CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: holmes

Seni Tenunan

[Copy link]
Post time 2-11-2006 10:34 PM | Show all posts

Teknik Menenun

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2006 10:35 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2006 10:35 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2006 10:35 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2006 10:37 PM | Show all posts

Hasil

Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2006 10:38 PM | Show all posts

contoh tenunan

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-11-2006 10:38 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2006 10:38 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-2-2007 12:10 PM | Show all posts
Kain Tenunan

Sejarah

Perkembangan tenunan di Malaysia dipercayai berkaitan dengan pendatang yang kebanyakannya terdiri dari pedagang-pedagang. Pedagang-pedagang dari Jawa, Kepulauan Maluku, Borneo dan Bugis telah memperkenalkan beberapa jenis kain tenunan. Beberapa corak tenunan yang dihasilkan di Terengganu dan di Kelantan misalnya telah diberi nama seperti tempat asal pedagang-pedagang tersebut. Dengan ini terdapat tenunan corak Samarenda (Borneo Timur), corak Bugis dan corak Palembang. Tenunan ini termasuk juga kain corak Muar dari Johor.

Tenun biasa ialah tenunan yang menghasilkan kain yang sering digunakan oleh golongan masyarakat biasa, terutama tenunan yang dibuat dari bahan benang kapas. Benang sutera juga digunakan tetapi harganya lebih mahal dari tenunan benang kapas. Tenunan kapas juga dipercayai merupakan tenunan pertama yang wujud di Kelantan dan ia lebih dikenali sebagai kain tenun balas dan setuli benang. Corak-coraknya juga sederhana disebabkan benang-benang masih terbatas warnanya. Pada masa yang sama iaitu kira-kira pada awal abad ke -18, masyarakat telah mengenali kain cindai, kain Bugis dan kain Acheh. Akan tetapi penenun tempatan mencipta corak-corak dengan menyusun benang-benang pada anian tanpa meniru kain-kain yang didatangkan dari luar.







Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2007 12:11 PM | Show all posts
Motif & Corak

Jenis-jenis tenunan ini juga disebut sebagai tenunan bercorak kerana tidak terdapat bentuk motif yang digunakan kecuali ruang, petak dan jaluran. Dari segi penciptaan ragamhias, tenunan ini termasuk dalam bentuk yang paling sederhana. Ragamhiasnya hanya terdiri dari corak dan sedikit bentuk motif berselitkan benang emas.

Kain bercorak yang terkenal ialah corak Muar dengan menggunakan warna-warna dari cahaya muda dalam bentuk susunan petak dam. Warna yang sering digunakan ialah kelabu, merah samar, jingga muda, putih, biru laut, hijau lumut dan kuning susu. Terdapat juga penggunaan caban benang emas yang menghasilkan bentuk motif garis halus atau kesan titik berbunga kecil, bertabur menghiasi ruang dan bidang-bidang bewarna. Bentuk motif yang terdapat pada kain tenun bercorak dikenali sebagai kain corak hujan panas iaitu kesan berkilat disebabkan oleh benang emas. Sedangkan garis lurus yang halus dari benang emas disebut sebagai tenun/songket selit. Kalau selitan ini terdapat pada bahagian kepala kain ia disebut corak beragi.

Kain corak Bugis selalunya dihiaskan dengan corak susunan catur yang sederhana tetapi terdapat banyak variasi/ragaman. Ruang kotak lebih kecil jika dibandingkan dengan kain corak Muar. Manakala warna yang digunakan sebagai latar ialah hijau atau merah.

Kain corak Samarenda umumnya dipenuhi dengan ruang lebar yang melintang serta berlatarkan warna gelap seperti ungu tua dan hitam sebagai tanah kain. Penggunaan benang loseng yang dicelup ikat akan menghasilkan corak 'tartan' atau bintik ular sawa, juga dikenali sebagai ragi bunga cuai. Beberapa corak lain yang sering dicipta ialah corak berdiri, melintang, mata bilis, siku keluang dan kisi-kisi. Jika dibandingkan corak ini dengan corak yang terdapat pada anyaman memang tidak banyak bezanya. Perbezaan jelas hanya terletak pada bahan asas yang digunakan serta proses penciptaan.







Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2007 12:15 PM | Show all posts
Puak Pua

Pengenalan
Tenunan kain pua atau dikenali juga sebagai tenunan ikat adalah seni tenunan yang dihasilkan oleh wanita Iban di Sarawak. Ia adalah hasil tenunan daripada benang kapas yang ditenun menggunakan 'Kek Iban'. Pua Kumbu pula merupakan salah satu jenis kain pua yang popular di kalangan masyarakat Sarawak. Kain tenunan ini bewarna kemerah-merahan atau coklat tua. Rekacorak yang biasanya digunakan ialah anak kunci, lengkar, rombus atau batu berlian dan panjang kain pua ini lebih kurang 40 hingga 50 cm. Rekacorak ini dipercayai dari pengaruh kebudayaan Annam (Vietnam) dalam abad ke-17 sebelum Masihi.







Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2007 12:18 PM | Show all posts
Motif

Pua kumbu ditenun oleh wanita yang sudah mahir menenun kerana pua jenis ini adalah paling rumit untuk ditenun. Bagaimanapun, motif-motif itu kerap dikaitkan dengan kepercayaan dan pantang larang mereka. Antara motif-motif yang digunakan:

Motif Engkeramba
Gambaran figura roh yang dikenali sebagai engkaramba ditenun dengan teknik ikat. Motif ini dipercayai berkuasa menghalang bencana atau kuasa jahat daripada menyerang tanam-tanaman dan penghuni rumah panjang. Biasanya, motif engkeramba hanya boleh ditenun oleh anak dan isteri ketua rumah panjang sahaja. Ini adalah kerana mereka benar-benar mahir menenun cara ikat.







Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2007 12:22 PM | Show all posts
Motif Fauna
[size=-2]Pua Kumbu

Antara motif binatang yang digunakan ialah motif buaya, ular, katak, harimau dan tikus kasturi, rusa dan serangga. Motif buaya dipercayai mempunyai kuasa untuk menjaga tempat berhuma (tanaman padi). Adalah menjadi kepercayaan kaum Iban bahawa buaya adalah jelmaan saudara-mara mereka. Motif ular pula tidak ditenun dengan sewenang-wenangnya kerana binatang ini membawa petanda buruk. Kemunculan ular dikaitkan dengan kuasa jahat atau hantu. Motif katak pula ditenun dengan gaya seperti manusia. Menurut kepercayaan kaum Iban, selampai iaitu roh perempuan sering menjelma sebagai katak. Selampai dikatakan mempunyai kuasa menciptakan bayi. Motif harimau dan tikus kesturi sering dikarang dalam bentuk abstrak. Dipercayai orang yang memakai kain tenunan ini dianugerahkan keberanian. Burung pula dikatakan pembawa alamat baik. Kain yang mempunyai motif burung dipercayai boleh menyembuhkan penyakit dan mendatangkan kekayaan dalam apa pekerjaan. Motif rusa pula mendatangkan kejayaan atau tuah semasa berburu. Motif-motif serangga seperti labah-labah, kunang-kunang, kala jengking dan lipan sering dimasukkan dalam tenunan pua.







Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2007 12:25 PM | Show all posts
Motif Flora

Tumbuh-tumbuhan juga turut digunakan sebagai motif tenunan kain pua. Antara tumbuh-tumbuhan yang sering ditenun ialah rotan, pucuk paku, pucuk rebung, buah-buahan, biji benih dan bunga-bungaan.

Antara motif yang ditenun ialah motif bulan, awan larat, alat tenun dan sebagainya.



Motif-motif Pua Kumbu







Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2007 12:31 PM | Show all posts
Proses Pembuatan

Ada dua cara yang digunakan untuk menenun pua iaitu cara ikat dan cara pilih.

Cara Ikat

Benang kapas yang hendak ditenun diikat pada beberapa bahagian tertentu dengan tujuan menahan pewarna daripada meresapi bahagian tersebut. Ikatan dibuat mengikut corak yang dikehendaki. Kadang-kadang proses ini dibuat beberapa kali mengikut corak dan warna yang diingini. Warna-warna yang sering digunakan adalah warna coklat tua, biru kehitaman dan merah bata. Apabila proses mewarna sudah selesai, benang-benang kapas itu dikeringkan. Setelah benang betul-betul kering barulah ikatan-ikatannya dibuka. Kemudian benang itu ditenun. Tenunan dibuat secara kosong tanpa menyelang-nyelikan benang bagi menghasilkan corak. Corak yang terhasil adalah daripada kesan proses ikat.

kek Iban



Cara Pilih

Benang kapas yang hendak ditenun dicelup ke dalam pewarna. Kemudian benang-benang itu dikeringkan. Setelah kering, benang-benang itu ditenun. Selain daripada benang-benang yang diwarnakan, benang kosong iaitu benang yang tidak bewarna juga digunakan. Tenunan dibuat dengan cara menyelang-nyelikan benang di atas tenunan kain dasar untuk membentuk corak kain. Dengan itu terhasillah corak-corak kain yang berbentuk timbul.



Menenun Pua Kumbu

Penggunaan

Pada zaman dahulu pua kumbu digunakan di dalam adat istana sahaja. Sekarang penggunaannya telah diubahsuai menjadi hiasan dinding, alas meja, beg dan lain-lain rekacorak yang baru.







Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2007 12:36 PM | Show all posts

Seni Halus - Songket

Sejarah

Kain Songket adalah hasil daripada tenunan benang sutera atau kapas yang ditenun bersama-sama dengan benang emas atau perak. Ia telah terkenal di Malaysia sejak abad ke 15 yang lampau. Perkataan songket berasal daripada perkataan sungkit iaitu teknik menyungkit. Industri tenunan songket ini telah berkembang pesat terutamanya di negeri-negeri Pantai Timur seperti di Terengganu dan Kelantan. Bunga atau hiasan di kepala kain di tenun mengikut citarasa penenun. Corak atau ragam hias tersebut dikenali dengan nama-nama seperti tapak manggis, pucuk rebung, lawi ayam dan sebagainya.

Tenunan songket ini dilakukan sebagai industri kecil, yang mana kemahiran seseorang penenun itu mengambil masa selama enam minggu untuk menghasilkan sehelai kain songket yang panjangnya di antara 20 hingga 40 meter. Sesuatu yang mengkagumkan tentang seseorang penenun mahir ialah, dia tidak melakar corak songket di atas kertas sebelum kerja-kerja menenun dilakukan sebaliknya ia tercetus daripada daya kreativiti dan imaginasi yang tinggi lagi unik.

Motif

Motif yang digunakan untuk menenun songket diilhamkan daripada alam semulajadi. Antara motif-motif songket:

Motif Tumbuh-tumbuhan
Motif Binatang
Motif Alam/Benda
Motif Kuih

Corak

Corak kain songket lazimnya terdiri dari:

Susunan bunga penuh
Susunan bunga bertabur
Susunan bercorak

Proses Pembuatan

Secara ringkasnya proses menenun songket adalah dengan menggunakan teknik menyungkit iaitu menggunakan lidi buluh atau bilah nibung melalui benang loseng (warp) di permukaan alat tenun yang dipanggil �kek tenun�. Proses menyungkit dilakukan setelah benang �karat butang� disediakan. Benang karat butang digunakan untuk membuat reka corak atau sulaman benang emas.

Mencelup benang

Benang perlu dibersihkan sebelum dicelup ke dalam pewarna. Setelah pewarnaan dibuat benang perlu di keringkan, sebelum kerja selanjutnya dilaksanakan.

Melerai benang

Pelenting yang diperbuat daripada buluh kecil digunakan untuk melilit benang. Proses ini dilakukan dengan bantuan alat darwin dan alat pemutar rahat.

Menganeng benang

Proses membuat benang loseng yang diregang di alat penenun bagi menentukan saiz panjang atau jumlah helai kain yang akan ditenun.

Menggulung

Benang-benang yang diregang di alat menganeng (ianian) digulung dengan sekeping papan loseng.

Menyapuk benang

Setelah benang loseng dimasukkan ke dalam gigi atau sikat jentera, kerja-kerja menyapuk dilakukan. Dua urat benang loseng dikaitkan melalui setiap celah gigi jentera.

Mengarak benang

Karak dibuat daripada benang asing yang digelung. Benang loseng berangka genap dan ganjil akan diangkat turun naik secara berselang seli sewaktu menenun.

Menyongket benang

Proses mereka corak di atas benang loseng dengan menggunakan alat yang di panggil lidi dengan menyongketkan benang loseng sebanyak tiga atau lima lembar dan kemudian diikat dan dikenali sebagai proses ikat butang.

Menenun

Alat torak yang diisi dengan benang pakan atau benang emas, dimasukkan ke kiri dan kanan di celah-celah benang loseng mengikut corak yang telah ditentukan hinggalah menjadi sekeping kain. Kain yang telah siap ini dipotong mengikut saiz.

Penggunaan

Pada zaman dahulu songket melambangkan kebesaran. Raja-raja dan pembesar-pembesar istana sahaja yang bekemampuan memakainya. Kegunaannya adalah untuk membuat tanjak, samping, kain selendang dan persalinan diraja. Tetapi di zaman moden songket digunakan untuk pakaian pengantin, perhiasan dinding, beg tangan, alas meja, barang-barang cenderamata dan sebagainya mengikut keupayaan pengusaha untuk mempelbagaikannya.

Setelah sekian lama perusahaan songket berkembang di Malaysia maka kini corak songket mendapat tempat di hati para arkitek. Terdapat beberapa bangunan pencakar langit telah diterapkan dengan corak songket seperti bangunan Perpustakaan Negara Malaysia.








Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2007 09:56 AM | Show all posts
Kain tenun sutera alah membeli menang memakai
Oleh Siti Zaleha Jorimai

KAIN tenun tangan diangkat sebagai sebahagian fabrik warisan sedarjat dengan songket mahupun batik. Menyusuri asal usulnya kain tenun tangan dipercayai berkaitan dengan kedatangan para pedagang dari Nusantara ke Tanah Melayu sekitar abad ke-19.

Mungkin atas sebab itu juga beberapa corak tenunan yang dihasilkan di Terengganu dan di Kelantan misalnya, telah diberi nama sempena tempat asal pedagang-pedagang tersebut. Antaranya, tenun corak Samarenda (Borneo Timur), corak Bugis dan corak Palembang, selain daripada corak Muar yang lebih dikenali penduduk tempatan.

Malangnya, sekarang ini di mata orang ramai kain tenun masih belum memperoleh kedudukan setinggi songket dan batik.

Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan kurangnya pendedahan dan promosi yang menonjolkan keindahan serta keistimewaan kain tenun tangan.

Kekosongan ini cuba diisi oleh Permint Suterasemai Sdn. Bhd, anak syarikat milik kerajaan negeri Terengganu, yang beroperasi menghasilkan kain tenun tangan khususnya daripada benang sutera.

Membawa label Suteramas, syarikat tersebut berusaha mempopularkan semula kain tenun tangan sutera sama ada dalam bentuk kain ela, pakaian sedia pakai atau produk-produk sampingan seperti skaf, selendang, tali leher dan kraf tangan lain.

Pereka dan Eksekutif Jualan Galeri Suteramas, Wahieda Abd. Wahab, berpendapat kain tenun adalah warisan Melayu yang harus menjadi kebanggaan generasi hari ini.

揔alau batik boleh mendapat kedudukan yang begitu gah pada hari ini, kenapa tidak kain tenun memandangkan ia juga fabrik tradisional yang perlu dibanggakan,
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2008 04:44 PM | Show all posts
Legasi kain tenun

Perkembangan tekstil turut membuka jalan kepada para pereka fesyen untuk berkarya. Apakah yang berlaku enam dekad lalu?



Pakaian tradisional Melayu yang dahulunya kelihatan labuh dan gelobos diubahsuai mengikut perubahan zaman iaitu pakaian yang lebih ringkas dan mengikut susuk tubuh

--------------------------------------------------------------------------------

DALAM mengkaji perihal pemakaian tekstil masyarakat Melayu, kita tidak perlu menjangkau jauh ke zaman silam, memadai menoleh kembali kira-kira enam dekad lalu semasa zaman pemerintahan British sebelum tercetusnya Perang Dunia Ke-2.

Orang Melayu pada masa itu telah menikmati pemakaian pelbagai jenis tekstil, sama ada buatan tempatan mahupun yang datang dari luar negara seperti dari negara China, India dan Eropah.

Ketika itu kain-kain tenun dan kain batik merupakan tekstil yang paling popular.

Tekstil yang diimport dari negara-negara tersebut termasuklah kain baldu, kain sutera satin, kain bawal atau kain kasa (voile) dan kain jacquard China.

Perkembangan tekstil turut membuka jalan kepada para pereka fesyen untuk berkarya. Ketika itu fesyen pakaian Melayu mengalami perubahan.

Pakaian tradisional Melayu yang dahulunya kelihatan labuh dan gelobos diubahsuai mengikut perubahan zaman iaitu pakaian yang lebih ringkas, mengikut susuk tubuh dan kelihatan seksi.

Pakaian asal orang Melayu dahulu sebelum adanya jarum atau mesin jahit adalah 'kain lepas' yang ditenun dan dililitkan di badan.

Kain hasil daripada tenunan ini merupakan kain yang ditenun sepanjang lebih kurang dua hingga tiga meter, berbentuk empat segi tepat dan asalnya tidak berjahit serta kedua punca hujung kain dilepaskan.

Bagi sesetengah masyarakat Kelantan, kain itu juga dikenali sebagai 'kain punca potong'.

Golongan lelaki memakai kain tersebut dengan melilit pada bahagian pinggang hingga ke bawah lutut.

Sementara bagi kaum wanita pakaian lazimnya terdapat tiga cara pemakaian kain tenun, iaitu kain lepas yang dililitkan di pinggang hingga ke buku lali, kain kemban yang menutup dada dan kain selendang bagi menutup kepala termasuk bahu.

Kain sarung hanya muncul kemudian setelah orang Melayu pandai menjahit.

Kain sarung orang Melayu biasanya mengandungi struktur kepala kain, badan kain dan kaki kain.

Corak yang banyak kelihatan pada kain sarung adalah di bahagian badan kain. Kepala kain yang berukuran kecil berada di bahagian tengah atau sedikit tepi dalam kain sarung.

Kaki kain pula berada di kedua belah tepi kain sarung.

Corak yang biasa ada pada badan kain sarung tenun adalah seperti corak tenun kosong, corak jalur berdiri, corak jalur melintang dan corak petak-petak atau petak catur.



TENUN biasa kain bercorak jalur melintang dan menegak.

--------------------------------------------------------------------------------


Kain Tenun

Menenun merupakan kerja tangan yang paling penting bagi manusia menjadikan pakaian harian pada awal tamadun.

Asal permulaan corak dimulakan dengan corak jalur melintang, jalur menegak dan corak berpetak-petak.

Permulaan kain tenun tidak bercorak. Corak timbul apabila penenun mula pandai mewarnakan benang loseng dan benang pakan.

Untuk memahami teknik menenun, kita perlu mengetahui beberapa istilah tenunan yang lazim diguna dalam tenunan.

Benang loseng: Ia adalah benang yang memanjang dan dimasukkan ke dalam alat tenun yang dipanggil 'kek'.

Benang pakan: Ia adalah benang yang disusuli ke dalam benang loseng dari kiri atau kanan penenun.

Untuk menghasilkan corak jalur melintang penenun perlu menyusun benang loseng yang telah diwarnakan.

Benang-benang ini disusun berselang seli antara warna-warna yang telah dipilih mengikut reka cipta penenun. Hanya satu warna benang pakan yang digunakan.

Bagi corak jalur menegak pula benang pakan perlu disusun berselang-seli antara warna-warna yang dipilih mengikut kreativiti penenun ke dalam benang loseng yang mempunyai satu warna sahaja.

Biasanya kain bercorak jalur ini digemari oleh kaum lelaki untuk dijadikan baju Melayu.

Kelihatan segak bila kaum lelaki memakai baju Melayu menggunakan kain-kain tenun Pahang bercorak jalur.

Pada masa kini, kain tenun corak jalur dijadikan kain samping, yang dipakai oleh kaum lelaki.

Kaum wanita juga turut membuat baju tradisional dengan menggunakan kain bercorak jalur.

Kain ini kebanyakannya terdapat dalam tenunan Pahang yang diusahakan di Pekan, Pahang.

Corak berpetak terhasil apabila benang pakan selang-seli berwarna ditenun ke dalam benang loseng yang disusun berselang seli warna.

Corak berpetak ini terdapat beberapa saiz petak iaitu petak besar, sederhana dan kecil.

Jika petaknya kecil dan mempunyai garisan-garisan halus biasanya dipanggil kain corak Bugis. Bagi corak berpetak sederhana atau besar biasanya di panggil dengan nama corak petak catur atau tapak catur.

Tenunan ini juga dikenali dengan nama corak beragi dan kain ini biasanya terdapat di Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Sementara itu, kain yang diimport dari India dikenali sebagai kain pelikat. Kain ini dipanggil daripada nama tempat tekstil itu dieksportkan, iaitu bandar Pulicat di Tamil Nadu, India.

Kebanyakan kain pelikat bercorak petak-petak kecil dan mempunyai warna-warna seperti biru tua, kelabu, hitam, coklat tua dan putih.

Ada juga kain pelikat yang bercorak jalur melintang dan jalur menegak.

Pada masa kini, kain pelekat juga terdapat di pasar-pasar raya yang ditenun dan dibawa masuk dari Indonesia. Kain ini sangat popular dipakai oleh kaum lelaki untuk pakaian harian di rumah dan kegunaan semasa solat.

Kini, kain tenun yang bercorak jalur dan berpetak kembali mendapat perhatian.

Kain-kain ini digunakan sebagai baju kurung dan kebaya dengan dilihat baju di bahagian atas dipadankan dengan kain tenun berpetak.

Tidak pelik melihat baju kebaya yang dijahit dengan kain tenun corak jalur dan dipadankan dengan kain tenun berpetak.

Kain-kain ini kelihatan lebih kasual dan ia boleh dijadikan pakaian untuk ke pejabat mahupun ke majlis-majlis keraian.

Perkembangan corak pada kain tenun tidak berhenti setakat corak-corak jalur dan berpetak sahaja tetapi ia dikembangkan setelah penenun mendapat kemahiran teknik-teknik seperti ikat dan benang pakan tambahan.

Teknik-teknik ini dapat mencorakkan kain tenun dengan motif-motif yang lebih berbagai seperti bentuk-bentuk flora, fauna dan geometrik.

*** DR. NORWANI MD. NAWAWI merupakan seorang pensyarah, penyelidik, pereka dan penulis mengenai tekstil. Beliau kini berkhidmat di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2008 11:29 AM | Show all posts
Mesti kira urat benang

Hasil seni sulaman Sarawak ini tidak hanya dipakai pada majlis rasmi seperti pertunangan, perkahwinan dan makan malam, malah ia kini menghiasi mana-mana majlis.


TUDUNG keringkam menjadi satu barangan berharga yang diturunkan daripada satu generasi ke satu generasi.

TUDUNG sulaman keringkam, hasil seni sulaman Sarawak yang menggunakan benang emas dan perak, kini tidak lagi hanya dipakai pada majlis rasmi seperti pertunangan, perkahwinan dan makan malam. Ia kini mula menghiasi mana-mana majlis keramaian.

Doris Hilda Reji, 30, yang berkecimpung dalam sulaman keringkam sejak empat tahun lalu memberitahu, benang keringkam bukan seperti benang biasa tetapi ia berbentuk seperti plat kepingan logam lembut.

"Benang emas agak mahal sedikit berbanding benang perak," kata pengusaha sulaman di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia cawangan Sarawak di Kuching ini.


CORAK pucuk rebung dan gunung.

"Sulaman yang mendapat nama daripada benang keringkam yang diimport dari Singapura, memakan masa dua hingga tiga minggu untuk disiapkan.

"Ini bergantung kepada jenis corak sulaman yang ditempah pelanggan," katanya ketika ditemui Kosmo! pada lawatan media turun padang ke Sarawak di cawangan tersebut.

Katanya, jarum yang digunakan untuk sulaman keringkam ini perlu ditempah khas. Jarum pipih ini mempunyai dua lubang yang cukup besar untuk dimasuki benang keringkam.

Tambahnya lagi, untuk memulakan sulaman keringkam ini, kain perlu dijahit pada induk pemidang bagi merenggangkannya.

Kain perlu betul-betul tegang kerana jika kendur, hasil sulaman tidaklah halus dan ini akan merendahkan kualiti sulaman.


KITA perlu mengira urat benang untuk menyulam.

"Selepas itu, tali air akan dibuat di atas kain berkenaan sebagai rangka atau bingkai untuk corak sulaman. Apabila sudah siap, saya akan tambah dan mengemaskan tali air itu dengan corak pucuk rebung.

"Saya tidak lukis corak ini. Apa yang perlu dilakukan ialah kita perlu mengira urat benang untuk menyulam. Kiraannya mesti betul. Jika tidak, coraknya akan menjadi tidak seimbang dan tidak akan sampai ke garisan terakhir tali air ini," ujarnya lagi.

Doris memberitahu, selepas corak pucuk rebung pada tali air itu siap, sulaman bolehlah dibuat pada sebelah dalam tali air yang bertindak sebagai rangka tadi.


SEJENIS jarum pipih yang khas digunakan untuk sulaman keringkam ini.

"Apabila sudah siap semua sulaman, kain akan digunting mengikut corak pada tali air.

"Walaupun harga tudung keringkam agak mahal, tetapi permintaan terhadapnya tetap tinggi," jelasnya lagi.

Dia memberitahu, harga tudung keringkam semakin meningkat daripada RM600 hingga RM3,000 sehelai kerana harga benang yang semakin mahal.

Bagi sesetengah keluarga di Sarawak, tudung keringkam ini dijadikan sebagai satu barangan berharga seperti kain songket yang diturunkan daripada satu generasi ke satu generasi.

Doris menjelaskan lagi, dia membuat sulaman keringkam ini berdasarkan tempahan pelanggan, dan setakat ini sambutan amat menggalakkan. - JAGATHESWARY NARAYANAN
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Tragedi Disember, malu apa masuk la sini jap!
maklukpenggodaTragedi Disember, malu apa masuk la sini
Views : 47162 Replies : 21
Edisi Awet Muda : Umur Hanyalah Suatu Angka
telracsEdisi Awet Muda : Umur Hanyalah Suatu An
Views : 11044 Replies : 25
Perang Perdagangan sudah bermula, yehawww!
maklukpenggodaPerang Perdagangan sudah bermula, yehaww
Views : 2209 Replies : 2
Isu keganasan Rumah Tangga zahnita
PenjaraPetaiIsu keganasan Rumah Tangga zahnita
Views : 11109 Replies : 278
Saya dengan ini isytiharkan undang-undang tentera darurat," kata Encik Yoon dalam ucapan langsung di tv,Presiden Korea Selatan isytihar undang-undang tentera darurat
YgBenarSaya dengan ini isytiharkan undang-undan
Views : 6306 Replies : 4
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 257047 Replies : 7118
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 48983 Replies : 27
Jarah duit KWSP budaya kito:Pengeluaran akaun 3 KWSP cecah RM10.78 bilion
YgBenarJarah duit KWSP budaya kito:Pengeluaran
Views : 50388 Replies : 28
SNOW WHITE (2024)
SY_MumiSNOW WHITE (2024)
Views : 1986 Replies : 11
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 92566 Replies : 933

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 03:40 AM GMT+8 , Processed in 0.126414 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list