CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: seribulan

...the non-fiction...

[Copy link]
Post time 31-3-2006 02:25 PM | Show all posts
Originally posted by MACD at 31/3/06 12:21 PM

Whatever it is, no discussion on Sweet Valley High should be allowed here


Oh God, it has been ages I've read Sweet Valley High.. bring back old memories MACD
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2006 03:34 PM | Show all posts
Originally posted by MACD at 31-3-2006 11:21 AM

Please excuse my vocabulary. Can you help me to understand what 'critical' reading really is? And how does it differs from serious reading?

To me serious reading is never boring. Serious readi ...



he..he.. baru ingat nak tanya ni kat limau_nipis.. :stp: conclusionnye, kira sama la tu ye..
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2006 11:32 AM | Show all posts
Originally posted by limau_nipis at 31-3-2006 11:28 AM


"Although we can easily read materials in order to pick up basic facts and general information, critical reading isn't a simple thing to do. Critical reading opens us up to new ideas and new ways of looking at the world that often cause us to question previous assumptions.

We will read several types of texts. Our definition of "text" will be broad, including not only books and articles, but also websites, comic strips, and movies. Subsequently, our definition of "reading" will also be broad. Think of reading as interpreting, as the making of meaning. Meaning can be made from words, but it can also be made from gestures and images. Even without words, images can have meaning for us.


hahaha .... mcm yg aku baca dlm the cultural analysis of texts ... by mikko lehtonen ... a finnish ... pd aku ape pengisian yg kita dpt dr apa yg kita baca tu penting ... tu lah sebenarnya critical dlm kita nak interpret apa yg berlaku kat sekeliling kita

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2006 08:26 PM | Show all posts
Originally posted by MACD at 31-3-2006 11:20 AM
Idea kau idea komunis. Aku syak kau seorang komunis.


Kau tau ke komunis tu apa? They're the ultimate materialist.

Dan aku syak kau tidak pernah membaca lebih daripada 5 buah buku bisnes.


Dan aku syak kau tak pernah mandi, boleh?

Tuduhan rambang macam ni buang masa, beb.

Sekiranya buku fiksyen Sweet Valley High dikatakan sebagai buku serius, sila gantung aku. Aku lebih rela digantung daripada mengaku buku cinta remaja sebagai bahan bacaan serius.


Oh good. Put trash into the equation. Smart.

Buku bisnes yg aku pernah baca tak mengajar manusia menjadi hipokrit, mesin dan tak mahu berfikir. Aku rasa kau salah baca buku. Dan aku tak menganggap The Communist Manifesto sebagai bahan bacaan bisnes walaupun ianya serius.  


Dan aku rasa kau tak gosok gigi.

Faham?
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2006 08:30 PM | Show all posts
Originally posted by limau_nipis at 31-3-2006 09:51 AM


mungkin sbb kebanyakan buku bisnes yang berlambak di pasaran lebih ke arah materialisitik, kerana penulisnya banyak orang barat...

mungkin pessoa boleh baca Cukup Wang Hati Senang tulisan Ha ...


Kalau cukup wang tapi kudung kaki, buta, dan hidup dalam kotak, masih hati senang?
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2006 08:48 PM | Show all posts
Originally posted by FaRiShAsYaHaNaZ at 1-4-2006 11:32 AM


hahaha .... mcm yg aku baca dlm the cultural analysis of texts ... by mikko lehtonen ... a finnish ... pd aku ape pengisian yg kita dpt dr apa yg kita baca tu penting ... tu lah sebenarnya crit ...


Bila kita boleh pertimbang apa yang kita baca (walaupun bukan dengan perfect knowledge) itu sudah sifat kritikal yang minama. Bila bacaan itu boleh dipergabungkan, diperbesarkan, dipertajamkan, dipertikai, dibuang itu sudah satu lagi tahap kritikal.

Sesetengah orang cukup untuk baca Sweet Valley high dan boleh melahirkan falsafah dialektika materialisma. Sesetengah orang, setimbun buku perniagaan dibaca masih lagi ditahap satu campur satu itu dua. Setiap orang ada tahap tepu, dan tempoh tepunya.

Seorang guru zen mengajar seorang murid yang terlalu ghairah mahu belajar, begini: Di hadapan muridnya, dia tuang teh ke dalam cawan hingga melempah. Bila ditanya, kata sang guru, ibaratkan cawan itu kau, dan teh itu ilmu.  Jadi bila cawan sudah penuh, hiruplah air di dalamnya sebelum menuang lagi. Dan hiruplah semasa ia masih lagi panas, barulah terasa nikmatnya.

Dan semua mereka hidup sejahtera, hinggalah satu hari datang bapa beruang, ibu beruang dan anak beruang. Siapa minum teh aku, tanya bapak beruang. Siapa minum teh aku, tanya ibu beruang. Siapa minum teh aku, tanya anak beruang...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-4-2006 12:11 PM | Show all posts
Originally posted by pessoa at 2/4/06 08:30 PM


Kalau cukup wang tapi kudung kaki, buta, dan hidup dalam kotak, masih hati senang?


Ada orang kaya, tapi hatinya tidak pernah senang
Ada orang tak kaya, tapi hatinya cukup senang

Point aku di sini: Ada orang mungkin duitnya bertimbun-timbun, tapi kerana tujuannya hendak mengejar kemewahan duniawi semata, maka hatinya jadi masih tidak senang sambil memikirkan tidak cukup lagi hartanya

Ada orang juga, tidak kaya, tetapi hatinya senang kerana tidak mengejar duniawi semata, malahan akhirat jua.. malahan duitnya sentiasa dirasakan cukup walaupun tidaklah sebanyak mana..

Dalam hidup, kita perlu ada keseimbangan.. antara dunia dan akhirat. Dan keberkatan harta yang didapati itu, disalurkan ke mana..

Dalam buku 'Cukup Wang Hati Senang' diajarnya kita untuk mengejar akhirat dengan menginfakkan duit ke arah jalan Allah seperti berzakat di atas zakat pendapatan..

[ Last edited by  limau_nipis at 3-4-2006 05:09 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2006 11:23 PM | Show all posts
perbincangan di sini sedikit sebanyak buat saya faham mengapa rakyat malaysia jadi masyarakat yang tidak suka membaca...

di negara2 di mana budaya membaca ada lah tinggi kita dapati mempunyai karyawan2 agung yg di kenali serata dunia dan mempunyai rakyat yang cintakan buku...

buku di sini saya maksudkan karya2 'kreatif' dan bukan buku2 rujukan, buku2 "how to do" buku2 bisness atau buku2 komputer dsb nya...buku2 begini ada lah asas2 untuk kita menjadi pakar dalam sesuatu bidang ..penting..tetapi buku2 begini tidak membuatkan kita cintakan buku2 ...buku2 begini ada lah hanya 'makanan asas'...

manusia perlukan lebih dari itu... manusia semua nya sukakan 'beauty'..dalam segala bentuk...bagi penulisan...'beauty' yg tertinggi di dapati dalam penulisan kreatif seperti puisi, drama dan fiksyen...

fiksyen di sini bukan saya maksudkan fiksyen 'formulaic' atau jenis komersil blockbuster seperti buku2 grisham, archer dan lain2...tetapi buku2 karya kreatif yang memperlihatkan penulisan yang tinggi bahasa nya serta kandungan yg menyentuh jiwa dan naluri  dan punyai seni yg halus dan tinggi...buku2 begini tidak semesti nya hanya karya2 agung pemenang nobel tapi  'literary fictions' banyak menyumbang kepada pembaca nya menjadi pembaca yang lebih 'discerning'...yg lebih 'mature' dari segi pembacaan mereka....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2006 12:01 AM | Show all posts
Originally posted by pessoa at 2-4-2006 08:26 PM
Kau tau ke komunis tu apa? They're the ultimate materialist.  

Demi perbincangan, sila huraikan kenyataan saudara/i di atas.

Dan aku syak kau tak pernah mandi, boleh?

Tuduhan rambang macam ni buang masa, beb.

Haha. Dari mana datang idea tak pernah mandi tersebut? Manusia intelek meletakkan mandi sebagai satu topik perbincangan yang rendah nilainya dan bukannya mengangkat martabatnya sehingga diletakkan di dalam forum. Ianya ritual harian yang tidak perlu difikirkan, disuruh untuk melakukannya apatah lagi ditinggalkan. Hanya orang yang kotor dan tak pernah mandi sahaja yang mungkin terfikir2 akan keperluan melaksanakan aktiviti tersebut sehingga terbawa2 ke dalam perbincangan harian sewaktu mereka bersosial.

Sekurang2nya dakwaanku mempunyai asas. Sesiapa yang anti bisnes, iaitu anti kapitalis berkemungkinan besar seorang komunis. Jika bukan, apa saudara/i gelarkan diri anda?

Dan apa pula asasmu berkenaan dengan perihal tidak pernah mandi tersebut?

Dan aku rasa kau tak gosok gigi.

Faham?

Sila rujuk perenggan di atas.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2006 12:10 AM | Show all posts
Originally posted by pessoa at 2-4-2006 08:30 PM


Kalau cukup wang tapi kudung kaki, buta, dan hidup dalam kotak, masih hati senang?

Parameter A: Keadaan fizikal seseorang.
Parameter B: Tahap kekayaan seseorang.

Demi perbandingan adil, samakan parameter A, seorang kudung kaki, buta, dan hidup dalam kotak.
Parameter B boleh diubah menjadi kaya dan miskin.

Maka adalah lebih bagus menjadi seorang A yang kaya daripada seorang A yang miskin.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2006 12:26 AM | Show all posts
Originally posted by Greenbottle3 at 4-4-2006 11:23 PM
perbincangan di sini sedikit sebanyak buat saya faham mengapa rakyat malaysia jadi masyarakat yang tidak suka membaca...

di negara2 di mana budaya membaca ada lah tinggi kita dapati mempunyai karyawan2 agung yg di kenali serata dunia dan mempunyai rakyat yang cintakan buku...

buku di sini saya maksudkan karya2 'kreatif' dan bukan buku2 rujukan, buku2 "how to do" buku2 bisness atau buku2 komputer dsb nya...buku2 begini ada lah asas2 untuk kita menjadi pakar dalam sesuatu bidang ..penting..tetapi buku2 begini tidak membuatkan kita cintakan buku2 ...buku2 begini ada lah hanya 'makanan asas'...

manusia perlukan lebih dari itu... manusia semua nya sukakan 'beauty'..dalam segala bentuk...bagi penulisan...'beauty' yg tertinggi di dapati dalam penulisan kreatif seperti puisi, drama dan fiksyen...

fiksyen di sini bukan saya maksudkan fiksyen 'formulaic' atau jenis komersil blockbuster seperti buku2 grisham, archer dan lain2...tetapi buku2 karya kreatif yang memperlihatkan penulisan yang tinggi bahasa nya serta kandungan yg menyentuh jiwa dan naluri  dan punyai seni yg halus dan tinggi...buku2 begini tidak semesti nya hanya karya2 agung pemenang nobel tapi  'literary fictions' banyak menyumbang kepada pembaca nya menjadi pembaca yang lebih 'discerning'...yg lebih 'mature' dari segi pembacaan mereka....

Sekiranya membaca karya2 'kreatif' boleh menambahkan ilmu perniagaan dan menghasilkan lebih banyak idea untuk membuat duit, maka saya akan menjadi antara manusia yang paling banyak membaca karya2 'kreatif' ini. Tapi sekiranya kita telah sedar daripada lena yang dibuai mimpi nan indah, ketahuilah para CEO dan pemilik perniagaan tidak perlu membaca karya Shakespeare untuk menjadi kaya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2006 08:44 AM | Show all posts
MACD...

kalau anda membaca kerana untuk menjadi kaya wang (materialistik)...you got it all wrong!...kalau nak kaya di malaysia ni join umno dan jadi kroni...itu jalan paling pantas!!

baca buku 'kreatif' bukan untuk itu...

baca buku kreatif fiksyen ada lah : antara lain untuk menghayati kehalusan budaya dan psyche sesuatu culture dan society...baca buku2 kreatif boleh mendorong kita mengenali diri kita dalam society kita...antara lain nya dalam isu2 persoalan apa masaalah society kita, apa & bagaimana perasaan naluri sesuati culture itu...baca buku2 kreatif seperti yg saya katakan tadi bukan bacaan 'makanan asas...staple food..nasi dan roti...'

bacaan kreatif ada lah 'art' dalam bentuk penulisan...bagi saya orang2 yg buta 'art' walau kaya mana sekalipun tetap mempunyai suatu kekosongan dalam diri intelektual nya...

90% atau lebih rakyat malaysia  saya fikir buta dari segi ini...kita masih di tahap nak kaya saja...tidak lebih dari mentaliti rakyat papua new guinea...

oleh kerana budaya kita masih buta terhadp kehalusan seni ..ini juga di cerminkan dari standard pembacaan rakyat kita...standard dan taraf pembacaan kita dan seterus nya pemikiran kita dan seterus nya dalam collective intellectual finesse kita agak rendah jika di banding dengan negara2 jiran sekali pun...apa tah lagi jika nak banding dengan france, UK atau USA misal nya....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2006 02:12 AM | Show all posts
Originally posted by MACD at 5-4-2006 12:01 AM

Demi perbincangan, sila huraikan kenyataan saudara/i di atas.


Paling simple dan tanpa menyentuh nuansa2 komunisme/marksisma: Komunis adalah kelompok yang tak perchayakan Tuhan (dan kau secara langsung sudah menuduh aku kafir, kawan, jadi tanggunglah itu).  Mereka percaya akan keunggulan materi (yakni material) sebagai unsur menggerakkan dunia (materi boleh jadi wang, kapital, tenaga manusia, alam sekitar dsb i.e.)

Simpelnya mereka materialis.

[p.s. Mereka yang perchayakan Tuhan pula adakalanya dipanggil Idealis dalam dikotomi idealis-materialis barat, berbeza dengan timur di mana perbezaan kedua-dua unsur ini tidak begitu ketara]

Kapitalis hari ini lebih menghampiri kepada komunisme, cuma ia menjurus kepada individualisma, bukan kemasyarakatan. Tapi kapitalisme dikatakan bagus kerana kononnya ada tangan ghaib yang akan membantu masyarakat bila individu itu berusaha untuk mencari materi WALAU DENGAN APA CARA PUN .

Inilah yang diamalkan kebanyakan penulis-penulis buku bisnis hari ini. Segalanya (yakni menghalalkan penipuan, hipokrisi, merendahkan taraf manusia dan sebagainya) dilakukan demi menyembah tuhan wang. Aku istilahkan sembah kerana seperti kata seorang filosuf, Nicholas Von Kue, wang dijadikan unsur yang menyatukan apa yang berbeza, memberi nilai kepada segalanya (bukankah itu sifat Tuhan, secara simpelnya?)

Boleh?

Haha. Dari mana datang idea tak pernah mandi tersebut? Manusia intelek meletakkan mandi sebagai satu topik perbincangan yang re ...


Dari kejahilan kau yang menuduh secara rambang. Seperti kau rasa bodohnya soalan tentang mandi itu, sepuluh kali aku rasa bodohnya tuduhan kau.

Boleh?

Sekurang2nya dakwaanku mempunyai asas. Sesiapa yang anti bisnes, iaitu anti kapitalis berkemungkinan besar seorang komunis. Jika bukan, apa saudara/i gelarkan diri anda?


Apa asasnya kau kata aku anti-bisnes?  Cuba kau baca betul-betul.

Dan kau tak tau apa komunisme itu.  Kau tau apa itu kapitalisme. Jadi apa asas dakwaan kau? Apa kau fikir ini dunia either/or? Kalau tidak kapitalis, mesti komunis?

Dan kenapa kau nak gelar-gelar manusia? Nak hidup dalam kotak? Nak berhamba dengan babar pengkhususan?
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2006 02:16 AM | Show all posts
Originally posted by MACD at 5-4-2006 12:10 AM

Parameter A: Keadaan fizikal seseorang.
Parameter B: Tahap kekayaan seseorang.

Demi perbandingan adil, samakan parameter A, seorang kudung kaki, buta, dan hidup dalam kotak.
Parameter B boleh diubah menjadi kaya dan miskin.

Maka adalah lebih bagus menjadi seorang A yang kaya daripada seorang A yang miskin.


Macam kapalterbang poin aku lalu di kepala kau, melintasi rumah kau dan lenyap begitu sahaja seperti mimpi  semalam.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2006 02:19 AM | Show all posts
Originally posted by Greenbottle3 at 4-4-2006 11:23 PM
perbincangan di sini sedikit sebanyak buat saya faham mengapa rakyat malaysia jadi masyarakat yang tidak suka membaca...

di negara2 di mana budaya membaca ada lah tinggi kita dapati mempunyai ka ...



All I can say is Thank God for Mr Greenbottle.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2007 08:35 AM | Show all posts
Reading fiction could help enhance your social skills.

Bookworms are no nerds.

In a recent study published in the Journal of Research in Personality, pschology researchers at the University of Toronto discovered that frequent fiction readers possessed stronger social abilities than frequent non-fiction readers.
Readers more exposed to fiction performed better on tests measuring empathy and social cognition than readers of expository non-fiction.
As fictional narratives often correspond to our social environment, they give opportunities to relate to characters and situations in the stories. 揃y continually placing ourselves in these fictional social worlds and simulating social experiences, we can either hone the processes used for comprehending others, or come to learn concrete information about how onterpersonal relations work,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 12:22 AM GMT+8 , Processed in 0.170061 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list