai.
ok kot....sbb bila bini bercakap, suami takde lah buat tak tahu

38. Lebihkan isteri daripada anak-anak.
always

39. Bila isteri kurang sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan isteri sepertimana dia memanjakan anda.
so far isteri kurang sakit2.....

40. Seeloknya masuk tidur serentak.
selalunya

41. Belai isteri sebelum pergi kerja.
tak sempat daaa....

42. Ucapkan terima kasih setiap khidmat yang isteri berikan.
always

43. Cari masa untuk berdua-duaan sekali sekala.
tak sekali sekala.....byk kali dah

44. Lakukan riadah bersama isteri.
lately tak sempat....sibuk keje jer

45. Pergi berkelah sekali sekala.
blom pernah

46. Tolong cuci atau jemur pakaian sekali sekala.
ada lah sekali dua

47. Kalau berjima` , pastikan isteri inzal juga, jangan suami se orang saja yang 'dapat'.
yg ni 2 thumbs up to suami....99% of the times




Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 05:46 PM GMT+8 , Processed in 0.215785 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list