|
|
Dah Transfer RM1000-Bell Ngasri Kena Kencing, Sangka Mubarak Majid Terdesak Nak
[Copy link]
|
|
|
baik jugak bell neh, nak tlg kawan..
lagi pun pelakon mubarak majib pun da berusia sgt, maybe si bell ingat TERdesak sggh nak duit..
semoga selapas neh makin bertambah2 rezeki bell..
nati ada laa tu gantinya.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
WhatsApp Mubarak Majid kena godam, Zed Zaidi nyaris jadi mangsa
Sudirman Mohd Tahir
[email protected]

Mubarak Majid.
Kuala Lumpur: "Saya minta maaf pada semua yang terpedaya dengan mesej kononnya saya nak pinjam duit. Saya belum sampai tahap itu lagi."
Itu kata pelakon veteran Mubarak Majid yang menjadi mangsa 'scammer' apabila aplikasi WhatsApp di telefonnya digodam individu tidak bertanggungjawab, semalam.
Mubarak ketika dihubungi berkata, dia menyedari perkara itu apabila ramai rakan pelakon menghubunginya dan bertanya adakah betul dia mahu meminjam wang.
Menurut Mubarak, lebih 10 rakannya sudah terpedaya dengan membuat pemindahan wang seperti diminta 'scammer' itu menerusi mesej dihantar.
"Saya sedar perkara ini tengah hari semalam apabila ada kawan-kawan mesej saya tanya betulkah nak pakai duit.
"Ada yang layan 'scammer' itu dengan terus masukkan duit dalam akaun 'scammer' terbabit. Selepas itu baru tanya saya semula. Saya cakap kenapa tak periksa dulu. Namun, mungkin sebab mereka fikir kawan, jadi itu yang masukkan duit terus.
"Apabila ini terjadi, saya pun tak tahu nak buat apa. Kalau nak ganti semula pada mereka, tak tahu nak bayar macam mana. Kalaulah betul saya nak pinjam, lebih baik saya menghubungi atau jumpa terus. Bukan dengan cara nak mesej," katanya kepada Harian Metro.
Susulan kejadian itu, Mubarak yang juga pelakon drama Cukup Derita Itu di TV3 sudah membuat laporan di dua balai polis berasingan iaitu Balai Polis Setapak dan Sri Gombak, di sini, semalam.
"Setakat hari ini masih belum ada apa-apa perkembangan daripada pihak polis. Cuma, hari ini pun masih ramai terima mesej sama. Ebby Yus pun ada menghubungi saya tadi selepas mendapat mesej serupa.
"Saya nak pesan pada semua yang mendapat mesej nak pinjam duit daripada saya, itu semua tipu. Ia kerja 'scammer'. Tolong jangan percaya. Buat masa sekarang saya masih pakai nombor sama tapi untuk tujuan panggilan saja," katanya.
Menurut Mubarak, perkara itu berpunca daripada tindakannya memberikan nombor kod OTP pada individu yang juga kenalan di Facebook (FB).
"Ada kenalan di FB memaklumkan dia nak betulkan tetapan di FB saya. Dia minta saya berikan nombor pin yang saya terima di mesej. Apabila dapat nombor itu, saya terus beri kepadanya.
"Dalam sedar tak sedar tu, saya bagi juga. Rupa-rupanya dia menyamar dan terus godam WhatsApp saya. Selepas itu, dia pun terus hilang dari FB.
"Petunjuk lain yang ada pun adalah berdasarkan nama, nombor telefon dan nombor akaun yang diberikan kepada beberapa mangsa yang sudah buat pemindahan wang," katanya.
Sementara itu, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi hampir menjadi mangsa 'scammer' yang menyamar menggunakan nombor telefon Mubarak itu.
Zed berkata, dia menerima mesej WhatsApp daripada 'scammer' terbabit yang mahu meminjam wang sebanyak RM2,000, pagi hari ini.
"Mati mati saya ingat Abang Mubarak yang nak minta tolong. Rupa-rupanya pagi ini sudah kena 'scam' dengan scammer."
Zed berkata, 'scammer' itu memeriksa semua data nombor telefon individu yang disimpan dalam telefon Mubarak sebelum menghantar mesej untuk meminjam wang.
"Aplikasi WhatsApp abang Mubarak kena godam. 'Scammer' ini menyamar sebagai abang Mubarak kononnya. Dia periksa semua data yang ada terutama sekali nombor yang disimpan dalam WhatsApp termasuk dalam kumpulan. 'Scammer' ini mesej setiap seorang minta pinjam duit kononnya abang Mubarak yang minta walhal bukan dia. Jadi yang terkena itu minta buat laporan polis.
"Selain itu, kalau 'scammer' tak mesej melalui WhatsApp pinjam duit, dia akan minta kod OTP WhatsApp yang akan dihantar melalui mesej pesanan ringkas (SMS). Jadi, tolong jangan bagi kod tu.
"Modus operandi kedua 'scammer' dia akan muat turun perniagaan WhatsApp baru dan dia akan daftar guna nama anda melalui nombor telefon. WhatsApp yang 'scammer' daftar baru tadi itu kod akan dihantar ke nombor anda melalui SMS dan bila bagi saja kod tu pada 'scammer', terus automatik dia dapat godam WhatsApp anda dengan sekelip mata," katanya.
Zed berkata, dia mulai mencurigai itu sebagai Mubarak apabila tidak menjawab mengenai drama lakonan mereka.
"Scammer yang menyamar abang Mubarak itu mesej nak minta izin buat kumpulan WhatsApp untuk info Covid-19. Saya kata okaylah. Tapi, saya terus berasa pelik sebab dia minta kod OTP mesej. Saya cakap kumpulan WhatsApp tak perlu OTP. Lepas tu saya tanya nama drama lakonan kami dia tak jawab. Dari situ dia kantoi," katanya.
Dalam masa sama, Zed berharap pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dapat memantau sekali gus membanteras aktiviti scammer ini.
"Mana lebih penting berita palsu atau scammer yang memberikan kerugian berjuta-juta ringgit pada masyarakat yang sedang dalam derita ini.
"Scammer ini memang menyusahkan hidup orang saja hingga penguat kuasa pun tak boleh selesaikan masalah ini. Semoga semua kawan-kawan dan rakyat Malaysia sentiasa berhati hati. Sasaran mereka selalunya orang tua," katanya.
Disiarkan pada: Jun 17, 2021 @ 3:53pm |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ayah i baru kena benda sama. Dorg pakai nombor phone and nama org yg ayah i kenal. Lps tu dia minta pinjam duit ayah i mcm kesian then nk bg la. So ayah i call nk minta no acc lps tu kwn ayah i ckp mna ada dia msg. Huhu. Tpi mmg org tu guna nombor phone kwn ayah i tuu. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
exclusive_vvip replied at 17-6-2021 05:19 PM
Iols pikir lain plak..rasa mcm dia dah tau scammer..tapi saja kot transfer gak..leh jadi content soc ...
khuenn.. iols pulak speku heshe edit je resit tu.. yg sebenarnya tak transfer pun.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Aikk macam baru je baca Mubarak Majid cite dia bergantung kepada simpanannya selama ini semasa covid. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
prizadane replied at 17-6-2021 05:03 PM
Aku tak rasa dia bodoh pun transfer camni. Cuma dia tak berhati-hati. Kadang-kadang bila orang minta ...
Yup dia jenis senang kira ni, org camni senang nak minta tolong ke apa.
So dah kebetulan dia pun tgh berduit kan nk plak paham skrg ramai kawan artis terdesak.
Silapnya dia tak siasat bebetul mujur 1000 je tu pun byk juga diwaktu sesak skrg ni |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kuchenta_81 replied at 17-6-2021 07:04 PM
Aikk macam baru je baca Mubarak Majid cite dia bergantung kepada simpanannya selama ini semasa covid ...
Ya sebab tu la dia jadi sasaran kot, scammer tau ade berita pasal dia pastu hack acc dia dan perdayakan rakan artis yg lain.
Tu pasal Barkoba pun igt Mubarak ni mmg tengah terdesak dia pun mesti ada terbaca berita pasal Mubarak tu guna duit simpanan bagai.
Tp dlm artikel tu mubarak tu cam rileks je bukan dia takda job ade je muka dia kuar masuk tv siap drama radio bagai cuma skrg je stop jap shooting. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Buatlah yg 2 factor whatsapp tu.
Pastu kalau org suruh bank in duit ke apa ke, video call. Simple. Kalau dia xnak jawab, fishy lah tu. Dahlah nama bank akain tu lain.
Kenapalah mudah sangat kena scam cara bodoh macam ni. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kakigojes replied at 17-6-2021 03:15 PM
I pun pernah kena scam dulu, beli laptop kat Carousell. Bila dah jumpa and bank in, tengok2 org yang ...
Macam mana u bank in akaun siapa bagi nombor? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ptutnya call dulu pakcik Mubarak tu..konpomkan...adoiii la |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by kakigojes at 17-6-2021 07:29 PM
LadyCarefree replied at 17-6-2021 07:22 PM
Macam mana u bank in akaun siapa bagi nombor?
Tula, time tu mcm bodoh betul tau.
Ceritanya begini. I text si penjual. Then penjual kata meet at Ampang Point. Dia kata kawan dia akan ada situ. Dia bagi nombor akaun. Dia kata once you dah tengok barang, jangan cakap dgn kawan kat situ, and kalau suka, bank in kat nombor yang dia text.
So I pun menurut arahan. Lepas bank in, yang kawan tu kata, saya tak kenal penjual ni. Jatuh jantung time tu, tapi memang salah sendiri.
Tapi I simpan slip Maybank bank in sampai sekarang ada lagi. Wanita Islam ok yang scam I. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Moralnya always call balik orang tu? Lagi baik.kalau buat video call dan confirm betul ke dia antar mesej. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Yg pelik how dpt no tell klu bkn org industri sendiri kencing org industri. Haaaa |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Yup my cousin tukar nombor baru terus sbb complicated sgt.
Scammer tu tak balas apa pun lepas i maki. Dia pergi contact orang lain pula yg dalam contact list my cousin tu. Mujurlah my cousin dah warning kat facebook. Takde yg sempat terkena sbb semua hairan sbb my cousin ni org senang. Knp minta nk pinjam duit. Padam muka scammer.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by addamnor at 18-6-2021 12:15 AM
kakigojes replied at 17-6-2021 07:28 PM
Tula, time tu mcm bodoh betul tau.
Ceritanya begini. I text si penjual. Then penjual kata me ...
Kamu kena sebiji macam kawan saya kena. Tapi kawan saya itu penjual. Yang tukang scam tu yang menyamar jadi orang tengah, dia scam pembeli.. dia aturkan timing dan tempat utk penjual dan pembeli berjumpa, then kalau setuju, pembeli akan bank in kepada account yang diberi. Mujurlah kawan saya itu cerdik, nak tengok resit transaction dahulu sebelum serah barang, ujung2 pembeli tu yang tertipu pergi bank in kepada no acc si scammer. Tersedar beliau kena tipu, gelabah beruk si pembeli tadi.. The scammer made it so real. Kasihan juga lah buyer itu, holang duit, tak pasal2 till 4 in the morning kawan saya & buyer itu merepot gi balai polis beri statement.. mulanya kawan saya itu malas nak melayan, tapi kasihan kan si pembeli, beliau tolong pergi report sama. Yang tukang jadi scam tu cikki wanita nama melayu lah.. guna account beliau.. kawan saya cakap, yang call beliau pun perempuan melayu juga ajak jumpa di sekian tempat.. bila tanya balik si pembeli, beliau pun kata cikki perempuan yang call beliau bagi pihak penjual.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|