|
[Sarawak]
Operasi bot ekspres di Kapit dihentikan buat sementara waktu
[Copy link]
|
|
dan lagi...
KUCHING: Polis berjaya menangkap seorang lelaki tempatan yang menyeludup warga asing dengan melarikan diri dari sekatan jalan raya anggota Rela di kawasan Mongkos.
Setelah menerima maklumat sepasukan polis telah mengejar suspek serta memohon bantuan anggota pasukan Pemantau PKP IPD Serian untuk membantu menahan kereta tersebut.
Suspek berjaya ditahan kira-kira 45 kilometer dari Mongkos ke Simpang Seroban di Jalan Kampung Seroban, Serian sekitarjam 8.30 malam Isnin lalu.
Warga asing tersebut masuk ke Sarawak melalui jalan tikus di Kampung Mongkos dan dijemput oleh suspek dengan upah sebanyak RM200 untuk dihantar berkerja di ladang kelapa sawit Simunjan.
Ketua Polis Daerah Serian DSP Aswandy Anis berkata, hasil pemeriksaan terhadap kereta tersebut mendapati di dalamnya terdapat dua orang termasuk pemandu.
Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati seorang lelaki tempatan berumur 44 tahun bangsa Bidayuh dan seorang lelaki warga Indonesia.
"Hasil pemeriksaan mendapati seorang lelaki warganegara Indonesia memiliki passport tetapi telah tamat tempoh dan tinggal lebih masa yang dibenarkan.
"Turut dirampas sebuah kereta Perodua Alza yang digunakan oleh suspek.
"Lelaki warga tempatan disiasat di bawah kesalahan Akta Atipsom 2007, dan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
yahhh sanggup sidak tok demi RM
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|